Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, November 30, 2009

143, Cintakah? (1)


Salam semua.Hanna try masukkan story nie, takut nanti berhabuk pula blog nie memandangkan SE of ONH dah tamat.Tapi, Hanna nak tengok macam mana feedback dulu.Idea kureng masa nie, Hanna hanya taip apa jer yang terlintas kat kepala.Hehe.Sila yer komen, kalau tak best, Hanna hanya jadikan sebagai cerpen jer la.Inilah padanya jika kebosanan tahap dewa~hahaha..peace~

**

Jojo:No touching, No kissing, No nothing.

‘Hemm apa you nak?’Tanpa emosi, panggilan disambungkan.

‘Jumpa malam nanti ya dear?’

‘Okay.But make sure you jangan lewat.Lewat 2 minit, I blah.’

‘Sure, dear.Tempat biasa, pukul 8 I dah tercongak kat KFC favourite dear tue.’

‘Okay.’

Tap.Flip handphone ditutup kasar,takde mood sebenarnya nak keluar mana-mana hari nie.Jojo on ipod pink nya, terus lagu favouritenya ‘Only Human’ by K berkumandang.Baru nak menikmati lagu kegemarannya, handphone berdering sekali lagi minta diangkat.

‘Hemm.’

‘Honey, Izat nie.’Adui, Izat pula.Tadi Kal.

‘Yes, Izat.Anything?’Dijawab malas.

‘How about dinner together?Bolehkan honey?’Ala, malasnya, getus hati Jojo.

‘Malaslah Izat.’Direct terus Jojo jawab.Malas nak corner-corner.

‘Honey,pleasa.Lama dah Izat tak dinner dengan honey.I miss you honey.’

‘Okay, jam biasa.Kalau Izat lewat, jangan nak terhegeh-hegeh nak calling Jojo nanti.Jojo takkan jawab punya.’

‘Orait honey.That’s why I love you.See you tonight.’

Tap.Handphone dilempar ke atas tilam.Bosannya hidup begini.Belum sempat Jojo nak mengeluh, kedengaran incoming message pula.

‘Yang, malam nie jumpa, ya?Dah dua minggu sayang avoiding Mie tau.Rindulah.’

Ahh, lelaki memang pandai merayu.Mulut manis ibarat madu.Kalau merayu,merekalah nombor satu.

‘Malasla awak.’

Butang send ditekan.Jojo menghela nafas.Belum sampai seminit dah ada reply dari Mie.

‘Kejapla, yang, please.’

‘Okay, pukul 10, tempat biasa.’

‘Thanks yang.Tak sabar nak jumpa nanti.Love you.’

Jojo rasa nak termuntah dengan mendengar perkataan ‘love you’. Handphonenya di’offkan.Masih awal lagi.Jam baru menunjukkan pukul 6.40 petang.Pantas jemarinya mencapai buku berkulit tebal dan pennya mula menari di situ.

Benda yang sama lagi.Adehhhh…..

Pukul 8 – Kal.Orangnya boleh tahan.Muka matang, sweet dengan kumis sejemput.Bekerja office hours dan pastinya busy 24hours, maybe.Bercakap bila perlu dan penuh dengan nasihat tersirat.Boleh disimpulkan dia macam ‘abang’ saja. Sabar melayani aku yang ketara macam takde perasaan nie dan beku.Entahla..

Pukul 9 – Izat. ‘Chinese look’, matanya yang sepet kot daya tarikan dia.Kalau jalan sama mesti orang ingat aku nie takde ‘any special relationship’ dengan dia.Yelah, dah seorang macam Chinese, seorang lagi macam makhluk apa entah.Haha.Dah bekerja juga, dia nie model sambilan selain dari kerja dengan syarikat papanya.So, mesilah bila jumpa dia kena menyamar.Huh!

Pukul 10 - Mie. Dia nie ‘childish look’, tak tahulah kenapa menyangkut kat aku pula. Masih study lagi.Agak manja, yalah budak-budak lagi tue.Aku layan dia sebab mamat dua orang tue selalu sibuk dengan kerja.Dia yang selalunya aku cari bila aku sedih atau takde mood (tapi aku takkan pamer depan dia) sebab dia pandai menggembirakan aku dengan mulutnya yang tak pandai duduk diam.Asyik berkata-kata kecuali masa dia tidur saja dia berhenti bercakap kot. Selebihnya, dia okay.

Cerita pasal diorang nie, sebenarnya aku tak pernah nama sebenar mereka siapa?Haha, pelik tapi benar?Dan mereka pun tak tahu nama aku.Bercintakah begitu?

Aku?Dalam IC, nama aku ialah Julia Farhana Bte Abdul Kassim.Jojo?Jangan ditanya kenapa nama aku yang ‘ayu’ itu jadi Jojo.Ayu?Haha.Menepuk dahi sendiri.Mama aku Mariam Carsten Abdullah dah pergi meninggalkan aku setahun yang lepas.Ya, selama-lamanya.Papa aku Dato’ Abdul Kassim, businessman berjaya.Ya, sangat berjaya sampai dalam hal keluarga pun sangat berjaya.Kalau tak berjaya dalam family planning, takde nya aku ada tiga orang mama tiri..opss mak Datin-Datin.Itu belum termasuk anak-anak papa dengan Datin-Datin itu.Tapi, aku tak pernah terfikir nak jumpa anak-anak baru papa.

Biarlah aku tak kenal mereka dan mereka tak kenal aku.Aku tak ingin ambil tahu!
Mungkin sebab semua ini menyebabkan aku begini.Tiada perasaan dan kasih sayang bukan hal yang terpenting dalam hidupku.Aku terbiasa sendiri dan begini.Papa aku mestilah berkepit dengan Datin-Datinnya di rumah mereka.Semestinya berlainan rumah.Haha.

Sebenarnya aku tak suka perkataan ‘couple’ atau ‘kekasih’ atau apa saja yang berkaitan.Bagiku, itu hanya membazir masa aku saja.

Aku tak suka bunga.

Aku tak suka coklat.

Aku benci dirayu.

Aku tak suka lelaki menyukai aku.

Pendek kata, aku tak suka semuanya.

Teruk kan aku?Haha.Tapi kenapa diorang masih juga nak mengejar aku.Aku yang sangatlah simple.Adakah kerana mata biruku ini?Atau rambut blonde aku?Atau kerana muka aku?Erk, aku cantik ker?Rasanya tak?Jadi, kenapa Kal,Izat mahupun Mie masih mahu mendampingi aku?Aku bosan!Ya, bosan dengan kesabaran mereka melayan sikapku yang selalu dingin, beku dan yang sewaktu dengannya. Dan,

Aku bukannya playgirl.

Aku tak suka dilabelkan begitu.Aku layan ‘kekasih-kekasih’ aku tue biasa saja.Haha, kekasih, sounds weirdo!Mungkin sebab aku bosan dengan hidup aku yang sunyi atau aku belum jumpa ‘kekasih’ yang mampu membuatkan jantungnya berdebar 1km/perminit atau membuat aku terpana sampai tak mampu lena selama 25 jam atau maybe mampu mebuatkan aku tersenyum selama 7 hari 7 malam.Ahh, keterlaluankah aku?Ini hidup aku, terpulanglah pada aku sendiri.Mereka dan mereka tiada hak nak menghakimi aku.Aku tak ganggu sesiapa, maka janganlah menyusahkan diri menghakimi cara hidup aku!
Untuk ‘kekasih-kekasih’ aku tue memang dah tahu ayat kegemaranku.

No touching, no kissing, no nothing..Got it?

Haha, gila kejam kan aku?Cinta di hati aku turut mati bila mama pergi meninggalkan aku..Hemm.I miss her damn much!

Good night,my diary.Kau sajalah memahami aku.~Jojo~


Kali terakhir dia menangis bila mamanya dikebumikan.Selepas itu, dia mengajar dirinya untuk kuat dan takkan menangis di depan sesiapa pun.Diari nya diletakkan kembali di tempat asal.Segera mencapai towel untuk mandi sebelum berjumpa ‘kekasih-kekasih’ yang bagaikan bukan ‘kekasih’.Ada ker macam tue?

Friday, November 27, 2009

SE of Opss..Not Him - END

END : Confirm...

Luqman menghampiri Ann yang masih membelek dirinya di cermin.Sudah lengkap dengan baju T berkolar milik dirinya dipadankan dengan jeans Levi’s juga.Mukanya hanya disapukan bedak asas dan bibir merahnya dioles lip gloss warna coklat lembut.Siap.

‘Sayang…’

Luqman memeluk tubuh isterinya, terpamer biasan perlakuan mereka di cermin.Dicium rambut Ann lembut.

‘Abang…’

‘Hemm..’

Luqman makin mengeratkan pelukannya.Rasa tak nak membiarkan detik-detik manis begini sia-sia saja.Terasa malas pula nak keluar tapi rancangannya mesti berjalan lancer malam ni.

‘Abang, sampai bila nak macam nie.Tengok jam abang tue.’

Suara Ann mematikan lamunan Luqman.Dikucup dahi Ann yang sudah mengalihkan badan menghadapnya.

‘I love you more and more baby.’

Ann terpana dengan kata-katanya suaminya.Menyusup ke hatinya.Dikucup pipi Luqman sambil memejamkan matanya.

‘Ann pun sayangkan abang, selama-lamanya.Ingat itu!’

Baik Ann mahupun Luqman masing-masing terbuai dengan perasaan masing-masing.Berharap bahtera cinta mereka akan bertahan selamanya walaupun ombak ganas menghempas bahtera mereka.

‘Abang, tengok jam tue.Dah lewat dah.’

Jeritan halus Ann mengejutkan Luqman.Spontan dia melirik jam dinding.Yalah dah lambat pula.

‘Jom, sayang.’

Ditarik mesra tangan Ann menuju ke tingkat bawah.Ann hanya menurut langkah suaminya.Sampai di depan kereta, tiba-tiba tangan Ann sekali lagi ditarik oleh Luqman.

‘Apa bang?’

Ann mengerut dahinya, bertanya.

‘Nah.’

Disuakan satu sapu tangan biru miliknya pada Ann.Ann menyambut dalam hairan.

‘Nak buat apa dengan benda nie?’

‘Tutup matalah yang.’

Ann dah membulatkan matanya.Apa punya arahan nie?

‘Abang kalau tak guna nie takpe kan?’

Ann dah tayang muka comelnya. Luqman menggelengkan kepalanya, tak nak tergoda dengan raut wajah isterinya.Nanti tak surprise pula.

‘Buat malam nie jer la yang.Abang minta sangat-sangat sayang guna.Please baby, demi abang.Lagipun itu kan sapu tangan abang, mestilah ada bau abang kan?’

Luqman dah guna cara psiko pula untuk melembutkan hati isterinya.

‘Bau abang?’

Luqman tersengih.Jerat hampir mengena.

‘Yalah,yalah.’

Ann mengalah juga akhirnya.Sebab sebenarnya dia memang ketagih bau suaminya pun.Haha.

‘Okay, kalau macam tue. Meh sini abang pakaikan.’

Luqman mengikat mata Ann dengan sapu tangannya.Kemas.Selepas itu, keretanya meluncur laju di atas jalan raya menuju ke tempat yang bakal membuahkan senyum di bibir isterinya.

**

‘Abang, dah sampai ker?’

Suara Ann kedengaran separuh berbisik.Tadi dia dipimpin oleh Luqman dan sekarang seperti berdiri di tengah-tengah sesuatu tempat.Keseorangan sebab dia tak dapat mencium bau perfume suaminya.

‘Sayang buka mata.’

Luqman membuka sapu tangan yang membalut mata Ann.Terpamer di depan mata Ann sebiji kek yang berbentuk hati.

‘Happy Anniversary for our second anniversary,baby’.

Lembut suara Luqman menusuk jiwa Ann.Tanpa disedari air matanya menitis jua.

‘Ish,kenapa nie yang?’

‘A..abang sorry…I’m forgot.Huhu.’

Luqman memeluk Ann.Dikucup ubun-ubun isterinya.

‘It’s okay.Lagipun hari-hari juga anniversary kita kan yang?’

Luqman mengusik Ann sambil tergelak kecil.

‘Abang…’

Meleret manja Ann memanggil suaminya.Mengeratkan pelukan pada suaminya juga.

‘Ehem..ehem..’

Ann memandang tepi bila mendengar ada suara yang berdehem.Dengan itu juga lampu terpasang.Membulat matanya memandang family dia dan suaminya berada di situ.

‘Kak Ann, abang..tak habis-habis ke nak beromantika nieh.Tue lilin tue dah nak mencair.’

Luqman Hafizi berkata separuh mengusik abangnya Luqman Hadi dan kakak iparnya, Ann Nurissa.

‘Yalah, akak lupa nak tiup.’

Ann segera meniup lilin sebelum menyalami keluarganya dan keluarga mentuanya.Bertanya khabar.Berpeluk-pelukan.

‘Akak nie memang selalu pelupa ker sekarang nie?Kek belum berpotong la.’

Sekali lagi Luqman Hafizi mengingatkan kakak iparnya.Hailoh, sejak bila akak Ann jadi pelupa macam nie?

‘Yalah Man, akak lupa lagilah.Jom abang.’

Ditarik suaminya bersama-sama memotong kek.Potongan pertama disuapkan pada Luqman dengan penuh kasih-sayang.

‘Nah yang.buka mulut besar-besar ya.’

Usik Luqman sambil menyuap isterinya pula.Gamat juga di situ dengan gelagat selamba Luqman mengenakan isterinya.

‘Kek aku mana Luq?’

Zack sengaja menghampiri Luqman dan Ann.Di tangannya satu beg kertas di suakan.

‘Happy anniversary for both of you.Semoga bahagia ke anak cucu.’

Matanya dikenyitkan Ann.Ann tertawa.Luqman mencebik.Namun ketawa juga akhirnya.

‘Thanks dude.’

Zack dan Luqman saling berpandangan.Masing-masing tahu.

‘Sayang, nie hadiah untuk ulangtahun perkahwinan kita.Abang harap sayang sukakannya.’

Ann menyambut hadiah pemberiannya suaminya dengan senyum lebar.Dibuka dan

Satu saat
Dua saat
Tiga saat

‘Abang…..love youuuuu..’

Terlompat keriangan Ann.Sudah tidak mempedulikan pandangan keluarga di sekeliling.Segera tangannya merangkul leher Luqman yang tak menduga dia akan berbuat begitu.

‘Abang, love you so much.’

Dimanjakan suaranya sambil bibirnya tak henti-henti mencium pipi suaminya.Luqman hanya tersenyum melihat kegembiraan isterinya.Aduhai, isteri aku!

‘Abang, macam mana abang tahu sayang idamkan sebuah tadika?Abang memang bestlah.Love you bang..’

Tak putus-putus mulut Ann berkata dalam girangnya.Terlupa bukan hanya dia dan suaminya di situ.Luqman pula tersengih-sengih memandang kaum keluarga.

‘Mestilah tahu yang.Kan abang suami mithali.’

‘Main-main abang nie.’

Ann masih memeluk leher Luqman.Tersenyum riang.

‘Ehem-ehem..’

Sekali lagi Luqman Hafizi pura-pura berdehem membuatkan Ann dan Luqman Hadi memandang ke tepi.Memerah muka Ann!Baru teringat yang dia dan suaminya sekarang nie dikelilingi ahli keluarga yang lain.Perlahan tangannya dijatuhkan.

‘Ma, ada bawa tempoyak tak?’

Ann sudah beralih memeluk mamanya pula.Mamanya pelik.Bukan ker selama ini Ann tak suka tempoyak.Durian pun tak suka.

‘Takdelah sayang.’

‘Ala, teringinlah ma.Mummy ada bawa tak?’

Pandangannya dikalihkan pada ibu mentuanya.Gelengan ibu mentuanya mengecewakan.Teringin pula nak makan tempoyak.

‘Takpe la.’

Sayu jer bunyi jawapan sebelum mendapatkan suaminya yang duduk bersembang dengan Zack.

‘Bang, nak itu, boleh tak?’

Mata Puan Irma dan Puan Asma masih mengekori Ann.Masih cuba mentafsir.

‘Apanya yang?’

Perlahan Ann membisikkan kehendak hatinya.Luqman ternganga.Biar betul..

‘Sayang tunggu kat rumah ya..’

Ann sudah mula nak meleleh.Yalah, tadi nak tempoyak, takde,takkan abang pun tak dapat tunaikan apa yang dia nak juga.

‘Nak juga…’

Meleleh di situ juga dia akhirnya.Luqman menggaru kepalanya.Tak tahu nak buat apa.

‘Dia nak apa tue Luq?’

Puan Irma bertanya.

‘Dia nak ramas,ma?’

‘Haa, ramas?Ramas apa?’

Puan Asma pula menanya.Curious.

‘Ramas rambut Luq.Bila Luq bagitau kat rumah nanti, dia menangis pula.’

'Selalu ker dia pelik-pelik begini Luq?'

Tanya Puan Asma lagi.

'Kebelakangan ini ma, dia memang selalu manja-manja macam nie.'

Luqman menjawab dalam blur.

‘Nak ramas rambut abang juga..nak juga..’

Tangisan Ann makin menjadi-jadi.Cepat-cepat Luqman peluk Ann.

‘Yalah..yalah…’

Bersinar mata Ann mendengar persetujuan suaminya.Dengan senang hatinya dia meramas rambut suaminya..Luqman hanya terkebil-kebil diperlakukan begitu di depan ahli keluarga.

Puan Irma memandang suaminya.Manakala Puan Asma memandang Ann dan Luqman sebelum memandang suaminya.Luqman Hafizi saling berpandangan dengan Zack.Satu kata yang disalurkan mata mereka.

‘Confirm pregnant.’

Masing-masing tersenyum, membayangkan bakal cucu yang bakal dilahirkan tak lama lagi.Luqman Hafizi membayangkan bakal anak buahnya yang comel.Zack pula tersengih bila mengenangkan diri bakal jadi pak cik.

Ann pula masih setia meramas rambut suaminya dengan senyum melebarnya.Suka rasa yang hadir bila dia buat begitu.

‘Tahniah bakal papa.’

Selamba Zack berbisik di telinga Luqman.Luqman membulatkan matanya.Memikir sejenak.Sikap pelik-pelik isterinya.Diimbas kembali.Oo..mulutnya melopong.

‘Yahooo.Thanks yang atas hadiah tak ternilai ini.Love you, baby.’

Luqman ketawa gembira sambil memeluk badan Ann yang masih meramas rambutnya.Ann yang terkebil-kebil dicium bertalu-talu.Ann cuma mampu tersenyum memandang perlakuan suaminya. Sama-sama bahagia!

*END*

Wednesday, November 25, 2009

SE of Opps..Not Him V

‘Nah, semua dokumen yang kau minta, ada dalam fail nie.Aku dah uruskan semuanya.’

Zack hulur fail biru tua pada Luqman yang memandangnya.Pantas disambut dan diselak, semua dokumen penting ada di situ.Tersenyum.

‘Terima kasih Zack. You’re the best, man!’

‘Membodek nampak.’

Zack mengusik Luqman sambil duduk di depan Luqman. Baginya, dia ikhlas membantu niat murni temannya itu.

‘Taklah tapi a bit jugak.’

Serentak Luqman dan Zack ketawa.

‘Aku nak upah.’

‘Ish, tadi kata ikhlas tapi minta upah.’

Luqman mencebik mukanya.Zack ketawa lepas.

‘Ala apa salahnya belanja aku lunch?Lapar..’

Selamba Zack memegang perutnya, seperti betul-betul lapar lagaknya.

‘Ada aje dia nie.Hampehlah.’

‘Kau nie..cakaplah kedekut pak cik oi.’

Luqman membulatkan matanya.Zack tayang gigi.

‘Pak cik? Banyak handsome muka aku nie, kau kata pak cik.’

‘Coming soon la.’

‘Insyallah.’

Luqman kembali menghadap komputernya.Zack bermain dengan handsetnya pula.

‘Jomlah.’

Luqman berkata di sebalik komputernya.Zack kembali memandangnya.

‘Ke mana?’

‘Aik, kan ada tadi makhluk Tuhan yang tidak handsome mengadu lapar.’

Perli Luqman menahan sengih.

‘Ya ker?’

‘Ai, kera bergaru nak pergi kuala, sudah tahu bertanya pula.’

Zack tak dapat menahan ketawanya lantas terbahak-bahak.

‘Pantun mana pulak kau cilok tue Luq. Sumbang semacam jer aku dengar.Haha.’

Disambung ketawanya lagi.Luqman tumpang sekaki tergelak.

**

Luqman membaringkan kepalanya di peha Ann yang sibuk menyuap ais krim coklatnya sambil menonton televisyen.Jam baru menunjukkan pukul 0500 petang.Sengaja dia pulang awal hari nie.Kalendar sudah dipangkah awal-awal untuk mengingatkan dirinya.30 November, hari yang semestinya penting dan berharga baginya.

‘Yang…’

‘Hemm..’

Balasan dari bibir comel itu membuatkan Luqman geram.Pantas dikucup sekilas hingga mendapat jelingan dari isterinya.

‘Yang….’

‘Ya abang…’

Sengaja Ann meleretkan jawapannya, tahu yang suaminya itu inginkan perhatiannya.

‘Hermm…abang..’

‘Abang nak peluk ker?’

Luqman membulatkan matanya bila Ann mengenakannya.Ann ketawa riang sambil mengelus rambut suaminya mesra.Masih menyuap ais krim kegemarannya.

‘Yang, malam nie abang nak booking sayangla.’

‘Booking?Ingat sayang nie air ticket ker?’

Ann mencebikkan mukanya.Luqman tersenyum senang.
‘A’ah..lebih kuranglah yang.Bolehkan yang?’

Makin Ann memuncung bila Luqman makin giat mengusiknya.

‘Tak nak kawan abanglah.’

Rengeknya bak kanak-kanak kecil.Mukanya dikalih ke tepi.

‘Ala baby abang nie, comelnya.Malam ni abang nak bawa sayang keluar.Sayang bersiap nanti.Abang dah sediakan pakaian yang sesuai untuk sayang.’

‘Apa?’

Ann masih belum mencerna sepenuhnya apa yang disampaikan oleh Luqman.Luqman angkat beg kertas di tepi sofa dan sua ke isterinya.

‘Baby, pakai nie nanti, okay.’

Ann sambut beg kertas dan semangat melihat apa di dalamnya.Bercahaya matanya.

‘Wow, cantiknya bang.Purple lagi.My favourite!’

Ann menjerit riang sambil memegang purple dress yang sangat memikat hatinya.Diacu-acukan ke badannya.Cantik.

‘Bang, doomo arigato gozaimasu..I love it!’

Tertunduk-tunduk Ann mengucap terima kasih ala-ala orang Jepun.Luqman tergelak besar kemudian dipeluk tubuh isterinya.Bahagia.

‘Tapi..’

Luqman berkerut dahi bila melihat isterinya seperti memikirkan sesuatu.

‘Tapi apa yang?’

‘Bang, sayang nak guna pakaian lainlah.Teringin nak guna lah.Memang teringin sangatlah bang.’

Luqman garu dahinya.Memikir.

‘Jom bang, sayang tunjukkan.’

Ditarik tangan suaminya menuju ke bilik tidur mereka.Segera di buka almari pakaian mereka yang tersergam di situ.Diambil baju T berkolar milik suaminya, jenama Levi’s.
Luqman kehairanan.

‘Sayang, nak buat apa dengan baju abang tue?’

‘Bang, nak guna nie, boleh?’

Ann memanjakan suaranya, pelat. Matanya terkelip-kelip memandang suaminya dengan harapan jawapan ‘ya’ dari suaminya.

‘Kenapa sayang abang nie?Kan dress tadi lagi lawa?’

‘Nak guna nie juga.Nak sangat-sangat.’

Siap dengan mimic muka merayu dia memandang suaminya.Luqman dah pening memandang telatah isterinya.

‘Tapi baju tue kan besar kat sayang, sayang tue kecil molek, nanti macam baju tidur pula.’

Ann mula memuncung.Memang dia teringin sangat nak mengguna baju suaminya.Hanya kerana bau suaminya!Langkah melangkah lesu menuju ke katil.Membaringkan badannya di situ.Luqman menuruti isterinya, berbaring sama.

‘Okay..okay..sayang gunalah..’

Dicium pipi Ann mesra.

‘Haa, lagi satu bang?’

‘Apalagi yang?’

Ann mengulum senyumnya.Gembira.

‘Nak peluk boleh?Lepas tu nak kiss seperti biasa.Then, nak guna perfume abang juga.Boleh kan, bang?’

Luqman ternganga dengan permintaan Ann.Peluk, memang dia suka.Kiss lagi suka tapi perfume tue, kan perfume lelaki.

‘Perfume sayang dah habiskah?’

‘Tak.’

Sempoi jer Ann menjawab membuatkan Luqman makin hairan.

‘Habis?’

‘Nak juga pakai perfume abang, bau abang.Itu yang sayang suka.Hihi.’

Ann mencium pipi suaminya bertalu-talu bila Luqman menganggukkan kepalanya.Yaay, gembiranya.Luqman pula memikir dengan perubahan sikap isterinya, akhir-akhir ini yang selalu mengadu menyenangi bau badannya.Pelukan Ann di badannya dibalas mesra.

SE of Opps..Not Him IV

Ann Nurissa memandang di dinding rumah.Ahh, lagi sejam baru abang balik kerja.Bosannya!Ditekan butang ‘on’ televisyen, terpampang siaran di situ tapi tiada yang memikat hatinya.

‘Ala, bosannya!’

Perlahan Ann bangun menuju rak koleksi drama koreanya.Dibelek satu persatu vcd dan dvd korea di situ.Matanya melekat pada vcd ‘Princess Hours’, lakonan Joo Jii Hoon dan Yoon Eun Hye.Tersenyum sendiri mengingati macam dia terpaksa overtime kerja dulu gara-gara nak membeli vcd tersebut yang mencecah seratus lebih harganya.Masa itu, dia memang gila sangat dengan drama korea dan pelakon-pelakon korea yang memikat hatinya.

‘Baik aku layan Princess Hours dulu.’

Ann mula menumpukan perhatiannya pada drama yang sangat diminatinya itu.Matanya melekat pada televisyen di depan mata.Sesekali tergelak sendiri.Nasib baiklah hanya dia saja di rumah.

‘Ish, ego betullah putera nie, kesian kat Eun Hye.’

Ann menahan geram melihat aksi Joo Jii Hoon yang dirasakan keterlaluan terhadap Yoon Eun Hye.Ditukar lagi vcd seterusnya.Sekejap terseyum, sekejap tersengih.

‘Huhu, sedihnya.’

Air mata Ann turut meleleh apabila melihat babak Yoon Eun Hye nak berpisah dengan Joo Jii Hoon.Sedih hingga air matanya tak nak berhenti-henti pula.

‘Kesiannyer.’

Lama-kelamaan mata Ann terasa mengantuk, makin kuyu dan kuyu.Berat dan akhirnya tertututp dengan sendirinya.Mungkin juga kesan dia menangis melihat babak sedih Princess Hours.

‘Assalamualaikum sayang.’

Perlahan Luqman menghulur salam setelah memasuki rumahnya.Tak ada jawapan, namun telinganya dapat menangkap bunyi televisyen yang tengah terpasang.Kakinya diatur ke situ.Kelihatan isterinya sedang terlena di sofa sambil mukanya tersembunyi di sebalik bantal kecil di situ.

‘Sayang.’

Disentuh perlahan bahu Ann.Masih tiada reaksi.Ditarik perlahan bantal kecil di muka Ann.Terlihat wajah polos isterinya yang jelas sembap dengan bekas air matanya.

‘Sayang menangis ya?’

Bisiknya perlahan.Namun, Ann masih lagi lena.Luqman melabuhkan duduk di tepi Ann dan kepala Ann diletakkan di pehanya.Rambut panjang itu disentuh dan diramas lembut.

‘Maafkan abang sayang kalau abang puncanya sayang menangis.Abang memang tak pandai menjaga hati sayang.I’m so sorry, honey.’

Dicium kudus dahi Ann.Lama bibirnya melekat di situ.Ann membuka matanya perlahan.Membulat matanya.

‘Abang..’

‘Sayang,maafkan abang.’

Ann pandang pelik wajah suaminya.Kenapa pula minta maaf?

‘Sorry tak sedar abang balik.’

Diambil jemari Luqman dan disalam lembut. Perlahan mengangkat kepalanya dari peha Luqman dan duduk menyandar di bahu suaminya.

‘Tak apa.Abang faham.’

‘Apa yang abang faham?’

Berkerut dahi Ann memandang Luqman.Luqman ukir senyum tawar.

‘Abang dah menyebabkan buah hati abang kesayangan nie menangis lagi.Maafkan abang, sayang.’

Diramas lembut jemari Ann di sebelahnya, penuh dengan kasih sayang.

‘Laa….abang ni buat suspen jer.Sebenarnya tadi tengah layan drama korea tue yang menangis.’

Ann sudah tergelak kecil bila Luqman salah sangka kenapa dia menangis.Luqman sudah menggaru kepalanya.

‘Ya ker sayang?’

‘Yelah bang.Abang yang terbaik buat sayang.Abang segalanya buat sayang.’

Ann ambil tangan Luqman dan dikucup lama.Dipandang anak mata Luqman.Lama.

‘Kenapa sayang pandang abang macam tue?’

‘Bang.’

Ann merengek manja.Senyumannya manis di mata Luqman.Pelik.

‘Apa yang?’

‘Bang, nak peluk, boleh?’

Ternganga Luqman dengan ayat penyata isterinya.Ann masih terkelip-kelip matanya menggoda suaminya.

‘Sayang…’

‘Bang, nak peluk, boleh?’

Tidak sampai sesaat, Ann sudah berada dalam pelukan Luqman.Erat dan penuh dengan kebahagiaan.

‘Abang, terima kasih ya.’

‘Abang lagi suka sayang macam nie tau.’

Luqman mengusik isterinya yang sudah berubah warnanya wajahnya.Malu!

‘Thanks abang sebab selalu sayang dan cintakan sayang.Selalu ada untuk sayang.Sabar melayani sayang.I love you, bang.’

Luqman ternganga sekali lagi.Yalah, bukan senang nak mendengar isterinya meluah perasaan macam nie.Pelukan dieratkan, ciuman melekat lagi di dahi dan hidung isterinya.Terima kasih, ya Allah atas kebahagiaan ini!Terima kasih.

**

‘Abang, wake up.’

Sayup-sayup suaranya Ann menjengah telinga Luqman.Dipandang isterinya yang sedang menongkat dagu di tepi katil memandang mukanya.Tersenyum manis.

‘Good morning abang sayang.’

Ann mengucup pipi suaminya yang masih terkebil-kebil memandangnya.Masih mamai rasanya.

‘Sayang…’

‘Abang, bangunlah.’

Ann sudah mula duduk di tepinya pula.Menggosok lembut dada Luqman yang terdedah.Agak menggoda.

‘Hemm..’

Luqman duduk dengan mata yang masih mengantuk.Hujung minggu biasanya dia akan menyambung tidur balik selepas subuh.

‘Abang…nak peluk,boleh?’

Ann ukir senyuman menggodanya lagi.Luqman mendepanya tangannya dan sekelip mata Ann di dalam pelukannya.

‘Kenapa sayang pelik-pelik jer abang tengok.’

Luqman menanya dalam memeluk Ann yang masih tersenyum memanjang memandangnya.

‘Saja.’

Luqman mengerut dahi mendengar jawapan isterinya.

‘Nakal eh?’

Digigit kecil hidung Ann di pelukannya.

‘Abang, sakitlah.’

Ann merengek kecil.Manja.Luqman tertawa.Diusap perlahan hidung comel Ann.

‘Ala ala baby abang nie, manjanyer.’

‘Abang nak…..’

Ann mengelip-ngelip matanya hendak menyampaikan hasrat hatinya.Luqman mengangkat keningnya, tak memahami.

‘Nak…..’

Dibisikkan ke telinganya suaminya.Luqman terjatuh rahangnya.

‘Kiss?’

‘Ala abang nie, syhh orang dengarlah.’

Ann mula memuncung membuahkan ketawa Luqman.Kemanjaan isterinya itulah selalu dirinduinya.

‘Meh sini abang kiss.’

Didekatkan mukanya ke muka Ann, dicium perlahan dahi Ann.Beralih ke hidung dan ke pipi.Lama.Masing-masing terbuai.

‘Ala, nak kat sini.’

Ann tunjuk bibirr merahnya.Luqman bertambah galak ketawa.Ann cebik muka.Namun, seketika Cuma bila bibir Luqman memaut lembut bibirnya.Tenggelam di dalam dunia kebahagiaan mereka.Berdua.

‘Abang, sebenarnya sayang ketagih dengan bau badan abang akhir-akhir nie.You're so huggable, bang.’

‘Bau badan abang?’

‘Yalah bang, kalau boleh nak kena hugging setiap masa tapi abang kan kerja.’

‘Bukan sebelum ni sayang tak suka kena peluk ker?’

Memerah wajah Ann dengan ayat penyata Luqman.Ish, abang nie, diam-diam jer la.

‘Tak tahulah bang.Rasa nak peluk abang jer.Tak sabar tunggu abang balik kerja setiap petang.Bau abang menenangkan sayangla.’

‘Yalah tue.Come baby, hubby hug you.’

‘Abang..’

Bersatu ketawa Ann dan Luqman.Menyulam bahagia dalam cerita cinta mereka.

Tuesday, November 17, 2009

SE of Opps..Not Him III

Luqman Hadi mendekati Zack yang tengah sedap menyuap nasi ke mulutnya.

‘Amboi, makan tak pelawa.’

Uhukk! Zack tersedak.Pantas memandang Luqman yang tersengih memandangnya.

‘Ish kau nie, cubalah bersopan santun sikit Luq..bagi salam ker?Tengok turun 2% saham kemachoan aku tau tak?’

Zack membebel.Luqman makin melebar senyumannya.Terus duduk berhadapan dengan Zack.

‘Itulah makan tak ajak.Kan dah kena.’

Selamba Luqman menjawab walhal dah terang dia salah.Zack mencebik.

‘Kau yang busy sambil nak melekat jer muka dengan computer aku tengok tadi.Perut aku nie top priority tau.’

‘Zack kau ni kalau dah membebel memang kalah perempuan tau.Ish..ish bertaubatlah.’

Luqman memang sengaja mempermainkan teman baiknya itu.

‘Bertaubat?Takde maknanya!Ingat puasa ker?’

Zack kembali menyuap nasi nya.Kalau nak melayan Luqman, dia juga yang kebulur.Luqman hanya meng’order minuman.

‘Apasal minum jer?Ala, kau ni janganlah kecik hati pula.’

Zack mengusik Luqman.Luqman sekadar tersenyum.

‘Zack, lepas lunch kau ikut aku pergi tempat biasa, okay?’

‘Yang tue ker?’

‘Yelah, mana lagi. Aku nak tengok progress terkini.’

Zack pandang Luqman lama.Ada sesuatu bermain di kepalanya.

‘Luq, kalau aku tanya, kau jangan marah?’

Luqman angkat keningnya.Hairan!

‘Sejak bila kau sopan nie Zack?Nak tercekik air jer aku nie tau?’

‘Seriuslah pak cik.’

‘What?Pak cik?Aku sikit punya handsome. Kau kata pakcik.’

Zack dah ketawa dengan jawapan Luqman.Tak berubah-ubah.

‘Coming soon la..’

‘Insyallah..’

‘Okay, kau nak tanya apa tadi?’

Luqman pandang Zack seketika sebelum menghirup minumannya.Lega!

‘Ann tak tahu ker?’

Uhukk!!Giliran Luqman pula tersedak.Zack ketawa suka.

‘Hambik hang, kira samala kita.’

Zack mengenakan Luqman.Luqman segera mengelap bibirnya dengan tisu yang tersedia.

‘Dia tak tahu.Kau jangan nak buka mulut pula.’

‘Okay, boss.’

Zack berjanji sambil mengangkat tangannya menyebabkan Luqman ketawa.


**

‘Akak………..’

Fariza menjawab nyaring dan teruja melihat nama Ann Nurissa tertera di LCD handphone nya.Rindu!

‘Assalamualaikum Iza…tak menyempat betul budak nie.’

Bebel Ann perlahan mendengar suara Fariza di talian.

‘Opps sorry.salam akak sayang muahhz..’

Ann tergelak dengan perangai keanak-anakan Fariza.Still the same!

‘Apa khabar Iza?Sihat?Study macam mana?’

‘Iza sihat kak..terlebih pun ada, berat pun dah naik rasanya.Kena diet nie.’

Fariza ketawa mengusik Ann.

‘Banyaklah nak diet, badan dah macam papan sekeping pun nak diet.Haha.’

Bergabung ketawa Ann dan Fariza.Walhal baru dua hari tak berhubung dalam telefon.

‘Ala, akak apa kurangnya.Entah abang Luq merungut tak bila peluk wife cekeding macam akak nie.Ish, malangnya abang ipar kesayangan Iza itu.’

Ann Nurissa mengigit bibirnya, geram dipermainkan Fariza.

‘Pandailah budak kecik.’

‘Tapi kak, Iza tahu apa yang boleh menaikkan berat badan akak.’

Ann sudah mengerut dahi.Apa pulak?

‘Apa nya Iza?’

‘Hemm…pregnantlah.’

‘What?’

‘Mesti akak comel kalau pregnant kan?Tak sabar ada anak saudara nie.’

‘Iza!!’

Fariza tertawa riang manakala Ann sudah berubah air mukanya.

‘Ada-ada jer la Iza.Okaylah adikku yang tercinta, akak nak masak nie.Assalamualaikum.Take care of yourself.’

‘Akak too.Walaikumsalam.’

Talian diputuskan.Ann termangu-mangu.Bukan dia tak nak ada baby tapi belum ada rezeki.

‘Bersabarlah wahai hati.’

Sunday, November 15, 2009

SE of Opps..Not Him II

Luqman Hadi terbangun dalam gelap.Tangannya meraba-raba sebelah kanannya.Kosong.Beralih ke sebelah kirinya.Tetap kosong.Pantas dia duduk di atas katil, mencuba mencerna di manakah isteri kesayangannya.

‘Sayang.’

Panggilnya perlahan, namun tiada sahutan.Segera tangannya menekan suis lampu tidur.Matanya diliarkan sekitar bilik tidur, kosong.

‘Sayang.’

Luqman Hadi mula berdiri mencari Ann Nurissa.Dibuka pintu bilik mandi.Tiada juga.

‘Sayang..’

Hatinya mula risau, takkan isterinya kena culik pula.Jam baru menunjukkan pukul 3 pagi.Nak kata jogging, lagi tak logik.

‘Mana pula nie?’

Kakinya menapak ke tingkat bawah, gelap juga.Luqman sudah dilanda gelisah.Berharap Ann tiada apa-apa.

‘Aduh..takkan kena culik kot?’

Itu saja kemungkinan yang berlegar-legar di kepalanya yang masih mamai tika itu.Isterinya diculik?Diculik?Pantas akalnya berfikir ligat.

‘Ish..tak patutlah..’

Tiba-tiba matanya menangkap satu cahaya yang malap.Haa, laptop.Kakinya segera dilangkahkan ke situ.Kelihatan sesusuk tubuh terlena di depan laptop itu.

‘Sayang..kenapa tidur sini?’

Ann yang terlena tidak menyedari keadaan di sekelilingnya.Luqman Hadi memandang sayu wajah isterinya yang jelas sembap.Namun polos saja wajahnya tidur.

‘Maafkan abang sayang.’

Perlahan dia mengangkat lembut tubuh Ann yang tertidur lena itu tanpa ingin menganggu lenanya.Dicium lembut dahi dan ubun-ubun isterinya.

‘Abang tetap sayangkan sayang seorang saja.Selamanya.’

Luqman Hadi berbisik lembut di telinga Ann, berharap isterinya dapat mendengar luahannya itu.Dibetulkan pembaringan isterinya, dia juga turut merebahkan badannya di sebelah Ann.Lampu tidur dimalapkan.

‘Love you, yang.Sleep tight, dear.’

Tangannya melingkar di badan Ann, matanya terasa mengantuk semula.Tidur malamnya takkan lena tanpa memeluk badan Ann Nurissa.Pelukan dieratkan .Dunianya kelam semula, mimpi indah bersama isteri kesayangannya.

**

Ann terbangun bila jam loceng di sebelahnya menjerit nyaring.

‘Ish, ganggu betullah.’

Digaru rambutnya.Masih mamai.Luqman Hadi tersenyum memandang gelagat isterinya sambil mengancingkan butang kemejanya.

‘Morning sweetheart abang.Dah bangun?’

Tersenyum lebar memandang Ann yang masih menggaru kepalanya.Kusut masai tapi tetap comel pada pandangan matanya.

‘Abang….pukul berapa sekarang?’

‘Pukul 0730 sayang.’

Luqman Hadi masih tersenyum lebar.Ann membuka matanya luas-luas.Mindanya memikir.

‘Sorry abang, terlajak pula tidur.’

Pantas selimut di badannya ditolak ke tepi.Bergegas ke bilik mandi.

‘Abang…’

Jeritan Ann yang berada di dalam bilik mandi menambahkan lebarnya senyuman Luqman..Haha, mana tidaknya, jam baru jer pukul 0700 pagi, sengaja dia mengenakan isterinya itu.

‘Sayang, abang turun bawah dulu.Jangan mandi lama-lama pula.’

Luqman Hadi membetulkan kemejanya di depan cermin sebelum turun ke bawah.Kakinya terhenti di tangga terakhir.Baru teringat lupa nak ‘off’ laptop semalam.Perlahan dia menapak mendapatkan laptop milik isterinya.

‘Berseleraknya.’

Tersenyum-senyum Luqman Hadi membaca apa yang tertulis di situ.Timbul juga simpatinya melihat isterinya yang berharap sangat akan kehadiran cahaya mata mereka.

‘Sabarlah sayang…..’

Bisiknya lebih kepada dirinya sendiri.Terdengar derapan kaki menuruni tangga, Luqman pura-pura mengemas meja lalu menuju ke dapur.

‘Sayang…jom minum sama.’

Luqman mengajak Ann minum dengannya sambil menghulurkan cawan horlicknya pada Ann yang jelas blur.

‘Apasal pula suami aku nie?Pelik semacam jer?’

Dahinya dikerutkan.Luqman tertawa.Senang saja dapat membaca fikiran isterinya itu.

‘Come sayang..minum sama cawan suami dapat pahala tau.’

Masih menyua cawan minumannya pada Ann.Ann menyambut teragak-agak.Dihirup sedikit dan dihulurkan pada Luqman semula.

‘That’s my wife.Come sayang..’

Ditepuk-tepuk pehanya, menyuruh Ann mendekatinya.Ann menurut dalam blur.Akhirnya dia duduk di atas pangkuan suaminya .Tangan Luqman sudah melingkari pinggang Ann.

‘Abang, okay ke hari ni?Tak demam?’

Tangannya menyentuh dahi suaminya.Tak panas pun.Kebelakangan ini hubungan mereka memang agak hambar dan tiada seri tapi hari nie,suaminya berubah 100%, seperti mula-mula berkahwin.Kenapa ya?

‘Tak payah sayang nak pening-pening berteka-teki sendiri.Abang tak demam la.Abang sayangkan sayang saja tau.Jangan nak fikir bukan-bukan.’

Cupp..satu ciuman kudus melekat di dahi Ann.Spontan mukanya kemerahan.Adehai, suami aku ni!

‘Tapi pelik la abang..’

‘Sayang…’

Ayat Ann tergantung.Luqman melebar sengih.Mengawal ketawa yang ingin meletus.

‘Sayang abang rasa….’

Ann masih menanti ayat seterusnya dengan sabar.

‘Abang rasa…sayang abang ni dah beratlah.’

Spontan jemari Ann mencubit lengan sasa Luqman Hadi.Geram diperlakukan begitu.Dia segera berdiri.Tawa suaminya meletus juga.

‘Abang nie…isk.’

‘Actually yang, abang ada urgent meeting pagi nie,kena awal sikit.’

Luqman memaut tangan Ann dan ditarik mengikutinya ke ruang tamu.

‘Sorry ya sayang, abang akan cuba kurangkan kerja abang untuk temankan sayang..Then..’

Matanya memandang nakal wajah Ann di depannya yang jelas tak berpuas hati dikenakannya tadi.

‘Then, what?’

‘Then abang akan cuba menunaikan permintaan sayang..’

‘Permintaan….?’

Ann pening dengan Luqman yang seakan-akan berteka-teki dengannya.

‘Adalah permintaan sayang tue..biarlah rahsia kata Siti la yang oi…paling penting sayang pun kena tunaikan permintaan abang juga.’

‘Apa?’

Luqman mula melebar sengihanya semula.Suka melihat Ann yang tertanya-tanya dengan wajah blurnya.

‘Berusaha dengan abang.’

Makin mengerut dahi Ann memandang suaminya sambil tangannya menyua briefcase hitam milik suaminya.

‘Berusaha untuk dapatkan ba..by.’

Zusss…Merah muka Ann kala itu.Tangannya menampar lengan suaminya.Ada ke patut!Luqman tergelak riang.Dikucup dahi isterinya.Lama.

‘Assalamualaikum sayang.Jaga diri, okay.Abang nak sayang exercise demi itu.’

Makin galak Luqman mengusik isterinya yang jelas sudah kemerah-merahan mukanya.Malulah itu.

‘Ish abang nie, gatal!’

Luqman tertawa sebelum masuk ke dalam keretanya. Sempat menangkap salam yang dibalas oleh isterinya.Ann masih berdiri memerhatikannya.

‘Sayang..’

Ann memandang sambil mengjungkit keningnya.Apa lagi nie?

Luqman sua pipinya.Ann mengerti pantas dikucup pipi suaminya.Kebiasaan antara mereka sejak berkahwin.

‘Ingat ya sayang..’

Sempat juga Luqman berbisik mengenakan isterinya.Siap mengenyit mata kirinya.

‘Abang..’

Ann terjerit kecil dan Luqman berlalu dengan ketawa di dalam keretanya.

‘Sayang, abang akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat sayang.Abang berharap apa yang abang usahakan dua bulan ini akan membuatkan sayang kembali tersenyum riang..Ya, impian sayang!’