Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Tuesday, September 8, 2009

Kisah Aidilfitri 3


Am Bakri menoleh pada Hana yang telah terlena di sebelahnya. Penat melayan dia berbual sepanjang perjalanan ke kampung agaknya. Dia segera mengejutkan adiknya apabila kereta yang dipandunya memasuki kawasan perkampungan mereka. Badan yang terasa lesu menjadi ceria serta-merta. Yalah, dah beberapa bulan tak menatap wajah desa dan keluarga.

‘Eee rindunya dengan mak abah.’

Perlahan Hana disebelah abangnya mengumam.

Masuk saja di halaman rumah, Am Bakri segera membunyikan hon keretanya. Sekaligus membuatkan Puan Salma dan Encik Azam keluar rumah. Am Bakri dan Hana segera keluar dari kereta mendapatkan mak abah mereka.

‘Apa khabar mak..abah?’

Am Bakri segera bertanya khabar seraya menyalami jemari Puan Salma dan Encik Azam diikuti oleh Hana.

‘Baik, nak. Syukurlah kamu berdua selamat sampai.’

Am Bakri menjadi sayu melihat air mata di pipi Puan Salma. Air mata seorang emak yang sentiasa menanti kepulangan anak-anak. Segera dipeluk tubuh tua itu.

‘Bagilah Hana chance peluk mak juga, bang.’

Ditolak tubuh Am Bakri ke tepi tapi Am Bakri sengaja mengeraskan badannya, sengaja ingin mngusik adiknya yang mula cemberut mukanya.

‘Kedekut abang ni tau.Takpa la abah kan ada.’

Hana memeluk Encik Azam yang tersenyum memandang gelagat dirinya dan Am Bakri.

‘Rindu abah tau..abah rindu Hana tak?’

Hana merengek manja dalam pelukan Encik Azam.

‘Buat apa abah nak rindu Hana yang dah sesuai jadi isteri orang tue.’

Am Bakri mengusik adiknya yang masih memeluk erat abahnya.

‘Bagitau jer kalau abang cemburu la…’

Dicemik mukanya memandang Am Bakri yang tersengih-sengih memandangnya.

‘Dah..dah..jangan nak berdrama kat sini pulak..bawa barang tue masuk rumah.’

Arah Puan Salma.

‘Baik, Puan. Saya yang menurut perintah.’

Usik Am Bakri sambil mengenyitkan mata pada Puan Salma.

‘Tak berubah-ubah Am nie abah tengok..’

‘Mestilah abah…hidup kena sihat dan ceria tau.’

Am Bakri sudah dapat merasakan bahang Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Kemeriahan yang tak terucap. Sebelum kakinya sempat masuk ke dalam rumah, matanya sempat terpaut pada seraut wajah yang merenung lembut pada dirinya. Tersenyum manis padanya, Am Bakri terpana seketika. Kemudian, gadis yang berbasikal itu mempercepatkan kayuhannya, mungkin malu kerana wajahnya berubah rona.

‘Siapakah dia?’

Am Bakri menggaru kepalanya yang tak gatal. Wajah itu seperti mengingatkannya pada seseorang tapi siapa??

**
Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat, Am Bakri berdiri di jendela biliknya, menikmati suasana desa.

‘Abang.’

Am Bakri masih leka dengan lamunannya.

‘Abang!’

Jerkah satu suara. Am Bakri segera menoleh dan adiknya menunjukkan tanda peace.

‘Ishh..tak boleh salam ka?Kalau abang pengsan terkejut, sapa nak jawab?’

‘Abang yang mengelamun tak sedar diri macam anak dara pingitan jer.’

Ann tersengih-sengih mengenakan Am Bakri.

‘Memang tak boleh kalau Hana tak menjawab abang kan?’

Dijegil mata pada Hana yang tertawa memandangnya.

‘Actually, mak abah panggil abang, ada benda nak bincang..Hana cumalah office girl tak bertauliah jer.’

‘Office girl??haha…ada-ada jer la adik abang nie.’

Dicubit pipi tembam Hana..

‘Abang sakitlah.’

Am Bakri pura-pura tak mendengar dan keluar dari biliknya. Memikir apa yang nak dibincang oleh Puan Salma dan Encik Azam dengan dirinya. Selalunya time makan pun boleh bercakap, ini pula macam ada ‘rahsia Negara’ jer.

‘Ada apa sebenarnya mak dan abah nak bincang dengan Am?’

Am Bakri segera bertanya setelah dia duduk bersebelahan dengan Encik Azam.

‘Bertenanglah Am, lama dah tak duduk sama berbual macam nie.’

Puan Salma tersenyum melihat anak bujangnya yang seakan-akan tak sabar mengetahui tujuan dia dipanggil ke ruang tamu.

‘Begini Am, masih ingat tak kat Nurul, anak Ustaz Wan Hassan?’

‘Nurul….?’

Am Bakri terdiam, cuba memikir, Nurul mana pulak nie..oo Nurul anak Ustaz Wan Hassan yang garang tue.

‘Err…Nurul Insyirah ke abah? Tapi dah lama tak jumpa dia since masing-masing dah dewasa. Entah macam manalah muka dia sekarang nie?’

Am Bakri cuba berjenaka tentang Nurul di depan mak dan abahnya.

‘Kami sebenarnya dah merisik si Nurul tue dan setuju untuk meminang Nurul.’

‘Meminang Nurul untuk siapa pula abah?’

Pantas Am Bakri menanya. Puan Salma tersenyum dengan soalan Am Bakri.

‘Pinang untuk Am la..takkan nak pinang untuk abah pula.’

Dush..Am Bakri terkejut!

‘Apa? Pinang Nurul untuk Am? Abah jangan bergurau.’

Encik Azam dan Puan Salma memang dah menjangka reaksi Am Bakri begitu. Hana yang baru duduk di sebelah emaknya hanya mampu tersengih.Am Bakri pandang Encik Azam dan Puan Salma berganti-ganti. Kalau lah dia ada heart attack, memang boleh pengsan terkejut agaknya. Bertahun-tahun dia tak jumpa dengan Nurul, tup tup nak dijodohkan..Lawak apakah ini? Takkan lawak raya kot?

‘Apa yang nak diguraukan? Kami memang serius.’

Ayat penyata yang dikeluarkan Encik Azam mengembalikan Am Bakri ke dunia nyata.

‘Abah…Am tak tau nak kata apa sekarang nie tapi Nurul tue macam mana?’

‘Nurul mengikut saja. Abah dapat tahu dia belum ada sesiapa lagi, sebab itulah abah merisik dia untuk Am.’

Wah, terer juga abah aku nie merisik macam CSI jer tapi betul ker? Am Bakri menggaru kepalanya.

‘Err…abah,,mak boleh bagi Am masa berfikir tak..semua nie mengejut!’

‘Abah nak Am bagi keputusan masa raya pertama nanti.’

Gulp….Am Bakri telan air liur…cepat dan tangkas betul abah aku nie.

‘Abah, sikitnya masa untuk Am berfikir kalau macam tue.’

‘Itu memang rancangan kami.’

Sela Puan Salma menyokong Encik Azam yang sejak tadi mendengar saja.

‘Tapi…’

‘Ala…mak..abah…abang memang dah setuju tue, saja nak jual mahal konon Dia pun dah tengok Kak Nurul tadi sampai nak tembus jer Kak Nurul dipandang. Bukan Hana tak sedar malah terlebih nampak tadi tue.’

Am Bakri melempar bantal kecil ke arah Hana yang seronok mengetawakan dirinya.

‘Aduhh…mak! Tolong abang buli Hana..’

‘Mulut tue jangan laser sangat. Nak buat ceritalah tue.’

Am Bakri angkat mengejar adiknya yang sudah melarikan diri. Puan Salma dan Encik Azam tersenyum senang melihat karenah anak-anak mereka. Kemudian, saling berpandangan, mengandaikan Am Bakri pasti bersetuju dengan cadangan menjodohkannya dengan Nurul Insyirah, seorang gadis yang baru selesai pengajiannya di UITM. Dia bakal enginneer, dua tahun lebih muda dari Am Bakri, pendiam dan amat jarang bergaul dengan lelaki, dipertemukan malah bakal dijodohkan dengan Am Bakri, budak nakal yang sering menghiasi zaman kanak-kanaknya. Sudah bertahun-tahun tak berjumpa, pertemuan mereka kali ini adalah untuk ikatan pertunangan. Sebuah ikatan yang akan mendekatkan dua hati yang tak pernah bersatu sebagai sahabat apatah lagi kekasih.

Adakah ini dinamakan takdir?

1 comment:

Any comments really appreciated!