Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, December 28, 2008

Seindah Kasih episod 8

Qazrina termenung di beranda rumahnya,mendongak ke langit.Mencuba meredakan kesakitan di kepalanya itu.Senyuman terukir di bibirnya bila tak sedar dah sebulan dia menjadi setiausaha Rizal.Qazrina menggelengkan kepalanya bila mengingatkan dia yang langsung takde pengalaman bekerja, tiba-tiba dijadikan setiausaha Rizal.Kerjanya tidaklah sesusah mana tapi perangai Rizal yang memeningkan kepalanya.

'Rizal Amri...'

Tidak disedari bibirnya menyebut nama tersebut.

'Aku dengar ada seseorang yang baru jer menyebut nama ku tapi siapa ya?'

Qazrina tersentak.Berubah air mukanya bila memandang Rizal yang selamba bersandar di belakangnya.

'Tak reti bagi salam ker cik abang buntal.'Marahnya.

'Dah bagi salam la,tapi Rina yang tak dengar,entah pakwe mana di fikiran itu.'

Rizal tayang muka kayunya walaupun jelas Qazrina menyebut namanya tadi.Takkanlah ada Rizal Amri yang lain.

'Ni apasal tak malu sampai masuk bilik Rina?'

'Mama yang suruh Zal panggil Rina turun.'

Rizal menapak dan berdiri di sebelah Qazrina yang masih mendongak ke langit.Suasana malam yang gelap menjadi sedikit bercahaya dengan adanya bintang berkelipan nun di atas sana.

'Cantikkan,Zal.'

'A'ah cantik.'

Muka Qazrina yang leka memandang bintang yang berkelipan dipandangnya lama.Entah mengapa, ada rasa yang berlagu di dalam hatinya.Menyanyikan irama yang mengasyikkan.

'Zal, kalau Zal rindu kat Rina nanti, Zal pandanglah pada bintang.'

Melihat tiada respon, Qazrina memaling mukanya ke arah Rizal.Terkesima.Rupa-rupanya Rizal sedang memandang dirinya.Pandangannya mereka bersatu.Qazrina mengalah dan menundukkan kepalanya.

'Zal.'

Rizal tersentak.Qazrina di depannya tersengih.Padan muka,pandang orang takde macam tak pernah lihat jer.

'Apa Rina cakap tadi?'

'Rina cakap,cik abang buntal nie kuat berangan.'

Qazrina terus berlari anak meninggalkan Rizal bersendirian dan masih bengang.

'Kenapalah aku nie?Zal, ingat kau tue dah ada girlfriend,lagipun Rina mesti anggap kau kawan saja.Wake up Zal.'

Dicubit pipinya sendiri untuk menyedarkan dirinya.Tidak lama kemudian, dia pun melangkah ke tingkat bawah banglo tersebut.

3 comments:

  1. ad0i!!!
    dh ade gf k???
    kas3...
    sp0il to0l...
    muahaha~

    ReplyDelete
  2. huisy.....
    sje je kak hanna nieh nk wat lbey dramatik...
    isk2...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!