Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, January 4, 2009

Seindah Kasih episod 22

'Abang,Kasih ingat nak membeli-belah baju baby kat One Utama la.'

'Abang kerja esok la sayang.'

Rizal memandang lembut isterinya yang berbaring di sebelahnya.Tangannya membelai perut Kasih yang sudah kelihatan.

'Pak Mat kan ada.Kasih janji tak lama ya bang.'

Jemari Kasih bermain di anak rambut suaminya.Rizal hanya membiarkan.Teringat saat dia dan Kasih diijabkabulkan.Dia redha walaupun terpaksa meninggalkan kekasih hatinya,Sasha.Kepedihan disimpan di dalam hati.Setelah hidup bersama Kasih,Rizal mula menyayangi dan menyintai isterinya itu.Hati dan cintanya milik Nur Kasih,tiada dua tiada tiga..itulah doanya saban malam.

'Abang,boleh pula dia melamun.'

Lamunan Rizal terbang apabila Kasih menepuk lembut lengannya.

'Yalah sayang,abang benarkan tapi...'

Kasih menanti ayat suaminya yang tergantung.Rizal sengaja hendak mengenakan isterinya yang terkebil-kebil memandangnya.

'Cepatlah bang..apanya?'

'Abang nak twice kiss.'

'What?'

Membulat mata Kasih mendengar permintaan suaminya.Ingatkan apa tadi,buat suspen jer abang nie,getus hati Kasih.

'Kalau Kasih tak nak,abang nak buat apa?'

Kasih memeluk bantal di sebelahnya,menahan gelak.

'Abang tau la macam mana dengan isteri abang nie..'

Serentak itu, Rizal menggeletek isterinya yang pura-pura membelakanginya.Kasih ketawa kegelian dan membalas.Riuh-rendah bilik tidur mereka dengan gelak ketawa.Setelah reda,Rizal membawa Kasih ke dalam pelukannya.Kasih tenang di dalam pelukan suaminya.Itulah kemestian baginya,jika tidak dipeluk oleh suaminya,maka sepanjang malam dia takkan lena.Dipujuk bagaimana sekalipun matanya,tak akan juga lelap dan suaminya pula dengan relanya memanjakan dirinya.

**********************************************

Kasih masih membelek pakaian baby,terleka dan rambang mata dia melihat pakaian baby yang pelbagai corak dan warna.Menarik!Tiba-tiba dia disapa satu suara..

'Hai,Kasih kan?Remember me?'

Dipandang perempuan anggun di depan matanya.Rasanya dia pernah melihat tapi dia terlupa di mana.Hanya senyum terukir di bibirnya.

'I'm Sasha,kawan arwah kakak you.'

Sasha?Kasih masih memikir dan akhirnya dia dapat mengingat.Sasha ada menghadiri majlis perkahwinannya dulu.

'Oh,hai Sasha.'

'Sorang jer ker?Hubby you mana?'

Sasha memandang sekeliling,mungkin Rizal ada berdekatan.Lama dah tak menatap wajah itu,dia rindu serindunya.Rizal yang semakin melupakan dirinya menyebabkan dia menahan lara dan rindu yang tak bertepi.

'Abang kerja.So,shopping soranglah nie.'

Kasih tersenyum senang dengan keramahan Sasha.Walaupun dia seorang artis,dia masih ramah begitu.Mesti bertuah siapa yang dapat memilikinya.

'Oklah Kasih,I ada shooting lepas nie.Send my regards to Rizal.'

Kasih menganggukkan kepalanya.Sasha tersenyum senang sambil berjalan keluar.Tertawa riang di dalam hatinya kerana dapat beraksi sebagai seorang kawan kepada Kasih sedangkan di dalam hatinya,ingin saja dia mencakar muka Kasih yang tersenyum mesra kepadanya.Sakit hati melihat kandungan Kasih yang makin membesar.Panggilan 'abang' yang diguna oleh Kasih menyesakkan rasa cemburunya.Oleh sebab itulah,dia cepat-cepat meminta diri,bimbang lakonannya pincang di mata Kasih.

'Kasih,jangan harap kau akan terlepas bebas.'

5 comments:

  1. isk2...
    shasha nieh...
    owng da tanak,,terhegeh2 agy...
    bla je arh...
    ngee~emo plak...
    hihi...
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. ish shasha nie..org dh x sudi tu terima jerla

    ReplyDelete
  3. iskz!!!
    shasha nk wat somting r tuhs>>>
    hak3...
    nk ag!nk ag!

    ReplyDelete
  4. eeeiiii....jahatnya shasha...
    mesti ada plan yg x baik tue.....

    ReplyDelete
  5. oh no.
    jgn la papekn kasih.
    sian die.dh la khlgn sys die.
    tumbok kang.
    agagag.
    suke2.
    -na`dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!