Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, December 28, 2008

Seindah Kasih episod 7

Jam loceng yang berbunyi mengejutkan Qazrina yang masih lena tidur.Setelah mengerjakan solat subuh,dia tertidur balik tadi.Dibuka matanya perlahan,dipandang angka jam di sebelahnya.Baru pukul 7.00 pagi.

'Morning.'

Frame gambar dia dan Kasih disapanya mesra,terbit senyuman di bibirnya.Lalu melangkah mengambil towel untuk mandi.

'Akak,kau kena kuat!Kena lawan penyakit tue sementara masa masih ada,biarlah kau menggembirakan papa dan mama.Ganbatte akak!'

Qazrina mengambil keputusan untuk bekerja dengan papanya sementara menanti result SPM nya keluar,yang tinggal 2 bulan lagi.Pejam celik pejam celik keluarlah result akak oi,dia bermonolog di dalam hati.

******************************************************

Akhirnya Qazrina menapak juga di depan syarikat yang dibina oleh papanya bertahun-tahun lamanya.Syarikat I & A Holdings Sdn Bhd sempena nama papa dan mamanya.Lambang cinta mereka yang berkekalan walau di kala susah mahupun senang.

'Akak,Pak Cik minta diri dulu.'

Sapaan driver mereka,Pak Cik Kamal mengejutkan lamunan Qazrina.Qazrina menganggukkan kepalanya dan mula melangkah ke dalam bangunan tersebut.Pagi itu,dia cuma mengenakan baju kurung berwarna hijau lumut yang sesuai dengan warna kulitnya yang cerah.Walaupun masih berumur 17tahun,Qazrina kelihatan matang daripada umurnya,bentuk badannya yang kurus serta tinggi lampai itu boleh menipu pandangan ramai.

'Selamat pagi.'

Qazrina menyapa perempuan yang duduk di front office tersebut tetapi dibalas dengan muka yang masam.Apa pasal pula nie?Bendera merah ker?bisik hati Qazrina.Terkilan.

'Hai,Rina.Sampai juga kau ya.'sapa suatu suara yang sudah didaftar di kepalanya.Rizal Amri!

'Baru jer.'

Rizal kelihatan segak dalam pakaian kerjanya.Ditambah dengan lesung pipi nya,mesti ramai girl yang masih solo kat pejabat ni nak pikat kot.Qazrina tersengih.

'Apahal menyengih nie?'Rizal memandang Qazrina,mesti gelakkan aku lah tue..macamlah aku tak tau..

'Cik abang bun...'

Mulut Qazrina segera ditekup dengan jemarinya.Rizal tersengih memandang Anissa yang kelihatan pelik memandang gelagat mereka berdua.Perlahan Qazrina dilepaskan.

'Ish,sakit tau tak.Ingat lembut ke tangan kau tue Zal?'bebel Qazrina geram.

'Rina,perkenalkan ni Anissa.Anissa,ni anak big boss,Nur Qazrina.'

Seraut wajah Anissa berubah.Tahu pun takut,itulah layan orang datang tue lain kali senyumlah melebar,jangan tayang muka masam,gerutu Qazrina di dalam hatinya.

'I'm sorry,Cik Nur Qazrina.'

Kepala Anissa menunduk seolah pandangan mata Qazrina mengandungi racun berbisa.Senyum terukir di bibir Qazrina.

'It's okay Nissa.Just call me Rina.'

Tangan dihulur segera disambut Anissa.

'Takyahla nak bemesra alam kat sini Rina.Cepatlah,papa kau mesti nak jumpa tue.'celah Rizal.

'Jumpa lagi Nissa.'

Qazrina berjalan beiringan dengan Rizal menuju ke bilik papanya.Sempatlah mereka berdua bersembang-sembang.Rupa-rupanya Rizal merupakan Penolong Pengarah Syarkat I & A Holdings,yalah papanya adalah shareholder kat syarikat papa aku nie.Muda-muda dah memegang pangkat tinggi,bertuahnya Rizal.Memandangkan hanya dia anak tunggal semestinya dia yang berhak.

2 comments:

Any comments really appreciated!