Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, January 12, 2009

Seindah Kasih episod 24

Keasyikkan dalam meneliti kerjanya, Rizal terlupa memandang jam di tangannya, terlupa janjinya nak membelikan isterinya apam balik yang dijual di gerai Pak Adul. Dia langsung tak terangkat dari kerusi yang didudukinya.Ketukan di pintu biliknya mengejutkannya.

'Encik Rizal, belum balikkah?

Setiausahanya menanya dari muka pintu sambil di bahunya tersandang handbag yang senada dengan blouse yang digunanya.Rizal memandang jam, patutlah...dah time balik kerja rupanya.

'You balik dululah..nanti I balik kalau kerja I dah siap.'

Rizal kembali menghadap komputernya, jemarinya kembali bermain dengan keyboard komputernya.Sekali lagi jemari nya terhenti menaip bila deringan handsetnya berbunyi.Dicapai tanpa melihat siapa pemanggil di hujung talian.

'Am..I nie.'

Sasha?Terangkat kepala Rizal.

'Am..tolong I,please..'

Lemah nada Sasha di hujung sana membuatkan Rizal berfikir antara dua..dia nie betul-betul ker main-main?

'You ni kenapa?'

'Kereta I pancit nie..Tak tau nak hubungi siapa.So, I cari you la..'

Sasha menguntum senyum dengan nada suara yang dibuat cemas dan agak takut-takut.Memang patutlah dia bergelar pelakon.

'You nak I buat apa?'

'Tolong I Am..seram semacam jer tempat nie.Pleaseee...'

Sengaja dia merayu-rayu Rizal kerana dia tahu Rizal akan tunduk dengan rengekannya.

'Ok..ok...you bagitau kat mana you sekarang nie?Nanti I ke sana.'

Kata putus diberi oleh Rizal.Mungkin Sasha benar-benar perlukan pertolongannya,hingga dia betul-betul terlupa isteri yang menunggu dia dan janjinya..

********************************************************

Kereta Rizal diberhentikan di sebelah kereta Sasha. Segera dia melangkah keluar mendapatkan Sasha.

'Everything okay?'

Sasha tayang muka sedihnya membuatkan Rizal bersimpati.

'It's ok..I'm here.'

'Kereta you nie kita tinggalkan kat sini.I hantar you balik.'

Yesss!!Sasha melompat kesukaan di dalam hati, perangkapnya mengena.Ternyata masih ada cinta di hati Rizal buatnya.Kasih...kesiannya kau!

'Kepala I sakitlah Am.'

Sasha pura-pura memicit kepalanya.Rizal segera membimbing Sasha ke keretanya.Tanpa Rizal sedari, segala perbuatannya dan Sasha diambil gambarnya terutama bila mereka kelihatan rapat dan mesra antara satu sama lain.Sasha tersenyum riang dan bersukaria dalam diam.Bagus!

******************************************************

Kasih keresahan di ruang tamu rumahnya. Berkali-kali dia memandang jam dinding, sudah melewati pukul 10.00 malam, namun suaminya belum juga pulang dari kerja.Malah, tidak menghubunginya langsung.

'Mana abang nie?'

Kasih mundar-mandir di depan tv.sekejap duduk,sekejap berdiri.Tiba-tiba kedengaran deruman kereta memasukinya perkarangan rumah, Kasih segera menerpa ke pintu.Rizal melangkah longlai menuju ke arah isterinya yang tersenyum padanya.

'Kenapa abang lewat balik nie?Kenapa tak bagitau Kasih?Risau Kasih tau.'

Rizal pening mendengar ayat yang keluar dari mulut Kasih. Dahlah dia penat melayan Sasha yang mengadu migrain dengannya.

'Abang..'

Masih juga tiada respon dari Rizal.Kelihatan Rizal termenung dan di dalam dunianya sendiri,yang pasti Kasih memang tak tahu apa dalam pemikiran suaminya itu.

'Abang..'

Rizal tersentak.Segera memandang isterinya.

'Sorry sayang..abang letih sangat.Tadi abang temankan client penting syarikat abang dinner.'

Rizal menggigit bibirnya, dia terpaksa menipu isterinya demi kebaikan rumahtangganya.Kasih mengangguk faham betapa suaminya komited dengan kerjanya.Kadang-kadang sampai tertidur di bilik kerjanya di rumah mereka.Janji yang dibuat dengannya pun terlupa tapi Kasih hanya menyimpan dalam hati.

5 comments:

  1. apasal pndek sgt?....penatnya tgu

    ReplyDelete
  2. sorry yer fisha..
    Hanna bz sgt skg nie..
    mlm nnt baru upload lagi erk..
    gomen nasai..

    ReplyDelete
  3. ngeeee...
    gedikne si sasha uh..
    lpas nieh msty gmba yg kene amek uh disiarkan kat srt kaba,,kontroversi murahan..huh..
    sengal tol...
    smbung2...

    ReplyDelete
  4. siannye kasih.
    lempang kang.
    agagag.
    nnt gmbo2 smpai kat kasih tau sgt.
    n xpon kasih still sbar ag.
    smbung2.suke2.
    sys hanna nak ag.agagag
    -na`dz

    ReplyDelete
  5. umm.. ksian kseh.
    ske memendam prasaan :(

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!