Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, March 8, 2009

Kisah Maharani part 6

Luqman Hafizi hanya mampu bersandar lesu di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin tersebut.Jiwanya kosong, fikirannya melayang entah ke planet pun dia tak kisah..Otaknya tepu..Nasib baik Nurhakim dapat dipujuknya tadi…

‘Sayang..semua ini hanya salah sangka jer..’

Tangan Nurhakim dicapai dan digenggam erat. Nurhakim lebih rela memandang kereta yang lalu lalang daripada memandang kekasih hati di sebelahnya. Sikit saja tadi dia berjaya meloloskan diri ke dalam teksi tapi sempat ditahan oleh Luqman Hafizi.

‘Sayang, please trust Man….’

Nurhakim hanya membiarkan air matanya mengalir lesu. Hatinya ibarat cermin yang retak seribu. Dia sendiri pun tak pernah semanja itu dengan Luqman Hafizi tapi perempuan tue..arghh..

‘Sayang..semua tue hanya salah sangka jer..perempuan tue hanya pekerja kat tadika abang Hadi..’

‘Kalau takde apa-apa, kenapa dia boleh mesra dengan Man..siap ber’bie lagi tue..geli Nur tengok..’

‘Sayang cemburulah nie..’

Luqman Hafizi tersenyum melihat muka cemberut Nurhakim di sebelahnya. Belum pernah rasanya dia melihat wajah kekasihnya itu secemburu ini..

‘Takde maknanya…’

‘Ala..mengaku jer la sayang…’

‘Takde la…’

‘Man tahu sayang cemburu la nie…’

Makin melebar senyuman Luqman Hafizi..kerana dia tahu Nurhakim akan tersenyum juga akhirnya..

‘Tak sukalah macam nie..’

‘Sayang….’

Luqman Hafizi membuat muka kartunnya…

‘Ee..geramnya…’

Akhirnya ketawa Nurhakim meletus juga..Luqman Hafizi tersenyum kelegaan…

‘Maharani..Maharani…’

Luqman Hafizi menggetap geram dengan sikap Maharani yang hampir-hampir memusnahkan percintaannya..Dicapai kunci keretanya dan segera berlalu…

**

‘Wany..tabik aku dengan kau la..’

Naddy memulakan bicaranya setelah masing-masing senyap dek ekoran peristiwa tadi.

‘Salute kat kau la Wany..’

‘Huh..belum puas hati aku nie..rasa nak cekik-cekik jer cipanzi sengal tue..tahulah aku kerjakan dia lepas nie kalau dia masih nak menganggu hidup aku..kelemahan dia adalah makwe dia..’

Maharani menanam tekad di dalam hati nya.

‘Tapi kan Wany..aku kesian pula tengok awek dia tue..’

‘Yalah Wany..’

‘Emmm..’

‘Cuba kau fikir cara lain pula Wany..awek dia tak bersalah kan..so, tak payahla nak involved kan awek dia sama..cam tadi pun aku dah kasihan tengok dia meleleh air mata..’

‘Yalah..yalah..kau nie Zaty, kalau berceramah memang nombor satu..’

Maharani mengiakan jua kata-kata kawan-kawannya.

‘Awek cipanzi tue takde kena-mengena dalam perang nie..so, dikecualikan tapi kalau dah jalan buntu, rasanya aku masih boleh guna cara nie…’

Maharani tersenyum sendiri. Naddy dan Zaty berpandangan dan menjungkit bahu.

‘Apa senyum sorang-sorang nie?’

‘Adalah cik Zaty oi..’

Maharani memeluk Zaty di sebelahnya.

‘Eyeh, apa peluk-peluk nie?’

Zaty meleraikan pelukan Maharani. Bukan apa, dia geli sebenarnya!hehe..

‘Zaty….’

‘Apa?’

Maharani dan Zaty mengalih pandang pada Naddy yang menayang sengihannya.

‘Mesti ada something la tue..’

Getus hati Zaty..

‘Aku rasa kan…’

‘Kau rasa apa Naddy?’

Zaty menanya dengan tak sabarnya..

‘That guy yang melanggar kau tadi tue kan…’

‘Apa nya..?’

‘Mata dia..oh, mak..lawo seh….coklat cair..sikit lagi nak cair hati aku tadi...’

‘What?’

Serentak Maharani dan Zaty menjerit kecil..ingatkan apa tadi, rupa-rupanya itu jer..

‘Kau nie kan Naddy….’

‘Harap jer mata lawa…perangai sengkek dan bakhil, nak buat apa?’

Zaty mencebik bibirnya geram. Angin lanina yang melanda Maharani tadi beralih arah padanya pula.

‘Tapi orang kata kan…’

Naddy masih dengan idea nya…ingin mengenakan dua teman baiknya itu.

‘Apa?’

‘Dari mata turun ke hati, dari benci bertukar cinta..dua pasangan degil bercinta, agaknya gempak tak?’

Maharani dan Zaty bantai gelak..

‘Lawak kan Zaty?’

‘A’ah..sejak bila pula Naddy nie jadi palsampah..opps, falsafah nie..aduii…’

‘Betullah..weh korang nie…’

Naddy hanya mampu melihat Zaty dan Maharani yang masih tergelak di depannya.Kelibat seseorang di belakang Maharani mengejutkan Naddy..Diberi signal mata tapi Maharani masih juga ketawa bersama Zaty..Dijuih mulutnya ke belakang namun signalnya tak dapat ditangkap oleh Maharani pun...

‘Ikut aku!’

Maharani yang terkejut bila mana ada tangan yang menarik lengannya. Dipandang dan..

‘Kau lagi..’

‘Ya,aku!’

Ditarik tangan Maharani untuk mengikut langkahnya. Sedikit kasar.

‘Weh, apahal tarik-tarik orang nie..sakit tau!’

Maharani menjerit kecil sambil cuba melepaskan pegangan tangan sasa tersebut. Naddy dan Zaty masih melongo tanpa berbuat apa-apa. Masih terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Luqman Hafizi.

‘Ikut aku kalau kau tak nak aku mengamuk kat sini.’

Matanya dibulatkan memandang Maharani.

‘Ingat orang takut ker?’

Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa dia agak takut juga sebenarnya dengan kelakuan Luqman Hafizi yang tak dijangkanya itu.

‘Masuk.’

Arah Luqman Hafizi keras. Terkulat-kulat Maharani sementara otaknya bekerja keras untuk melarikan diri.

‘Kau tak payah nak fikir nak melarikan diri…it’s useless!’

Dengan itu, Maharani ditolak ke dalam keretanya dan kereta dipecut laju.Meninggalkan Zaty dan Naddy yang baru saja ingin menyelamatkan Maharani…

‘A..awak..awak nak bawa orang ke mana nie?’

Ada sedikit getar pada suara Maharani menggelikan hati Luqman Hafizi sebenarnya. Tahu takut!Itulah memandai jer nak bermain dengan api…Pandai pula bersopan sikit bertanya…Luqman Hafizi mengulum senyum.

‘Diam!’

11 comments:

  1. alahh...wat happend nehh?

    jgn la dia wat yg bukan2~

    ReplyDelete
  2. hahaha..mcm babak dlm novel kau sygku plak..
    hahaha

    ReplyDelete
  3. cpt2 post new en3..
    makin lme makin besh niyh..heheh
    ;)

    ReplyDelete
  4. haha
    ske2....
    biau nnt due2 fall in love....

    ReplyDelete
  5. miss kira..
    x lak tfkr sama ngn nvl kau sayangku tadi..
    nie suma main hentam jer..huhu..

    thx 4 all..
    yg selalu support Hanna..
    zaty..ecah..uny..na`dz..zulaifah..n lelain..-)sowie coz lmbt jer post n3 skng nie..

    ReplyDelete
  6. luqman jaat.
    huu
    hahah.
    tp klaka.

    ReplyDelete
  7. ekekeke..wany,,ko rse anai2 cmtuh ??
    hahhaa,,,
    besh2 bangat..
    klako2..

    doesnt matter la kak hanna..
    we will always support uh..
    huhu..

    ReplyDelete
  8. ngee x aci! cpt gylee korg nie comment? hehehee;p
    hbslaa wanyy.. luqman da mara tue..

    ReplyDelete
  9. well..sory le klau silap..apa apapun u'r novel is the best..

    ReplyDelete
  10. oh no.. xkan nak culik kot..?? takde makner nyer pon..hm.. misi m'bls dendam dh b'mula. ahkz.. best2..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!