Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, February 8, 2009

42 - Special Episode Seindah Kasih


~~~SPECIAL EPISODE ~~~

Special Appearances : Intan Farina, Zamri Iskandar, Suzana Alisya dan Zahid Fikri (E-novel Warna Cinta Kita)

Banglo Kasih dan Rizal terang benderang dengan kerlipan lampu dan dekorasi yang terhias indah. Tetamu mula memenuhi ruang di banglo tersebut. Majlis yang diadakan sempena ulangtahun perkahwinan dia dan Rizal yang kedua tahun.

Kasih nampak bergaya di dalam baju kebaya purple nya, sedondon dengan Rizal. Afaf juga memakai baju warna sedondon. Afaf di dalam pelukan neneknya kerana Kasih dan Rizal sibuk menguruskan majlis tersebut.

Kelibat Farina dengan suaminya segera disambut oleh Kasih. Farina nampak sarat mengandungkan anak pertamanya.

‘Wah, mak buyung masih larat ker nie?’

Kasih mengusik Farina yang menanti due date nya. Zamri berjabat tangan dengan Rizal.

‘Mak buyung? Pandailah kau nie Kasih…takde maknanya tau.’

Farina mencubit lembut lengan Kasih yang tersenyum memandangnya.

‘Sue dan abang Ayid mana?’

Rizal menanya bila tak melihat kelibat Zahid dan Suzana.

‘Sekejap lagi masuklah tue…’

Zamri menjawab bagi pihak isterinya.

‘Jemput duduk Ina…kesian pulak lihat Mak Buyung berdiri lama-lama nie.’

Giat Rizal sambil tersengih.

‘Hati-hati Am..ketam batu dia boleh tahan tau…’

Bisik Zamri di telinga Rizal..

‘Abang bisik-bisik apa nie?Curious jer Kasih tengok?’

Kasih dan Farina sama memandang dengan persoalan.

‘Ala..nie cakap orang lelaki jer..yang berlainan jantina tak termasuk tau..’

Rizal dan Zamri tertawa..Kasih dan Farina hanya mencebik geram.

‘Kasih..rindunya kat kau.’

Suzana segera memeluk Kasih yang tak sedar dengan kehadirannya. Mereka pun akrab kerana bila Suzana dan Zahid balik Malaysia, mereka pasti berjumpa ramai-ramai.

‘Sue..kenapa Kasih rasa ada sesuatu jer…’

Suzana memandang hairan, tak dapat catch up maksud Kasih di depannya.

‘Masa kita hugging tadi..rasa macam…..are you gonna…?

Kasih tidak menghabiskan ayatnya bila melihat anggukkan Zahid di tepi isterinya.

‘Is it? Wah…congratulation Sue..abang Ayid…mane Epol?’

Kasih menanya bila tidak melihat anak sulung Suzana dan Zahid, Saiful atau nama manjanya Epol.

‘Tinggal dengan atuknya.’

Zahid bersalam dengan Rizal dan mereka bertiga mula bersidang..entah apa-apalah.hehe.

‘Wah..dua-dua jadi Mak Buyung yer?’

Kasih memandang dengan rasa kagum..

‘Kasih…..’

Serentak Kasih,Farina dan Suzana memandang Zaza yang juga memegang title Mak Buyung..Beberapa bulan lepas dia disatukan dengan Jamal setelah cinta Jamal dan Tina kecundang di tengah jalan.Segalanya bermula pada malam annual dinner tersebut hingga membuahkan rasa cinta antara mereka. Membawa mereka ke jinjang pelamin.

‘Weh, datang juga Mak Bunting Pelamin nie..’

Memerah muka Zaza diusik begitu. Dipukul lembut suami di tepinya.

‘Jangan lupa Mil kat sini yer?’

Jamil mencelah dengan beriringan dengan Norhayaty yang sah bertunang dengannya sebulan lalu.Sepadan!

‘Yaty..tak nak ker membuyungkan diri macam nie?’

Suzana mengusik Norhayaty yang tersipu malu.Jamil tergelak kecil.

‘Kalau semua dah jadi Mak Buyung macam nie..Sue ada idea,nak dengar tak?’

Serentak beberapa pasang mata memandangnya. Persidangan Rizal, Zamri dan Zahid turut terbubar sama.Hehe..

‘Apa dia?’

Jamal meyoal cepat.Tak sabar nak tahu nie.

‘A’ah…apa dia Sue?’

Farina pula menyoal.Kasih pula bersinar-sinar matanya seakan-akan dapat menangkap maksud Suzana.

‘Sue..betul tak yang Kasih fikir nie?Agaknya sama tak?’

Kasih mengenyit matanya pada Suzana.Suzana membalas kenyitan mata Kasih. Sementara yang lain bengang dan tak sabar menunggu.

‘Hah..Zaza pun tahu rasanya.’

Tiba-tiba Zaza bersuara pula.Pandangan berkalih padanya pula.Ditayang sengih.

‘Apanya sayang?’

Jamal menanya setelah lama teka-teki di kepala mereka tidak berjawab..

‘Kita semua dah kenal lama kan? Nak tak kalau kita mengeratkan lagi tali silaturahim nie?’

Suzana berkata-kata dalam senyum yang tak lekang di bibirnya.

‘Kan ke memang dah erat?’

Jamil mencelah..masih tak dapat menangkap maksud Suzana.

‘Hee..lambat pick up lah korang nie..meh Yaty nak terangkan nie..pasang telinga betul-betul tahu..jangan ade yang tertinggal bas pula nanti..’

Norhayaty pula yang jadi tumpuan kali ini.Namun, dia berbuat selamba jer.

‘Semua dah jadi mak buyung kan?’

Semua angguk kepala.Bersetuju.

‘Bila baby dah keluar tue nanti, kalau berlainan jantina…’

Semua masih pandang tak berganjak menanti ayat seterusnya.Norhayaty menepuk dahinya.

‘Adui…kalau berlainan jantina, jadi besan la…aparaa…’

Semua melongo. Saling berpandangan. Memikir ayat Norhayaty yang tersengih.

‘Betullah.’

‘Yalah.’

‘Geliga betul.’

‘Aku sokong.’

‘Aku pun setuju.'


Serentak beramai-ramai mereka tergelak sama. Berharap akan ada penyambung kepada persahabatan mereka sekarang ini, yang akan terus mempereratkan tali silaturahim di antara mereka.Saling bertukar senyuman dan mula berbual-bual tentang masa depan. Kasih tersenyum senang dengan kebahagiaan di depan matanya. Rizal di tepinya dipandang lama dan pandangan mereka bersatu. Sama-sama melagukan irama cinta, senada seirama!

*END*


p/s : Seperti biasa yer kengkawan sekalian, sile tinggalkan komen keseluruhan untuk SK II nie..sekadar feedback untuk SK II…tima kaceh daun keladi sebab terus membace SK II walaupun lama tak di update..ma ceh banyak-banyak yer..chayunk koranggg….Hanna menyeleeping beauty'n diri(hehe..ade ke patut..tak patut betul..sah,anak salah fius skit Hanna nie...salam)Enjoy it!

13 comments:

  1. hahahah..
    msing2 bunting..
    mesty best kalo berbesan sesme kwan sendiri..
    ske2..

    besh gile cite nieh kak hanna...ske sesgt...
    best,,best,,best...

    ReplyDelete
  2. sweet la..
    ni la sy suke dgn karya kak hanna
    memang best...
    berbaloi bersengkang mata

    ReplyDelete
  3. penceritaan sgt menarik.
    ending dye wany ske ohh!
    iklas :)

    ReplyDelete
  4. kak hanna x nak wat comeback utk opps..not him ke?

    ReplyDelete
  5. best ending nyer.....ada citer baru x?????

    ReplyDelete
  6. hehe..thx all..chayukn korang..ade gak akk tfkr nak wat special episode untuk ONH...tapi tunggu mase yg sesuwei gitu2..hehehe...

    ReplyDelete
  7. wah hanna mmg best lh...tahniah..btul jg berbesan dgn kwn sndri...he3...tahniah hanna..nti bt lh cite bru...ONH klo ade special lg bgs...

    ReplyDelete
  8. waaa.. sume pon jd mak buyung~! hahahaa..
    bleylaa berbesan nant ank2 da bsar;p
    ~haikadove

    ReplyDelete
  9. not bad..simple..tp kalu bt lg byk conflict kan bagus..memanjanGkan lagi crite tue...kalau tak salah..ada skit2 persamaan dengan novel nia azalea pada bab syasya bt planning nk kenakan Kasih tue....then satu lagi yg Kasih merajuk..mengidam nk makan KFC sama babak dgn dlm novel adam & hawa-aisya sofea...kira okey laa..bag 3 setengah bintang yerk

    ReplyDelete
  10. warghhhhhhhhhhh.
    suke gegilew lorr kak hanna.
    bhahaha.
    agaknye afaf-baby tu kawen dgn ank sape.
    bhahahah.
    ley wat new part.
    afaf-besar.he3
    suke jerw kengkwan jd besan,
    kak hanna.chaiyok2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  11. tahniah buat swit hanna...seindah kasih II mmg best kalu nk dibansingkan dengan seindah kasih I..secara keseluruhannya, y 1st tu jalan cerita die cam cepat sgt, bace2 eh, dah abis???
    y kedua nie, mmg sy suke...seronok...happy jer mace wpun ade part y sedih cm shasha buat jahat tue...
    n lastly...teruskan usaha..xsabar nk bace novel y seterusnya dari swit hanna

    ReplyDelete
  12. cita ni mmg best..ada sense of humor..huhu..tringin gak nk nuleh nvel tp xdak msa ag...btw..good stry la sis...

    ReplyDelete
  13. menarik n seronok..... suka ceta ni...
    harap dpt menghsilkan ceta yg syok2 lg lps ni hehehe....

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!