Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, January 3, 2009

Seindah Kasih episod 21

Rizal memejamkan matanya, ingin mengurangkan keletihan seharian bekerja menghadap komputer dan fail-fail penting.Kepalanya bertambah pening dan pusing dengan karenah Sasha yang masih tidak dapat menerima hakikat dia dah berumahtangga dan bakal menjadi seorang bapa.Masalahnya dan Sasha dipendamkan di dalam hati demi tak ingin isterinya yang mengandung akan terluka. Kelibat isterinya tidak kelihatan,mungkin melayan taman bunganya di belakang rumah mereka.

‘Abang.’

Kasih menghampiri suaminya yang kelihatan lena di atas sofa. Letih benar nampaknya.

‘Abang..’

Sayup-sayup suara isterinya menerjah telinganya namun matanya seakan tak dapat dibuka.

‘Abang,Kasih teringin nak makan ayam KFC…abang dengar tak ni?’

Kasih merengek-rengek.Sudah seharian dia menahan keinginan nak makan KFC tapi terpaksa menunggu kepulangan suaminya.Sejak disahkan mengandung,dia tak dibenarkan memandu oleh suami dan keluarganya.

‘Malam nanti ya sayang,abang letih sangat nie.’

Perlahan Rizal membalas dengan mata yang masih terpejam.Kasih menayang muka masamnya.

‘Ala,tak lama jer.Kita take away saja.Lepas tue abang sambung la tidur abang tue.’

Kasih sudah mula memicit mesra dahi suaminya yang masih tak memberi respon positif dengan permintaannya.

‘Abang letihla yang.’

Suara suami yang keletihan menggamit simpatinya tapi keinginan nya sudah tak dapat ditahan-tahan lagi.

‘Abang,pleaseeee…..’

Rizal masih juga diam,tiada tanda termakan pujukan isterinya yang masih merayu-rayu.

‘Kalau abang nak rehat dan tidur,Kasih drive sendiri ya bang.Kasih janji tak lama jer.’

Kasih tersenyum senang bila sudah mendapat idea untuk menunaikan hasrat hatinya yang tertangguh dari pagi tadi.Spontan jemarinya mencapai kunci kereta suaminya di atas meja tapi dia terkejut bila tangan suaminya telah memegang eratnya lengannya.Matanya juga sudah terbuka dan kelihatan membulat memandangnya.Eleh,ingat orang takut ker?hehe..

‘Abang tak benarkan.’

Kasih mula memandang suaminya dengan air mata yang tertahan.Rizal tahu tak lama lagi gerenti menangislah isterinya.Sejak mengandung,cepat saja Kasih menangis atau sensitif.Perlahan Kasih melepaskan pegangan di lengan suaminya dan melangkah menuju keluar rumah.

‘Nak ke mana tue sayang?’

Lembut Rizal bertanya bila melihat wajah sayu Kasih yang berjalan keluar.Kasih pura-pura tidak mengendahkan pertanyaan suaminya.Geram!

‘Kata nak makan KFC…sayang,tak nak ikut abang ker?’

Langkah Kasih terhenti dan segera memalingkan wajahnya memandang Rizal yang tersenyum memandangnya.Kepalanya diangguk cepat dan langkah kaki diarah kembali menuju suaminya.Dipeluk dan dicium lembut Rizal yang tertawa dengan keletahnya.Cepat saja anginnya isterinya ini berubah.

‘Sayang abangg….’


**********************************************

Dumm!Pintu bilik Sasha dihempasnya kuat.Hati yang membara bertambah membara bila dia terlihat Rizal dan Kasih yang tertawa gembira sambil menanti order KFC mereka.Hatinya yang sakit bertambah sakit.Dia masih tak dapat menerima hakikat Rizal,kekasihnya telah berkahwin dengan adik kepada arwah kawan baiknya.Kalau tak mengenang dirinya seorang artis,memang teringin dia menyumpah seranah Kasih yang merengek manja dengan Rizal.Paling sakit bila Rizal melayan Kasih dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Kasih?Kerana kau,impian aku hidup bersama Rizal musnah.Jangan harap kau akan bahagia.

‘Argghh.’

Sasha menjerit kuat.Dicapai teddy bear pemberian Rizal suatu tika dahulu dan dilempar ke dinding.Padanya,teddy bear itu umpama tuannya sendiri.Sasha tertawa melihat teddy bear tersebut terkapar dia atas lantai biliknya.

‘Rizal milik aku.Kalau aku tak dapat memilikinya,orang lain pun tak boleh.’

Sasha ketawa dan bertekad yang Rizal mesti menjadi miliknya.Handsetnya dicapai dan segera didail nombor seseorang...

6 comments:

  1. waaa.. da adee SK II! menarik nie.. hrtue sasha hilang jee.. ni da muncul balik. hehehee;D

    ReplyDelete
  2. wa!!!
    besh2...
    ni yg suke niex...
    cayyala akk!!!
    keep it up!!!
    wahaha~

    ReplyDelete
  3. waaaaaa....
    ske2....
    hehehee....
    excited nie kak...
    huhu....
    smbung2....

    ReplyDelete
  4. menarik nie...sambungan melihat kasih yg abadi....
    excited nk tahu nie

    ReplyDelete
  5. warghhh.best la sys hanna.
    nnt mesti sasha ape2 kan kasih.
    scary.agagag.
    suke2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!