Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Tuesday, March 2, 2010

KFC 2

Fazila dan Sofiya dah menghadap Nur Dayana yang duduk menghadap televisyen.Masing-masing dengan wajah ingin tahu dan sengih memanjang. Nur Dayana memang dah terlebih faham dengan gelagat mereka berdua.

'Okay,okay, cakap ajer la apa korang nak tanya?Tak payah nak tayang sengih memanjang.Buruk tahu tak?'

Nur Dayana menanya sambil matanya memandang cerita kartun Sin Chan kegemarannya.

'Sebenarnya saya...'

Fazila teragak-agak nak meneruskan ayat, takut Nur Dayana tersinggung pulak.

'Hit.'

Nur Dayana memberikan respon tapi mukanya tetap menghadap siaran di depan mata.

'Sebenarnya kenapa awak mendapat layanan istimewa kat KFC tadi yer Nur?Pelik la saya...i mean kitorang nie.Kitorang nie yang berjuta lemon ke situ pun takde nyer dilayan ala-ala VIP macam awak, kan Piat?'

Fazila memandang Sofiya.

'Yalah Nur, betul kata Toi tue. Makanan yang dorang bagi awak tadi pun superb lah.'

Sofiya menyokong dengan senyuman melebarnya.

'Superb?Apa yang superb nya..Entah-entah chef yang prepare tue mamai ataupun belum bangun dari arah yang salah pagi tadi.'

Nur Dayana manjawab tanpa nada.

'Tak mungkinlah Nur. Yang saya paling berkenan adalah bentuk hati kat makanan itu tadi, seolah-olah menggambarkan perasaan orang yang membuat makanan itu.How sweet.'

Sofiya pula over gembira membayangkan kembali makanan Nur Dayana yang special.

'Kalau saya yang diberi layanan macam itu Nur, alamatnya memang jatuh cintalah.'

Fazila menyokong dengan mimik muka gediknya.

'But dear, dear..kalau korang nak kat chef or whatever....ambik je la...Nur tak nak masuk campur pun.'

Nur Dayana masih bercakap tanpa emosi.Baginya, kunci hatinya dah hilang entah ke mana.Tidak dijumpai!

'Ala, Nur awak nie tak sporting la...'

Fazila bersuara perlahan.Sofiya turut menyokong.

'Entah-entah awak tunggu seseorang yer Nur?'

Sofiya tiba-tiba menanya soalan cepumas.Nur Dayana kalih pandang pada Sofiya.

'Cik Piat, itu sangat tak munasabahla....please!'

'Saya rasa betul juga kata-kata Piat tue, Nur?Awak macam tak berminat dengan all guys yang kita kenal, macam awak tunggu seseorang jer.'

'No comment.'

Nur Dayana angkat dari sofa.Dia tak larat lagi nak bersoal jawab dengan Sofiya dan Fazila. Hati dan perasaannya kosong!

**

'Oh my god, i'm thinking of her again and again.'

Keluhan kasar kedengaran dari mulut sepupunya yang tengah menghadap akuarium ikan tapi sebenarnya ikan yang pandang dia.Mia tersengih sebelum meneruskan rancangannya.

'Oh my love!'

Mia melambakkan ketawanya mendengar sepupunya itu melatah.

'Apa nie Mia?Tak kasihan kat abang ka?'

Carl pandang geram Mia di tepinya.Selamba jer geletek pinggang aku!Gelilah!Nasib baik aku sayang kau, Mia!

'Ala, sapa suruh abang Carl termenung panjang siap macam baca jampi serapah jer tadi.Jampi apa ya bang?'

Carl menjegilkan matanya memandang Mia yang tergelak menghadapnya.

'Jampi-jampi tak mainlah.Abang tiba-tiba teringatkan something tadi?'

'Ala, abang nak kontrol macho la nie.Ala macamlah Mia tak faham...ala ala...'

Mia meleretkan kata-katanya nak mengenakan Carl.

'Ish sush bebenar nak faham budak under age macam Mia nie?'

Carl membebel geram.

'Ala mesti abang dah jumpa yang istimewa ni kan?Siapa bang?Cantik tak?Lembut tak?Ada macam Mia tak?'

Carl memegang dagunya sambil pura-pura berfikir.

'Abang rasa macam..macam Angelina Jolie la...langsung tak menyerupai Mia.'

Spontan Carl melambakkan ketawanya.Puas dapat mengenakan Mia semula.Mia menarik muka masamnya.Apa punya abang sepupu nie??Nasiblah siapa yang menjadi suri hati dia nanti!

**

'Bila tiba masanya nanti, kau akan memahami apa tersirat di hati kita...Aku akan pergi jika itu yang kau mahu tapi ingat, aku akan kembali tatkala kau menyedari kehadiran aku.'

Nur Dayana terbangun.Pantas meraup mukanya.

'Ya Allah, kenapa pula teringatkan kata-kata Hazzim pula nie?'

Nur Dayana membetulkan pembaringannya.Berharap matanya akan kembali terlelap.Hazzim, aku rindu kau!Ke mana kau menghilang!

3 comments:

  1. nice........ superb lah citer2 kak hanna nii..... sambung lagii kak hanna.......bestt sgt..... ~ THIR ~

    ReplyDelete
  2. wawa cepat la sambung kak hanna
    next en3 mesti jmp hazzim..
    eh carl tu cape ekkk???
    hazzim ke???

    ReplyDelete
  3. nice..i'm gonna wait for the next entry..thanks

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!