Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Friday, September 18, 2009

KM - Selamat Menyambut Aidilfitri & Award

Salam semua...hehe..nak sebut ape erk? **garu kepala** Dah tak sabar nak pergi beraya ye tak??Apa-apa pon Hanna nak ucapkan sekali lagi..happy EID...slmt menyambut hari lebaran..
Sile ye amik kad raya yang tak seberapa tuh...^-^
Akhirnya KM dah tamat pun..Hanna harap kalian enjoy it..klu tak enjoy pun, sekurang-kurangnya boleh buat anda tersenyum ** ade ker?he3** Hanna ucapkan terima kasih atas sokongan & komen2 anda sepanjang KM disiapkan..hu2..pasal part II tuh, insyallah klu Hanna ada idea nak kembangkan..sebab lps nie, maybe after raya, Hanna nak update special episode ONH....sikit jer...pastu nak bertapa blog lagi satu..hehe..maka, blog ini akan direhatkan sementara waktu...^-^...Bagi nama-nama kat bawah nie, sile yer amik award anda...hehe..amik suma pon xpe nyer...free jer..ganti wit raye..ngeh3.....May Allah bless all of u....**smile**
  • Zaty
  • Wany
  • Na`dz
  • Uny
  • Yaty
  • Ecah
  • dunia coklatally
  • haikadove
  • Lily Angella
  • Syafira Idayu
  • Azmiera eizz
  • Miss Kira
  • Sue
  • Iyads
  • tulip_merah
  • siti87
  • emosi tak stabil
  • yumiaka
  • stitch
  • shah
  • saadiah
  • noriko
  • hana norissa
  • farah
  • L
  • Zahra
  • sam
  • May Lin
  • Arisa Aizawa
  • Nurhakim
  • zulaifah budak cuek
  • cheesecake
  • Nura
  • waheeda
  • che-na
  • cutiesgurl
  • snow princess
  • azm!ra
  • rockvswall
  • anonymous x ........
  • chatbox's ppl.....
  • sesaper jer la...hik3













Lots of love,
Swit Hanna <3


Kisah Maharani -Special Raya

~36 : - Kisah Puteri~



Banglo ‘Cinta Maharani’ kelihatan lenggang pagi itu berbanding semalam.Ya, semalam merupakn hari pertama raya disambut oleh semua umat Islam. Belum ada yang datang bertandang pagi itu tapi Maharani sudah sibuk di dapur.Menyediakan apa yang patut.

‘Mama, masih ada tak biskut semalam yang macam bunga matahari tue?’

Puteri Aliya menghampirin Maharani yang sibuk memasak rendang ayam.

‘Puteri cari dalam baling kat almari tue,ya?’

Maharani pandang Puteri Aliya yang berumur 7 tahun, lambang cinta dia dan Luqman Hafizi. Mukanya seiras wajahnya tapi putih mewarisi papanya.

‘Mama..kenapa pandang Puteri macam tue?’

Puteri Aliya pandang Maharani pelik.Maharani menggamit Puteri Aliya menghampirinya.Dikucup lama dahi puterinya itu.Bahagianya bila keluarga dia dilengkapi dengan kehadiran Puteri Aliya yang dilahirkan setahun lepas perkahwinan mereka.

‘Mama..your rendang…’

‘Ya Allah…’

Maharani menepuk dahinya seraya melepaskan pelukan pada puterinya itu.Puteri Aliya tergelak dengan telatah Maharani.

‘Mama..mama….’

Diatur langkahnya ke ruang tamu, dibuka tv mereka sambil mulutnya mengunyah biskut.

‘Ala….macam tak best jer..oh ya..’

Spontan dia teringatkan sesuatu, kakinya berlari ke tingkat atas, mendapatkan buku yang baru dijumpainya semalam.Menarik pula bila dibaca.

‘Owh….baik aku sambung baca nie.’

Berlari lagi ke tingkat bawah menghadap tv, matanya pula sibuk membaca tulisan di situ.Sudah agak kabur dan masih boleh dibaca.Mungkin buku ini sangat bermakna dan dijaga dengan baik.

‘Assalamualaikum.’

Kedengaran salam diberi di luar rumah membuatkan pembacaan Puteri Aliya terganggu.

‘Eyh..siapa lagi nie?’

Namun kakinya tetap diorak ke arah pintu.Matanya bercahaya memandang Izzatie,Nadzirah,Taufik, Shamsul di situ.Berlari menghampiri mereka.

‘Aunt, uncle..miss you all lah…’

Dipeluk Izzatie dan Nadzirah.Izzatie dan Nadzirah membalas pelukan Puteri Aliya yang sememangnya rapat dan manja dengan mereka.Tangan Taufik dan Shamsul dicapai dan disalam.
‘Mana…?’

‘Humm…’

Kedengaran seseorang pura-pura terbatuk di belakang Puteri Aliya.Pantas dia berpaling.Aiman Ajmal!

‘Ada pun Iman, ingatkan tak ikut sama..’

Puteri Aliya menyapa Aiman Ajmal yang tua 3 tahun darinya.

‘Huh…kalau ikut hati, aku malas nak tengok muka kau nie…’

Aiman Ajmal lepas amarahnya kena paksa mama dan papanya ke sini tadi.Berubah muka Puteri Aliya.

‘Puteri….nah untuk awak.’

Farouq Haikal menyuakan kad raya sambil tersenyum.Dialah yang selalu menenangkan keadaan dan cool.Muda setahun dari Aiman Ajmal.

‘Kal..comelnya..terima kasih ya….’

‘Anything for you, Puteri.’

Farouq Haikal kenyit mata.

‘Abang yang ajar Kal macam tue ya?’

Nadzirah tanya suaminya yang sudah tersengih-sengih.

‘Aunt, uncle…Puteri terlupa pula….silalah masuk…’

Izzatie dan Nadzirah beriringan memasuki banglo tersebut diikuti oleh Taufik dan Shamsul.

‘Jom Iman,Kal….’

Puteri Aliya pandang wajah Aiman Ajmal dan Farouq Haikal.

‘Shall we, Puteri?’

Farouq Haikal ingin mencapai jemari halus Puteri Aliya namun Aiman Ajmal pantas menarik Puteri Aliya menurutinya.

‘Iman..sakitlah….’

Farouq Haikal tersenyum Cuma melihat gelagat Aiman Ajmal.Kepalanya digeleng.

**

‘Naddy..Zaty..rindunya kat korang….selamat hari raya…’

Maharani segera peluk Nadzirah dan Izzatie.Berbalas pelukan.

‘Selamat hari raya Wany.’

‘Duduklah..buat macam rumah sendiri.’

Gurau Maharani sebelum berlalu ke dapur.Luqman Hafizi menuruni anak tangga rumahnya, matanya tertancap pada wajah kawan-kawannya.

‘Selamat hari raya, Man.’

Sapa Taufik dan Shamsul.

‘Selamat hari raya, Fik, Sham, Naddy, Zaty..’

Dilabuhkan duduk di sebelah Puteri Aliya yang khusyuk dengan pembacaannya.

‘Puteri, where is my Maharani?’

‘Em..your Maharani emm..kitchen..’

Puteri Aliya menjawab tanpa memandang papanya, masih tekun membaca.Aiman Ajmal cebik mukanya.Farouq Haikal tersenyum.

‘Iman…Kal….seronok tak raya?’

Luqman Hafizi bertanya.

‘Seronok.’

Farouq Haikal menjawab sambil tersenyum senang mengingatkan duit rayanya.Banyak juga duit rayanya tahun ini.Puteri Aliya yang turut memandangnya, dikenyitkan matanya nakal membuatkan Puteri Aliya tersipu malu.

‘Huh…’

Berbeza dengan jawapan Aiman Ajmal yang mengunyah biskut berbentuk matahari Puteri Aliya.Entah kenapa dia juga menyukai biskut itu. Dia memang berbeza dengan Farouq Haikal yang cool, bertentangan sikap mereka. Walaupun dia selalu melayan Puteri Aliya kasar, tapi mereka banyak persamaan.Contohnya, mereka sama menyukai apa saja berkaitan matahari.Sama-sama manja tapi dia hanya bermanja dengan mamanya.

Maharani menatang gelas minuman dan biskut-biskut ke ruang tamu.Pinggan lemang dan rendang ayam juga dibawa sama.

‘Jemputlah minum..makan…selebihnya self service yer?’

Maharani mengenakan kawan-kawannya.Puteri Aliya memandang mama dan papanya bersilih ganti.

‘Mama..’

Dihampiri Maharani dan duduk di tepi kaki Maharani.

‘Kisah Maharani kat buku nie, kisah benar kan?’

Ditayang buku berkulit coklat kepada Maharani.Maharani pandang Luqman Hafizi.

‘Apa tajuk buku tue Puteri?’

Izzatie bertanya.

‘Kisah Maharani la aunt.Menarik sangat.Maharani yang berjumpa dengan maharaja nya..Happy ending..so sweet.’

Maharani tersedak.Luqman Hafizi cepat-cepat menghulurkan jus oren pada isterinya.

‘Huh..lega.’

Nadzirah dan Izzatie dah bantai gelak.Shamsul dan Taufik tersengih, faham sangatlah mereka kalau berkaitan Kisah Maharani tue.

‘Puteri, bila Puteri dah dewasa nanti, Puteri akan jumpa juga putera hati Puteri..macam kisah Maharani dalam buku tue juga.’

Luqmah Hafizi mengusap lembut rambut Puteri Aliya.Tiba-tiba Puteri Aliya menuju Aiman Ajmal yang masih sibuk makan biskut.

‘Iman, nanti Iman jadi putera kepada Puteri, ya?’

Merengek manja Puteri Aliya memandang Aiman Ajmal yang sudah memasamkan mukanya.

‘Huh…siapa nak layan Puteri cengeng macam kau nie..’

Puteri Aliya menggigit bibirnya, ingin menangis.

‘Puteri tetap nak Iman juga..mama..Puteri nak Iman jadi putera hati nanti….’

Puteri Aliya meluru mendapatkan Maharani dan teresak-esak.Farouq Haikal menghampiri dan menghulurkan tangannya.

‘Puteri, Kal boleh jadi putera hati Puteri suatu hari nanti.’

Puteri Aliya sambut huluran tangan Farouq Haikal sambil tersenyum.

‘Janji tau?’

Puteri Aliya memandang dengan mengharap pada Farouq Haikal.

‘Huh….dasar manja.Puteri cengeng..’

Aiman Ajmal sudah mengenggam tangan kiri Puteri Aliya sementara tangan kanan Puteri Aliya masih digenggam oleh Farouq Haikal.

‘Abang…kenapa pula budak bertiga nie?’

Maharani menanya pening.Luqman Hafizi jungkit bahu.No komen.

‘Dear…tadi macam tak nak anak dear tue tapi nak jugak..’

‘Agak-agaknya mewarisi perangai siapa ya dear?’

Taufik mengenakan Izzatie yang menanyanya.Izzatie jeling sayang suaminya.

‘Abang….amboi bertauliahnya anak abang mengayat.’

Luah Nadzirah perlahan.

‘Tengoklah papanya siapa.’

Spontan Nadzirah cubit peha suaminya.

Manakala Puteri Aliya pula diapit oleh dua putera hatinya, Farouq Haikal dan Aiman Ajmal.Tergelak suka Puteri Aliya bila diusik oleh Farouq Haikal yang pandai mengambil hatinya dengan kecharmingannya.Aiman Ajmal pula menyua lembut biskut berbentuk matahari pada Puteri Aliya, suka melihat Puteri Aliya tersenyum senang padanya.Menampakkan lesung pipitnya.Suasana bahagia memenuhi ruang banglo ‘Cinta Maharani.’Hangatnya kasih mereka yang berkumpul bersama di situ, sehangatnya lebaran!Suci dan kudus…
**
^-^ Ada ke budak tahun satu tahu sebut ke'charmingan'nya..hahak...antamla labu..**grin** Hope u all enjoy...bergembiralah di hari lebaran..hehe...**peace ya**

Kisah Maharani 35

~Kisah Kita~

Maharani masih berbungkus dengan comforternya, setelah mengerjakan solat subuh, dia kembali merebahkan dirinya di atas katil. Sekarang dia lega seleganya kerana Izzatie dah sedarkan diri. Bolehla dia tidur puas-puas.

‘Arghh bestnya jadi sleeping beauty..cewah..’

Maharani tergelak sendiri dengan kata-katanya.Dipejamkan matanya, cuba menidurkan diri semula.Bayangan Raja Fadly menyapa.

‘Arghh…’

Terduduk Maharani dengan jeritannya sendiri.Sejak peristiwa di taman minggu lepas, Raja Fadly menghindarinya, tiada lagi sapaan..Eh, bolehkan kalau kata-kata sindiran Raja Fadly dikategorikan sebagai sapaan??Maharani menggelengkan kepalanya. Malah, tidak pernah menunggu nya di lif. Tidak menganggunya lagi.Teruk sangatkah kata-katanya memarahi lelaki itu?

‘Ala..apesal hati nie..?’

Merungut Maharani bila hatinya seperti merindui lelaki itu.

‘No..no…I don’t miss him..’

Maharani merebahkan semula badannya ke katil, menikmati keselesaan katilnya. Mulutnya menafikan tapi hatinya mengiakan.Apakah ini?

‘Sayang, buka pintu nie..’

Suara Puan Zulintina menyapa dari luar biliknya.Maharani angkat malas.Perlahan pintu biliknya dibuka.Terbeliak matanya melihat mamanya sedang memegang sepasang kebaya purple yang masih berbungkus dan berhanger itu.Apa kes pula mama nie?Mulutnya terbuka.

‘Bagilah mama masuk dulu and close your mouth young lady.’

Spontan Maharani menutup mulutnya dan memberi ruang Puan Zulintina masuk ke dalam biliknya.

‘Apa mimpi mama bawa that kebaya masuk bilik Wany?Raya kan lama lagi.Puasa pun belum.Mama okay tak nie?’

Bertalu-talu pertanyaan Maharani seraya duduk sebelah Puan Zulintina di atas katilnya.

‘Takde mimpi apa-apa la sayang oi…mama nak Wany guna nanti.’

‘You ask me to wear that kebaya?Owhh..no..no..’

Maharani geleng kepalanya.Sungguh dia tak suka sangat mengenakan baju kebaya.Feminim sangat, ayu semacam jer.

‘For sure, you must wear it, tonight.’

‘Tonight?Apa pula special malam nie?’

Puan Zulintina tepuk lembut tangan Maharani.Lupalah tue.

‘Kan malam nie kat rumah mentua Zaty ada kenduri kesyukuran.Forgot?’

Maharani tepuk dahinya.

‘Yalah ma, lupalah..Nasib baik mama ingatkan, kalau tak memang Wany lupa.’

Puan Zulintina tersenyum dengan gelagat puteri tunggalnya itu.

‘Itulah sebabnya mama bawakan that kebaya untuk Wany.Special for Wany.’

Puan Zulintina kenyit matanya.Maharani terlopong melihat sikap mamanya.

‘Mama, kenapa pelik semacam jer nie?Any secret you hiding from me?’

Maharani cuba mengorek rahsia dari Puan Zulintina.

‘Takdelah sayang…ingat malam nanti you should wear it …’

‘My lovely mama, why should I wear that kebaya?Rimaslah nak berjalan nanti.’

Puan Zulintina dah masak dengan Maharani, nak memujuk dialah tue.

‘Sayang..apa salahnya kali nie dengar cakap mama..please..’

‘Mama..bukan Wany tak nak pakai tapi mama tengok betul-betul kebaya tue.’

Puan Zulintina memandang kebaya yang sudah disangkut depan almari pakaian Maharani.Purple, warna kegemaran Maharani.Lawa.

‘Lawa mama tengok dan purple kan your favourite colour.’

‘Ouch..bukan itu maksud Wany mama..that kebaya macam..macam orang nak pergi bernikah jer..lip lap jer Wany tengok.’

Puan Zulintina tergelak mendengar kata-kata Maharani.

‘Jauhnya Wany fikir..masin mulut Wany, dapatlah mama bermenantu awal.hehe..’

Maharani Cuma mampu tersenyum hambar dengan sikap Puan Zulintina.

‘Wany takde masa nak fikir kahwin la mama….jangan nak bangkitkan pula…’

‘Okay..mama faham..kita tunggu jer malam nanti.’

Dicium lembut dahi Maharani sebelum berlalu keluar.Maharani pula tak menangkap maksud mamanya masih memandang lama kebaya purple itu.

**

‘Amboi lawanya kau malam nie Wany?Macam nak bernikah jer..’

Usik Izzatie sambil mendukung Aiman Ajmal yang masih menyusu badannya.

‘Kena paksa.’

‘Siapa paksa kau?’

Maharani mengerutkan dahinya memandanh Izzatie yang tersengih-sengih memandangnya.

‘My mama.Yang kau dok tersengih-sengih ni kenapa?’

Izzatie tayang gigi pula.

‘Sesuai benar kebaya nie dengan kau Wany.Kagum aku dengan pilihan orang tue.’

Perlahan Izzatie mengungkap kata-katanya, tak nak Maharani bertanya lebih lanjut.

‘Apa kau kata?’

‘Nothing.Iman, aunt Wany cantik kan?’

Izzatie berpura-pura bercakap dengan baby boy nya.

‘Eyh…mana Iman tue faham..kau nie Zaty…’

‘Wany…..’

Nadzirah memeluk Maharani yang leka memandang Aiman Ajmal yang didukung oleh Izzatie.

‘Ni lagi sorang..apesal pelik dua macam nie?Kau sepatutnya peluk Zaty, bukannya aku lah..’

Maharani kerut dahi memandang Nadzirah yang melepaskan pelukannya.

‘I’m happy for you, tak salahkan?’

Nadzirah menjawab dengan selamba, hampir-hampir terbocor rahsia, pandai-pandailah cover balik.

‘Happy for me?Naddy kau tak demam kan?’

Maharani pandang pelik Nadzirah yang mula join Izzatie tersengih-sengih memandangnya.

‘Nope..saja jer aku nak gembira demi kau, tiada salah dalam buku berkanun kan?’

Nadzirah kenyit mata nakal.

‘Lawa baju kebaya Wany malam nie..sama macam Raja..ahaa..your raja..’

‘Aku setuju dengan kau Naddy.’

Izzatie menyokong Nadzirah, sememangnya dari jauh sudah mereka melihat Luqman Hafizi yang tampak segak dalam baju melayu purple.Sedondon.Namun Maharani belum mengetahui yang Raja Fadly adalah insan yang disayanginya, insan yang sekian lama bertakhta di dalam hatinya.Mereka hanya berdiam diri bila Luqman Hafizi meminta mereka tidak memberitahu Maharani siapa dirinya.

‘Huh…korang pandang siapa tak berkelip tue?’

Maharani bertanya bila melihat Izzatie dan Nadzirah ralit memerhati suatu arah.Dia menoleh.Seseorang berbaju melayu purple sedang membelakangkan mereka.

‘Someone.’

Izzatie balas pertanyaan Maharani.

‘Korang nie memang pelik lah malam nie.’

‘Kau jer fikir lain-lain Wany, kitorang tetap sama jer.’

Nadzirah pula menjawab sambil jemarinya bermain di pipi Aiman Ajmal yang gebu.Izzatie membiarkan.Maharani tersenyum saja.

‘Mana-manalah…aku nak pergi toilet jap.Iman, jangan nakal-nakal tau.’

Diusiknya pipi Aiman Ajmal sebelum beredar.

**

Sebenarnya Maharani tidak menuju ke tandas tapi kakinya menyimpang kearah mini garden milik keluarga Taufik.Melangkah menuju buaian yang terdapat kat tengah-tengah mini garden tersebut.

‘Emm..lamanya dah tak main buaian.’

Ujarnya lebih kepada dirinya sendiri.Terasa rimas dengan kebaya yang tersarung pada badannya.Dipandang pada langit yang dihiasi oleh bintang-bintang.

‘Lawanya.’

Bisiknya sendirian.Andaikan dia bintang, siapakah agaknya yang akan menjadi bulannya?Haha..jiwanglah kau nie Wany, dia tergelak dalam hati.Dipejamkan matanya mengharapkan suatu hari nanti dia mampu untuk mengecapi bahagia dan Prince Charmingnya akan muncul depan mata.Tanpa suara, segalanya akan terungkap dengan sendiri.

Luqman Hafizi menghampiri buaian yang diduduki oleh Maharani.Sungguh hatinya bergetar hebat bila melihat Maharani sampai tadi.Kebaya yang tersarung di tubuhnya nampak serasi dengan tuannya.Menawan,Tidak berkelip dia memandang Maharani sampai kena tegur oleh Taufik dan Shamsul.

‘Cantiknya dia..’

Bisik hati Luqman Hafizi.Ditundukkan wajahnya menikmati keindahan wajah milik Maharani yang masih memejamkan matanya.Walaupun hanya make up nipis menghiasi wajah itu dah cukup menaikkan serinya.Leka dia memandang wajah itu.

‘I wish you are here…’

Perlahan bisikan yang muncul dari bibir mungil itu membuatkan Luqman Hafizi tersenyum.

‘And, I’m here…’

Maharani kehairanan mendengar ada suara garau menerpa telinganya.Spontan dibuka matanya.

‘Makkkkk…..’

Terkejut dia melihat wajah Luqman Hafizi yang sangat dekat dengan wajahnya.Hembusan nafas terasa di muka masing-masing.

‘Your mama still inside.’

Luqman Hafizi tersengih memandang Maharani yang masih terkejut.

‘Apa kau buat kat sini?Tak boleh ker duduk dalam tue.Menganggu jer.’

Dengus Maharani.Pandangannya dialih ke tepi.Seketika dia terleka memandang bunga rose milik mama Taufik.

‘Nak temankan my Maharani kat luar.’

Jawapan Luqman Hafizi membuatkan Maharani berpaling 360 darjah.Kerana kegopohannya itu, dia hampir tercium pipi Luqman Hafizi.

‘Huh..gila..boleh tak jauh sikit.Rimas tahu tak?’

‘Lawa juga kita hari nie..sedondon..kalau ada award, mesti jadi ‘Best Couple’.’

Luqman Hafizi cuba tarik minat Maharani yang jelas dingin dengannya.Maharani pandang baju melayu Luqman Hafizi, beralih pada baju kebayanya.

‘A’ah..same colour, same pattern tapi kenapa sama?’

Digaru kepalanya.Luqman Hafizi tertawa dengan sikap blur Maharani.

‘Fate.’

‘What do you mean?’

‘Takdirlah membuat kita begini.Mungkin dah jodoh kita.’

Perlahan Luqman Hafizi menutur bicaranya.

‘Erk…’

‘Oh ya nah kembalikan hati awak nie.’

Dihulur keychain berbentuk hati yang sudah dicantumkan pada Maharani.Maharani menyambut.Dipandang lama, mungkin cuba mengaitkan apa kaitan dirinya dengan keychain itu.

‘Where do you get this?’

‘Fate.’

Maharani tak faham dan pening.Kenapa semuanya pelik-pelik malam nie?

‘Yang sebelah nie siapa punya?’

‘Me..’

‘You…you mean you were Apiz….’

Maharani menggelengkan kepalanya.Tak mungkin setelah berbulan-bulan dia mengenali lelaki di depannya, lelaki itu mengatakan dirinya Apiz.

‘Wany..inilah namanya takdir….kita berpisah, berjumpa…’

‘No..no..kau bukan Apiz….aku tak percaya.’

Air mata Maharani meluncur laju.Tak mungkin dia ialah Apiz….

‘Aha….maafkan Apiz sebab tak dapat datang lima tahun lepas..kalaulah Aha tahu…’

Luqman Hafizi hembus nafasnya…Dia sendiri juga sakit hati melihat air mata pada wajah yang mendapat tempat di hatinya itu.

‘Kenapa baru sekarang kau berterus terang?Kenapa?Setelah kau puas mainkan perasaan aku?’

Maharani sudah tersedu-sedu lagi.Ditutup mukanya dengan tangan.Tak nak pandang wajah Luqman Hafizi yang memandang.Bahunya terhingut-hingut.Ahh..dia semakin lemah.

‘Maafkan Apiz, Aha..Apiz kemalangan masa tue..dan selama nie Apiz sebenarnya tak ingat siapa Apiz..bukan Apiz sengaja nak mempermainkan perasaan Aha…’

‘Senangnya awak berkata-kata.’

Maharani menutur perlahan diselangi sendunya.

‘Apiz bergegas dari jumpa Nurhakim sebab dah terlewat nak jumpa Aha…pagi itu Apiz jumpa Nurhakim dulu….’

‘Wait…Nurhakim?Your ex-girlfriend?’

Maharani bertanya dengan muka yang comot dengan air matanya.Luqman Hafizi ingin sekali menyapu air mata itu tapi dia tak berhak menyentuh wajah itu lagi.

‘Ya…Nurhakim…..’

Maharani mencuba mengingat sesuatu.Bukankah Nurhakim itu ex-Luqman Hafizi.Oh no,it’s impossible….

‘Don’t tell me you were…….’

‘Yes, I am.’

Luqman Hafizi pintas ayat Maharani.

‘Wany tak percaya………..tolonglah kata semuanya hanya tipu belaka.’

Maharani sudah terduduk di tanah.Mukanya disembam ke peha.Tak nak percaya dengan kebetulan yang tertera di depan mata.Mana mungkin yang sudah mati, hidup semula?Mana mungkin Apiz dan Luqman Hafizi orang yang sama?Ohhh Raja Fadly juga orang yang sama?Tidakkk…..Tangisannya makin kuat.

Luqman Hafizi mengcangkung di tepi Maharani.

‘Percayalah…tanya hati Wany, mesti ada jawapannya di situ.’

Maharani masih menangis.Dia sudah tak berdaya nak bersemuka dengan lelaki yang berhampirannya.Andainya mereka orang yang sama, Ya Allah, apakah semua ini?

‘Kalau macam tue, kita berkenalan sekali lagi, nak tak?’

Luqman Hafizi mencuba menarik minat Maharani yang sudah agak reda tangisannya Cuma masih menyembamkan mukanya, macam kanak-kanak yang merajuk bila tak dapat gula-gula.

‘Okay.’

Luqman Hafizi tersenyum dengan jawapan Maharani.

‘Wany suka makan ceri dulu kan?’

‘Ya.’

‘Wany suka makan lollipop masa menyemak buku-buku anak didik.’

‘Ya.’

‘Wany suka bertekak dengan Apiz dulu?’

‘Ya.’

Luqman Hafizi tersengih mendengar jawapan Maharani yang masih melayani tangisannya.Didekatkan bibirnya ke telinga Maharani.

‘Wany menangis kehilangan Apiz dan Man kan?’

‘Ya.’

‘Wany rindu Apiz?’

‘Ya.’

Maharani menjawab ‘ya’ tanpa berfikir kerana fikirannya jauh melayang.Masih tak dapat menerima kenyataan itu.

‘Wany sayang Apiz kan?’

‘Ya.’

‘Wany tak terima lelaki lain?’

‘Ya.’

‘Jadi Wany terima Apiz jer la kan?’

‘Ya.’

‘Kita kahwinlah kalau macam tue?’

‘Ya.’

‘Demi Allah, bersaksikan bintang dan alam semesta, jadi isteri dunia dan akhirat Apiz, ya?’

‘Ya.’

Tiba-tiba Maharani merasakan dirinya dipeluk.Diangkat mukanya.Izzatie dan Nadzirah sudah memeluknya erat.Kemudian Puan Zulintina dan Puan Zakiah, mama Luqman Hafizi memeluknya.

‘Kenapa?’

Ujarnya pelik..Luqman Hafizi menahan tawa dengan ke’blur’an Maharani.

‘Kan Wany dah jawab ya masa Man propose tadi?’

Izzatie menjawab.Nadzirah menganggukkan kepalanya.Maharani pelik.

‘Bila?’

‘Just now.Kitorang saksi.’

Membulat mata Maharani.Aku sebut ‘ya’ ker tadi.Alamak, habislah…..memerah mukanya menahan malu.

‘Mama..Man tak nak bertunang..Man nak nikah terus malam nie..’

‘What?’

Hampir terjerit Maharani mendengar.Luqman Hafizi menghampiri Maharani.Dicuit lembut dagu Maharani,mata bertentang mata.

‘Sayang, Man dah lama mensia-siakan masa demi mengenal kata hati sendiri.Dah lima tahun sia-sia tanpa ada apa-apa perubahan pada perhubungan kita lantaran kita terpisah.Terjumpa namun tak mengenali.Man tak nak kehilangan sayang sekali lagi.Melihat sayang menderita itu sudah cukup membuatkan Man turut sama terluka.Man sayang dan cintakan sayang, dulu, kini dan selamanya.Demi Allah, demi cinta kita, kita kahwin ya sayang?’

Maharani merasakan air matanya bertamu lagi di tubir mata.Dipandang Luqman Hafizi di depannya sebak.

‘Syhh..mulai hari nie Man takkan benarkan sayang menangis lagi.’

Maharani akhirnya tersedu-sedu lagi.

‘Will you be my wife, now and forever, sayang?’

‘Tapi?’

Luqman Hafizi berkerut dahi.Janganlah Maharani menolak dirinya lagi.

‘Apanya sayang?’

‘Tapi nak panggil apa?Kejap Apiz..kejap Man..Raja..ish..peningla Wany nanti.’

Sengaja Maharani mengenakan Luqman Hafizi yang jelas berubah mukanya tadi.Seketika gelak ketawa memenuhi mini garden itu.

‘Tandanya sayang terimalah nie.’

Maharani membalas pertanyaan Luqman Hafizi dengan anggukkan dan tersenyum manja.Akhirnya dia menemui one part of keychainnya, yang akan melengkapi hidupnya.Dia yang akan menjadi suami, sahabat dan bakal papa pada anak-anaknya.

‘Terima kasih ya Allah….’

Luqman Hafizi mengucap syukur.Puan Zulintina mengesat air mata gembiranya, Encik Amiruddin tersenyum melihat puterinya menemui putera hatinya.Izzatie dan Nadzirah tersenyum gembira melihat Maharani menemui cinta hatinya akhirnya.Luqman Hafizi rupa-rupanya yang akan melengkapi kisah Maharani, sungguh mereka tak duga.Inilah dinamakan cinta.Inilah namanya jodoh dan takdir.

Bertemu, berpisah, berjumpa dan akhirnya jodoh tetap milik mereka.Nun di sana bulan seakan tersenyum pada bintang.Bintang mengerlip gembira.Maharani memandang Luqman Hafizi yang menerima ucapan tahniah daripada tetamu yang hadir.

Akhirnya, kisahnya lengkap dengan kehadiran putera hatinya.Sesungguhnya itulah keajaiban-Nya yang tak terhingga.Maharani dan Luqman Hafizi berbalas pandang dan tersenyum bahagia.Kisah kita bukannya baru bermula tapi kita yang tak menyedarinya.Moga bahagia milik kita selamanya.

**

Akhirnya KM sampai ke penghujungnya.hehe..Anggap jer la sebagai wit raya bagi adeq2 Hanna..heheh…Moga terhibur, kalau ada tersilap kata, maaf dipinta. Happy EID suma..May Allah Bless you all..cayunk2 suma…hehe..**wink2** Segala komen2 anda amatlah dihargai..he3..Luv, Hanna.

Thursday, September 17, 2009

Kisah Maharani part 34

~Akhirnya~


Terduduk Maharani di atas sofa bilik pejabatnya.Puas dia memikir, di mana dia meletakkan keychain nya.Setahunya memang tak pernah pula dia menanggalkan keychain tersebut dari handsetnya. Tapi sejak keluar dari hospital semalam, dia terkejut bila mendapati handsetnya kosong, tiada lagi keychain kesayangannya ke situ.

‘Argh..mana pulak hilang nie?’

Terbongkok-bongkok Maharani mencuba menilik bawah meja kerjanya, takut-takut kalau keychainnya terjatuh di situ.Hampa!

‘Ala..mana pulak nie?’

Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Masih terduduk di berhampiran bawah mejanya.Mencuba mengingat kali terakhir dia melihat keychainnya.

‘Ya Allah Wany, apa kau buat bawah meja tue.?’

Sapa satu suara garau, yang amat biasa menjamah pendengarannya.Maharani cepat-cepat ingin angkat, malangnya kepalanya terhantuk pada bucu meja.

‘Auchh…sakitnya!’

Dalam tak sedar Maharani mengaduh manja.Raja Fadly tersenyum sumbing melihat gelagat Maharani.

‘Apa pulak masuk bilik aku pagi-pagi nie?Nak suruh buat Nescafe, suruhlah tea lady yang buat.’

Sambung Maharani marah, marah kerana keychainnya tidak dijumpai, marah kerana kepalanya terhantuk, sakit doh.

‘Nope..nak tengok Wany sihat ke tak?’

Maharani pandang curiga dengan keprihatinan Raja Fadly yang tersenyum manis memandangnya. Raja Fadly memanggil dirinya dengan nama panggilan ‘Wany’..agaknya aku belum biol lagi kan?

‘Sejak bila aku ada dalam list yang kau harus prihatin nie?Kalau kau nak aku belanja makan, aku tak nak?’

Maharani cemik mukanya.Raja Fadly tergelak kecil.

‘Kan lebih bersopan kalau kau tue ditukar pada a.w.a.k..Kan budaya melambangkan kesopanan kita.’

Nah..Encik Cool Blooded sudah berceramah free pulak, getus hati Maharani.Eh..kenapa pula bunyinya agak similar dengan kata-kata yang pernah disebut oleh arwah Luqman Hafizi atau Encik Awak nya suatu ketika dulu.Perlahan digelengkan kepalanya.Tak nak mengingat perkara lama.

‘Suka hati akulah.’

Maharani mencemuh geram.Tidak dipandang Raja Fadly.

‘Well..siapa boss sebenarnya ini?’

Raja Fadly menggunakan statusnya sebagai boss pula, sengaja mencari pasal.Maharani memandang dia dengan pandangan membunuh.

‘Huh…kau nie kan…’

‘Awakkkk…’

Ditekankan lagi perkataan ‘awak’ pada Maharani. Maharani bengang.

‘Encik Awak yang budiman, hari nie saya, Maharani bte Amiruddin, nak apply leave, boleh sign sini tak?’

Maharani hulur application for leave form pada Raja Fadly yang sudah duduk di atas sofa biliknya itu.Raja Fadly jungkit keningnya namun tetap menyambut huluran Maharani.

‘Kenapa nak apply leave pula?’

‘Personal matter, takde kaitan dengan awak wahai Encik Awak.’

Raja Fadly pandang lama wajah Maharani yang seperti di dalam nya terdapat pelbagai rahsia di dalamnya, yang dia takkan kongsi dengan sesiapa pun.

‘Okay.’

Diturunkan tandatangan di situ. Maharani mengukir senyuman, berjaya juga dia dapatkan signature Raja Fadly.Raja Fadly merencana nak menjadi spy kepada Maharani.Dia tergelak evil di dalam hati.Baik Maharani mahu pun Raja Fadly tersenyum tapi di dalam fikiran masing-masing punyai agenda tersendiri.

**

‘Arghh…akhirnya sampai juga ke sini.’

Maharani keluar dari keretanya.Akhirnya setelah lima tahun menyepi diri dan membuang segala kenangan, Maharani menjejakkan kaki nya sekali lagi ke taman yang penuh dengan memori bersama dengan arwah Luqman Hafizi.

‘Humm..’

Keluhan dilepaskan oleh Maharani.Punggunggnya didudukkan di atas pondok cendawan yang pernah menjadi rebutannya dengan arwah.Entah angin apa yang membawa dia ke sini hari nie.

‘Man……Wany rindu..’

Nah, dia akhirnya mengaku dan menyebut ayat keramat itu.Sebak bertamu di hati.

‘Man..Wany ke sini lagi…tempat yang lama dah Wany tak jejaki..Wany dah tiada daya nak menghadapi kerinduan Wany ini. Wany dah tak berdaya…Wany letih sangat-sangat…’

Air mata yang berlinangan tidak dipedulikan oleh Maharani lagi.Seketika memandang ke langit, mencari sinar kekuatan.

‘Apiz pula menghilang entah ke mana..Wany kehilangan seorang teman bicara yang baik..Wany bersalah keran keychain tue…hilang…maafkan Wany..’

Tersedu-sedu Maharani menangis.

‘Wany tak dapat cari..tak tahu hilang ke mana…itu satu-satunya barang yang mengingatkan Wany pada Apiz..tapi Wany tak menjaganya dengan baik…Maafkan Wany…’

Dikesat air matanya yang tak mahu berhenti.Tanpa dia sedari ada seseorang yang berdiri berhampirannya.Menyaksikan tangisannya.Mendengar luahan hatinya.Memandangnya dengan pandangan simpati.

‘Sekarang nie Wany tak tahu nak buat apa..dia muncul mewakili kalian..menghuru-harakan hidup Wany..saban masa akan ada dia..hadirnya dia membuatkan Wany semakin tak dapat melupakan kalian..Hati Wany sakit..sakit di sini..’

Tangannya melekap di dadanya.Mukanya, hidungnya dan matanya sudah memerah dek kerana menangis.

‘Tak baik menangis buat yang dah tiada..Sepatutnya lebih baik jika menyedekahkan al-fatihah buat dia.’

Zupp..Maharani pandang terkejut suara yang menyapanya.Pandangan matanya tidak dingin seperti pagi tadi.Redup memandang wajah Maharani yang sembap dengan air mata.

‘Yang dah pergi takkan kembali..tak nak nak membazir air mata buat dia..’

‘Awak apa tahu.Huh.And, what are you doing here?’

Maharani mendengus geram.Menganggu jer.

‘Saja.Lepaskan dia dari hati, maka Wany akan dapat menikmati nkimat kehidupan ini.Patah tumbuh hilang berganti.’

Raja Fadly selamba duduk sebelah Maharani.Rasa-rasanya pernah ke sini tapi bila?Kepalanya dipegang..sakit.

‘Kau takde hak nak menentukan hidup aku.So, jangan nak sibuk.’

Marah Maharani.Geram dengan kata-kata Raja Fadly yang sangat berkesan pada hatinya.Terasa.

‘Hidup perlu diteruskan.Menangis takkan buat dia hidup semula.’

Raja Fadly menyambung kata-katanya.

‘Look here Encik Awak, this is my life, it’s up to me. Kau jangan nak pandai-pandai nak menghakimi hidup aku. Kau hanya pandang luaran, di dalam ini hanya aku yang tahu.Jadi, tutup mulut kau.Jangan menyibuk.Dasar cipanzi sengal.Arrogant.Kepala besar.Busybody.’

Lancang Maharani berkata-kata bila amarahnya memuncak. Lantas berlari menuju keretanya dan dipandu laju keluar.Raja Fadly yang tak menyangka Maharani memarahinya dan berlalu pergi, cepat-cepat menuju keretanya.Cuba menjejaki kereta Maharani.

‘Wany..’

Serunya perlahan.Keretanya dipandu selaju mungkin.

‘Lajunya minah nie.’

Gumamnya sendiri.Tiba di traffic light yang tengah kuning, Raja Fadly yang melihat kelibat kereta Maharani terus memecut ingin mengejar, malangnya dari arah bertentangan sebuah kereta turut laju.

Semuanya kelam.

**
Luqman Hafizi membuka matanya perlahan-lahan.Agak menyakitkan bila matanya terkena sinaran lampu yang terang.Silau.Kenapa serba putih nie?Aku kat mana nie?Dipandang sekelilingnya.

‘Syukurlah kau dah sedar Raja.’

Luqman Hafizi pandang Taufik yang tersenyum mesra padanya.Mama Taufik memeluk dirinya.

‘Fik, kenapa aku ada kat sini?’

‘Kau kemalangan semalam.’

Luqman Hafizi kerut dahi.

‘Fik, mama dan papa aku mana?Kak Ann?Abang Hadi?’

Taufik dan mamanya saling berpandangan.Pelik.

‘Raja….’

‘Siapa Raja?Aku kan Man, Luqman Hafizi,Kau tak ingat aku lagi ker Fik?’

Sayu Luqman Hafizi menanya.Taufik melongo.Mamanya terkejut.

‘Kau kan Raja Fadly, papa aku yang jumpa kau dulu.’

‘Fik, aku Man lah..aku tak ingat langsung Cuma aku ingat kereta aku berlanggar dengan lori dan segalanya hitam…’

Rahang Taufik terjatuh.Bagai tak percaya di depannya adalah bestfriendnya sendiri.

‘Man..kau rupanya, patutlah perangai korang lebih kurang jer…Terima kasih ya Allah..’

Dipeluk Luqman Hafizi seerat mungkin.Mamanya menangis kesyukuran.Handsetnya berbunyi mengejutkan mereka di situ.

‘Apa?Sedar?Ya..ya..terima kasih.’

Dua berita gembira dalam satu masa amat menggembirakan Taufik.Terasa ingin melompat-lompat keriangan.Mamanya dipeluk riang. Air mata lelakinya berlinang kerana terlampau gembira. Menangis kesyukuran atas keajaibannya.Akhirnya, dia dapat menarik nafas lega.Terima kasih Ya Allah…

Kisah Maharani part 33

~Tentang dia & key of heart~

‘Sayang..kan mama dah bagitau..jaga kesihatan diri..tengok sekarang..siapa yang sakit?’

Bebelan Puan Zulintina dibalas dengan senyuman hambar.

‘Mama, I’ll be okay.’

Maharani cium lembut tangan Puan Zulintina.

‘Nasib baik papa dah outstation, kalau tak pandai-pandaila Wany menjawab.’

‘I love you, ma.’

Itulah ayat Maharani tiap kali ingin memujuk mamanya.Memang dia bertuah dilahirkan sebagai puteri kepada Puan Zulintina, yang selalu memanjakan dirinya, berpihak padanya sedangkan papanya pula tegas dalam mendidiknya.Namun, dia bersyukur dikurniakan mama dan papa begitu.

‘Kalau sayang mama, dengar-dengarlah cakap mama lepas nie.’

Puan Zulintina meluah perlahan, tak ingin menambahkan stress pada anaknya itu.Maharani tersenyum sambil tangannya bermain dengan bajunya.

‘Mestilah mama…Wany janji takkan abaikan kesihatan lagi.’

Siap angkat tangan macam orang berikrar Maharani berjanji dengan Puan Zulintina mengundang ketawa Puan Zulintina.

‘Ada-ada ja la Wany.Mama pun sayangkan Wany, Wanylah racun, Wanylah penawar buat mama..’

Berpelukan Maharani dan Puan Zulintina.Perlahan air mata Puan Zulintina bertamu, diusap pantas, tak ingin Maharani melihat kesedihannya.

‘Assalamualaikum.’

Nadzirah memberi salam.Puan Zulintina dan Maharani sama memandang.Kelihatan Nadzirah, Taufik dan Raja Fadly di situ. Puan Zulintina menjawab salam Nadirah sambil menggamit mereka mendekati mereka.

‘Mama..lama dah kat sini ker?’

Nadzirah menanya Puan Zulintina yang sudah dianggap mama keduanya itu.

‘Lamalah juga..mama dah nak balik juga nie..Naddy temankan Wany kejap ya.’

‘Mama..Wany bukan budak kecik nak ditemankan pun.’

Rungut Maharani yang mendengar arahan Puan Zulintina pada Nadzirah yang sudah tersengih sumbing memandangnya.

‘No, Naddy akan temankan Wany sementara mama balik rumah kejap.Jangan degil sayang.Mama pergi dulu.’

Dicium dahi Maharani dengan penuh kasih sayang sebelum berlalu pergi.Muka Maharani dah memerah menahan malu diperlakukan sebegitu di depan Raja Fadly dan Taufik.

‘Apa nak dimalu tue Wany, dah terang lagi bersuluh kau tue anak emas…’

Nadzirah mengusik Maharani yang tersipu malu.

‘Pandai-pandailah….’

‘Of course la aku pandai…hehe..’

Maharani memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.Nadzirah kerut dahi pelik.

‘Kenapa Wany?’

‘Hubby kau mana?’

Maharani tayang giginya, mengulum senyum.

‘Eee kau nie buat suspen jer..dia kerjalah sayang oi.’

Maharani tersengih-sengih dapat mengenakan Nadzirah.Rindu pula dengan Izzatie.

‘Wany kau nak tahu something tak?’

Nadzirah bertanya dalam nada perlahan, seakan-akan berbisik.

‘Apa dia?’

Nadzirah kulum senyuman.Maharani pelik.

‘Kau tak nak tanya Prince Charming mana yang dukung dan hantar kau ke sini?’

‘Prince Charming? Siapa?’

Makin melebar senyuman Nadzirah.Maharani menanti dengan tidak sabar.

‘Your raja.’

‘My raja?’

Maharani bertanya kembali.Sejak bila pula wujudnya putera raja zaman sekarang nie?Dan aku pula bila masa jadi puteri..pelik betul Naddy neh..Maharani kerut dahi, pelik melihat senyuman Nadzirah.

‘Yes..your raja..Raja Fadly.’

Terbuntang mata Maharani.Mukanya memerah tanpa sedar.

‘Kau biar betul Naddy?’

‘Yup…seorang maharani telah diselamatkan oleh rajanya..macam kisah dongeng istana pula kisah korang nie…Romantik dan sweet…’

‘Ya Allah..malunya..mana nak letak muka aku nie Naddy?’

Nadzirah hampir tergelak melihat kekalutan dan wajah Maharani yang memerah menahan malu.

‘Letak jer kat kaki lima.’

Serentak mereka berdua tergelak, terlupa wujudnya Raja Fadly dan Taufik di situ.

‘Hemm..hem..’

Deheman Taufik mematikan ketawa Maharani dan Nadzirah.

‘Naddy, aku nak bercakap dengan Wany kejap.’

Taufik luah kata.Maharani dan Nadzirah pandang pelik.Raja Fadly pretend cool walhal nak juga tahu.

‘Kejap jer.’

Pantas Nadzirah menggamit Raja Fadly mengikutinya keluar wad..Terkebil-kebil Maharani memandang Taufik.

‘Apa yang penting sangat nie Fik?’

Maharani bertanya lembut.Membetulkan kedudukkan nya di atas katil.Lenguh.

‘Fik nak minta maaf.’

Taufik pandang lembut wajah pucat di depannya.Maharani kerut dahi.

‘Kenapa?’

‘Sebab menyusahkan Wany sepanjang Zaty tak sedarkan diri.I’m really sorry. Tengok sampai Wany pula admitted kat hospital.’

‘Itu dah jadi tanggungjawab Wany sebagai seorang sahabat sejati Fik..No thanks, no sorry..Masa Wany down dulu pun korang tak pernah tinggalkan Wany sendirian, sentiasa ada masa Wany memerlukan.So, keadaan sekarang memerlukan Wany pula.’

Panjang lebar Maharani berkata.Taufik tersenyum.

‘Thanks a lot Wany..May Allah bless you.’

‘Zaty macam mana?Aiman?’

Maharani tiba-tiba menjadi rindu pada si kecil itu.

‘Zaty…masih macam tue..Aiman sihat jer…’

Maharani berbalas pandang dengan Taufik.Saling tersenyum.

‘Wany, kau rela membakar diri demi perkataan ‘sahabat’…untunglah siapa yang memiliki hatimu kelak..betapa tulusnya hatimu…’

Perlahan Taufik bermonolog di dalam hatinya.

**

‘Naddy..kalau aku tanya something yang agak personal, boleh tak?’

Raja Fadly menyusun bicara.

‘Personal?Personal tentang apa?’

Nadzirah pelik dengan pertanyaan Raja Fadly.

‘About Maharani.’

‘Tentang Wany?’

Betambah pelik Nadzirah memandang wajah yang serius di depannya.

‘Humm..aku tak tahu nak mula dari mana…tapi kau kenal nie kan?’

Dihulur keychain berbentuk hati separuh yang tertera nama ‘Aha’ di situ.Nadzirah mula memahami.

‘Ini keychain kesayangan Wany tapi kenapa ada kat kau pula?’

‘Cuba kau tengok nie pula?’

Dihulur pula keychain miliknya, dicantum sama di atas meja.

‘Eyh….sesuai pula bila dicantumkan..serasi..memang berpasangan lah..Well, Raja mana kau culik pasangan keychain Wany nie?’

Nadzirah bertanya dengan perasaan ingin tahu.Raja Fadly hembus nafasnya.

‘Aku punya.’

Zuppp….Nadzirah terkejut dan bagaikan tak percaya.

‘Are you kidding?’

‘I’m not!..aku sendiri bingung kenapa keychain nie sentiasa bersama aku, satu-satunya barang yang berharga pada aku.Masalahnya…’

‘Apa masalahnya pula?’

Nadzirah memintas ayat Raja Fadly.Teruja.

‘Masalahnya aku tak tahu apa cerita disebalik keychain nie..Taufik pernah beritahu aku tak ingat siapa diri aku sebenarnya?’

Raja Fadly lepaskan keluhannya.Nadzirah mencuba mencerna kaitan Raja Fadly, keychain,dan Maharani. Adakah dia Apiz??Nadzirah garu kepalanya.

‘Okay, back to our topic…Tentang dia, aku nak tahu tentang dia..’

Nadzirah tarik nafasnya dan mula bercerita.Raja Fadly menjadi pendengar yang setia.

‘Macam tue rupanya…pity her.’

‘Yup…dia bengang bila kau agak similar dengan arwah Man dan Apiz…kau suka KFC..kau suka buah ceri..kau suka bertekak dengannya…ada masanya kau baik..kau ada masa dia perlukan seseorang di sisi…umpama kau adalah gabungan kedua-duanya…Wany tak dapat menerima hakikat semua itu..itu akan mengingatkan dia pada arwah dan Apiz…Dia menjadi dingin begitu untuk mempertahankan dirinya supaya kami tidak risaukan dirinya.Dulu dia tak macam tue..’

‘Kesiannya….’

Raja Fadly memegang kepalanya..Arghhh sakit lagi bila ada kenangan semalam cuba singgah di fikirannya..Arhh…dia menjerit di dalam hati. Gabungan keychain itu membentuk hati yang lengkap dipandang lama….arghhh….apakah rahsia di sebalik keychain itu?Siapakah dirinya sebenarnya?Kenapa dia juga kadang-kadang merasa dia pernah kenal Maharani..Seseorang..tolong terangkan siapakah dirinya sebenarnya?

Kisah Maharani part 32

~One part of mine...?~


Pagi itu, Maharani bangun dengan kepala yang berdenyut-denyut. Berpinar-pinar pandangannya, namun digagahkan juga dirinya untuk mandi dan mengambil wuduk untuk mengerjakan suruhan-Nya.Lama dia berteleku, berdoa dan tenggelam dalam perasaanya sendiri selepas itu.Perlahan dia menapak ke tingkat bawah rumahnya setelah bersiap.Sungguh dia tiada daya untuk bekerja hari itu.Dia lemah sama ada dari segi fizikal atau pun mental.Terasa ingin berlari dan menjerit sesuka hatinya, namun itu hanya mampu terkurung di dalam hatinya.Mana mungkin dia melarikan diri dari menolong kawan-kawannya.

‘Selamat pagi papa, mama.’

Maharani menyapa Encik Amiruddin dan Puan Zulintina yang sudah menghadap sarapan pagi.Tersenyum manis seraya menyalami Encik Amiruddin.Mengucup pipi Puan Zulintina.Sedaya upaya mengumpul tenaganya yang ketara tinggal 10% itu.

‘Selamat pagi princess…how are you dear?’

Encik Amiruddin bertanya.Dia memang jarang berada di rumah, selalu outstation namun dia tetap gembira dengan kehadirannya satu-satunya puteri mereka itu.Setelah 5 tahun di luar Negara, itu sudah cukup menyeksakan bagi dia dan isterinya.Berjauhan dengan anak tersayang.

‘I’m fine papa..Rindunya kat papa.Bila balik?’

Bercahaya mata Maharani memandang Encik Amiruddin sambil mengunyah perlahan sandwichnya.

‘Last night. Papa tak nak ganggu Wany pula…papa miss you too, princess.’

‘Love you, papa.’

Dikenyit nakal matanya pada Encik Amiruddin.

‘Dah habis sesi melepas rindu abang dan Wany?Cepatlah habiskan breakfast tue, dah lewat dah.’

Serentak Maharani dan Encik Amiruddin memandang jam masing-masing.

‘Late.’

Sekali lagi mereka serentak menjerit kecil. Maharani bingkas bangkit, terhuyung-hayang sekejap.dipegang kejap kerusi meja makan tersebut,kepalanya berpinar-pinar.Pandangannya agak kabur.

‘Wany, sihat tak nie?’

Puan Zulintina segera memegang badan Maharani.Encik Amiruddin turut memandang lama.

‘I’m fine, ma..pa..Wany dah lambat nie..Pergi dulu.’

Dicapai tangan papa dan mamanya seraya menuju keretanya.Duduk di kerusi pemandu, Maharani menarik nafasnya dalam-dalam.

‘Wany, be strong.’

Maharani tersenyum sambil memberikan galakan pada dirinya sendiri.Dia tak ingin dirinya kelihatan lemah lagi pada mata kawan-kawannya.Perlahan enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju di atas jalan raya.

**

Jam menunjukkan 08.10 pagi, bermakna Raja Fadly akan berada di dalam lif masa ini.Maharani masih duduk di dalam keretanya.Malunya masih menebal bila teringat saat dia menangis dan memeluk pinggang Encik Cool Blooded itu.Hanya Tuhan yang tahu betapa dia malu ketika itu tapi dia memang tak sedar masa itu. Namun, dia terasa adanya damai bila dia memeluk Raja Fadly, damai yang menenangkan dirinya.

‘Arghh..’

Terjerit kecil bila menyedari sudah sepuluh minit dia dalam kereta.Berlari anak dia menuju ke lif.Nasib baiklah hari nie dia menggunakan seluar slack, dapatlah memanjangkan langkah kakinya.

‘Morning Wany..’

Maharani pegang kepalanya yang makin berdenyut-denyut.Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan di situ.

‘Emm..good morning Cinta..’

Jacinta pandang lama wajah ketuanya yang nyata pucat.Dia sedar juga mengapa kebelakangan ini Maharani terlampau mengabaikan dirinya demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.Alangkah baiknya jika dia punya sahabat macam ketuanya itu.

‘You look pale.’

‘Am I?’

Soalan berbalas soalan.Maharani memicit-micit kepalanya pula.Sungguh tenaganya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.Tak dapat diselamatkan lagi mungkin.

‘Tolonglah jangan pengsan di sini Wany.’

Maharani bermonolog sendiri.

‘Yes..are you okay, Wany?’

Jacinta pandang cemas muka Maharani yang semakin pucat.

‘I’m okay.’

Maharani melangkah perlahan menuju ke bilinya.Kepalanya memang dah tak terkira sakitnya, pandangannya mula kabur.Pintu biliknya sudah ada dua..tidak, tiga..dan…kelam…hening..

‘Wany…’

Jacinta menjerit lantang seraya berlari mendapatkan Maharani yang sudah terkulai layu di depan pintu biliknya.

‘Wany…open your eyes..Wany..’

Jacinta sudah hampir nak menangis.Kepala Maharani dipangkunya.Tangannya sibuk mengoncang lembut badan Maharani.Namun, tiada respon.Staff yang lain mula mengerumuni mereka.

‘Diana, panggil Encik Fadly.’

Arah Jacinta sambil masih mencuba menyedarkan Maharani.Diana sudah berlari menuju ke bilik Raja Fadly.Tanpa ketukan, terus dibukanya pintu bilik Raja Fadly.

‘Kenapa nie Diana?’

Raja Fadly kerut dahi.

‘Boss, er..er…Cik Wany pengsan.’

‘Pengsan?’

Raja Fadly masih blur.Diana ketap bibir.

‘Encik Fadly, Cik Maharani pengsan.’

Sengaja Diana menekankan perkataan pengsan pada tutur katanya.Raja Fadly yang baru dapat mentafsir, terus berlalu keluar.

‘Tepi..tepi..’

Raja Fadly bagi isyarat mata Jacinta yang dia mengambil alih untukmendukung Maharani.Jacinta menganggukkan kepalanya.Bisik-bisik pekerjanya tidak dipedulikan
yang penting sekarang dia harus menghantar Maharani ke klinik atau hospital.

‘Cinta, pegang handbag Wany dan ikut saya.’

Jacinta mengikuti langkah Raja Fadly sambil menyandang handbag Maharani.Maharani dibaringkan di seat belakang sambil ditemani oleh Jacinta.Kereta Raja Fadly keluar dari bangunan syarikat.

‘Cinta, kau ambil handset Wany, aku nak call keluarga dia.’

Jacinta menurut dan mencari handset Maharani,disuakan pada Raja Fadly yang jelas cemas.Seketika Raja Fadly bercakap dalam phone.Talian diputuskan. Tangannya masih mengenggam handset Maharani..Dipandang keychain yang menghiasi handset Maharani.Lama matanya terpaku di situ.

‘Eh…….is this one part of mine…’

Kepalanya berdenyut-denyut kuat bila dia cuba memikir. Raja Fadly pegang kuat stereng keretanya.

Wednesday, September 16, 2009

Kisah Maharani part 31

~Harapan & doa~


Sejak seminggu yang lalu, Taufik setia di samping Izzatie yang tak sedarkan diri atau lebih baik jika dikatakan koma.Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor yang incharge wad persalinan itu..


'Tahniah saya ucapkan dengan kelahiran anak lelaki Encik tapi isteri Encik masih tak sedarkan diri buat masa ini.Dia mengalami pendarahan yang serius, tambahan pula tekanan darahnya mendadak turun.Diharap Encik dan keluarga bersabar.'


Dunianya kelam. rasa seperti kepalanya dihempap batu yang beratnya berkilo-kilo.Khabar gembira dengan kelahiran baby lelaki, lambang cinta mereka tenggelam dengan berita duka yang dibawakan oleh doktor tersebut.


'Dear, buka mata, please...abang merayu..jangan tinggalkan abanggg....'


Taufik berkata perlahan, tangannya mengenggam jemari Izzatie yang kaku.Tiada balasan pada sentuhanannya.Tidak seperti selalu, mesti membalas genggamannya.


'Baby boy kita abang namakan Aiman Ajmal.Dear yang suka nama tue kan?Haa, matanya ikut iris mata dear...bangunlah dear...'


Taufik sebak melihat tiada respon langsung dari isterinya.Tiada lagi senyuman manja, lirikan mata Izzatie kepadanya.Kerja di pejabat pun diserahkan pada Raja Fadly, dia pula saban masa menemani Izzatie di hospital.


'Dear..please..abang rayu jangan pernah tinggalkan abang...dan our baby...we loves you so much.'


Bergetar bibir Taufik menahan sendu di hati.Dia tak pernah menampakkan kesedihannya di depan keluarga dan kawan-kawannya.Hanya senyum hambar menghiasi bibirnya apabila mereka bertanya tentang dirinya.Ditahan kesedihan di dalam hati.


'Dear....pleasee.....'


Setitik air mata lelakinya menitis jua mengenai jemari Izzatie.


'Abang merayu sangat..tolong jangan tinggalkan abang..Dear kata sayang dan cintakan abang kan?Tolong bangun ya dear..'


Sayu Taufik berkata-kata.Air matanya diusap perlahan.Sungguh dia tabah pada penglihatan sekeliling tapi hatinya tak setabah itu.Melihat insan kesayangan berlawan dengan maut, itu sudah cukup merenggut semangatnya.Kalaulah dia boleh menjadi galang ganti, dia takkan membenarkan isterinya berkeadaan begitu.Sungguh, takkan sekali-sekali pun.


'Dear....abang sayang dan cintakan dear..takkan pernah berubah..'


Dikucup lama dahi Izzatie, kemudian beralih pada jemari halus itu.Lama.


**


Maharani yang baru hendak membuka pintu wad yang dihuni oleh Izzatie terhenti langkahnya.Terdengar ratapan pilu Taufik yang berbicara dengan Izzatie yang tetap kaku.Simpatinya datang apatah lagi melihat wajah comel Aiman Ajmal.Secomel mama nya, hidungnya pula mewarisi papanya.


'Fik...kau balik dulu lah..giliran aku pula jaga Zaty..'


Sapa Maharani lembut.Taufik memandang sayu wajah Maharani yang bayak membantunya, sama ada menjaga Izzatie yang koma atau menjaga Aiman Ajmal.Tak mungkin akan terbalas.


'Fik..dah sehari suntuk kau kat sini..biar aku pula temankan Zaty...kau balik berehat kejap, makan, mandi dan Aiman pun perlukan perhatian dan kasih sayang papanya juga.'


Panjang lebar Maharani berkata-kata.


'Wany, aku tak sanggup nak tinggalkan isteri aku walaupun seminit.'


Lemah Taufik berkata-kata.Bawah matanya ketara hitam, ekoran tak cukup tidur.Mukanya jelas tak terurus.


'Aku tahu Fik..tapi kau kena kuat dan tabah.Banyakkan berdoa.Insyallah, Zaty akan sedar nanti.Aku percaya dia mendengar setiap luahan hati kau.Kau balik berehat, okay.'


Pujuk Maharani lembut beserta dengan senyuman manis.Taufik pandang lama kemudian menganggukkan kepalanya.


'Baiklah, apa-apa perkembangan call aku.Sorry sebab menyusahkan kau Wany.'


'Takpe..Zaty..she's part of me..my bestfriend...kau pun kawan aku..Takkan aku nak biarkan macam tue saja...No need to apologize.Balik berehat ya.'


Taufik melangkah longlai keluar dengan berat hati.Maharani duduk di sebelah Izzatie yang masih kaku.


'Zaty....tolong buka mata kau, please..Aku merayu..Aiman Ajmal dan papanya perlukan kau...Dah seminggu lebih aku dan Naddy tengok-tengokkan dan jaga Aiman...giliran kau pula Zaty..Aiman comel tau..macam kau jugalah...pipinya chubby...rasa nak cubit-cubit jer...Kau bangun ya...pleae, I'm begging you.'


Maharani bersuara perlahan.Direnung raut wajah Izzatie yang kaku, matanya terpejam rapat.


'Zaty....kau tahu aku akan sayang kau lebih tahu kalau kau bangun....kau nak aku beli buah ceri banyak-banyak pun aku tak kisah, janji kau buka mata dulu..hehe..'


Maharani tertawa dengan kata-katanya sendiri.Ahh, sengsaranya menatap wajah Izzatie yang tiada respon dengan gurauannya.Tiada lagi mulut comel itu membalas ayatnya.


'Zaty....aku berdoa kau akan sedar kerana kami semua sangat sayangkan kau..Aiman perlukan mamanya,Fik perlukan his wife.Please...'


Sentuhan di bahunya mengejutkan Maharani.Raja Fadly tersenyum memandang wajah Maharani yang memerah.Mungkin menahan sebak.


'Kau...'


'Syhh....jangan ditahan kesedihan itu, lepaskanlah.'


Pelik dengan keprihatinan Raja Fadly tapi Maharani tiada kekuatan untuk memikirkan semua itu.Air matanya bertamu di tubir mata.Raja Fadly tepuk perlahan jemari Maharani, ingin memberikan semangat mungkin.


'Nangislah kalau itu dapat melegakan perasaan Wany.'


Maharani teresak-esak.Tanpa sedar dia memeluk pinggang Raja Fadly yang berdiri berhampirannya.Mengongoi lemah.Sungguh dia tak tabah untuk kehilangan lagi.Kehilangan insan yang disayangi.Perlahan berdoa di dalam hati, moga Zaty akan sedar dan kembali seperti biasa.Harapannya semuanya akan kembali seperti dulu, dia tak ingin kehilangan lagi.Itulah harapannya.


Kisah Maharani part 30

~Berita duka~



Maharani tekun menghadap komputernya.Matanya tekun menatap membaca data-data yang baru saja dikemaskini oleh Jacinta, jadi dia hanya perlu menyemak semula.Alunan instrumental yang terpasang dari komputernya beralun lembut memenuhi ruang pejabatnya. Dia selesa bekerja begitu, damai dan tenang.

‘Humm..Humm…’

Maharani menggumam mengikut irama instrumental Kenny G. Jemarinya ligat menekan keyboard komputer.Kakinya sudah bersilang antara satu sama lain.Sekali sekala dia akan menggerak-gerakkan badannya menghilangkan lenguh.

‘Arggh, akhirnya..’

Maharani tersenyum riang melihat kerjanya siap. Data tersebut di save ke dalam folder yang berkenaan.Kemudian, diambil handsetnya.Dibelek keychain yang masih setia di situ.Lama dia merenung keychain yang semakin pudar namanya di situ.

‘Aha..aha yang kosong jiwanya setelah ditinggalkan oleh Apiz tanpa sepatah kata pun.Apiz..dimanakah kau sebenarnya??’

Maharani pandang luar bangunan melalui cermin di bilik pejabatnya.Lama.telus dan kosong, sekosong hatinya yang tiada berpenghuni.Jemarinya masih memegang utuh keychain berbentuk separuh hati.

‘Adakah aku ibarat separuh hati ini?Selamanya bersendirian tanpa dapat menemui separuh hati ini? Jauh berkelana tetap jua tiada yang dapat mengetuk hatinya..’

Keluhan dilepaskan. Maharani menundukkan kepalanya. Dia sudah tak terdaya menjadi perindu sepi. Menanti Apiz yang tak mungkin akan muncul di depannya. Kepastian yang tak mungkin akan terkabul.

‘Arghhh…’

Bayangan arwah Luqman Hafizi pula bermain di matanya.Maharani menutup matanya, mencuba menyedarkan diri bahawa tak baik mengenang dia yang telah tiada.

‘Sampai bila aku harus begini? Kalau betul mereka orang yang sama, apa aku nak buat? Yang pastinya aku benar-benar kehilangan dan sakitnya di dada ini takkan terlihat oleh sesiapa pun.’

Sebak Maharani menutur kata, perlahan lebih kepada dirinya sendiri.Berteleku di sofa kecil yang diletakkan di dalam biliknya itu.Menunduk sayu.Susahnya dia menerima hakikat semua itu.Walaupun dia tahu sebenarnya dia sendiri yang tak nak melepaskan semua kenangan itu, namun dia sendiri tak faham dengan dirinya.Maharani lepaskan keluhan lagi.

‘Tak baik kerap sangat mengeluh.’

Tegur Raja Fadly yang memasuki bilik Maharani.Maharani tersentak.Dia pandang sepi wajah Raja Fadly.

‘Humm..’

Hanya itu jawapan yang meniti bibirnya.Raja Fadly berdiri sambil memeluk tangannya di berhampiran meja kerja Maharani.

‘Dari tadi aku perhatikan, kau asyik mengeluh jer.’

Raja Fadly bertanya, kedinginan suasana antara mereka melemaskan dirinya.Maharani jungkit bahu, tak ingin berkongsi apa di dalam hatinya.

‘No comment.’

Raja Fadly tersenyum dengan jawapan yang meniti bibir mulus di depannya.Tetap ayu walaupun ketara mendung di wajahnya.

‘Kau ada apa-apa masalah ker nie?’

Dengan prihatin, Raja Fadly cuba mengambil tahu mengapa Maharani menjadi murung.Tiada lagi wajah marah, dingin atau tak puas hati di wajah Maharani merisaukannya.

‘Nope.’

Sepatah saja ayat keluar dari mulut Maharani.Deringan handset Raja Fadly mengejutkan Maharani dan Raja Fadly sendiri.Segera dijawab panggilan tersebut.

‘What?Okay, aku pergi sana juga sekarang.’

Maharani pandang Raja Fadly dengan perasaan ingin tahu.

‘Jom, ikut aku.’

Makin berkerut dahi Maharani.

‘Pergi hospital.’

Ditarik lembut Maharani menuruti langkahnya.Maharani yang masih kebingungan bila soalannya tidak berjawab, mengikut saja tanpa bersuara.

**

Rupa-rupanya Taufik yang menelefon Raja Fadly tadi.Setelah bersalaman dengan Datin Afizah dan Puan Kalsom, ibu Izzatie, Maharani duduk bersebelahan dengan Nadzirah yang awal sampai darinya.

‘Kenapa senyap jer nie Naddy?’

Maharani membuka bicara.Bingung melihat wajah-wajah di situ semuanya murung, mendung dan tak bercahaya.

‘Zaty…Zaty….’

Tersekat-sekat Nadzirah berkata-kata.Maharani tambah pelik.

‘Kenapa dengan Zaty?Cakap cepat Naddy.’

Pinta Maharani sambil mengenggam jemari Nadzirah.

‘Dia terpaksa dibedah kerana tak dapat bersalin secara normal.Dah dua jam lebih kat dalam tapi belum ada apa-apa berita pun.Aku risaulah Wany.’

Maharani segera peluk Nadzirah.Matanya menangkap kelakuan Taufik yang dari tadi mundar-mandir di depan mereka.Jelas kerisauan terpancar pada wajahnya.

‘Mama, kenapa lama sangat nie?’

Tanya Taufik pada Datin Afizah.

‘Sabarlah Fik, banyakkan berdoa…’

Datin Afizah tarik tangan Taufik supaya duduk di sebelahnya.

‘Mama, Fik takut….takut…’

‘Ish..jangan nak fikir bukan-bukan…’

Marah Datin Afizah lembut.Diusap tangan Taufik seakan menyalurkan ketenangan pada anaknya itu sedangkan dia sendiri pun gundah gulana sebenarnya.

‘Doktor, macam mana isteri saya?’

Taufik menerpa doktor yang baru keluar dari bilik persalinan itu.Doktor itu tersenyum.

‘Alhamdulliah, Encik mendapat anak lelaki.Sekejap lagi Encik boleh azankan anak Encik.’

Taufik meraup mukanya,agak lega.

‘Oh doktor, isteri saya macam mana?’

‘Tahniah saya ucapkan atas kelahiran anak lelaki Encik tapi…..’

Taufik pandang kosong mulut doktor yang terkumat-kamit di depannya.Dunianya terasa tak bernafas.Berita duka itu menenggelamkan kegembiraan Taufik.Jatuh terduduk.Maharani dan Nadzirah sudah saling berpelukan.Dato’ Rahim menenangkan isterinya.Encik Ali pula peluk Puan Kalsom.Raja Fadly dan Shamsul pula diam tak berkutik. Suasana menghening.Hiba.

Monday, September 14, 2009

Kisah Maharani part 29

~Pelik~

Sedar-sedar kandungannya Izzatie dah masuk bulan ke-9.Taufik sentiasa memastikan isterinya tidak melakukan kerja-kerja berat, malah dilayan bak puteri.Siapa tak sayang bini oii!Hehe..

‘Dear..kan abang dah pesan tak payah nak rajinkan.You just sit down, okay.’

Diambil pinggan yang sedang dicuci oleh Izzatie.

‘Abang..bukan berat pun cuci pinggan nie.’

Rengek Izzatie manja. Lagipun dia kebosanan disuruh duduk saja.

‘Dear, Mak Mah kan ada.Dia boleh lakukan semua.Jangan degil.Dengar cakap abang.’

Taufik mencuba berdiplomasi dengan Izzatie yang mula memuncungkan bibirnya.

‘Zaty bosanlah abang.’

‘Zaty kan suka novel, kan masih banyak novel baru yang beli tapi Zaty belum baca kan?Vcd drama korea pun banyak kan?’

Izzatie angguk kepalanya.

‘Naa apa kata dear tengok tv atau baca novel?’

Sambung Taufik lagi.Tersenyum melihat kedegilan isterinya itu.Ditarik lembut jemari Izzatie dan diiring ke ruang tamu mereka.Izzatie menurut dalam paksa.

‘Abang ni pula terlebih risau.Zaty ok jer.’

Rungut Izzatie perlahan setelah dia didudukkan atas sofa, berhadapan dengan tv.

‘Nak tengok cerita apa dear?’

Hujung minggu memang Taufik akan menemani Izzatie di rumah saja.Mama dan papanya pula akan sekali sekala melawat mereka sejak mereka berpindah dua minggu yang lepas.

‘Emm…Princess Hours.’

Balas Izzatie seraya melentokkan kepalanya di bahu suaminya.Tangannya mengelus-elus jemari Taufik.

‘Zaty sayangkan abang.Selamanya.’

Dicium lama tangan Taufik.Taufik memandang hairan kelakuan isterinya. Selalunya Izzatie tak akan begitu, dia tak seperti dirinya yang senang memperlihatkan kasih sayang di depan orang lain.

‘Zaty cintakan abang.Thanks for loving me, dear.’

Sekali lagi Izzatie mengungkap kata cintanya.Taufik berkerut dahi.

‘Kenapa dear pelik semacam jer?Anything you hide from me?’

Izzatie tersenyum mendengar pertanyaan Taufik.

‘Nope. Zaty hanya nak abang tahu, Zaty akan selamanya sayang dan cintakan abang.Ingat tue. Dan Zaty loves our baby, too.’

Dipegang perutnya yang membesar.Tersenyum bahagia.Taufik turut sama memegang perut Izzatie.

‘I love you both, dear.Thanks a lot.’

Dikucup dahi Izzatie yang tetap tersenyum memandangnya.Lama.

‘Abang…’

‘Yes dear?’

Pelukan di badan Izzatie dieratkan.Izzatie merelakan.

‘Kalau Zaty tak ada, abang jaga baby kita baik-baik tau.Abang jaga diri abang juga.Zaty sayang abang dan baby..’

Ditutup mulut Izzatie yang masih ingin berkata-kata.

‘Apa yang dear merepek nie?Dear nak pergi mana pula?’

Taufik tenung mata Izzatie dalam, cuba mencerna maksud isterinya.

‘Tak pergi mana-mana.Zaty loves you dear.’

Dibalas pelukan suaminya.Dia senang di dalam pelukan itu.Kalau boleh, dia tak ingin masa berlalu.Biarlah dia selamanya di pelukan Taufik.Bahagia.

**

‘Assalamualaikum mak buyung.’

Ceria suara Maharani di hujung talian menjawab panggilan Izzatie.Salam Maharani dijawab seceria mungkin.

‘Apa mimpi called aku nie?Mana hubby kau?’

‘Aku mimpi kaulah semalam.Hubby aku dah keluar sekejap.’

Izzatie tersenyum sambil tangannya bermain dengan hujung bajunya.

‘Wah, bangga aku masuk mimpi bakal mama nie..Kau sihat?’

‘Yup sihat..Wany…aku sayangkan kau..aku sayangkan Naddy juga..mama..papa..’

Izzatie menyuarakan apa di hatinya.

‘Kitorang pun sayangkan kau la Zaty..apahal emo semacam nie?Kau ada problem ker?’

Maharani bertanya dengan nada sama.

‘Takdelah..aku nak sebut macam tue..aku sebut la sementara boleh sebut kan..kau sayang aku kan Wany?’

‘Mestilah Zaty..sayang sangat-sangat.’

Izzatie tergelak dengan jawapan Maharani.

‘Kalau kau sayang aku..kau tolong tengok-tengokkan sekaligus jagalah baby aku nanti.Boleh kan?’

Izzatie bertanya dalam nada mengharap.

‘Habis, kau pula goyang kaki?’

‘Biasalah mem besar..boleh ya Wany?’

‘Zaty..kau nie..okaylah aku tengok dan jagalah nanti..macam-macamlah kau nie.’

‘Wany..I love you..mmwahz.’

Izzatie ketawa bahagia.Maharani tergelak sama walaupun pelik dengan tingkahlaku Izzatie. Pelik kerana Izzatie tak pernah merepek-repek macam tue.Berkerut dahinya berfikir mendengar kata-kata Izzatie.Pelik sungguh!Kenapalah dia dikelilingi oleh golongan yang pelik.Raja Fadly salah satu dari manusia pelik yang selalu menganggu hidupnya.Kata Encik Cool Blooded tapi selalu menggedik dengannya tapi sekarang nie takkan la Izzatie terkena virus kepelikan Raja Fadly pula??

Kisah Maharani part 28

~Penat~


Maharani leka membelek high heels yang dipamerkan di kedai Da Vinci.Dicubanya satu persatu, tapi matanya lebih tertarik pada high heel yang berwarna purple dan bertali halus itu.Simple but nice.


'Cik,yang ini ada saiz 5, tak?'


Maharani bertanya pada jurujual yang setia melayani karenahnya.


'Kejap ya, saya check dulu,' balas jurujual tersebut sebelum mencari saiz yang diinginkan oleh Maharani.


'Okay.'


Maharani membelek pula high heel yang lain, dipegang lama high heel 3 inci yang berwarna coklat lembut.Tiba-tiba dia dihulurkan sepasang high heel berwarna merah darah, lebih kurang 5 inci mungkin, mak ai runcingnya.


'Cik, saya bukan minta yang begini tadi.'


Sekilas Maharani pandang high heel tersebut sebelum tumpuannya dikembalikan pada high heel coklat di tangannya. Namun, sekali lagi dia terganggu dengan jurujual tersebut, masih menyua high heel merah darah kepadanya.


'Saya tak suka warna merahla Cik.'


Seiring itu dipandangnya muka jurujual, matanya membuntang.


'Kau...'


Maharani mendengus geram.Rupa-rupanya Raja Fadly yang menyuakan high heel merah kepadanya.Menganggu keamanan dia bershopping jer.Dalam banyak-banyak shopping kompleks kat Malaysia nie, boleh pula dia pergi Times Square.


'Salam my boo.'


Sindir Raja Fadly pedas.Maharani mengelatkan mukanya.Tahulah dia terus marah, siapa suruh menyemak kat sini.


'Tak menjawab, berdosa tau.'


Raja Fadly tayang mimik muka menyindir.Maharani makin bengang.


'Jawab dalam hatilah cipanzi.'


Maharani segera keluar dari kedai tersebut, hilang moodnya nak membeli sepasang high heel baru.Sebal!Tubuhnya terdorong ke belakang, Maharani hilang kawalan.Namun, badannya disokong oleh sepasang tangan kekar.Muka Maharani dah memerah.Menahan malu dan geram.


'Kau ni kenapa?Ada aku kacau kau?Main tarik-tarik lagi tue?'


Marahnya geram.Muka Raja Fadly dipandang tajam.Raja Fadly tiada reaksi.


'Kalau pun kau bosan sangat, janganlah kacau hidup aku waktu macam nie.Bosan tahu tak?Kat pejabat pun muka kau,jumpa member kesayangan pun kau ada juga.Mana-mana aje aku pergi, kau ada menyelit sama.Boleh tak bagi aku senang kadangkala.'


Maharani membebel marah.Mulutnya dimuncungkan geram.Raja Fadly menyengih.


'Itu namanya kita ada jodoh.Kau tak boleh lari dari aku la, my boo..'


Maharani sentap tangan Raja Fadly yang masih melekat di pinggangnya.


'My boo?My boo?I'm not your boo, okay?Gila.'


Maharani atur langkah cepat-cepat ingin meninggalkan Raja Fadly yang terkejut dengan sentapannya.


'Ala my boo, sikit-sikit nak merajuk..see orang dah pandang-pandang kita.'


Raja Fadly sengaja menyemarakkan kemarahan Maharani.Berjalan menyaingi langkah Maharani.


'Crazy.'


'You are so cute, my boo.'


'Miang.'


Maharani membalas sepatah.


'Your eyes so sweet.'


Raja Fadly memang sengaja mencari pasal dengan Maharani.Sebenarnya dia sendiri tak menyangka akan terjumpa Maharani di Times Square, tapi mungkinkah ada jodoh antara mereka?Entahla...dia yang tak pernah nak beramah mesra dengan wanita, boleh pulak menjadi 'mesra alam' dengan Maharani walaupun mereka hanyalah bergaduh atau bertekak, tapi dia selesa dengan keadaan itu.


'Kau ishhh....'


Maharani pijak kasar kasut Raja Fadly sebelum berlari-lari anak pergi.Sempat menjelirkan lidahnya pada Raja Fadly. Ibu jarinya diangkat sebagai tanda bagus.


'Padan muka.Gila.'


Raja Fadly menahan kesakitan pada kakinya.Dipandang sepi pemergian Maharani.Sebal.



**

Dibelek-belek novel yang terdapat di kedai buku tersebut.Lama agaknya dia dah membeli novel baru setelah bekerja dan sibuk dengan kerja-kerjanya.Kadang-kadang melayari e-novel online.


'Wah, banyaknya novel baru nie.Rambang mata.'


Maharani berbicara sendiri.Tersengih.Diambilnya novel karya terbaru Damya Hanna,membaca sinopsis.


'Boleh tahan juga novel nie.'


Diambil pula novel lain, asyik benar dia membaca sinopsis di situ hingga tak menyedari kehadiran Raja Fadly di tepinya.Raja Fadly tersenyum melihat telatah Maharani yang tersenyum-senyum sendiri.Masih tidak menyedari kehadirannya.Tiba-tiba datang idea nakalnya.Ditiup lembut bahagian leher Maharani.


'Ee..kenapa pula rasa berangin pula?'


Maharani elus lehernya, geli sebenarnya.Raja Fadly menahan ketawa.Sekali lagi dia meniup lembut leher Maharani yang masih tak memandang ke belakang.


'Eyhh..'


Maharani elus lagi lehernya.Dipandang ke atas, okay jer atas kedai buku tue, dipandang kanan dan kiri, semuanya seperti biasa, tiada angin pun.Tapi hidungnya dapat menghidu haruman seseorang yang sudah sebati di dalam dirinya.Perlahan dikalih kepalanya ke belakang.


'Kau lagi...'


Maharani sudah bercekak pinggang.Geram.


'Yup..kan dah kata agaknya memang kita nie ada jodoh kan, my boo?.'


Raja Fadly tersenyum nakal melihat muncungnya bibir Maharani.Comel sebenarnya.


'Boleh tak biarkan aku seorang?Alone?'


Tanpa sedar suara Maharani sudah mencapai aras 5 membuatkan pengunjung kedai buku tersebut memandang dan berbisik-bisik.


'Maaf..maaf..isteri saya nie memang berdarah panas sikit.Jom my boo.'


Ditarik Maharani keluar dari situ.Maharani meronta-ronta nak melepaskan tangannya dari pegangan Raja Fadly.


'Apa pegang-pegang nie?Bukan muhrimlah mangkuk.Dan kau jangan nak pandai-pandai gelar aku isteri kau. Memandai jer.Menyampah.'


Melengking amarahnya.Sesuka hati jer.Raja Fadly lepas tangan Maharani, menggaru dahinya yang tak gatal.


'Err....er..'


'Apa er..er..dasar tak guna otak.'



Maharani merengus marah.Adoi, setiap kali jumpa Encik Cool Blooded nie memang bertambah dosa aku dengan kelancangan mulut memarahi dia.Dijeling geram Raja Fadly yang kaku memandangnya.Bertentang mata.Ada rasa yang disalurkan dari pandangan mata hitam pekat itu, meresapi dirinya.Kenapalah setiap kali bertentang mata, dia akan lemah.Dia akan mengalah.Argghh sesungguhnya dia penat begini..penat bergaduh..penat bila perasaannya saling bertingkah dengan akal warasnya..penat...

Sunday, September 13, 2009

Kisah Maharani part 27

~Buntu~


‘Wait.’

Jerit Maharani kecil bila melihat lif hampir tertutup.Segera diboloskan dirinya ke dalam lif.Haruman penghuni di sebelahnya sudah sebati.Setiap pagi, malah sejak sebulan lebih dia bekerja di situ, orang yang sama akan menolongnya menekan punat lif, menunggu dia masuk.Dalam-dalam dia cool blooded macam tue, ada juga baiknya.

‘Dah sebulan lebih aku jadi bellboy tak rasmi kau.Aku nak claim.’

Pantas Maharani pandang Raja Fadly.Mulutnya tak sehandsome mukanya.Oh no, Wany jangan nak bagi high compliment kat Encik Cool Blooded!Baru jer puji sikit mesti buat hal lagi.Huh, itu belum termasuk dia buli aku.Ada ker patut suruh aku jadi tea lady dia.Aku nie Head of Human Resources, tetiba jadi tea lady dia..serve dia..ingat maid ker....mestilah bengang.Taufik pula dah tak larat nak campur tangan.Hidup aku terseksa…..Kalau aku hempuk kepala dia dengan batu bata, agak-agaknya okay tak?Maharani gelak evil dalam hati.

‘Apa kau kata?Siapa suruh nak tunggu?’

Maharani serang balik.Dah mereka memang tak jumpa jumpa, ada jer yang tak kena di mata masing-masing.

‘Aku tak kira, kau kena treat lunch aku nanti.Muktamad.’

Raja Fadly tayang muka tak bersalah.Maharani menggigit bibir geram.

‘No way.’

Maharani berlalu cepat tika lif berhenti di aras 5.

‘Aku akan buat sampai kau treat aku lunch nanti.Kau tengoklah.’

Bisik Raja Fadly sinis dan Maharani ditinggalkan terkontang-kanting perasaannya.Mengapa dalam dia marah, dia kerap alpa melihat anak mata itu?Mengapa Raja Fadly juga mengenakan perfume yang sama dengan arwah Luqman Hafizi?Hati Maharani digaru resah.

‘Cinta, fail yang aku minta semalam, dah kau update?Hantar ke bilik aku nanti,okay?’

Maharani bertanya pada assistant nya, Jacinta.Jacinta menuruti langkah Maharani.Walaupun belum lama bekerja di bawah Maharani tapi dia senang, Maharani yang dingin tak menyusahkan dirinya.Tiada nada formal antara mereka kecuali mesyuarat penting.

‘Yes Cinta, anything else?’

Maharani bertanya pelik melihat Jacinta masih terkebil-kebil di depannya.

‘Curious.’

‘Apa yang curious?’

Jacinta pandang wajah ketuanya.Memang cantik, bergaya.Boleh memikat sesiapa pun.Raja Fadly pun macam tue, handsome, tinggi lampai.Tapi dingin mengalahkan ais di kutub utara.

‘Kenapa boss tue selalu sangat bertekak dengan Wany?Kalau dengan kami yang lain, jangankan nak bertekak, senyum pun setahun sekali kira dah okay.Ini sifar!tTak pernah lagi tau, walaupun aku dah kerja sini dekat dua tahun.’

Maharani tersenyum hambar.Dia sendiri pun takde jawapan kepada pertanyaan Jacinta.

‘Cool blooded memang macam tue.’

Ayat penyata diberikan Maharani sebagai jawapan kepada pertanyaan Jacinta.Jacinta ketawa lepas.

‘Wany pula?’

‘Me?’

Maharani pelik.Jacinta tersengih.

‘Satu bangunan nie juga tahu Wany cool hearted, lebih kurang la dengan Mr Cool Blooded tue.’

‘Really?’

Anggukkan Jacinta memberikan jawapan kepada Maharani.

‘Dah..aku nak semak fail nie.’

Jacinta berlalu dengan senyuman.Mula-mula kerja di situ dulu, Maharani jarang sekali bersuara tapi sekarang dah ada peningkatannya.Mungkin kerana ada magnet di bilik sebelah sana yang selalu menarik magnet di sebelah sini menjadikannya kacau bilau.Hehe.

**

Maharani yang sibuk mengemaskini data-data jabatannya tidak menyedari jam 12.00.Jarinya masih leka berlari di atas keyboard computer sementara matanya sesekali memandang fail yang berlambak di atas meja.

Raja Fadly yang berdiri di depan pintu bilik Maharani memerhatikan gelagat wanita yang masih sibuk dengan kerjanya.Anggun dengan penampilannya yang tersendiri.Masalahnya kenapa setiap dia melihat mata bundar itu, secara automatic dia akan hot dan akan mencari pasal dengan dia.Walaupun kadang-kadang dia tak berniat nak menyakitkan hati Maharani, dia tak dapat menahan rasa hot di hatinya.Apakah sebelum ini, dia pernah kenal Maharani?Adakah mereka seperti sekarang?Ibarat Tom & Jerry…Makin difikir, itu menyebabkan dia sakit kepala pula.Melangkah mendekati Maharani.

‘Hemm.’

Deheman di tepinya mengejutkan Maharani.Terkejut.

‘Kau nak aku cepat mati ker?’

Marah Maharani.Mukanya jelas bengang.

‘Tak..tapi aku tak senang tengok kau aman sejahtera tanpa gangguan aku.’

Raja Fadly tayang senyuman manisnya.Senyuman ada makna.Seketika senyuman itu mengingatkan Maharani pada dia..Arghh..kenapa semuanya agak similar?

‘Kau nak apa menggedik kat bilik aku nie?’

Maharani sembur soalan bodoh.

‘Main bowling.’

Raja Fadly tersengih nakal.

‘Well my boo, let’s me remind you, will you treat my lunch today?’

Maharani tepuk dahi.Lunch hour rupanya.

‘Aku tak cakap nak treat kau kan?Tepilah, aku nak pergi lunch nie?And I’m not your boo,okay?’

Sengaja Raja Fadly mengeraskan badannya.Tak ingin mengalah.Dalam dia selalu mengenakan Maharani, dia sebenarnya inginkan perhatian Maharani.

‘Dah fikir panjang tak dengan jawapan tue?’

Ugut Raja Fadly.Maharani memandang pelik.

‘Aku akan beritahu staff yang masih ada kat luar kau sebenarnya tergila-gilakan aku.Bila aku tak layan, sebab tue kita selalu bergaduh.’

Raja Fadly luah saja apa yang terlintas di fikirannya.

‘Ada aku kisah, cipanzi sengal.’

Maharani buat endah tak endah.Raja Fadly mendekati Maharani hinggakan hembusan nafasnya dapat dirasa oleh Maharani.

‘Betul kau tak kisah?’

Mata bertentang mata.Aduh, ini aku lemah nie..bisik hati Maharani.

‘Okay..aku treat lunch kau tapi hari nie saja.For sure, kaulah cipanzi paling poyo yang aku pernah jumpa.Kaki paksa.Arrogant.Cool blooded.’

Maharani membebel marah.Raja Fadly dalam diam mengulum senyum mendengar bebelan Maharani.Cipanzi…poyo…bila rasanya aku pernah dengar?Dipegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

‘Kau okay?’

Cemas Maharani bertanya bila melihat Raja Fadly yang memegang kepalanya.Seperti dia memaksa diri memikir sesuatu.

‘Jangan risau, aku okay selagi belum merasa lunch yang kau belanja.’

Sinis jawapannya hanyalah untuk menutup kesakitan di kepalanya.Maharani mendengus kasar lalu melangkah keluar biliknya diikuti oleh Raja Fadly.Mata-mata yang memandang merka berdua tidak dipedulikan.Paksaan Raja Fadly amat menjengkelkan hati Maharani tapi dalam diam entah kenapa segalanya bertentangan dengan akal mindanya, dia senang dengan lelaki dingin ini?Arghh..buntu..buntu dengan permainan takdir..