Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 23

~Perindu sepi~



*5 tahun berlalu*

Izzatie menunggu dengan sabar kepulangan sahabat baiknya yang akan balik Malaysia hari nie.Sudah lama Maharani membawa diri ke luar negara, study lalu kerja di sana juga.

‘Mana pulak dia nie..Kan sepatutnya dah keluar?’

Rungut Izzatie sendirian.

‘Hey..dear tak baik merungut tau.’

Taufik menyapa wajah kelat isterinya.Ya, isterinya setahun yang lepas.Itupun setelah dia bersusah payah untuk memenangi hati isterinya itu.Memang hati isterinya diperbuat dari keluli kot, tak lut dengan pikatannya langsung.Dah masuk tahun keempat barulah Izzatie dapat menerima dirinya seadanya.Taufik tersenyum mesra lalu mengucup lembut dahi isterinya yang menjegilkan mata dengan perbuatannya itu.

‘Dear…’

Izzatie tayang muka comel di depan Taufik.Taufik tersenyum.Dia tahu kalau Izzatie tayang muka comel, adalah benda yang dia nak tue..

‘Yes dear, nak apalagi?’

Dikenyit nakal matanya pada sang isteri yang terkelip-kelip mata memandangnya.

‘Naddy dan Sham mana?’

Izzatie mula melentokkan kepalanya di bahu suaminya.Akhirnya dia milik sah kepada Taufik, lelaki yang tak pernah disangka akan menjadi hubby nya.Lelaki yang pernah digelar sebagai angin taufan.Spontan bibirnya tersenyum.

‘Kejap lagi sampailah mereka tue.’

‘Tak berubah-ubah..ni siapa yang baru balik dari luar Negara, diorang ker Wany?’

Rungut Izzatie geram.

‘Kitorang la Zaty..kan kitarong baru balik honeymoon kat Paris.’

Celah satu suara.Izzatie segera pandang.Nadzirah sudah mendepakan tangannya ingin memeluk Izzatie.

‘Ahh..rindunya kat kau Naddy..bila korang pergi honeymoon.Tak bagitau pun.’

Bebel Izzatie.Shamsul dan Taufik hanya memandang gelagat isteri mereka.Memang tak boelh dipisahkan.

‘Sorryla sayang…nak buat kejutan la kononnya..kau dah kuat membebel sekarang ni ya?’

Nadzirah mengusik Izzatie yang jelas cemberut mukanya.

‘Pembawakan budak.’

Selamba Taufik menjawab bagi isterinya.Nadzirah dan Shamsul saling berpandangan.

‘Zaty..is it true?Congratulation..Sampai hati nak bagitau aku.’

Nadzirah peluk lagi Izzatie yang tersenyum comel di depannya.

‘Kejutan la.’

Shamsul menepuk lembut bahu Taufik tanda mengucapkan tahniah.Kehadiran Maharani tidak disedari oleh mereka.Maharani tersenyum senang dengan kebahagiaan Izzatie dan Nadzirah.Dirinya sendiri..entahlah..dia tak ingin memikirkannya.

‘Assalamualaikum.’

Sapa Maharani lembut.Serentak 4 pasang mata memandangnya.Dari atas sampai bawah.Maharani cuma tersenyum.

‘Kau siapa?’

Izzatie bertanya.Dipandang wanita anggun di depan mereka.Rambut blonde, putih melepak dan tinggi lampai.Pakaiannya pula sesuai dengan bentuk badannya.Bibirnya cuma dioles lip gloss coklat muda.Anggun.

‘Zaty…Naddy,….miss both of you.’

Maharani peluk tubuh Izzatie dan Nadzirah.Nadzirah dan Izzatie yang masih blur masih kaku.

‘Weyh..apala korang nie..akulah, Wany.’

Dilempar senyuman pada Taufik dan Shamsul yang turut tak mengecamnya.

‘Ya Allah..berubahnya kau Wany..Gorgeous!’

Nadzirah berkata sambil mencubit geram pipi Maharani.

‘Sakitlah….muka aku maintain comel kan?’

Maharani tayang mukanya di depan Izzatie dan Nadzirah, ingin mengusik kedua-duanya.

‘Tak berubah.Nakal.Ni cantik-cantik macam nie, takkan tak ada yang sangkut kat sana tue?’

Izzatie bertanya sambil matanya masih meneliti perubahan Maharani.Cantik.

‘Nope.’

Perlahan Maharani menjawab.Sebenarnya bukan tak ada yang berminat, tapi dia yang tak berminat dengan semua itu.Dia sebenarnya masih berharap kalau Apiz bukan orang yang sama dengan arwah Luqman Hafizi..Hakikatnya, Apiz turut sama menghilang sama dengan pemergian Luqman Hafizi.Kenapa dadanya sakit masa itu?Dia menangis..hanya dia yang tahu kata hatinya.Sebab itu, dia masih bersendirian hingga ke hari ini.

‘Jangan kata kau masih…’

‘Dear dahlah tue..Wany mesti letih..Jom kita balik..’

Taufik memintas pertanyaan isterinya.Dia tak ingin melihat kemurungan di wajah Maharani lagi, semua mereka tahu betapa Maharani down masa lima tahun lepas.Menjadi pendiam, cold hearted, senyum hambar sebagai jawapan pada sebarang pertanyaan.Hanya bercakap dengan mereka sahaja.

‘Kami pun minta diri dulu.’

Shamsul berkata mewakili isterinya.Sekali lagi dia dan Taufik berjabat tangan sebelum berlalu.Maharani mengukir senyum sebagai tanda terima kasih pada Taufik kerana menyelamatkannya dari soalan Izzatie.Dia belum bersedia nak bercakap pasal semua itu.

**

Maharani buang pandang di sekitar biliknya.Masih tak berubah.Usapan di bahunya menganggu dirinya.Puan Zulintina memandang kasih Maharani.

‘Mama..terkejut Wany.Papa mana?’

‘Papa outstationla sayang.’

Maharani peluk Puan Zulintina.

‘Rindunya kat mama..’

Dicium bertalu-talu pipi Puan Zulintina.

‘Kalau rindu kenapa tak pernah nak balik selama nie?’

Datar Puan Zulintina menyoal Maharani.

‘Mama, tak nak la ungkit-ungkit..sekarang kan Wany dah depan mama…’

Dipeluk erat Puan Zulintina, melepaskan kerinduan yang disimpan bertahun-tahun.

‘Yalah..mama faham..mama turun bawah dulu,nanti Wany turun sama, makan.’

Maharani tersenyum.Matanya memandang sekitar biliknya.Terpaku pasal poster buah ceri.Selepas kehilangan Luqman Hafizi, tabiatnya yang menyukai buah ceri dan KFC tidak lagi diamalkannya.Dia tak ingin terkenang masa bersama arwah.Dia dah tak makan buah ceri, hanya dipandang sepi kalau member sama kerjanya makan buah ceri dulu.Baginya semua itu hanya akan mengingatkannya pada kisah lama, yang berbekas di hatinya.

Cuma satu saja benda yang tak mungkin dibuang olehnya, keychain berbentuk separuh hati yang diberikan oleh Apiz.Tetap menjadi penghias handsetnya.Walaupun handsetnya bersilih ganti bertukar tapi keychain yang sama tetap menghiasinya.Dia ibarat perindu sepi, sepi yang tak akan kunjung tiba..sepi yang sentiasa menyelubungi dirinya.

‘Kebahagiaan?Masihkah ada untuk dirinya?’

Maharani tiada jawapan kepada pertanyaannya sendiri.

**
Special Apperance: Shamsul ( E-Novel CKK)

3 comments:

  1. pehh.
    zaty, finally kawen ngn angin taufan.
    warghhh!
    nadd lak ngn sham.
    tp.. maharani?

    ReplyDelete
  2. warghhh akhirnya zatie dgn taufik and naddy dengan shamsul.weeee.comelcomel.
    sukesuke
    mgkin maharani dgn raja?
    weee
    xsabar
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. suda kawen kaaa..
    hahha..

    so,,raja tuh untok wany la..
    ekekee..cpt2,,raja muncul..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!