Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 24

~Dia~

Seminggu selepas kepulangannya ke Malaysia mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat tempatan.Setelah berfikir, Maharani memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.Jawatan sebagai Head of Human Resources itu sesuai dengan wataknya yang pendiam dan kurang bercakap dengan orang sekelilingnya.Dia hanya akan bercakap banyak dengan yang rapat dengannya saja.Cold hearted, snow queen itulah gelarannya masa bekerja di luar Negara dulu.

‘Alamak traffic jam pulak.’

Jam di tangannya dikerling sekilas.Dahlah hari pertama melapor diri, dia pula tersekat dalam kesesakkan jalan lintas.Maharani mengeluh perlahan.Keretanya muncul laju di jalan raya selepas terlepas dari traffic jam.

‘Fuh, nasib baik.’

Setelah memarkirkan keretnya.Maharani bergegas-gegas menuju ke lif yang hampir tertutup.

‘Wait.’

Sepasang tangan menahan butang untuk menunggu Maharani yang memasuki lif.

‘Thanks.’

Maharani berterima kasih tanpa memandang gerangan yang sudi menunggunya itu.Seketika kemudian, lif berhenti di tingkat 5, lelaki tersebut keluar, Maharani mengikuti.

‘Ai, takkan aku sama floor kerja dengan dia nie?Dingin jer aura dia nie..Cold blooded ker?’

Maharani berbisik di dalam hati.Maharani menyapa perempuan yang berdiri di front office syarikat itu.

‘Selamat pagi.Encik Raja Fadly ada tak?’

Perempuan yang memakai tag nama ‘Diana’ tersenyum memandang wanita anggun di depannya.

‘Owh..Encik Raja Fadly baru jer masuk.Encik Taufik juga ada di dalam.’

Taufik?Macam kenal jer nama tue..Maharani sentuh dahinya.Diana tersengih.

‘Cik Maharani kan?Big boss nak jumpa.Sila ikut saya.’

Maharani mengikut gerak langkah Diana. Diana mengetuk lembut pintu bilik yang tertera nama ‘Taufik Abdul Rahim’ di situ.

‘Masuk.’

Maharani memulas tombol pintu.Di hadapannya terdapat susuk badan sedang memandang pergerakannya.Seorang tersenyum mesra.Seorang memandangnya dingin.Agak sinis.Maharani tersenyum hambar.

**

‘So, kau suka tak bilik kau nie Wany?’

Taufik bertanya mesra.Maharani menganggukkan kepalanya.

‘Tak sangka aku bekerja dengan suami kawan baik pula.’

Perlahan Maharani menutur kata.Lebih kepada dirinya sendiri.

‘Hemm Zaty yang terlebih excited bila tahu Wany akan kerja dengan Fik.Dia kata tak risau sangat tentang Wany kalau dekat-dekat macam nie.’

Taufik tersenyum mengingatkan isterinya yang tak habis-habis mengingatkan dirinya untuk melihat Maharani.

‘Thanks Fik.’

Maharani senyum hambar.Dia sebenarnya tak nak menyusahkan kawan-kawannya.Tak nak mereka risau tentangnya.

‘Oh ya, Wany jangan ambil kisah sangat dengan Raja tue..dia memang dingin sikit.Lebih kurang macam Wany..cool blooded.Susah nak senyum.Senyum dingin tue biasalah.Kalau Wany tak kacau dia, dia takkan kacau Wany.’

Taufik tersengih.Raja Fadly dijumpai oleh papanya, Dato’ Abdul Rahim beberapa tahun lepas dalam satu kemalangan jalan raya.Maybe 5 tahun lepas.Raja Fadly dapat dikeluarkan dari keretanya sebelum keretanya meletup. Khabarnya seluruh muka Raja Fadly hancur, papanya yang mengupah doctor pakar untuk membuat pembedahan plastic ke muka Raja Fadly. Raja Fadly lupa siapa dirinya dan asal usulnya sendiri.Nama Raja Fadly pula diberikan oleh papanya.Papanya yang menguruskan tentang kad pengenalan dan segala berkaitan Raja Fadly.Sekarang, dia sendiri menganggap Raja Fadly seperti kembarnya kerana mereka sebaya.Hanya mereka sekeluarga yang tahu tentang hal itu.

5 comments:

  1. warghh!
    raja fadli tu mcm man je...

    ReplyDelete
  2. msti raja fadly ni afiz. hehehehe. suka2.

    ReplyDelete
  3. raja fadly ni mst man/apiz kan .
    yes yes yes..
    mst gado2 lagi kan .
    wahahaa..
    suka2

    ReplyDelete
  4. raja fadly tu mesti man kan?
    xcident?dan itu mesti apiz.
    weeee.sukesuke
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!