Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Thursday, September 10, 2009

Kisah Maharani part 15

#Tak mungkin ada kita#



Luqman Hafizi duduk menongkat dagu menghadap sarapannya.Kehadiran Luqman Hadi tidak disedari langsung.Fikirannya melayang mengingatkan kata-kata Maharani beberapa hari lepas.

‘'Kan dah kata, Wany.Sengal betul, patutlah kena tipu girlfriend sendiri.'

Biar betul minah tue.Selalu sangat berkata-kata pelik.Dulu tentang buah ceri.Sekarang nie pasal Nur pulak.Desis hati Luqman Hafizi.Kepalanya digeleng-geleng.

‘Man, tak berusik pun mee goreng tue.’

Sapaan Luqman Hadi mengejutkan Luqman Hafizi.

‘Abang, terkejut Man tau.’

‘Man yang melamun bagai hilang bini tue yang tak sedar abang lama dah tercongak depan Man.’

‘Ya ka?’

Ditanya Luqman Hadi dengan pandangan blur.

‘Tengok pinggan abang dah bersih dan licin lagi nie.’

Spontan mata Luqman Hafizi memandang pinggan di tangan abangnya.Memang dah licin pun.Bermakna lama lah juga dia mengelamun.

‘Apa yang Man fikirkan sangat tue?Akak tengok beberapa hari nie Man takde pun tercongak kat tadika.Selalu mesti adalah muka Man ke sana.’

Ann Nurissa mencelah pula setelah selesai dengan tuganya, seraya duduk di sebelah suaminya.

‘Takde apa-apa lah kak.Man okay.’

Luqman Hafizi mengukir senyum manis ke arah abang dan kakak iparnya.

‘Betul nie?’

Sekali lagi Ann Nurissa bertanya.

‘Yup.’

Luqman Hafizi mengenyit nakal matanya, ingin mengusik Ann Nurissa.Luqman Hadi pula tersenyum senang.

‘Kalau macam tue, abang nak pergi kerja.Man okay kan?’

Luqman Hadi bertanya seraya berdiri.

‘Okay.Drive baik-baik bang.’

Luqman Hafizi kembali menyuap mee gorengnya yang tergendala.Ann Nurissa menuruti langkah suaminya.Suapan Luqman Hafizi terhenti bila handsetnya berbunyi menandakan incoming message.

Sayang..rindunya..breakfast sama, boleh? ^-^
+Sender : Nur


Senyuman meniti bibir Luqman Hafizi.Segera dibalas mesej Nurhakim dan bersetuju.

**

Kelibat Nurhakim yang menghampiri meja yang di dudukinya disambut dengan senyuman.

‘Assalamualaikum.’

Dibalas salam Nurhakim sambil tersenyum.Agak lama juga rasanya mereka tak breakfast sama.

‘Have a sit my dear lady.’

Tersengih memandang Nurhakim yang ayu dalam pakaian kasualnya.Jeans dan blouse purple.Comel.

‘Dah order ker sayang?’

‘Dah.Seperti biasa kan?Nasi goreng paprika dan horlick suam.’

Senyuman saling bertukar antara mereka.Rindu?Ya, mungkin.

‘Rindu kat Man ker sayang?Tak pernah pun nak ajak breakfast sama kebelakangan nie?’

Luqman Hafizi bertanya mesra.Nurhakim tersipu-sipu.

‘Busyla Man sayang oi..’

Sengaja ingin bergurau, Nurhakim mengenyitkan matanya.

‘Sayang..kenapa Man tengok sayang selalu jer balik kampung kebelakangan nie?’

Nurhakim telan air liur.Nak jawab apa?

‘Mak yang selalu rindu dan call suruh Nur baliklah sayang.’

Luqman Hafizi menganggukan kepalanya.Tapi apa maksud Maharani pulak?Ditipu girlfriend sendiri?Bukankah girlfriendnya hanya Nurhakim sahaja?Berkerut dahi Luqman Hafizi memikir.

‘Sayang apa yang difikir sampai berkerut jer dahi tue?’

Pertanyaan Nurhakim mengejutkan Luqman Hafizi.

‘Owh…nothing..’

Makanan yang di order dipandang kosong, sekosong hatinya.Entahlah dia sendiri bingung, perubahan Nurhakim semakin ketara. Hatinya sendiri juga tawar.Apakah maknanya?Betul dia cintakan Nurhakim tapi…dia sendiri tak faham juga.

‘Hai..’

Sapaan seseorang mengejutkan Luqman Hafizi dan Nurhakim.Muka Nurhakim berubah pucat walaupun cuba dikawalnya.Luqman Hafizi pelik.

‘Hai..kita kenal ker?’

Khairy tersenyum dengan pertanyaan Luqman Hafizi.

‘Tak tapi kenal awek nie.’

Khairy lempar senyum kepada Nurhakim yang membalas hambar.Dalam hatinya, berharap sangat Khairy tak membocorkan status mereka.

‘Owh..I see..aku Luqman.Kau?’

‘Khairy.’

Luqman Hafizi dan Khairy saling berjabat tangan.Nurhakim menahan rasa gementar.

‘Duduklah join kitorang.’

Pelawa Luqman Hafizi.Hampir tersedak Nurhakim dengan pelawaan tersebut.Khairy yang memahami keadaan Nurhakim yang serba salah lantas menggelengkan kepalanya.Dia sendiri pun tak ingin tahu apa hubungan Nurhakim dengan lelaki di depannya.Dan tak ingin melihat andainya ada bunga-bunga kemesraan antara mereka.Biarlah Nurhakim menyelesaikan hal dia dan lelaki itu.

‘Minta diri dulu.Nice meeting you.’

Luqman Hafizi menganggukkan kepalanya.Nurhakim kelegaan.

‘Sayang kenal dia ker?’

Burr…

Nurhakim tersedak.Luqman Hafizi tersentak.

‘Opss..sorry sayang, tak sengaja.’

Nurhakim meminta maaf sambil mengambil tisu untuk mengelap tangan Luqman Hafizi yang terkena semburannya.

‘It’s okay.’

‘He’s my cousin.’

Nurhakim menyebut sekali hembus. And my fiancé..My would be husband in coming two weeks..tambahnya lagi di dalam hati. Maafkan Nur sayang..Nur tak ada pilihan..Nur takde keberanian nak membuktikan cinta kita malah Nur belum ada keberanian nak berterus terang. Mungkin dah takdir begini.Tak mungkin ada kita!

‘Owh …I see..’

Kemudian, baik Luqman Hafizi mahupun Nurhakim sama-sama mendiamkan diri.Melayan perasaan diri.Jauh.
**
Special Apperances : Luqman Hadi dan Ann Nurissa (E-Novel ONH)

4 comments:

  1. laahh.
    ble nur nak kasi tawu dye tunang org.
    ksian gela kt luqman.
    suspenderrr.
    huehue

    ReplyDelete
  2. uuiit wany..
    cpt je komen ye..haha..

    ntaa..cian kat luqman,,tp tape luq..
    maharani ade..ekekekee..

    ReplyDelete
  3. wany zatie.haha
    cepat jerw.
    toltol bile la nur tu nk gtao.sian kat luqman. sape raja tu kak hanna?ahakzzz
    xsabar
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. biler nur nk kasik taw yg die tu tunang org?
    ksian kat man tu...
    sob3...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!