Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Tuesday, March 24, 2009

Kisah Maharani part 10

'Abang, ini okay tak?'

Nurhakim memandang Khairy di tepinya.

'Emm abang rasa okay juga..yang purple tue pun okay jugak..'

Nurhakim membelek pula kebaya lace purple tersebut.

'Tapi Nur lebih suka coklat keemasan nie..'

Tangannya beralih lagi pada kebaya lace coklat keemasan dan fikirannya teringat pada Luqman Hafizi.

'Kalau kita bersanding nanti, Man suka sangat kalau tema coklat keemasan la sayang..'

'Kenapa pulak?'

'Coklat keemasan mengingatkan pada titik perkenalan kita..berebutkan sekeping coklat..'

Serentak Luqman Hafizi tergelak, Nurhakim mengukir senyum.

'Sayang, kenapa tersenyum pula pandang kebaya tue?'

Suara Khairy mematikan lamunan Nurhakim.

'Oo..sorry bang!Nur nak yang nie la..boleh kan bang?'

Khairy tersenyum melihat kemanjaan Nurhakim..manja semulajadi dan bukan dibuat-buat.

'Mana-manalah sayang...janji sayang abang nie bahagia..'

Diusik hidung Nurhakim dengan telunjuk jarinya.

'Hish apa nie bang...?'

Dijegilkan matanya memandang Khairy.

'Suka hati abangla sayang..tak lama lagi pun, you are mine, sayang?'

Sengaja hendak menduga respon Nurhakim.

'Itu nanti laa..sekarang nie, jaga sikit kalau tak nak dush dengan Nur tau..'

Nurhakim memasamkan mukanya, pura-pura serius, namun tidak lama bila Khairy membuat muka kartunnya.

'Abang nie kan...?'

Nurhakim memukul lembut lengan Khairy yang masih tersengih-sengih memandangnya.

Zaty yang tengah berjalan dengan Naddy dan Wany memandang lama pasangan di dalam Butik Aurora tersebut. Disenggolnya Maharani di sebelah untuk sama menyaksikan apa yang dilihatnya.

'Apa nie Zaty?'

'Tengokla kejap dalam butik tue..rasa macam kenal la tapi di mana ya?'

Maharani turut memfokuskan pandangannya sambil cuba berfikir di mana pernah melihat gadis tersebut.

'Aku tau rasanya..'

Naddy mencelah..Zaty dan Maharani berpaling memandang Naddy.

'Korang ingat tak masa Wany bergaduh dengan cipanzi tue...'

'Ingat!'

'Mestilah aku ingat.'

Muka Maharani dah berubah..

'Haa..itu kan makwe dia kan?Yang menangis time tue..?'

Naddy berkata dengan penuh yakin.

'Ishh..tak mungkinlah..'

Zaty menidakkan pula.

'Entah-entah pelanduk dua serupa kot...'

Maharani mencelah...

'Kalau benar tue makwe cipanzi tue..kesian betullah kau cipanzi..'

Desis hati Maharani...

'Tapi memang serupa laa..takkan aku dah rabun colour kot..'

Naddy masih cuba menegakkan kata-katanya.

'Dahla Naddy..Zaty..temankan aku pergi kedai buah!'

Maharani menarik tangan Naddy dan Zaty berlalu dari situ.

'Apasal pergi kedai buah pula?'

'A'ah..setahu aku kaulah manusia paling malas pergi kedai buah..makan jer pandai..'

Zaty menyokong kata-kata Naddy.Maharani mendengus kasar.

'Banyak tanya pula..nak beli buah la..takkan nak tanam buah!'

'Kita tahula nak beli buah..tapi apa mimpi nie?'

'Adalah...'

Zaty dan Naddy berpandangan sambil memandang Maharani yang berjalan laju di depan mereka.

***

'Nah!'

Maharani meletakkan buah ceri di depan Luqman Hafizi yang termenung di pantry tadika.

'Apa nie?'

'Buah ceri..'

'Kenapa pula?'

Maharani geram pula bila Luqman Hafizi banyak tanya.Digigit bibirnya geram.

'Makan jer la..orang bagi free..bukan ada jampi apa-apa pun.'

'Kenapa?'

Luqman Hafizi memandang pelik Maharani di depannya.Kata pergi lunch dengan kawan-kawannya, alih-alih membawa buah ceri untuknya pula.

'Kenapa apanya?Makan jer la..'

'Pelik.'

Siap berkerut dahinya tika ini memandang Maharani. Tak pernah baik pun selama ini.

'Hish..makan pun banyak tanya..Bodoh!'

'Bodoh?'

Luqman Hafizi geram dengan Maharani yang menayang muka seperti tiada apa-apa.

'Ya, kau bodoh!Lain kali tue pandang buah ceri tue baik-baik...manalah tau ada rahsia tersembunyi di dalamnya yang kau tak tahu...jangan pandang pada luaran sahaja..kenalah selidik juga apa inti di dalamnya..walaupun manis namun ada juga masamnya..kepercayaan juga ada batasannya..fikirlah..'

Maharani segera berlalu selepas melepaskan kata-katanya.

'Ahh..kenapa pula aku nak menasihatkan cipanzi tue..pandai-pandai dia lah nak tahu sendiri..'

Rungutnya perlahan sambil membebel sendiri.

Luqman Hafizi masih terpinga-pinga dan cuba mencerna makna kata Maharani..

'Apa maksudnya?'

Digaru-garu kepalanya yang tak gatal sambil merenung buah ceri di depannya..

'Apa ya?'

9 comments:

  1. ha..ha...

    bla la luqman nk tau citer sbnrnya?

    ReplyDelete
  2. lawakla maharani ni..
    xpasal je ckp cmtu..sure la luqman terpinga2..
    bile luqman nk tau ni?

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    musti lukman x phm apa yg wany ckp tu..
    berkias2 plak..
    bila la lukman nak tau perkara sbnr..
    huhu..
    x sbr nak tau smbgnnya

    ReplyDelete
  4. baik lah plak maharani ni..siap nshtkn maharaja plak..he3...

    ReplyDelete
  5. jeng jeng jeng.
    pikir lah luqman.jgn jd slow.
    bhahahah.
    asl wany nk nasihtkn luqman?
    ahakzzzz.de mksud nmpk.he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  6. wany ske luqman ke??

    ReplyDelete
  7. huhu...
    xdpt tgkap agy ape msksud wany kasi buah ceri uh kat luqman..huhu..
    lampi sket nieh..
    muehehee..

    ReplyDelete
  8. xsabar nk tuggu smbungan citer ni...
    :)
    bez sgt2

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!