Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Friday, September 18, 2009

Kisah Maharani -Special Raya

~36 : - Kisah Puteri~



Banglo ‘Cinta Maharani’ kelihatan lenggang pagi itu berbanding semalam.Ya, semalam merupakn hari pertama raya disambut oleh semua umat Islam. Belum ada yang datang bertandang pagi itu tapi Maharani sudah sibuk di dapur.Menyediakan apa yang patut.

‘Mama, masih ada tak biskut semalam yang macam bunga matahari tue?’

Puteri Aliya menghampirin Maharani yang sibuk memasak rendang ayam.

‘Puteri cari dalam baling kat almari tue,ya?’

Maharani pandang Puteri Aliya yang berumur 7 tahun, lambang cinta dia dan Luqman Hafizi. Mukanya seiras wajahnya tapi putih mewarisi papanya.

‘Mama..kenapa pandang Puteri macam tue?’

Puteri Aliya pandang Maharani pelik.Maharani menggamit Puteri Aliya menghampirinya.Dikucup lama dahi puterinya itu.Bahagianya bila keluarga dia dilengkapi dengan kehadiran Puteri Aliya yang dilahirkan setahun lepas perkahwinan mereka.

‘Mama..your rendang…’

‘Ya Allah…’

Maharani menepuk dahinya seraya melepaskan pelukan pada puterinya itu.Puteri Aliya tergelak dengan telatah Maharani.

‘Mama..mama….’

Diatur langkahnya ke ruang tamu, dibuka tv mereka sambil mulutnya mengunyah biskut.

‘Ala….macam tak best jer..oh ya..’

Spontan dia teringatkan sesuatu, kakinya berlari ke tingkat atas, mendapatkan buku yang baru dijumpainya semalam.Menarik pula bila dibaca.

‘Owh….baik aku sambung baca nie.’

Berlari lagi ke tingkat bawah menghadap tv, matanya pula sibuk membaca tulisan di situ.Sudah agak kabur dan masih boleh dibaca.Mungkin buku ini sangat bermakna dan dijaga dengan baik.

‘Assalamualaikum.’

Kedengaran salam diberi di luar rumah membuatkan pembacaan Puteri Aliya terganggu.

‘Eyh..siapa lagi nie?’

Namun kakinya tetap diorak ke arah pintu.Matanya bercahaya memandang Izzatie,Nadzirah,Taufik, Shamsul di situ.Berlari menghampiri mereka.

‘Aunt, uncle..miss you all lah…’

Dipeluk Izzatie dan Nadzirah.Izzatie dan Nadzirah membalas pelukan Puteri Aliya yang sememangnya rapat dan manja dengan mereka.Tangan Taufik dan Shamsul dicapai dan disalam.
‘Mana…?’

‘Humm…’

Kedengaran seseorang pura-pura terbatuk di belakang Puteri Aliya.Pantas dia berpaling.Aiman Ajmal!

‘Ada pun Iman, ingatkan tak ikut sama..’

Puteri Aliya menyapa Aiman Ajmal yang tua 3 tahun darinya.

‘Huh…kalau ikut hati, aku malas nak tengok muka kau nie…’

Aiman Ajmal lepas amarahnya kena paksa mama dan papanya ke sini tadi.Berubah muka Puteri Aliya.

‘Puteri….nah untuk awak.’

Farouq Haikal menyuakan kad raya sambil tersenyum.Dialah yang selalu menenangkan keadaan dan cool.Muda setahun dari Aiman Ajmal.

‘Kal..comelnya..terima kasih ya….’

‘Anything for you, Puteri.’

Farouq Haikal kenyit mata.

‘Abang yang ajar Kal macam tue ya?’

Nadzirah tanya suaminya yang sudah tersengih-sengih.

‘Aunt, uncle…Puteri terlupa pula….silalah masuk…’

Izzatie dan Nadzirah beriringan memasuki banglo tersebut diikuti oleh Taufik dan Shamsul.

‘Jom Iman,Kal….’

Puteri Aliya pandang wajah Aiman Ajmal dan Farouq Haikal.

‘Shall we, Puteri?’

Farouq Haikal ingin mencapai jemari halus Puteri Aliya namun Aiman Ajmal pantas menarik Puteri Aliya menurutinya.

‘Iman..sakitlah….’

Farouq Haikal tersenyum Cuma melihat gelagat Aiman Ajmal.Kepalanya digeleng.

**

‘Naddy..Zaty..rindunya kat korang….selamat hari raya…’

Maharani segera peluk Nadzirah dan Izzatie.Berbalas pelukan.

‘Selamat hari raya Wany.’

‘Duduklah..buat macam rumah sendiri.’

Gurau Maharani sebelum berlalu ke dapur.Luqman Hafizi menuruni anak tangga rumahnya, matanya tertancap pada wajah kawan-kawannya.

‘Selamat hari raya, Man.’

Sapa Taufik dan Shamsul.

‘Selamat hari raya, Fik, Sham, Naddy, Zaty..’

Dilabuhkan duduk di sebelah Puteri Aliya yang khusyuk dengan pembacaannya.

‘Puteri, where is my Maharani?’

‘Em..your Maharani emm..kitchen..’

Puteri Aliya menjawab tanpa memandang papanya, masih tekun membaca.Aiman Ajmal cebik mukanya.Farouq Haikal tersenyum.

‘Iman…Kal….seronok tak raya?’

Luqman Hafizi bertanya.

‘Seronok.’

Farouq Haikal menjawab sambil tersenyum senang mengingatkan duit rayanya.Banyak juga duit rayanya tahun ini.Puteri Aliya yang turut memandangnya, dikenyitkan matanya nakal membuatkan Puteri Aliya tersipu malu.

‘Huh…’

Berbeza dengan jawapan Aiman Ajmal yang mengunyah biskut berbentuk matahari Puteri Aliya.Entah kenapa dia juga menyukai biskut itu. Dia memang berbeza dengan Farouq Haikal yang cool, bertentangan sikap mereka. Walaupun dia selalu melayan Puteri Aliya kasar, tapi mereka banyak persamaan.Contohnya, mereka sama menyukai apa saja berkaitan matahari.Sama-sama manja tapi dia hanya bermanja dengan mamanya.

Maharani menatang gelas minuman dan biskut-biskut ke ruang tamu.Pinggan lemang dan rendang ayam juga dibawa sama.

‘Jemputlah minum..makan…selebihnya self service yer?’

Maharani mengenakan kawan-kawannya.Puteri Aliya memandang mama dan papanya bersilih ganti.

‘Mama..’

Dihampiri Maharani dan duduk di tepi kaki Maharani.

‘Kisah Maharani kat buku nie, kisah benar kan?’

Ditayang buku berkulit coklat kepada Maharani.Maharani pandang Luqman Hafizi.

‘Apa tajuk buku tue Puteri?’

Izzatie bertanya.

‘Kisah Maharani la aunt.Menarik sangat.Maharani yang berjumpa dengan maharaja nya..Happy ending..so sweet.’

Maharani tersedak.Luqman Hafizi cepat-cepat menghulurkan jus oren pada isterinya.

‘Huh..lega.’

Nadzirah dan Izzatie dah bantai gelak.Shamsul dan Taufik tersengih, faham sangatlah mereka kalau berkaitan Kisah Maharani tue.

‘Puteri, bila Puteri dah dewasa nanti, Puteri akan jumpa juga putera hati Puteri..macam kisah Maharani dalam buku tue juga.’

Luqmah Hafizi mengusap lembut rambut Puteri Aliya.Tiba-tiba Puteri Aliya menuju Aiman Ajmal yang masih sibuk makan biskut.

‘Iman, nanti Iman jadi putera kepada Puteri, ya?’

Merengek manja Puteri Aliya memandang Aiman Ajmal yang sudah memasamkan mukanya.

‘Huh…siapa nak layan Puteri cengeng macam kau nie..’

Puteri Aliya menggigit bibirnya, ingin menangis.

‘Puteri tetap nak Iman juga..mama..Puteri nak Iman jadi putera hati nanti….’

Puteri Aliya meluru mendapatkan Maharani dan teresak-esak.Farouq Haikal menghampiri dan menghulurkan tangannya.

‘Puteri, Kal boleh jadi putera hati Puteri suatu hari nanti.’

Puteri Aliya sambut huluran tangan Farouq Haikal sambil tersenyum.

‘Janji tau?’

Puteri Aliya memandang dengan mengharap pada Farouq Haikal.

‘Huh….dasar manja.Puteri cengeng..’

Aiman Ajmal sudah mengenggam tangan kiri Puteri Aliya sementara tangan kanan Puteri Aliya masih digenggam oleh Farouq Haikal.

‘Abang…kenapa pula budak bertiga nie?’

Maharani menanya pening.Luqman Hafizi jungkit bahu.No komen.

‘Dear…tadi macam tak nak anak dear tue tapi nak jugak..’

‘Agak-agaknya mewarisi perangai siapa ya dear?’

Taufik mengenakan Izzatie yang menanyanya.Izzatie jeling sayang suaminya.

‘Abang….amboi bertauliahnya anak abang mengayat.’

Luah Nadzirah perlahan.

‘Tengoklah papanya siapa.’

Spontan Nadzirah cubit peha suaminya.

Manakala Puteri Aliya pula diapit oleh dua putera hatinya, Farouq Haikal dan Aiman Ajmal.Tergelak suka Puteri Aliya bila diusik oleh Farouq Haikal yang pandai mengambil hatinya dengan kecharmingannya.Aiman Ajmal pula menyua lembut biskut berbentuk matahari pada Puteri Aliya, suka melihat Puteri Aliya tersenyum senang padanya.Menampakkan lesung pipitnya.Suasana bahagia memenuhi ruang banglo ‘Cinta Maharani.’Hangatnya kasih mereka yang berkumpul bersama di situ, sehangatnya lebaran!Suci dan kudus…
**
^-^ Ada ke budak tahun satu tahu sebut ke'charmingan'nya..hahak...antamla labu..**grin** Hope u all enjoy...bergembiralah di hari lebaran..hehe...**peace ya**

10 comments:

  1. kak hanna..
    comey2..
    ske bangat...
    pe kate pasnieh wat kisah iman,haikal n puteri plak??mesty gempak..
    cm besh je..huhu..
    spe sokong???
    nk laa....haha...

    ReplyDelete
  2. yup !
    betul tu betul !
    hahaha
    sokong - sokong yang amat ! :D

    ReplyDelete
  3. akk uat plak smbng cite sal farouq,ajmal n ptri...
    msti best...
    msti jd cinta 3 segi...
    hahaha
    sy sokong...

    ReplyDelete
  4. alorr comelnya kak hanna
    suke gile.ahakzz
    perangai anak sume mewarisi dr parents.
    ahakzzz.suke gile
    cinta maharani kisah maharani.
    warghhh sukesuke
    tq kak hanna
    -na'dz

    ReplyDelete
  5. kak hanaa!
    wat part II lak aw.
    hehe.

    ReplyDelete
  6. hahaa.. sukee!
    chomel laa bdk2 niee..
    mcm chomel lak si aiman tue klw ngan puteri.
    heheheee=D

    ReplyDelete
  7. sye skong...
    bt citer psal iman,puteri dgn kal plak lah akak

    ReplyDelete
  8. mana leh farouq ngan aiman sama umur..pregnant xsama kan

    ReplyDelete
  9. hehehe~
    sekuel utk KM...Kisah Puteri...hermm..nantilah Hanna fikirkan..kalau idea ada, insyallah..kalau xde, maybe Hanna masukkan special n3 saja..ciao all~

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!