Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, May 16, 2010

KP : Kali Pertama

“No one can possibly know what is about to happen: it is happening, each time, for the first time, for the only time.”



Haikal menyisip lemon tea nya sambil matanya meliar memandang sekeliling.

'Bosannya...Iman sibuk...Puteri tak tahu ke mana?Aish..'

Dikuis-kuis nasi di pinggan yang belum dijamah.Bosan dowh!Matanya kembali memandang sekitar restoran tersebut.

'Ada tak sesiapa yang boleh aku jadikan mangsa kebosanan ini?Ada ler...ada laa..Okay, stop it Kal!'

Pap!Dahinya ditepuk perlahan.Apa class nak merengek-rengek pulak nie!Dahinya dikerut, sambil jemarinya mengetuk perlahan meja yang didudukinya.

'Oh my...'

Matanya dah sparkling memandang figura yang baru memasuki restoran tersebut.Kelip-kelip!

'Okey...mangsa dah sampai...hehe...ok, show time,Kal!'

Haikal mengangkat pinggan dan gelas lemon tea nya menuju ke meja gadis yang sedang ralit memandang menu di tangannya.

'Hem..hehem..'

Haikal pura-pura berdehem untuk menarik minat gadis tersebut lantas mendudukkan diri di meja yang sama.Muka selamba!

'Boleh tumpang duduk sini tak?Panas la kat sana!'

Okay, tipu!Mana nak panas..aircond la restoran nie..berhawa dingin!Haikal pandang muka gadis yang memandangnya dengan pandangan pelik.

'Sorry, kat sana tak best..kan sini rasa cam best jer..Boleh kan?'

Haikal buat muka dua puluh sennya.Gadis di depannya menganggukkan kepala!

'Thanks yer awak...'Comellah awak nie...oppss, nasib baik dalam hati jer ayat tue.Stop it, Kal!Suka sangat merapu!

'By the way, saya Haikal, nama panjang Kal.'

Rose Kamalia hanya senyum melihat telatah jejaka di depannya.Sajalah tue...taktik lama!

'Awak siapa nama?'

Haikal bertanya manis selepas menyuap nasinya.Namun, gadis di depannya hanya memandang dirinya saja kemudian menyuap perlahan mi gorend di depannya.Aik, takkanlah malu sampai tak boleh nak menjawab nie?

Rose Kamalia mencari sesuatu di dalam beg tanganya.Dikeluarkan post-it-note kecil dan pen.Menulis sesuatu di situ dan disua pada Haikal.

'Rose.'

Haikal menyebut sepatah.Dipandang Rose di depannya, dipandang kembali note di tangannya.Do her.....??

'Awak....erk....?'Takkan nak tanya direct, awak tak boleh bercakap ya?Haikal menggumam sendiri.Guna akallah!

Rose menulis semula.Dihulur kembali pada Haikal.

'Yup, I can't.'

Haikal memandang simpati Rose di depannya.

'It's okay..awak boleh reply cakap saya dengan menulislah..awak suka biru erk?'

Haikal menanya nakal, almaklumlah Rose di depannya serba serbi biru.Rose tersengih saja.

'Kalau macam tue, saya panggil awak Rose Biru laa....'

Rose menggelengkan kepalanya.Haikal tersengih!Rose kembali menulis semula.Disua pada Haikal.

'Awak, saya nak balik dah.Kalau still panas kat sini, awak just suruh dorang kuatkan lagi temperature aircond ya.Salam.. (",)'

Erk...dia jadi mangsa ke aku jadi mangsa nie?Haikal menggumam sambil matanya memerhati pemergian Rose Biru.

**

'Ouchh!!'

Aisha menjerit kecil.Tubuh kecilnya jatuh terduduk.

'Sorry.'

Satu suara mengucap sorry di tepinya.Kepala Aisha di dongakkan.Okay, nak tengok siapa yang tak reti berjalan, tengok kiri kanan nie.

'Awak...so sorry...awak okay tak?'

Sekali suara itu memohon maaf.Aisha membulatkan matanya yang sepet memandang wajah yang menunduk memandang dirinya.Owh..owh....owh....prince-charming!Dicubit pipinya perlahan, kot-kot bermimpi!

'Auch, sakit!'

Iman dah pelik melihat gadis di depannya yang mencubit pipi sendiri.Okay ke tak dia nie?

'Awak..awak..ada apa-apa yang boleh saya tolong?'

Okay, Iman ada something kat kau hari nie.Ayat berterabur habis!Paling penting lebih banyak dari hari-hari sebelumnya.

'O..okay...tolong tarik, boleh?'

Aisha hulur tangannya.Memang benar punggungnya memang terasa sengal!Sakit dowh!Iman pandang gadis itu dua kali...tak sebenarnya lebih dari dua kali.Dia nie takkan dah hilang ingatan gara-gara kena jatuh..

'Awak...'

Gila apa nak pegang anak dara orang!Aisha yang faham maksud Iman tidak mengendahkan pandangan Iman sebaliknya berpaut pada lengan Iman.Takpe la...ada baju sebagai perantara.

'Awak nie...kan ada baju sebagai alas..banyak fikirlah...saya Aisha..awak siapa?'

Aisha yang teruja berjumpa prince charmingnya menanya ceria.Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.Iman pandang pelik.Bukan ker dia nie baru dah jatuh tadi and sepatutnya sakit!Tapi boleh pula dia senyum memanjang.

'Iman.'

'Iman?Awak beriman ya?Okaylah tue...salah satu ciri-ciri yang saya suka.'

Erk..Iman pandang pelik gadis yang masih berpaut di lengannya.Ada ker gadis yang masih macam nie?Outspoken...direct terus!

'Entah.'

Amboi, dingin juga Iman nie!Takpe-takpe I like it!Aisha, pehal pula kau nie menggedik hari nie?Tak pernah-pernah pun.

'Awak..pinjam phone?'

Iman yang masih tak faham memandang Aisha dengan pandangan pelik, namun blackberry nya tetap dihulur juga.Aisha menyambut dengan senyum manis.Yalah, tak sangka Iman menurut cakapnya.

'Ok dah..saya dah save no phone saya di situ..and dah missed call.Memandangkan awak terlanggar saya..sakit jatuh tadi tak kebah-kebah, saya akan cari awak untuk menolong saya...'

'Hah?'

'See ya darl...'

Aisha dah berlari-lari anak meninggalkan Iman.Iman meramas rambutnya.Ye ker dia tue masih sakit, okay jer berlari-lari...Apalah malang hari nie?

**

'I got you, love.'

Puteri Aliya lipat maut kepalanya 360 darjah nak memandang gerangan yang berani sangat memeluk pinggangnya.Habis bersepai lamunannya.

'What the...'

'Jadi, Tengku Ajmal..adakah gadis nie, gadis misteri yang disembunyikan selama nie?'

Puteri Aliya yang masih belum menangkap apa yang terjadi masih berusaha melepaskan pelukan di pinggangnya.Belum pernah ada yang berani memeluknya begitu.Mamat nie dah lama hidup ker nak peluk orang sesuka hati?

'Ya...dialah cinta hati I..and my would-be-fiancee.Tunggu ya.Excuse us!'

Diheret sama Puteri yang masih terkial-kial ingin melepaskan pelukan di pinggangnya.

'Heh, awak-lepaskan-saya!'

Puteri Aliya menyebut sepatah-sepatah, geram sebenarnya.Tengku Ajmal tersengih cuma.

'Awak nie tak tahu ke haram memeluk orang bukan muhrim, okay.Apa tak belajar agama ker?Sesuka hati jantung pisang jer nak peluk saya.Kalau dah kemaruk sangat nak berpeluk-peluk tue, pergi la salam tuk kadi.Ish, anak siapa yang biol nie?Itulah dulu mak bapak suruh mengaji, tak mahu..last-last tak tahu apa-apa..'

Puteri Aliya menggerutu geram.Habis segala benda disebutnya, hentamlah tatabahasa salah ke apa!Tak pernah ada orang yang berani sentuh Liya tahu!

'Haha...funnyla love nie.'

Tengku Ajmal dah melambakkan ketawanya.Tak pernah ada gadis yang berani membebel dan melepaskan kegeraman di depannya.Semuanya bersikap first class di depannya.Semuanya ibarat plastik.Materialistik!

'Apa love-love?Ish, awak nie..boleh tak lepaskan pinggang saya.Ingat pinggang saya nie macam patung MacD ker?Sesuka hati nak pegang?Lepaslah.'

Puteri Aliya mendengus marah.Jemarinya masih berusaha melepaskan tangan Tengku Ajmal yang masih tak nak melepaskannya.

'Love, you tak kenal siapa I nie ker?'

Tengku Ajmal pandang gadis yang masih terkial-kial nak melepaskan pelukannya.Macam best jer peluk dia nie..opps!

'Like I care...'

Puteri Aliya menggerutu kecil.Tengku Ajmal makin lebar sengihannya.Okay, I think she's the right one!

'Okay love, I boleh lepaskan you dengan syarat....be my girl?'

'What?Kerja gila!!'

Serentak itu Aliya pijak kaki Tengkul Ajmal sekuat hatinya lantas cepat-cepat berlalu!

Run Liya run sebelum mamat entah-ke-apa namanya itu mengejar.

'Love, jangan harap you akan lepas dari I.'Tengku Ajmal tersengih sambil menahan sakit di kakinya.

14 comments:

  1. nex..nex..
    hehehe...
    lm x chatim ngn sis!
    c-hat x??

    ReplyDelete
  2. uny..hahax...sys ok jer tp hari nie memang blues monday...mls nak wat kje...chat x?hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..
    c-hat..
    mls???
    ahakz~
    ubtnyer sis kna g mkn kfc..
    kuikuikui

    ReplyDelete
  4. ayok..
    pe ni..
    men pelok2 lak..

    ReplyDelete
  5. bestnye sis..kelakar pown de... da lme tggu smbg.. bru skunk dpt bce... smbg2...

    ReplyDelete
  6. kak hanna~ jgnlaa main chak-chak.
    hahaa. rinduuu ur writing! ;D

    nie masing2 da jmpe partner. suke suke! hahaa

    ReplyDelete
  7. bez lor smbg lor lg..
    plez...

    ReplyDelete
  8. salam...comey je cite2 awk..
    sambung la lgi...sweet btul la...
    ngeh3..xsabau2 dah nie...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum akak hana.. saya nak minta maaf sebab saya pernah copy paste cerita akak..saya minta maaf sangat-sangat. cerita akak saya tak post dekat mana-mana. saya minta maaf sangat.. saya harap akak maafkan saya...

    ReplyDelete
  10. kak, aiman and tengku ajmal org yg sama ek??

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!