Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, February 8, 2009

Kisah Maharani part 1

Maharani melompat kegembiraan di ruang tamu rumahnya..Panggilan yang baru diterimanya tadi amat mengujakan dirinya. Setelah sebulan lebih bertapa di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja selepas habis STPM, akhirnya seperti bulan jatuh ke riba, dia ditawarkan menjadi guru sementara di Tadika Sri Kiambang, tidak jauh dari rumahnya.

‘Yei…yahuuu!.’

Puan Zulintina yang baru melangkah masuk rumah tergeleng-geleng melihat telatah anak daranya yang agak kasar itu.

‘Wany, apa terkinja-kinja macam monyet nie.’

Maharani segera menerpa Puan Zulintina, dipeluk sambil tertawa riang.

‘Mama..Wany dapat kerja jadi guru sementara kat Tadika Sri Kiambang la…’

Dicium-cium pipi Puan Zulintina di depannya.

‘Ishh..dah besar pun tak habis-habis bermanja dengan mama!’

‘Ala, kan Wany nie kesayangan mama jugak..’

Maharani menggiat Puan Zulintina. Menayang sengihnya.

‘Bagilah mama bernafas dulu sayangku Maharani..’

Puan Zulintina tahu betapa Maharani tidak suka dipanggil dengan nama sebenarnya itu.

‘Mama..kan dah kata Wany…Wany tau..’

Maharani mula mencebik bibirnya. Tak sukalah!

‘Yalah..yalah..Wany masam..dah mandi ker sayang..semalam mama dengar ada seseorang tue nak pergi jalan-jalan ngan Zaty dan Naddy.’

Maharani tepuk dahinya. Terlupalah tue!

‘Alamak mama..Wany terlupa..mampuslah Wany dengar ceramah free Zaty dan Naddy nanti.’

Dengan kelajuan paling maksimum, Maharani berlari ke biliknya dan menyiapkan dirinya.

‘Mandi..mandi..’

Segalanya dilakukan dengan kepantasan tahap tertinggi waktu ini.

‘Apesal aku boleh terlupa nie…?

Maharani tak habis-habis membebel sendiri..sekali pandang macam ada fius yang tertanggal lak.hehe.

**

Dari jauh Maharani dah tersengih-sengih, cover line terlambat la tue..Izzatie dan Nadzirah dah tayang muka macam singa kelaparan. Dahla menunggu kat stesen bas tengah panas nie..kalau beraircond, tak ler kisah giler..

‘Ampun tuanku..beribu-ribu ampun..hamba terlupa janji kita.’

Maharani siap menunduk seperti betul-betul menyembah Izzatie dan Nadzirah.

‘Well, adinda ku Naddy, apakah hukuman yang sesuai untuk pesalah nie?’

Nadzirah mula mundar-mandir seperti benar-benar memikirkan hukuman yang setimpal.

‘Kakanda ku Zaty, nampaknya adinda dah memutuskan supaya pesalah nie dihukum sponsor KFC jer..’

‘Banyaklah korang punya adinda, kakanda weh…tolong!tolong nak oksigen!’

Maharani melambakkan ketawanya disambung oleh Izzatie dan Nadzirah.

‘Itulah hukuman yang setimpal untuk orang terlewat menurut akta undang-undang Naddy ke – 25.’

Maharani meluku kepala Nadzirah yang masih merapu-rapu.

‘Sebenarnya pagi tadi aku dapat satu panggilan..’

‘Dari siapa?’

‘Secret admirer.’

‘Hah!.’

Nadzirah dan Izzatie terjerit.Terkejut.

‘Korang tak percaya?’

‘Setelah aku selidik semua jurnal lama geng kita, tak pernah tercatat dalam rekod pun.’

Izzatie menggaru kepalanya.

‘See the leg laa..’

Maharani terkejut bila dikepit oleh Izzatie dan Nadzirah.

‘Weh, baik Maharani cakap betul-betul!’

‘Weh, Wany laa…apa Maharani nie?’

Terus naik darah merahnya 360 darjah. Nadzirah dan Izzatie tayang muka selamba badak jer.

‘Lalalalalaa..’

‘Korang nie..ish..aku dapat kerja jadi guru sementara kat Tadika Sri Kiambang la..’

‘Hah!’

‘Berapa kali korang nak terkejut nie?’

‘Betul ker Maharani?’

‘Maharani..Maharani..orang tak sukalah!.’

Maharani menghentak kakinya sebelum meninggalkan Izzatie dan Nadzirah yang melongo.

‘Aku tak demam kan Naddy?’

‘Aku pun tak Zaty.’

Dua-dua tak percaya! Tak pernah Maharani se'emosional hari ini..Masing-masing berpandangan..Takkanlah bendera jepun berkibar kot…Tersengih sebelum mengajar langkah kaki Maharani.

**

Pagi yang ditunggu muncul juga akhirnya. Maharani sudah tercegat di depan tadika Sri Kiambang dengan harapan hari pertamanya akan berlalu dengan lancar.

‘Pinn!!’

Hon kereta di belakangnya yang berbunyi kuat membuatkan dia terlompat kecil.

‘Alamak malunya!Siapa yang kurang asam sangat nie?’

Dikalih pandangnya pada kereta di belakangnya sambil masih tercegat di situ.

‘Wei, tepilah!’

Terdengar suara garau separuh menjerit mengarahkan Maharani ke tepi namun hanya dibiarkan berlalu sepi. Maharani masih terpacak macam tiang bendera di situ.

‘Awak nie tak reti bahasa Melayu ker Cik Kak?’

‘Dey tambi..awak tue yang tak reti sopan-santun ker?Tak boleh salam ker?’

Luqman Hafizi menggigit bibirnya geram.

‘Degil betul minah nie. Aku cepuk kang menangis.’

Baik Maharani mahu pun Luqman Hafizi masing-masing menunjuk degil dan ego.

‘Man..apa kecoh-kecoh nie?’

Luqman Hadi menanya adiknya yang tersadai di depan tadika Sri Kiambang diikuti oleh isterinya, Ann Nurissa.

‘Eh..adik yang jadi guru sementara kat sini kan?Jomlah masuk..jangan dilayan sangat Man tue..’

Maharani mengikut langkah Ann Nurissa sambil menjeling geram pada Luqman Hafizi.

‘Huh!’

Maharani mendengus geram. Luqman Hafizi turut melontarkan pandangan beracunnya. Abangnya, Luqman Hadi hanya menggeleng. Ann Nurissa tak nak masuk campur!

SPECIAL APPEARANCES : LUQMAN HADI DAN ANN NURISSA ( E-NOVEL OPPS..NOT HIM!!)

p/s : Bagi yang rindukan Luqman Hadi dan Ann Nurissa, sile yer terima kemunculan mereka dalam Kisah Maharani nie.Karya nie hasil ke’blur’an Hanna..takde idea nak update Ceritera Kisah Kita..jadi Hanna memblurkan diri di sini..huhu…Kisah Maharani nie hanyalah cerpen yang ter'panjang skit..hehe..

6 comments:

  1. wah hanna..ade je idea..g bertapa kat mana ni smpai jmpe maharani?

    ReplyDelete
  2. x taw aa yaty..tetibe tfkr mlm td nak wat cerpen..timbul name maharani lak..hawhaw...

    ReplyDelete
  3. suke.suke.suke.suke.
    luqman hafizi 2 cum a9 la pulok.
    wany.name ko.
    ko imagine tau luqman hafizi tu sape.
    kak hanna sweet ah citer nie.
    wany masam.
    agagagag.
    sweet.
    mule2 dh gempakzz citer nie.
    suke2.
    sayang kak hanna.
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. haha..
    naddy ngn zaty lam cer ni
    sejibi cm pangai zaty ngn afaf.
    ahaha :))

    a9?
    kantoi afaf!
    haha :)
    tq tq kak hanna,
    sweet gela cer ni.
    syg kak hanna.
    ahaks. xD

    ReplyDelete
  5. ngeeeeeeeeee...
    ske2...
    kak hanna nie wat cite cm nk mendera zaty jerp..
    da saket pp nieh asyik tersengeh2 dpn laptop nieh..haisyyh..
    tol tuh wany..
    prangai ko pon sme..ske wat aku tggu..heheh..
    besh sgt kak hanna..i like it ahaha...
    hehe..

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!