Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, February 9, 2009

Kisah Maharani part 3

Maharani leka membelek dan menyemak buku-buku murid-muridnya. Masa mengajarnya sudah habis dan dia hanya duduk di bilik yang disediakan untuk guru-guru tadika di situ. Tangannya menanda apa yang patut sambil mulutnya menyanyi perlahan. Entah irama apa, Maharani bantai jer..semua jenis bahasa dimasukkan di dalam nyanyiannya.

‘Kalau jadi penyanyi, sah-sah tsunami Malaysia dengar suara katak kau tue Maharani.’

Suara garau yang menyindirnya mengejutkan diri Maharani. Spontan berpaling dan dilempar pandangan membunuhnya.

‘Hah, amik kau.’ Getus hati Maharani.

‘Tak payahlah nak tayang pandangan mata macam tue Maharani..bukannya menakutkan tapi mencairkan.’

Luqman Hafizi tertawa. Sengaja hendak berbalah dan berbalas kata-kata yang pedas.

‘Sah..kau nie memang biol cipanzi…’

Maharani mendengus geram. Tak boleh tengok aku senang ker? Dalam beberapa hari dia tak melihat muka Luqman Hafizi, hidupnya tenang bagai air di sungai. Mengalir tenang tanpa ada yang mengocak kedamaiannya.

‘Rajalah..panggil Raja.’

Luqman Hafizi mengajuk kata-kata Maharani tempoh hari.

‘Orang tak nak bangang…takkan nak paksa juga!’

Maharani sudah bosan dan bengang-sebengangnya.

‘Raja..Raja….’

Diambil kertas A4 di meja Maharani dan ditulis di situ dengan marker pen merah. Membulat mata Maharani marah.

‘Cipanzi..boleh tak jangan ganggu aku? Ishh..’

Maharani segera mengangkat punggungnya ingin melangkah pergi. Takut andai dia makin bengang dan marah. Menambah dosa jer..

‘Maharani takkan nak tinggalkan Maharaja sorang-sorang pulak?’

Luqman Hafizi masih dengan kedegilannya. Tangannya memaut lengan Maharani. Terhenti langkah Maharani.

‘Berani mamat cipanzi nie pegang lengan aku eh?’ marah hati Maharani.

‘Dush!Dush!Hah, ambik kau cipanzi!Sesedap rasa jer nak sentuh aku.’

Maharani berlalu dengan ketawa kemenangannya meninggalkan mangsa tumbukan padunya di perut tadi.

‘Weh, kuatnya kau Wany.’

Sapa Ayuni yang sempat melihat WWF di depannya.Kebetulan dia ingin masuk bilik tersebut tapi niatnya termati melihat drama di depannya.

‘Hehe..Ini Wany tau..pemegang tali pinggang hitam tae kwon do la Ayun.’

‘Yunila, Wany..apa Ayun pula? Macam terayun jer bunyi tue..’

‘Ayun..Ayun…’

Maharani sengaja mengusik Ayuni yang lemah-lembut itu.

‘Maharani..Maharani…’

Maharani dan Ayuni tergelak gembira. Luqman Hafizi yang mendengar sipi-sipi tersenyum.

‘Woit Man..apasal tersengih nie? Kalau Maharani tengok mesti dia ingat dirinya menang tuh! Tak boleh jadi nie..dia tumbuk aku..aku akan balas nanti..tunggulah Maharani!’

Luqman Hafizi mengenggam tangannya.Geram apabila mengingat tumbukan padu yang dihadiahkan Maharani.

‘Boleh tahan tumbukan Maharani tue..sakit doh!Lepas nie aku nak cari kelemahan Maharani tue..’

Azam yang tinggi itu disimpan di dalam hatinya. Segera menepuk dahinya.

‘Alamak..aku terlewat lagi..mesti Nur marah nie nanti.’

Teringat temujanjinya dengan Nurhakim, kekasih hati pujaannya itu. Bukan sekali ini saja, malah berkali-kali dia memungkiri janji nya, terlewat entah berapa kali, rasanya dah tak terkira. Nasib baik Nurhakim memahaminya. Walaupun lama dah bercinta tapi Nurhakim tak pernah mengatakan cinta padanya. Ada juga terfikir untuk menanya tapi selalu jer terlupa atau ade jer yang menghalang..

9 comments:

  1. wah..dhsyt maharani...kuat tuh...hanna asal pendek sgt..bru nk feeling...ceptlh smbung lg...

    ReplyDelete
  2. hahaha
    cam nie nm sy blh ada kt cni lak nie kak hanna???
    cmpius tul lah...huhu
    best lah n3 kli nie..
    pdam ngn mka luqman..
    2 lah kcau lgi wany 2..huhu

    ReplyDelete
  3. hehe..part 3 nie idea time keje nyer...tue yg x panjang kot..huhuhu..
    gomen ne...

    ReplyDelete
  4. alaaa.. luqman da adee awek kee..
    nie yg x besh nie! hehehehee;D

    ReplyDelete
  5. aloo..
    sebok je nurhakim neih..(nurhakim yg dlm novel taw..bkn reality,,kang xpsal2 ader orng mara..)
    hehehe..
    bru je nk berangn maharani ngn maharaja...heheehe...
    besh2...
    smbug2...

    ReplyDelete
  6. hu..hu..
    makin besh nehhh
    next n3 please...

    ReplyDelete
  7. alorr.
    de nurhakim lak?
    xsuke345
    smbung kak hanna.
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. knp ltak ltar blkng mcm mne sush la nak baca

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!