Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Tuesday, December 15, 2009

The cupid bottle

Mawar menyusuri Pantai Cinta.Hanya berjalan tanpa arah tujuan, badannya di pantai ini tapi fikirannya melayang mengingatkan kata-kata ibunya semalam.Perlahan dia mengeluh.

‘Hujung minggu nie Ija balik, keluarga Jehan nak membincangkan hal persandingan korang.’

‘Ala, mak.Ija tak ready lagi la.’

Mawar merayu supaya perkahwinanan nya dengan Jehan ditangguhkan, ahh dibatalkan lagi bagus rasanya.

‘Ija, nak mak mungkir janji ker?Sanggup ker tengok mak malu?’

Alahai, mak aku dah start nak nak masuk bab drama nih.Itulah siapa suruh memandai ‘mengikat’ aku dengan Jehan tue masa kecik-kecik dulu. Kononnya sejak kecil kitorang ditunangkan untuk mengeratkan persahabatan antara dua keluarga.Mawar mengurut tengkuknya.

‘Mak, Ija lama dah tak jumpa Jehan tue.Mana tau dia ada pilihan hati dia sendiri?Mak dah soal selidik ker si Jehan tue?’

Panjang lebar Mawar berkata, mengharap ibunya memahami keadaan dirinya.

‘Ija, si Jehan tue masih single available lagi tau.’

‘Apa?Mak, dia tue jumpa Ija pun tak pernah, mana tahu dia tak suka dengan perkahwinan ini.’

‘Dia okay jer.’


Terasa ada sesuatu mengenai kakinya, mengembalikan Mawar ke dunia nyata.

‘Eh, botol!Comelnya.’

Mawar menundukkan badannya, mencapai botol comel itu.Dibelek-belek penuh rasa ingin tahu.Dibuka penutup botol tersebut.

‘Eh, ada note?’

Dikeluarkan ‘post-it-note’ tersebut. Dibuka dan dibaca.

Hi there,

Luckily you got this note.Haha.Maybe you’re my solumate!(Giler direct I ni kan?)By the way, I’m really glad if you replied this ‘cupid bottle’.

Ciao,
Spice


‘Haha.’

Mawar tergelak membaca note tersebut.

‘Yeah Mr Spice, kau memang giler direct!Tapi unik juga macam nie.’

Mawar mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.

‘Ala, lupa pula nak bawa ‘post-it-note.’Takpelah, esok aku balas.’

Mawar tersenyum sendiri sebelum melangkah pulang.Aku nak guna nama apa erk?Sugar?Not bad.

**

‘Ija, dah bersiap ker?’

Sapa emak dari muka pintu bilik Mawar.Mawar memandang lesu wajah emaknya.

‘Mak, boleh tak kalau..’

‘Kejap lagi mereka sampai.Mak keluar dulu.’

Mawar hanya mampu memandang emaknya berlalu setelah memotong kata-katanya.

‘Mak, Ija dah ada orang yang disukai.’

Perlahan Mawar mengeluh.Terbayang raut wajah Remy, lelaki yang sama tempat kerja dengannya.Namun, mereka tidaklah rapat, hanya menyapa bila perlu sahaja.

‘Kak Ija, mak suruh keluar.’

Mawar menganggukkan kepalanya.Terasa berat kaki nak melangkah.Perlahan Mawar menyalami tetamu yang datang.Takde pun yang muda kat sini.Takkan mak nak kahwinkan aku dengan salah seorang diorang nie?

‘Jehan tunggu Ija kat pangkin depan.’

Mawar tersenyum menutup rasa di hati.Kaki dilangkah juga kea rah pangkin depan rumah.Salam dihulur tanpa nada.Sekadar berbahasa!

‘Walaikumsalam.Eh, Mawar?Apa you buat kat sini?’

‘Erk..Remy?Apa awak buat kat sini?’

Soalan berbalas soalan.Baik Mawar mahupun Remy masing-masing kaku dan memikir.

‘Ini rumah tunang I.’

Rumah tunang Remy?Inikan rumah aku?Bisik hati Mawar.Takkanlah aku salah rumah.Terang-terang lagi bersuluh mak aku kat dalam dengan tetamu dia.

‘Rumah tunang awak?’

Remy pula yang hairan dengan pertanyaan Mawar.Terhapus rindunya melihat wajah manis di depannya.Ada rasa yang selalu berdetik tiap kali mereka berselisih di bangunan pejabat.Namun, dia tak mampu nak meluah.

‘Ya, mak dan babah I kat dalam?’

‘Awak Jehan?’

Mawar menanya untuk mengesahkan apa yang berligar-ligar di kepalanya.Hope so.Haha, gatal yer Ija!

‘Yup.Wait, macam mana tahu I nie Jehan?’

Remy menanya dalam blur.Mawar tersenyum lawa.

‘Hai, saya Mawar Khadijah, your fiancée and maybe your would-be-wife.’

Remy nganga.Mata membulat.Macam tak percaya jer.Ibarat bulan jatuh ke tapa jer.

‘Ija?Is that you?Oh my…’

‘Haha.No wonder la awak tak kenal saya.Actually saya pun tak kenal awak dah.’

Remy masih tak percaya dengan apa yang berlaku.Betul-betul dia tak percaya.Mawar yang selalu di depan matanya selama ini rupa-rupanya tunangannya sejak kecil, yang sering dilupakan, yang dia tak pernah nak kenal, yang dia tak pernah nak jumpa!Sesungguhnya Dia yang mengatur jodoh dan pertemuan semua insan.

‘Mak, Jehan nak kahwin dengan Ija..’

Remy menjerit kuat.Mawar terkejut.Dan yang berada di dalam rumah tersenyum gembira dan tergelak suka.


**

Sebulan kemudian…

Mawar Khadijah mengamati botol comel di depannya.Dipandang lama hinggakan tak mempedulikan suaminya yang sudah melabuhkan punggung di tepinya.Angin sepoi-sepoi di pantai menyenangkan hati Mawar Khadijah.Tersenyum sendiri.Teringat bila mana botol comel ini juga salah satu ‘resipi’ cinta mereka.

‘P & C?Eh, sekadar kotak pun private and confidential?’

Mawar pelik memandang kotak kepunyaan suaminya itu.Perasaan ingin tahunya mebuak-buak.Segera jemarinya membuka kotak tersebut.

‘Biasa jer benda dalam nie.’

Sudahnya Mawar duduk bersimpuh membelek isi kandungan kotak tersebut.Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu.

‘Botol.’

Dipegangnya botol comel itu.Dipusing-pusing.Macam pernah nampak jer?Memikir.

‘Macam mana pula botol ini boleh berada kat sini?’

Diketuk-ketuk dahinya dengan jari telunjuk.

‘Hurmm…’

Mawar dah tersenyum gembira.Maknanya, si Spice itu suaminya sendiri lah.

‘Apa yang dear senyum-senyum nie?’

Remy Jehan meniup lembut anak rambut isterinya.Mawar tersentak.

‘Bie, terkejut Ija.’

‘So, tak nak share apa yang dear senyum-senyum itu ker?’

Remy mula memeluk badan isterinya.Tak boleh nak berjauhan.

‘Bie, ini apa?’

Ditayang botol comel pada suaminya.Remy tersentak.

‘Mana dear culik nie?Kotak tue ker?’

Mawar cuma menganggukkan kepalanya.

‘Sugar.Someone who did replied my ‘cupid bottle’.Hehe.Tapi tak sangka pula boleh sampai balik kat your hubby nie.’

Mawar menyengih memandang suaminya.

‘I have one, too.’

Mawar membalas selamba.Remy memandang dengan pertanyaan ‘dari-siapa?’

‘Spice.Is it you, bie?’

‘Ya Allah, rupa-rupanya Sugar tue dear la.’

Pelukannya dieratkan.Mawar pula tersenyum bahagia.Tidak menyangka ‘Spice’ adalah Remy Jehan, tunangannya sejak kecil yang akhirnya menjadi miliknya sah.


Mawar kembali memandang note di tangannya.Tersenyum lagi.Suaminya yang beria-ia nak menulis note tersebut dan kononnya tulisan tangan dia lebih lawa.Ada-ada jer.

Hi guys,

Do you believe in recipe of love? If you had asked us, absolutely we do.Our recipe of love :

Sugar + spice = love + happily ever after

We does create our own love story.So, why don’t you?Grab your chance to find your true story. And, uhh maybe you can throw back this ‘cupid bottle’ to the sea.So, the next love story will continue..again and again.

Beach of love,
Mr & Mrs Sugar_Spice


Remy mengambil ‘post-it-note’ dari jemari Mawar, disimpan kembali ke dalam botol.Spontan dilontar ke laut.Membiarkan botol tersebut mengikut arus lautan.

‘Hey, bie..Sepatutnya Ija yang lontarkan?Dah janji kan?’

Mawar memuncungkan bibirnya.Apalah suami tercinta aku nie?Lamunan aku pun dah menghilang sama.

‘Bie, I’m talking to you.’

Cup!

Satu ciuman mengena bibir merahnya.Serentak dengan itu wajahnya membahang sama.

‘Bie, I told you that….’

Cup!

Sekali lagi bibirnya menjadi mangsa ‘kissing’ suaminya itu.Remy pula selamba teus memeluk pinggang ramping milik isterinya.

‘Dear, kissing and hugging was approved and legally by ‘Married Society.Any objection?’

‘Married society’?Pepandai jer suami tersayang aku nie membuat gelaran macam tue.Mawar mencebikkan mukanya.Remy tersengih sambil mengeratkan lagi pelukannya.

‘And, uhh kissing and hugging also one of ingredients for our recipe of love, right dear?’

Mawar dah memerah mukanya mendengar kata-kata Remy.Sungguh tak berlapis!

‘Bie..Can I say something?’

Remy tersenyum tanda membenarkan isteri kesayangannya bertanya.Mawar membuat mimik muka sayu.

‘Bie, you’re so….’

Sengaja Mawar meleretkan ayatnya, membiarkan Remy ternanti-nanti.Remy mula curious memandang mimik wajah Mawar.

‘Go ahead, dear.’

‘Bie, you’re so……jiwang.’

Serentak itu Mawar melambakkan ketawanya sebelum melepaskan dirinya dari pelukan suaminya dan berlari menyusuri pantai.

‘Dear….’

Terjerit kecil Remy dengan kelakuan nakal Mawar.Mula berlari mengejar Mawar yang masih ketawa di depannya.Manakala ‘cupid bottle’ pula terus terapung dan mungkin akan mencipta kisah cinta yang lebih unik dan menarik.

*END*

143, Cintakah? (4)

Anonymous said...

Jika dia dah tak menepati ‘type’,’taste’ atau ‘skala cinta’ kau lagi?
Jawapannya kau mencintai dia kerana paras rupa.Should be, I think!

Ada juga yang pernah kehilangan,lantas menutup dirinya dari melihat keindahan alam di luarnya.Asyik dengan dunianya sendiri.Baginya, mereka dan mereka tak ada hak menghakiminya.Jadi, sampai bilakah kau akan tidur lena dalam kepompong kau itu?Tak perlukah kau mencuba menghirup udara segar?Merasai nikmatnya tiupan angin sepoi-sepoi? Kenyataan memang pahit tapi tidak terfikirkah kau untuk bangun dan keluar dari dunia itu?. Ini berdasarkan pandangan aku pada seseorang.Siapa dia?Jangan ditanya kerana aku juga tak mengenalinya.
My comment : This is my life, you and you doesn’t exist on it.So, better close your mouth!Am I rude?Yeah, should be!I’m happily in my own life.So, do you happy being hypocrite loving someone without love?

Aku, L , hidupku dikelilingi objek yang menawan dan sedap mata memandang tapi hatiku kosong dan tiada CINTA di situ.Aku juga hipokrit kerana mencintai tanpa CINTA.Hatiku kosong.Kosong.Kosong.
My comment on this : because you can’t live without ‘women-beautiful-things’. You can’t survive without them.So, you decided to love them even there’s no love.no nothing.Huh, what kind of love?

Me,
Liana Carsten

Lokman Ashaari merasakan suhu badannya,lebih afdal kalau dipanggil ‘suhu marah’nya meningkat melebihi takat yang sepatutnya.Pendek kata, di atas kepala dia ada ‘fire’.

‘This girl too much.’

Lepasnya marah bila membaca komen anonymous di blognya.Dibaca berkali-kali.Melampau sungguh!Apa takde belajar sopan santun itu budaya kita ker?

‘Weyh, you’re too much, not just rude but over-rude.Yeah,damn-rude!’

Sekali lagi komputer di depannya menjadi mangsa kemarahannya.Diketap bibirnya geram.Diambil kertas di depan mata dan dikeronyok sekuat hati.Membayangkan ‘anonymous aka Liana Carsten’ di depan matanya.Bolehla dia melepaskan kemarahannya or maybe ‘memberus’ pemikiran that girl.Kalau 'dush-dush' kat dahi minah tue pun cam best jek rasanya!

‘Kau dah salah orang nak berbalah.Ini L, kau takkan terlepas dari cengkamanku.Wait and see.’

Lokman Ashaari menggetap bibir geram.Eh, aku sebut apa tadi.Bunyi macam samseng kelas atasan jer.Haha.

‘Liana Carsten?Aku kenal ker?Maybe some of my ex-girl which decide to back for revenge.Whoa.’

Diketuk-ketuk pennya ke meja.Liana?Liana Carsten?Takde rasanya ex-girl aku nama tuh.Dia nieh minah salih celup ke made in oversea!Mesti this ‘Liana’ sesat dan can’t find her way back.Spontan, Lokman tergelak.

‘Kalau ye pun tak bersetuju dengan posting aku, janganlah nak buat ‘free speech’ situ.Ker ayat aku tue membuatkan dia terasa.Entah-entah minah nie psycho.Eyek..’

Ditekan ‘mouse’ ingin men’delete komen ‘Miss-Damn-Rude’ tapi terhenti perbuatannya.Memikir.

‘Kalau aku delete, kang dia kata aku penakut or dayus or so on.Okaylah, aku bagi chance kau mengutuk aku ‘Miss-Damn-Rude’.Kau bacalah yek, inilah reply dari ‘Prince-of-Forgiveness-versue-evil’.Adoi, apa lak aku mengarut nie.’

Lokman mengetuk kepalanya.Kemudian, jemarinya mula bermain di atas keyboard membalas komen ‘Miss-Damn-Rude’ as he called her.

**

‘Honey, boleh jumpa tak?’

Jojo mengeluh.Malas nak melayan Izat sejak dia menjadi ‘bidan terjun’ dan model partner Izat seminggu lepas.Takde mood nak tengok muka ‘chinese look’ tue.

‘Why?’

Dijawab tanpa nada.

‘Adalah.Please, honey?’

Alah, startlah mamat nie menjadi ‘kekasih mithali’ yang memujuk untuk mencairkan hati perempuan.Huh, taktik lama sungguh!

‘I’m not in mood.’

Sebaris kata yang sudah cukup menerangkan dia malas nak keluar.Takkanlah mamat nie tak faham-faham.

‘Sekejap jer.Boleh yer, honey?Miss you.’

Payah betul nak bercakap dia nie.Jojo dah menggosok matanya.Alahai..

‘Hemm..perlukah jumpa?Urgent sangatkah?’

Jojo jawab lagi.Suara di hujung sana dah tergelak kecil.

‘Yes, honey.Ill fetch you, okay.’

‘No need.Nanti jumpa kat tempat biasa.’

Tap!Flip hansetnya ditutup kasar.Ee, malasnya namun digagahkan jua dirinya mencapai tuala mandi dan masuk ke dalam bilik mandi.

**

Dari kejauhan mata Jojo dan menangkap susuk badan Izat yang memakai ‘cap’ yang hampir menutupi mukanya.Itulah susah payah jer menyamar kalau nak jumpa, kan ke best tak payah jumpa!Menyusahkan diri betul mamat nie.

‘Hai honey.’

‘Emm apa yang penting sangat nie?’

Jojo terus bertanya. No salam. No hi.Malas nak berlama-lama.

‘Miss you, honey.’

Izat yang sudah biasa dengan ‘kebekuan’ honeynya itu melempar senyum saja.Kalau tak ber balas pun tak apa.Janji Jojo datang juga berjumpanya.It’s more than enough.

‘Okay.’

Minuman di depannya disisip perlahan.Mata Jojo meliar memerhati sekeliling KFC.Nasib baik tak ramai orang.Percuma jer kena serbu.

‘Take a look at these pictures.Gorgeous, right?’

Izat hulur picture dia dan Jojo minggu lepas.Jojo sambut malas dan pandang.Sweet juga!Agak sepadan.Ya ker?Jojo menepuk dahi sendiri.

‘So, how is it, honey?’

Izat ingin mendengar apa komen Jojo tentang picture mereka berdua.

‘Not bad.This girl not suits you, I think.’

Mata Izat membulat.Apa, tak sesuai?

‘She deserve someone like..like Prince William, maybe.’

Jojo tersengih kecil mengenakan Izat.Izat menghela nafas lega.Nasib baik main-main jer.Kalau betul-betul Jojo maksudkan dia tak sesuai untuk Jojo, mahu terjun KLCC.Opps!

‘Don’t worry, I like these pictures.Sweet.’

Jojo lempar senyum sekilas sebelum menumpukan perhatian pada gambar seterusnya.Izat pula mengambil peluang itu mengamati wajah manis di depannya.Cuma sayangnya wajah manis itu sangat dingin.Namun, itulah yang membuatkan Jojo berbeza dari perempuan lain.

Friday, December 4, 2009

143,Cintakah? (3)

Jojo dah kebosanan duduk di rumah hujung minggu.Tengok tv, tv yang tengok dia. Duduk dah, berdiri dah, landing pun sudah.

‘Ayak, bosannya!’

Matanya terkebil-kebil menghadap kipas yang berpusing di atas.Yang ada di pemikirannya adalah bosan.Bosan.

‘Aku nak kacau siapa ya?’

Dibelek-belek phone nya.Mencari gerangan yang nak dikacau.Haa, Mie!Ditekan butang ‘call’.

‘Hello.’

Lemah suara di hujung sana menjawab.Jojo tersengih.Tahu yang Mie masih berselubung di atas katil.Dah faham dah!

‘Mie, Jojo nie.Bosanlah.’

Jojo terus mengadu manja.Aik, sejak bila pula aku macam nie?

‘Bosan?’

Jojo tahan gelak, ketara betul ‘budak’ nie masih mamai.

‘Ya, bosan.Boleh teman Jojo keluar tak?Bolehla…’

Jojo dah memintal hujung rambutnya sendiri.Inilah padahnya kalau dah bosan, terpaksa la memujuk yang ‘ di sana’ untuk menemankan dia berjalan-jalan.

‘Yalah..yalah..Nak Mie ambik ker?’

‘Takpe.Nanti kita jumpa kat tempat biasa ya?’

‘Okay.’

Talian diputuskan.Jojo tersenyum sendiri.Kejam betullah kau nie Jojo, kesian ‘budak Mie’ tue.Budak ker kalau umur hanya muda setahun dari dirinya.Haha.Jojo tepuk dahinya lembut.

**

Dari jauh Jojo dah melihat kelibat Fahmi yang mencari dirinya.Dilambaikan tangannya.Fahmi yang melihat pantas melemparkan senyumannya.

‘Dah lama sampai, yang?Sorry lewat sikit.’

Fahmi meminta maaf seraya lalu duduk di depan Jojo yang tersenyum padanya.Hailoh, cair hati aku!

‘Takpe.Sorry ganggu tidur awak pulak.’

Jojo tergelak kecil namun segera ditutup dengan jemarinya.

‘Dah order, yang?’

Anggukkan kepala Jojo menjawab pertanyaan Fahmi. Fahmi menghela nafas lega.Dah setiap kali jumpa kat KFC, mana tak tahu favourite each other.

‘Tadi masih tidur ker awak?Sorry again sebab ganggu.’

Jojo lempar senyum.manis pada pandangan Fahmi, namun ‘Lady Iceberg’ nya ini tetap beraura dingin dan beku.

‘Hehe.It’s okay,for sayang, Mie rela korbankan tidur tue tau.’

‘Lawaklah tue.’

Jojo dan Fahmi tergelak.Dah terbiasa dengan sikap masing-masing.

‘Mama pun heran juga tengok Mie keluar tadi, yalah selalu memang masih melingkar jer atas katil.’

‘Padan muka.’

‘Apa yang?’

‘Padan muka.’

Jojo pamer muka nakal mengenakan Mie.

‘Nakal juga, my Lady Iceberg nie.’

‘What say you?Lady Iceberg?’

‘Yes, yang.It’suit with your attitude.’

‘Mie…’

Jojo memuncung.Geram, ada ker aku nie dipanggil ‘Lady Iceberg’..tak kelas langsung.Haha.

‘Sweet apa muncung yang tue.’

‘Tak nak kawan awaklah, Mie.’

‘Really?’

‘Yup.’

‘Nekad.’

‘Yup..’

‘Okay.’

Fahmi pura-pura nak berdiri, meninggalkan Jojo yang menyisip ‘milo’ nya.

‘Mie, nak ke mana tue?’

‘Balik.’

‘Ish, dasar anak manja.Sini duduk.’

Jojo menarik lengan Fahmi untuk duduk di sebelahnya.Fahmi tersenyum gembira di dalam hati.Yahoo!Taktik licik nie paling sesuai untuk ‘Lady Iceberg’ nie.

‘Meh makan ayam nie.Favourite Mie kan?’

Jojo sua ayam KFC kepada Fahmi lembut.Dipandang Fahmi yang teragak-agak memandang perlakuannya.Mie, kau tak ubah seorang adik padaku sebab itu aku senang juga memanjakan kau nie.Eish..

‘Thanks.’

‘Dah..dah jangan nak merajuk pulak.’

Baik Jojo mahu pun Fahmi, masing-masing berselera menikmati ayam di depan mata.Ditambah cheesy wedges.

‘Dah hampir 3 bulan kita kenal, actually full name awak apa ya?’

Jojo menanya perlahan.Fahmi tersengih.Hai, baru nak tanya sekarang?Ingatkan sampai bila-bila tak nak tanya?

‘Mohd. Fahmi Bin Azman tapi Mie ada papa tiri.’

‘Papa tiri?Where’s your real father?’

‘Sudah kembali pada-Nya.’

Sedih saja bunyi suara Fahmi menjawab pertanyaan Jojo.Jojo terkedu.

‘I’m sorry to hear that.So, papa baru Mie?’

‘Dato’ Abdul Kassim.’

Dato’ Abdul Kassim?Macam kenal jer?Tapi di mana ya?Jojo tercari-cari tapi masih tak dapat mengingati.Deringan handphone nya mengejutkan dia dan Fahmi.

Berubah wajah Jojo menjawab panggillan phone nya.Seketika kemudian, dia menamatkan panggillan dan kembali memandang Fahmi.

‘Mie, I’ve to go.Sorry and thanks for accompany me.’

Fahmi masih terkebil-kebil.Namun, sempat mengangguk.Salam yang dihulurkan dijawab di dalam hati.Hatinya tetap gembira.Perasaan cintakah ini?

**

Khairul Izat memandang Nicky, PA nya yang juga gelisah macam dirinya.Entah apa halnya, model yang dijadualkan akan ‘shooting’ cover depan untuk majalah HAI dengannya memberitahu ‘sick leave’.Dahla last minute pula tue.

‘Macam mana nie Nicky?’

Izat bertanya dengan muka bengang.Ish, tak boleh ker model tue ambik sick leave hari lain.Menyusahkan betul!

‘I’ll try to contact other model to replace her.’

Nicky kelam kabut membuat panggillan.Izat dah bengang.Kakinya disilangkan.Phone nya dimain-mainkan.Tiba-tiba dia teringat seseorang yang rasanya sangat capable dan sesuai.Pantas ditekan butang ‘call’.

‘Lega.’

Izat dah mampu menarik nafas lega bila suara di hujung sana bersetuju.Selamat!

‘Aku dah jumpa pengganti model tue.But, make sure don’t ask anything about her.’

Nicky menganggukkan kepalanya.Faham sangat dengan ketegasan Izat.Izat tersenyum tersendiri.

‘Sorry sorry..Am I late?Tadi Jojo jumpa kawan.’

Jojo terus menyapa Izat yang masih tak menyedari kedatangannya.Tidak dipedulikan pandangan cameraman atau wartawan di situ.Tak berminat.

‘Honey, bila sampai?’

‘Tahun lepas.’

Selamba Jojo menjawab.Nicky masih terpegun dengan kemunculan wanita di depannya.Cantik.Segala asset ada pada dia.Siapakah dia?Patutlah Izat tersenyum-senyum dari tadi.

‘So, apa yang urgent sangat nak minta tolong Jojo nie?’

Jojo mendudukkan punggungnya di kerusi sebelah Izat.

‘Honey, boleh tak tolong Izat hari nie?Honey sajalah my last hope.’

Jojo mengerutkan dahinya.Nak minta tolong apa pula nie?Sebut ajalah, jangan nak suruh aku jadi model sampingan dia, sudahla..’

‘Jadi my model partner.’

Jojo membeliakkan matanya.

‘What?Your model partner?’

Izat sudah memegang jemari Jojo namun segera ditepis lembut.

‘Yes, honey.Please.’

‘Please.’

Nicky turut sama memujuk Jojo dan masih mengagumi kecantikkan wanita yang dipanggil oleh Izat sebagai ‘honey’ itu.

Jojo dah menggaru kepalanya.Nak ke tak?Nak ke tak?Muka dua orang bukan main mengharap.

‘Okaylah.’

‘Yahooo!!Thanks honey.Love you.’

Izat berkata gembira.Nicky menghembus nafas lega.

‘But this is first and last.No more.’

Jojo berkata tegas.Nicky dan Izat tersengih.That’s one, we all not promise!Gelak jahat tapi dalam hati jer.

‘Come dear, nak tukar dressing dan touch up your face.’

Nicky sudah menarik jemari Jojo.Jojo hanya mampu menurut.Itulah pandai-pandai bersetuju tadi, kan dah kena!Haila..

Izat sudah bersedia, hanya menanti ‘honey’ nya keluar dari make up room dan menjadi model partnernya.Jojo keluar dengan teragak-agak.Nicky segera menarik Jojo keluar dan semua krew penggambaran juga terpegun.Izat speechless!

‘Honey, is that you?You’re so gorgeous!’

Mak ai, cantiknya bila dia memakai mini dress purple itu, dengan solekan senada.Cantiknya!

‘Ish, macamlah tak pernah tengok Jojo.Tutut mulut tue.’

Rungut Jojo perlahan.Membahang mukanya, dia sendiri pun tak percaya menghadap cermin tadi.Macam dua orang yang berlainan pula!

‘Honey..’

‘Dah dah..bila nak start nie?Lagi cepat lagi bagus.’

Jojo memintas kata-kata Izat.Menutup kegugupan di hatinya sendiri.

‘Okay, ready.Kalau boleh tue biar natural aksi, mesra dan senyum.’

Arah cameraman.Melebar senyuman Izat.Yalah, buah hati yang menjadi model partner, mana tak senyum memanjang.Nicky pula tersenyum memandang Izat dan ‘honey’ nya itu sangat secocok.Padan sekali.Lepas nie, memang Izat akan diburu oleh wartawan rasanya dan Jojo takkan dapat sebut ‘no more’ lagi.Matanya masih memandang aksi-aksi mesra Izat dan Jojo.Alahai..mata tak dapat nak berhenti memandang!

Wednesday, December 2, 2009

143, Cintakah? (2)

L : Apa itu Cinta?

Lokman Ashaari tekun menghadapi blackberrynya. Cousin yang ditunggu masih belum menampakkan muka pulak.

‘Dia ni memang selalu janji menteri.Dah naik kematu aku duduk sini.Kalau tahu dia lewat, baik aku jumpa June dulu.’

Rungutnya perlahan.Rambut depannya diselak ke belakang.Haikal yang mendengar rungutan Lokman Cuma mampu tersengih.

‘Bagitau sajalah L yang kau tue tak mampu hidup tanpa perempuan cantik.’

Haikal mendudukkan dirinya di depannya Lokman yang masihmenghadap blackberry nya.

‘Kita kena menghargai objek yang menawan dan cantik di sekeliling kita la.’

Lokman mempertahankan hobinya yang suka ‘flirting’ atau bertukar girlfriend.Deringan blackberry nya membuahkan senyumannya.

‘Yes,honey.Sorry tak boleh teman you lunch, I ada lunch dengan my cousin nie.’

Haikal Cuma tersengih mendengar Lokman ‘menggoreng’ girlfriendnya.

‘Okay..okay..I promise I’ll treat you lunch tomorrow.Love you.’

Senyuman Lokman melebar mendengar suara di sebelah sana.Haikal menghirup jus orennya yang sudah di order oleh Lokman sebelum dia sampai.

‘Ila, my new boo.’

‘Ila my new boo.Alahai bangganya Encik L kita nie.Ila salah satu objek yang menawan dan cantik juga ker?Diorang bukan 'objek' yer L.’

Ejek Haikal mengenakan Lokman.Lokman tayang giginya.Mengangkat bahu.

‘Tadi merungut tak dapat jumpa June.Ni Ila pula.Siapa lagi lepas nie?’

Tambah Haikal lagi.Temannya ini memang tak pernah berubah perangainya yang suka pasang ‘banyak-banyak spare part’.

‘Dah diorang yang nak.Even tahu aku dah ada steady girlfriend tetap juga nak, aku ‘on’ jer la Kal.’

Lokman membela dirinya.Betullah, mungkin kerana perempuan sekarang mengejar kemewahan semata-mata.Contohnya si Suzana kalau merajuk, selepas dihadiahkan barangan kesukaannya mesti diam.Dahla nak yang berjenama saja.Ish,kopak duit aku.

‘Kau pun jangan nak memanjakan mereka sangat dengan duit ringgit.Ingat sikit, duit yang kau laburkan tue duit Pak Long tahu.Kalau dengan gaji kau tue, mana mampu nak belanja girlfriend keliling pinggang’.

Panjang lebar Haikal menasihatkan Lokman yang tersengih-sengih membaca mesej di blackberry nya.Mesti salah satu girlfriend dia la tue.

‘Kau nie kalau membebel boleh duduk sama part dengan mama aku.Patutlah anak saudara kesayangan mama.’

Balas Lokman selamba,nasihat Haikal bagaikan angin lalu padanya.

‘L, aku cakap benda betul.Kau ni memang tak makan saman tahu.’

Haikal Cuma mampu menggeleng kepalanya.Buang air liur jer bercakap dengan dia nie.

‘Kal, kau nie memang pandai sangat mengata aku tau.Girlfriend kau pula, habuk pun tarak.’

Lokman memperli sinis.Pedih telinganya kena berus oleh Haikal, dahla semalam Datin Azah merangkap mama nya telah membebel berjam lamanya.

‘Girlfriend aku?Mestilah ada.’

Erk..terkedu Lokman.Dipandang direct anak mata Haikal.Kot-kot menipunya sebab cousinnya ini sangat susah nak mengaku bab ‘love’ macam nie.Sangat-sangatlah low profile.Rupa ada tapi memang susah nak dengar dia bercerita pasal 'love'.Jarang bergaul sangat dengan wanita, kecuali berurusan dalam kerja.

‘Kau biar betul Kal?’

‘Yalah, tak percaya sudah.’

Haikal tayang muka selambanya.Jus orennya disisip perlahan.

‘Bila nak kenalkan kat cousin kau yang macho nie?Nak juga kenal?’

Bersungguh-sungguh Lokman bertanya.Haikal menayang muka serius.

‘Sorry yer Encik L yang macho,maybe she’s not your type.’

Haikal sengaja mengenakan Lokman yang kelihatan sangat berminat dengan girlfriendnya.Jojo, terbayang imbasan wajah Jojo dimatanya.Mata biru, rambut blonde, wajah yang cantik tapi dingin dan beku.Maybe hanya dirinya sendiri yang syok sendiri pada Jojo.Jojo tetap melayannya walaupun biasa-biasa saja.Wajah itu tiada sinar cahaya,hanya beku.Jojo..tiadakah cinta di hatimu untukku?

‘Mana kau tahu dia bukan type yang aku suka Kal.’

‘Akulah tahulah L, dah lama aku kenal kau tue tahu.’

Haikal membalas selamba.Lokman memandang luar restoran yang sedang diduduki dia dan Haikal.Terlihat seorang gadis yang sedang berjalan menuju keretanya. Rambut blonde dan ukuran badan yang menawan bak model.Sayangnya dia tak sempat wajah tersebut.Ala, ruginya!

‘Kau pandang apa tue L?’

Haikal turut sama memandang keluar.Tiada apa-apa yang menarik pada pandangannya.

‘Bidadari.’

‘Erk, bidadari?Kau mimpi ker L?’

Haikal menanya selamba.Lokman nie memang bukan diharap sangat pun.

‘Bidadari.Kal , suatu hari nanti aku akan jumpa balik bidadari tue.’

‘Insyallah kalau kau berubah la L.’

Lokman tersenyum sendirian.

‘Kal,dengar khabar papa kau dulu kan ada anak gadis.Bagaimana rupa dia?Cantik tak?Kenalkan pada aku lah, Kal?’

‘Dia.Entahlah L, aku nie abang tiri dia,pun tak pernah jumpa dia tahu.Dia langsung tak nak berkenalan atau jumpa kami semua.Dia hanya dengan dunia dia saja.Papa pun dah penat dah pujuk dia.Pendek kata,dia hanya hidup dalam her own world.Only.’

Lokman menganggukkan kepalanya.

‘Sayangnya kau tak pernah jumpa.Kalau tidak, ada chance aku tackle dia.Oh ya, siapa nama dia Kal?’

‘Ermm…kalau tak silap aku Hana..Macam tue mama aku selalu sebut la.Macam itulah bunyinya.’

‘Hana.’

Haikal dan Lokman sama-sama cuba membayangkan wajah milik Hana, adik tiri Haikal dan juga semestinya ada kaitannya dengan Lokman.Bersaudara juga.

**

Lokman duduk menghadap komputernya di pejabat. Nak menyemak fail yang menunggu signature nya terasa malas pula.

‘Baik aku buka blog,lama juga tak menjenguk blog.’

Pantas jarinya mengklik blog kepunyaannya, ‘all about L’.

‘Aku nak buat apa pulak nie.’

Kepalanya digaru perlahan.Kemudian jarinya mula menari atas keyboard komputernya.

Re : Apa itu CINTA?

‘Aku bukan nak bermadah pujangga atau jiwang karat.Aku hanya nak sebut apa aku rasa.CINTA?Apa itu Cinta?Cinta pada Allah,teman,keluarga, harta benda atau kekasih?Atau apa-apa saja?

Aku cuma nak tahu.. apa itu CINTA? Kenapa selalu dikaitkan dengan sepasang kekasih?

Cintakah jika hanya mencintai kecantikkan atau kekacakkan wajahnya?

Cintakah jika hanya mencintai wang ringgitnya?

Cintakah jika hanya mencintai kemewahannya?

Cintakah jika hanya nak mengambil kesempatan?

Cintakah jika hanya bersimpati dengannya yang obsess pada kau?

Cintakah begitu?Haruskah begitu disebut CINTA?

Jadi,masihkah mencintainya jika dia sudah tiada apa-apa?

Jika dia menjadi papa kedana?

Jika dia menjadi cacat cela?

Jika dia dah tak menepati ‘type’,’taste’ atau ‘skala cinta’ kau lagi?

Atau, jika kau sudah beroleh CINTA baru?

Harus,masih adakah yang di luar sana tahu spesifikasi CINTA yang sebenarnya?Kalau masih ada, masihkah ada golongan itu?

Ada juga yang pernah kehilangan,lantas menutup dirinya dari melihat keindahan alam di luarnya.Asyik dengan dunianya sendiri.Baginya, mereka dan mereka tak ada hak menghakiminya.Jadi, sampai bilakah kau akan tidur lena dalam kepompong kau itu?Tak perlukah kau mencuba menghirup udara segar?Merasai nikmatnya tiupan angin sepoi-sepoi? Kenyataan memang pahit tapi tidak terfikirkah kau untuk bangun dan keluar dari dunia itu?. Ini berdasarkan pandangan aku pada seseorang.Siapa dia?Jangan ditanya kerana aku juga tak mengenalinya.

Aku, L , hidupku dikelilingi objek yang menawan dan sedap mata memandang tapi hatiku kosong dan tiada CINTA di situ.Aku juga hipokrit kerana mencintai tanpa CINTA.Hatiku kosong.Kosong.Kosong.

Selebihnya, bertanyalah kepada diri kau sendiri?Tidakkah kau hipokrit seperti aku?Abaikan jika kau meluat dengan kelancangan ayat aku.

By the way, sama-samalah kita mencari erti CINTA yang mampu membuatkan kau dan aku sama merasainya, di samping mencari CINTA sejati-NYA.Salam.

Aku,
L


Lokman tekan ‘publish post’.Dia tersenyum lega.Dapat juga dia meluah apa yang dirasa.Haha.Terasa nak tergelak membaca apa yang ditulis sebentar tadi.Ahh, harap-haraplah cousin nya tak membaca blognya.Dicapai fail di atas mejanya dan membaca isi-isi pentingnya.