Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, December 28, 2008

Seindah Kasih episod 11

Qazrina membelek blouse yang bergantungan di dalam almari bajunya.Dia mengeluh perlahan.Rupa-rupanya sudah agak lama dia tidak shopping sejak Kasih ke luar negara.Dulu, dia dan Kasih akan sama-sama shopping dan melepak di One Utama atau shopping mall yang lain.Seketika langkah kakinya diarah ke bilik Kasih.

Qazrina menatap bilik yang lama dah tak berpenghuni itu.Dibukanya almari pakaian Kasih dan dicapai blouse yang berwarna biru lembut.Itulah Kasih,minat biru lembut dan pakaiannya memang kebanyakkan warna biru dan plain.Katanya kalau ada corak atau bunga-bunga,menggelikan.Ada ker patut?Sedangkan dirinya tak memilih sangat kalau bab pakaian ini.Blouse tersebut disarungkan ke tubuhnya.

'Lawa.'bisik hatinya.Citarasa Kasih memang menepati citarasanya cuma dia tidak secerewet mana.

Rambutnya yang sudah mencecah bawah bahu dibiarkan lepas begitu sahaja.Bibirnya dioles lip gloss warna lembut.Baginya begitu sudah mencukupi.

*********************************************

Qazrina mengatur langkah nya ke arah Sasha yang sudah melambai-lambai ke arahnya.Sasha kelihatan anggun di matanya tapi kenapa pulak pakai big spec kat restaurant pula.Hitam pulak tue?Seketika Qazrina menepuk dahi,terlupa lak kawan aku ni kan glamour.hehe..

'Kau ni kalau tak lambat memang tak sah.'

Dush..Sasha tidak memberinya peluang.Qazrina tayang giginya sebab dia memang terlambat pun.

'Kot ye pun nak marah aku Sha,bagila chance aku duduk dulu.Semput tau.'

Qazrina mengusik Sasha yang cemberut di depannya.Kalaulah wartawan tahu,habislah kau Sha.

'Apa yang kau nak bagitau aku nie?Top secret ker?'

'Kau nie bawa bersabarlah Rina.Aku piat telinga baru tau.'

Serentak Qazrina dan Sasha ketawa.Pandangan sekeliling tidak dipedulikan.

'Hai,honey.Sorry,I'm late.'

Qazrina serasa familiar dengan suara itu.Bukankah itu...?

'Am..U nie pun memang sah kalau tak lambat tau.Nasib baik kawan I dah datang.Kalau tak, I dah balik pun.'

Qazrina hanya menjadi pendengar.Hatinya sudah tak keruan.

'Sorrylah honey..Am janji tak buat lagi.'

Rizal segera mengambil tempat di tepi Sasha dan pandangannya tertancap ke muka kawan Sasha.Seketika mereka berpandangan tanpa kata.

'Am, inilah my best buddy,Nur Qazrina.Rina, inlah pakwe aku.'

Sasha memeluk mesra lengan Rizal di sebelahnya sementara Qazrina menahan gelora yang melanda di pantai hatinya.Ujian apakah ini Tuhan?Kenapa hati ini seakan tak dapat menerima kenyataan di depan mata tapi inilah realiti.

'Hai, Zal'.

Qazrina berlagak biasa seolah-olah berita itu tidak mengejutkannya.Senyuman manis dipamer untuk pasangan ideal di depannya.

'Rina kau kenal Am ker?'

Sasha tayang muka heran.Qazrina mengangguk.

'Ala, sama tempat kerja ngan aku la Sha.Kalau dia ni kau nak kenalkan aku,dah tak laku tau.'Usik Qazrina.

'Rina, sapa kata Zal tak laku?See..girlfriend Zal kan glamour nie haa.'

Rizal juga berlagak biasa.Cuma hatinya seakan dapat mengerti perubahan air muka Qazrina tadi.Rina, sukarnya untuk ku teroka apa sebenarnya di dalam pemikiranmu itu.Dinner mereka sentiasa disulami oleh gurau senda dan tawa riang walaupun ada hati yang terluka.

3 comments:

  1. warghhhhhhhhhhhh.
    sedihnye.
    rupenye awexx die kwn qaz.
    adusss.susah2.
    nk lagi n3.
    agagag.
    -na`dz

    ReplyDelete
  2. la...
    mmg kbtulan la..
    muahaha~
    ahakz!!!
    k.swit niex..
    ade gak w0rd"dush" tuhs ek..
    kui3..
    pndi r dye0wng b'lakon...
    hu~

    ReplyDelete
  3. hahaahaaa....
    uny,,tuh mknenye kak hanna menghargai kite taw...
    syg akak...

    adoooyy,,complicated nieh...
    isk2...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!