Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, December 2, 2009

143, Cintakah? (2)

L : Apa itu Cinta?

Lokman Ashaari tekun menghadapi blackberrynya. Cousin yang ditunggu masih belum menampakkan muka pulak.

‘Dia ni memang selalu janji menteri.Dah naik kematu aku duduk sini.Kalau tahu dia lewat, baik aku jumpa June dulu.’

Rungutnya perlahan.Rambut depannya diselak ke belakang.Haikal yang mendengar rungutan Lokman Cuma mampu tersengih.

‘Bagitau sajalah L yang kau tue tak mampu hidup tanpa perempuan cantik.’

Haikal mendudukkan dirinya di depannya Lokman yang masihmenghadap blackberry nya.

‘Kita kena menghargai objek yang menawan dan cantik di sekeliling kita la.’

Lokman mempertahankan hobinya yang suka ‘flirting’ atau bertukar girlfriend.Deringan blackberry nya membuahkan senyumannya.

‘Yes,honey.Sorry tak boleh teman you lunch, I ada lunch dengan my cousin nie.’

Haikal Cuma tersengih mendengar Lokman ‘menggoreng’ girlfriendnya.

‘Okay..okay..I promise I’ll treat you lunch tomorrow.Love you.’

Senyuman Lokman melebar mendengar suara di sebelah sana.Haikal menghirup jus orennya yang sudah di order oleh Lokman sebelum dia sampai.

‘Ila, my new boo.’

‘Ila my new boo.Alahai bangganya Encik L kita nie.Ila salah satu objek yang menawan dan cantik juga ker?Diorang bukan 'objek' yer L.’

Ejek Haikal mengenakan Lokman.Lokman tayang giginya.Mengangkat bahu.

‘Tadi merungut tak dapat jumpa June.Ni Ila pula.Siapa lagi lepas nie?’

Tambah Haikal lagi.Temannya ini memang tak pernah berubah perangainya yang suka pasang ‘banyak-banyak spare part’.

‘Dah diorang yang nak.Even tahu aku dah ada steady girlfriend tetap juga nak, aku ‘on’ jer la Kal.’

Lokman membela dirinya.Betullah, mungkin kerana perempuan sekarang mengejar kemewahan semata-mata.Contohnya si Suzana kalau merajuk, selepas dihadiahkan barangan kesukaannya mesti diam.Dahla nak yang berjenama saja.Ish,kopak duit aku.

‘Kau pun jangan nak memanjakan mereka sangat dengan duit ringgit.Ingat sikit, duit yang kau laburkan tue duit Pak Long tahu.Kalau dengan gaji kau tue, mana mampu nak belanja girlfriend keliling pinggang’.

Panjang lebar Haikal menasihatkan Lokman yang tersengih-sengih membaca mesej di blackberry nya.Mesti salah satu girlfriend dia la tue.

‘Kau nie kalau membebel boleh duduk sama part dengan mama aku.Patutlah anak saudara kesayangan mama.’

Balas Lokman selamba,nasihat Haikal bagaikan angin lalu padanya.

‘L, aku cakap benda betul.Kau ni memang tak makan saman tahu.’

Haikal Cuma mampu menggeleng kepalanya.Buang air liur jer bercakap dengan dia nie.

‘Kal, kau nie memang pandai sangat mengata aku tau.Girlfriend kau pula, habuk pun tarak.’

Lokman memperli sinis.Pedih telinganya kena berus oleh Haikal, dahla semalam Datin Azah merangkap mama nya telah membebel berjam lamanya.

‘Girlfriend aku?Mestilah ada.’

Erk..terkedu Lokman.Dipandang direct anak mata Haikal.Kot-kot menipunya sebab cousinnya ini sangat susah nak mengaku bab ‘love’ macam nie.Sangat-sangatlah low profile.Rupa ada tapi memang susah nak dengar dia bercerita pasal 'love'.Jarang bergaul sangat dengan wanita, kecuali berurusan dalam kerja.

‘Kau biar betul Kal?’

‘Yalah, tak percaya sudah.’

Haikal tayang muka selambanya.Jus orennya disisip perlahan.

‘Bila nak kenalkan kat cousin kau yang macho nie?Nak juga kenal?’

Bersungguh-sungguh Lokman bertanya.Haikal menayang muka serius.

‘Sorry yer Encik L yang macho,maybe she’s not your type.’

Haikal sengaja mengenakan Lokman yang kelihatan sangat berminat dengan girlfriendnya.Jojo, terbayang imbasan wajah Jojo dimatanya.Mata biru, rambut blonde, wajah yang cantik tapi dingin dan beku.Maybe hanya dirinya sendiri yang syok sendiri pada Jojo.Jojo tetap melayannya walaupun biasa-biasa saja.Wajah itu tiada sinar cahaya,hanya beku.Jojo..tiadakah cinta di hatimu untukku?

‘Mana kau tahu dia bukan type yang aku suka Kal.’

‘Akulah tahulah L, dah lama aku kenal kau tue tahu.’

Haikal membalas selamba.Lokman memandang luar restoran yang sedang diduduki dia dan Haikal.Terlihat seorang gadis yang sedang berjalan menuju keretanya. Rambut blonde dan ukuran badan yang menawan bak model.Sayangnya dia tak sempat wajah tersebut.Ala, ruginya!

‘Kau pandang apa tue L?’

Haikal turut sama memandang keluar.Tiada apa-apa yang menarik pada pandangannya.

‘Bidadari.’

‘Erk, bidadari?Kau mimpi ker L?’

Haikal menanya selamba.Lokman nie memang bukan diharap sangat pun.

‘Bidadari.Kal , suatu hari nanti aku akan jumpa balik bidadari tue.’

‘Insyallah kalau kau berubah la L.’

Lokman tersenyum sendirian.

‘Kal,dengar khabar papa kau dulu kan ada anak gadis.Bagaimana rupa dia?Cantik tak?Kenalkan pada aku lah, Kal?’

‘Dia.Entahlah L, aku nie abang tiri dia,pun tak pernah jumpa dia tahu.Dia langsung tak nak berkenalan atau jumpa kami semua.Dia hanya dengan dunia dia saja.Papa pun dah penat dah pujuk dia.Pendek kata,dia hanya hidup dalam her own world.Only.’

Lokman menganggukkan kepalanya.

‘Sayangnya kau tak pernah jumpa.Kalau tidak, ada chance aku tackle dia.Oh ya, siapa nama dia Kal?’

‘Ermm…kalau tak silap aku Hana..Macam tue mama aku selalu sebut la.Macam itulah bunyinya.’

‘Hana.’

Haikal dan Lokman sama-sama cuba membayangkan wajah milik Hana, adik tiri Haikal dan juga semestinya ada kaitannya dengan Lokman.Bersaudara juga.

**

Lokman duduk menghadap komputernya di pejabat. Nak menyemak fail yang menunggu signature nya terasa malas pula.

‘Baik aku buka blog,lama juga tak menjenguk blog.’

Pantas jarinya mengklik blog kepunyaannya, ‘all about L’.

‘Aku nak buat apa pulak nie.’

Kepalanya digaru perlahan.Kemudian jarinya mula menari atas keyboard komputernya.

Re : Apa itu CINTA?

‘Aku bukan nak bermadah pujangga atau jiwang karat.Aku hanya nak sebut apa aku rasa.CINTA?Apa itu Cinta?Cinta pada Allah,teman,keluarga, harta benda atau kekasih?Atau apa-apa saja?

Aku cuma nak tahu.. apa itu CINTA? Kenapa selalu dikaitkan dengan sepasang kekasih?

Cintakah jika hanya mencintai kecantikkan atau kekacakkan wajahnya?

Cintakah jika hanya mencintai wang ringgitnya?

Cintakah jika hanya mencintai kemewahannya?

Cintakah jika hanya nak mengambil kesempatan?

Cintakah jika hanya bersimpati dengannya yang obsess pada kau?

Cintakah begitu?Haruskah begitu disebut CINTA?

Jadi,masihkah mencintainya jika dia sudah tiada apa-apa?

Jika dia menjadi papa kedana?

Jika dia menjadi cacat cela?

Jika dia dah tak menepati ‘type’,’taste’ atau ‘skala cinta’ kau lagi?

Atau, jika kau sudah beroleh CINTA baru?

Harus,masih adakah yang di luar sana tahu spesifikasi CINTA yang sebenarnya?Kalau masih ada, masihkah ada golongan itu?

Ada juga yang pernah kehilangan,lantas menutup dirinya dari melihat keindahan alam di luarnya.Asyik dengan dunianya sendiri.Baginya, mereka dan mereka tak ada hak menghakiminya.Jadi, sampai bilakah kau akan tidur lena dalam kepompong kau itu?Tak perlukah kau mencuba menghirup udara segar?Merasai nikmatnya tiupan angin sepoi-sepoi? Kenyataan memang pahit tapi tidak terfikirkah kau untuk bangun dan keluar dari dunia itu?. Ini berdasarkan pandangan aku pada seseorang.Siapa dia?Jangan ditanya kerana aku juga tak mengenalinya.

Aku, L , hidupku dikelilingi objek yang menawan dan sedap mata memandang tapi hatiku kosong dan tiada CINTA di situ.Aku juga hipokrit kerana mencintai tanpa CINTA.Hatiku kosong.Kosong.Kosong.

Selebihnya, bertanyalah kepada diri kau sendiri?Tidakkah kau hipokrit seperti aku?Abaikan jika kau meluat dengan kelancangan ayat aku.

By the way, sama-samalah kita mencari erti CINTA yang mampu membuatkan kau dan aku sama merasainya, di samping mencari CINTA sejati-NYA.Salam.

Aku,
L


Lokman tekan ‘publish post’.Dia tersenyum lega.Dapat juga dia meluah apa yang dirasa.Haha.Terasa nak tergelak membaca apa yang ditulis sebentar tadi.Ahh, harap-haraplah cousin nya tak membaca blognya.Dicapai fail di atas mejanya dan membaca isi-isi pentingnya.

3 comments:

  1. mak aihh.....jiwang gak si lokman nie.....haha

    ReplyDelete
  2. jo ngan L oke gak.
    playboy dpt playgirl =p

    .ika.

    ReplyDelete
  3. whoaaaaa...
    jojo @ hana orng yg sme..
    so,,jojo tuh adk tiri haikal..
    haikal takley ngn jojo...
    adooyy..complicated...
    ngeeeee..smbung2..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!