Bab 1
Lewat senja, suasana di padang kelihatan lapang manakala berhampiran bangunan pejabat swasta di Petaling Jaya kelihatan riuh sekali. Gelagat penjual menarik perhatian pelanggan yang pelbagai gaya itu sungguh melucukan. Seminggu lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal. Namun, bahangnya sudah hangat terasa. Ingatan sering saja melayang pada wajah-wajah desa yang sekian lama ditinggalkan.
Di satu tembok, kelihatan seorang pemuda yang dikenali sebagai Am Bakri masih termenung sambil leka memerhati gelagat pengunjung yang berpusu-pusu keluar masuk gerai sementara menanti berbuka puasa. Renungannya terpamer lesu dan tak bermaya. Telus dan kosong. Azman yang duduk di sebelahnya dapat meneka apa yang bermain di pemikiran sahabatnya itu.
‘Kau masih ingatkan si Nani itu ker, Am?’
Azman lontar pertanyaan. Am Bakri mengeluh seketika.
‘Uh..Entahlah Man, aku bingung sekarang.’
‘Sudahlah Am, kau pun tahu, si Nani tu dah berubah,Kau kena terima kenyataan ini Am..sampai bila nak duduk termenung macam ini?’
Perlahan Azman menutur pendapatnya. Kisah cinta Am Bakri dan Nani memang sentiasa diikutinya tapi yang nyata kini, uh..semuanya sukar untuk dijelaskan apatah lagi yang empunya badan,pasti lebih merasa penangannya.
‘Uhh..’
Am Bakri mengeluh lagi.Nani tidak seperti mula-mula dikenalinya dulu. Ketika Nani masih mentah dengan ragam manusia di Kuala Lumpur ini,dialah lelaki pertama tempat Nani bergantung harap. Permulaannya, dia hanya menerima Nani sebagai sahabat kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap gadis itu. Perkenalan mereka berpanjangan dan kemudiannya lebih kepada yang serius. Nani yang mulanya hanya bekerja sebagai kerani akhirnya berjaya juga menjadi setiausaha di sebuah syarikat guaman terkemuka di kota metropolitan ini. Dia yang tak putus medorong gadis tersebut, memberikan dorongan kala gadis tersebut seakan mengalah dengan cobaan di kota ini.
Ya, Am Bakri tak menafikan Nani memang mempunyai ramai teman lelaki,malahan tak kurang yang ingin menjadikannya teman istimewa. Dengan usia yang awal dua puluhan, kecantikannya Nani makin menyerlah.Namun, dia tak pernah membayangkan Nani suatu ketika dulu seorang gadis kampung yang takut pada lelaki telah lupa asal usulnya. Bukan setakat itu, tudung yang menjadi temannya dulu pun sudah terbang entah ke mana. Rambutnya yang hitam lurus kini telah merah keemasan kerana didandan selalu.
‘Am, kita dah lewat nie. Dah nak berbuka.Jom balik!’
Lamunan Am Bakri terhenti. Dipandang Azman yang dah berdiri sambil menyapu habuk yang melekat di seluar slacknya.
‘Uhh..jomlah! Hana pun nampaknya dah tertidur dalam kereta tue. Penat sangat agaknya.’
Am Bakri masuk dalam kereta diikuti oleh Azman.
‘Emm Nani ada call tak minggu nie?’
Am Bakri menyoal Azman sambil matanya tekun memandang ke depan.
‘Sekali jer. Dia pesan tak nak kau ganggu dia lagi, Am..Forget about her,Am!Jangan peningkan kepala memikirkan pasal dia lagi. Lagipun kau baru balik dari outstation.’
Azman menasihat Am Bakri dalam kata-katanya yang bersahaja.
‘Memang dah melampau Nani tue. Tak kenang budi betul.’
Perlahan Am Bakri melepas geram sambil melonggarkan tali lehernya. Tangan kanannya cermat memusing stereng kereta menuju ke Bandar utama Petaling Jaya.
‘Rehatkan otak kau tue Am…terima kenyataan.Aku tahu kau mesti letih.’
Azman menepuk bahu Am Bakri perlahan sebelum keluar dari kereta sahabatnya itu.
Benar! Dia sebenarnya amat letih untuk memikirkan semua itu tetapi dia bimbang andai Nani tersasar jauh. Bagaimana kalau Nani tertipu? Kebimbangan itu sering saja singgah di fikirannya.

best best:~
ReplyDeletekisah aidilfitri pulak!
awal betul bwt citer raya..
hukhukhuk:~ c(:
he.he intro mcm best je
ReplyDelete:)
cite baru..ske2..
ReplyDelete