‘Kenapa abang bawa Kasih makan di sini?’
Kasih menanya bila kaki mereka melangkah masuk ke dalam Restoran Seruling Senja itu.
‘Abang nak imbas kembali saat kita mula keluar bersama..Abang rindukan gelak tawa Kasih abang yang ceria dulu..yang suka ketawa dengan gurauan abang..’
Kasih terdiam dengan ayat yang keluar dari mulut Rizal..Benarkah dirinya terlampau berubah sekarang?
‘Kasih minta maaf kalau abang tak selesa dengan Kasih sekarang nie.’
‘Apa pula tak selesa sayang…Sayang macam nie pun sebab abang juga..Mungkin inilah bayaran kepada sikap pemarah abang tue.’
Tempat duduk yang ditempah Rizal juga merupakan tempat favourite Kasih. Memang Rizal ingin menyedarkan Kasih secara halus dan lembut, tak ingin memaksa. Biarlah Kasih sendiri yang berubah menjadi dirinya semula.
‘Thanks bang..Kasih suka sangat dengan keadaan di sini.’
‘Hai,Kasih…eh, Am pun ada juga.’
Satu suara berlemak manis menyapa mereka. Argghhh, apa pula Sasha nie buat kat sini, getus hati Rizal. Dia risau kalau ini akan menambah duka di hati Kasih di depannya.
‘Assalamualaikum Sasha,duduklah.’
Kasih mempelawa dengan senyuman. Sasha menjerit sakit hati melihat senyuman Kasih yang seakan-akan memperlinya.Huh!
‘I ada dengar berita kehilangan anak you all…takziah.’
Sasha tayang muka kesiannya sedangkan di dalam hati melompat suka. At least, tiadalah zuriat Rizal yang dilahirkan oleh Kasih.
‘Terima kasih atas sikap prihatin Sasha. Takde shooting ker hari nie?’
Rizal menanya acuh tak acuh. Mengacau daun betul minah nie. Apalagi dia nak nie?Janganlah Kasih fikir bukan-bukan!
‘Ai, macam menghalau jer nie.’
Sasha cuba bergurau bila melihat wajah kelat Rizal memandangnya. Kasih hanya mendiamkan diri sambil memerhati Rizal yang jelas tidak senang dengan kehadiran Sasha.Oh hati, janganlah fikir yang bukan-bukan!
‘Okaylah Kasih..I’ve got to go..’
Sasha melempar senyuman plastiknya sebelum melenggang pergi. Rizal menghembus nafas kelegaan melihat Sasha pergi.
‘Sayang nak makan apa?’
‘Ikut suka abang la..’
Kemudiannya meja mereka diselubungi sunyi. Baik Kasih mahu pun Rizal melayan fikiran masing-masing. Malam yang diharapkan akan menjernihkan hubungan mereka akhirnya berlalu begitu saja.
**
‘Aku nak jumpa kau.Sekarang juga kat tempat biasa.’
Jamal merungut dengan arahan yang baru diterimanya.Perempuan ini memang menyusahakan hidup aku aje. Kenapalah aku boleh terlibat dengan perempuan licik ini?’
Namun dah terlewat untuk dia berkata ‘tidak’. Segalanya sudah tak boleh diundur lagi.
Kereta dipandu ke tempat biasa di mana dia akan bertemu dengan perempuan tersebut.
‘Kau ni memang tak pernah tepati masa kan?’
Sergahan perempuan tersebut mengejutkan Jamal. Ish, dia ingat boleh terbang ker kereta aku nie, dahlah sekarang time ramai orang, mestilah sesak..Jamal menggaru kepalanya walaupun tidak gatal.
‘Maafkan saya.’
‘Huh, maaf..maaf!Bosan aku dengar.’
‘Ada apa-apa lagi ker?’
Jamal menanya tanpa berselindung. Kalau berlama-lama dia pula yang akan menjadi pekak mungkin dengan jerkahan dan sergahan perempuan nie.Harap jer muka lawa tapi perangai mengalahkan evil. Menyesal bersetuju dengan dia dulu.
‘Kau baca nie, lepas tue aku akan bagitau masa yang sesuai untuk kau bertindak. Ingat jangan kau nak lebih-lebih pula.’
Terjegil matanya memberi amaran kepada Jamal.
‘Okay.’
‘Nah, duit pampasan untuk kau.Aku blah dulu.’
Jamal menghela nafas selepas perempuan yang penuh dengan dendam tersebut berlalu.Menyesalnya!Menyesal aku terlibat dengan perempuan ini. Duit di depan mata dipandang tanpa nafsu.Arghh, dia menjerit dalam hati!
Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.
143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.
KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.
иєω єитʀγ :
Cerpen : Al.Fa
KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)
Lυν,
♥♥Hαηηα
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
smbung ag kak!!!
ReplyDeletehehehe...
~uny..
@_@
Pulak dah... Apa gik trouble mable yg nak dbuat c gedikz 2.. Rasa nk penyek2 jer pas2 simpan dlm botol. Menyusahkan tol..
ReplyDelete