Am Bakri masih lagi termangu di birai jendela biliknya. Badannya masih berbalut tuala mandi kerana terlalu leka memerhati kanak-kanak bermain di halaman rumah.
‘Am, kenapa tak pakai baju lagi?’
Am Bakri tersenyum memandang Puan Salma yang berdiri di depan pintu biliknya.
‘Ala..kejap lagilah mak. Am masih kenyang lagi.’
‘Lain mak tanya, lain dijawabnya! Haa, Nurul ada kat ruang tamu, cepatlah bersiap.’
‘Kenapa mak tak bagitau awal-awal?’
Nasib baik tak terlondeh tualanya dek kerana terkejut.
‘Dah berapa kali mak cakap, Am yang tak dengar.’
Puan Salma berlalu sambil membebel, meninggalkan Am Bakri yang mula kelam kabut menyarungkan semula baju melayunya.
‘Agak-agaknya macam manalah rupa kau sekarang ya Nurul?’
Perlahan Am Bakri bertanya pada dirinya sendiri. Kakinya diatur ke ruang tamu. Suasana di pagi memang meriah, rumah mereka pun pagi-pagi dah ramai sanak saudara bertandang. Di dapur, kelihatan beberapa orang anak gadis membantu di situ. Am Bakri duduk bertentangan dengan abahnya selepas menyalami lelaki setengah abad yang duduk bersebelahan abahnya.Mungkin Ustaz Wan Hassan agaknya..
Kemudian, datang pula seorang gadis menatang dulang minuman bersama haruman di badannya. Perlahan, dia membahagikan gelas minuman di atas meja.
‘Nurul duduklah dulu, tentu banyak yang hendak dibualkan. Abah nak ke anjung rumah.’
Nurul hanya tersenyum memandang abahnya dan Encik Azam berlalu ke anjung rumah.
Inikah Nurul yang pernah menjadi mangsa usikan ku dulu.Ayunya! Am Bakri memuji di dalam hati.
‘Nurul, apa khabar?’
Am Bakri memulakan bicara setelah mereka sama menyepi. Agak kekok.
‘Baik…er..abang?’
‘Alhamdulliah. Nurul, apa kita berbual-bual bawah pokok rambutan depan rumah tue. Lagi best, udara pun segar sikit.’
‘Tak nak minum dulu ker bang?’
‘Ala..kejap lagilah.’
Nurul mengalah dan menuruti langkah kaki Am Bakri menuju pangkin di bawah pokok rambutan. Turut sama duduk di situ.
‘Nurul..dah lama kita tak jumpa kan?’
Nurul tersenyum manis mendengar pertanyaan Am Bakri di sebelahnya.
‘Yalah..setiap kali balik sini bukan abang nak jenguk Nurul pun.’
Gurau Nurul bersahaja, selesa dengan Am Bakri.
‘Iskk..seganlah abang nak buat macam tue..Nurul kan anak Ustaz..nanti tak pasal-pasal kena kejar dengan parang kontot, kesian abang tau…dahla belum kahwin lagi.’
Am Bakri membalas gurauan Nurul sambil tergelak.
‘Apa abang nie?Mengarutlah!’
‘Apa pula mengarut? Masa kecik-kecik dulu kan pernah abang kena kejar abah Nurul gara-gara mengusik Nurul.’
Kedua-duanya tertawa bila teringatkan zaman dulu.
‘Itu dulu la bang…abang sebenarnya….’
Nurul Insyirah mencuba mengumpul kekuatan untuk meluah apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Am Bakri pula mencuba mengintai wajah Nurul yang di sebelahnya. Begitu susah untuk ditatap oleh sebarangan lelaki.
‘Kenapa Nurul? Abang tak faham..’

‘Sebenarnya Nurul hampir-hampir patah hati menunggu abang. Yalah, abang kalau balik kampung mesti bawa buah hati. Jadi Nurul pendamkanlah rasa di hati. Semalam Nurul Tanya Hana pasal perkembangan abang. Nurul tak sangka abang dah putus dengan dia. Maafkan Nurul kerana mengambil tahu pasal abang.’
Panjang lebar luahan Nurul membuatkan Am Bakri memandang jauh ke depan.
‘Tak apalah..abang tak kisah. Abang redha dengan apa yang berlaku. Lagipun dia dah berbahagia dengan apa yang dipilihnya. At least, Nurul dah tahu kedudukkan abang yang sebenarnya.’
Am Bakri rasa lega pula dah meluah begitu.
‘Abang..jika abang keberatan, tak payahlah kita bertunang. Nurul tak memaksa abang untuk menerima Nurul. Bincanglah dengan mak dan abah baik-baik.’
Nurul hembus nafas perlahan selepas berkata-kata.Am Bakri segera bangkit dari duduknya dan mengadap Nurul sambil merenung wajah lembut tersebut.
‘Jangan begitu Nurul.Abang baru sedar betapa Nurul berharap pada pertemuan ini, betapa keluarga kita mahukan kita bersatu.’
‘Tapi abang tak cintakan Nurul?’
Nurul Insyirah memberanikan diri melawan pandangan mata Am Bakri.
‘Cinta boleh dipupuk kemudian. Abang tak mahu kita menolak kebetulan ini? Mungkin memang dah takdir, Nurul sebenarnya jodoh abang.’
‘Abang tak tergesa-gesa ke buat keputusan ini?’
Tanya Nurul, inginkan kepastian.
‘Tidak Nurul. Abang dah fikir semalam, mungkin dah takdir begini. Kalau tak, lambat lagilah abang fikir hal nie.’
‘Macam jauh hati jer?’
Nurul Insyirah cuba menyelami Am Bakri yang dah duduk di sebelahnya semula.
‘Entahlah Nurul,…abang benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku pada abang..Er…Nurul pula macam mana?’
Am Bakri mengalih pertanyaan pada Nurul yang tersenyum padanya.
‘Sejak dari dulu, Nurul simpan perasaan Nurul pada abang. Nurul tak buka hati pada lelaki lain sepanjang study. Nurul Cuma mengharapkan abang dan kenyataan nya adalah hari ini. Akhirnya, doa Nurul dikabulkan,’
Am Bakri terpana dengan luahan lembut yang didengarinya.
‘Jadi, Nurul benar-benar sayangkan abang?’
‘Ya, itu janji Nurul.’
‘Betul ke nie?’
Am Bakri mengusik Nurul.
‘Yalah, kenapa? Abang tak percaya?’
‘Tentulah abang percaya…’
‘Tapi abang kena janji juga.’
‘Hemm..janji apa pula?’
‘Setia dengan Nurullah.’
‘Kalau macam tue, kita kahwin terus. Habis cerita, then, buka cerita baru pulak.’
Am Bakri ketawa riang dengan apa yang dikatanya.
‘Apa? Abang nie gatalnya!! Tak sabar….’
Nurul Insyirah menggigit bibirnya sambil mencubit geram pinggang Am Bakri yang masih ketawa kesukaan. Am Bakri cuba meredakan keadaan sambil merenung lembut wajah Nurul. Dia inginkan kepastian. Nurul merapatkan bibirnya ke telinga Am Bakri sambil membisikkan kata….
Selembut hujan yang bercurahan, begitulah cinta Nurul pada abang..
Semesra bumi yang disirami hujan, begitulah hati ini..
Mereka saling berbalas pandangan. Genggaman di tangan makin erat. Nurul membiarkan Am Bakri memainkan jemarinya. Biarlah..dia rela kerana mereka pasti akan bersatu..Dia dapat merasakan perasaan bahagia yang menyelubungi mereka berdua.
Nun jauh di sana, mentari pagi seolah-olah tersenyum memancar sinarnya lembut seperti merestui sebuah impian jalinan yang bakal bersatu. Sebuah pertemuan di awal Aidilfitri yang bakal mencipta sejarah abadi.
*Hidup ini umpama bunga mekar di taman..Biarkanlah ia sesegar rimbunan pepohon yang menghijau di rimba..Jangan biarkan ia menguncup layu dan pepohon hijau bertukar warna…kelak…padah mendabik jiwa….-Swit Hanna *
hello
ReplyDeletebest cerita ni tp ada some part yg sy rasa x brapa betul. dlm episod 3 kata nurul ni bakal ustazah kan ? tp knp dia boleh biarkan am pegang tgn dia ? mungkin sy yg salah baca ke apa. hehe sorry (:
nurul nieh bakal engineer lorh...
ReplyDeleteayh dye je yg ustaz..
ngeeee..agak2 abah nurul nieh xmara ke pgg2 tgn..
hahhaa...kang xpasal2 kene kjr ngn parang kontot agy..
tade smbungan kak hanna?stop smpai sni je?
huhu..besh2..simple n nice..
xsaba nk raya..ekeekkee..