Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 18

~Kelukaan~



‘Terima kasih Kak Ann sebab bagi peluang Wany kerja sini walaupun sementara jer..’

Ann Nurissa tersenyum memandang wajah Maharani yang kelihatannya agak sedih.

‘Apa pulak nak berterima kasih dengan akak nie..tak naklah sedih-sedih..’

Ann Nurissa mengusik Maharani di depannya.Wajah itu mampu memukau sesiapa saja dengan tarikannya yang tersendiri, Ann cuma tak mengerti mengapa adik iparnya tak boleh sebulu dengan Maharani langsung. Jangan nanti kisah mereka macam kisah dan suaminya, sudahlah…tapi menarik juga kalau Maharani dan Luqman Hafizi bersama.Sepadan!

‘Akak…’

Petikan jemari Maharani mengembalikan Ann ke dunia sebenar, kembali menyedari Maharani masih duduk di depannya.

‘Akak..tersenyum memanjang jer…ada apa-apa ker nie?’ Sambung Maharani membodek Ann, ingin mengetahui apa yang difikirkan oleh Ann sambil tersenyum memanjang.

‘Akak fikir tentang Wany dan Man…’

‘Apa?’

Maharani terkejut.Ann Nurissa memang sudah menduga reaksi Maharani sekadar tergelak kecil.

‘Kisah Wany dan Man lebih kurang macam kisah akak dan abang si Man..gaduh-gaduh akhirnya menjadi jodoh pula..Mainan takdir memang susah nak diteka.’

Maharani tersengih-sengih dengan apa yang disebut oleh Ann Nurissa.

‘Amboi, jauhnya akak berfikir erk?Wany takkan suka adik ipar kesayangan akak tue tau.’

‘Siapa suka aku?’

Suara lelaki di belakang Maharani mengejutkannya.Haruman itu amat dikenalinya.Ann Nurissa makin melebar senyumannya.

‘Sibuk.’

Sepatah dijawab Maharani tanpa memandang wajah Luqman Hafizi.Pantas dihulur tangannya berjabat tangan dengan Ann Nurissa.

‘Wany minta diri dulu kak. Sakit hati kalau lama-lama kat sini nanti.’

‘Balik baik-baik, okay Wany.’

Lembut Ann Nurissa menasihati Maharani. Ditepuk lembut jemari Maharani sebelum dilepaskan.Maharani menganggukkan kepalanya sebelum berlalu. Dijeling sekilas Luqman Hafizi yang blur.

‘Terima kasih Ayun..Ipah…korang jangan lupa aku nanti.’

Ayuni memeluk Maharani, kemudian Zulaifah.Sedih kerana dah beberapa bulan berkawan kerana sama kerja di situ.

‘Ayun…kau ni memang tak berubah la Wany.’

Secepat itu pinggang Wany dicucuk oleh Ayuni.Maharani mengelak pantas.

‘Geli la Ayun..hehe.’

‘Tau pun..’

Maharani buat muka kayu nya dengan ayat Ayuni..Dipeluk lagi Ayuni, beralih dengan Zulaifah.

‘Ipah…kalau kau kahwin nanti, jangan lupa jemput aku yang comel lote nit au.’

Sengaja ingin menceriakan suasana, Maharani mengenakan Zulaifah yang jelas sendu di matanya.

‘Sempat lagi dia nie.Aku sayang kau, Wany.’

‘Aku pun.’

Maharani bersalaman dengan Ayuni dan Zulaifah sebelum ingin berlalu pergi.Sebak bertandang di hatinya. Meninggalkan tadika yang memberikan kesan di hidupnya.Saat-saat manis yang takkan terulang.Tiba-tiba tangannya ditarik kuat hingga dia terdorong ke belakang.

‘Auch..sakit..’

Maharani pandang ke tangannya sebelum memandang siapa yang berani menariknya kasar.

‘Kau lagi?’

Luqman Hafizi pandang tajam Maharani yang jelas berkerut mukanya.Sakit mungkin tapi hatinya sendiri sakit bila saat matanya melihat Maharani berlalu keluar dari perkarangan Tadika Sri Kiambang.


‘Aku malas nak bergaduh.Boleh tak lepaskan tangan aku nie?Sakitlah..’

Ditahan sendu yang bertamu di hatinya tadi, tak ingin lemah di mata Luqman Hafizi.Kepalanya ditundukkan.

‘Kau ikut aku.’

Dibuka pintu kereta dan Maharani ditolak ke dalam keretanya.Maharani yang tak menyangka tindakan Luqman Hafizi terpaksa menurut.Luqman Hafizi membuka pintu tempat pemandu lalu meluncur laju di jalan raya.Memandu tanpa tujuan.Dia keliru, kenapa dadanya sakit melihat Maharani berhenti di Tadika Sri Kiambang sedangkan mereka ibarat tom & jerry selama ini.Perasaan apakah ini?

‘Kau…’

Lembut suara menyapa telinganya menyebabkan dia memalingkan mukanya memandang Maharani.

‘Kau..kau..kan dulu dah pernah cakap panggil awak lagi sopan bunyi nya.’

Luqman Hafizi lepas kata.Maharani terkedu.

‘Yalah..a..wakk…nak nak bawa Wany ke mana nie?’

Maharani tutup mulut.Apesal lak aku guna ganti nama Wany dengan mamat nie?Mukanya dikalihkan keluar kereta.Luqman Hafizi yang menyedari keterlanjuran Maharani tersenyum dalam hati.

‘Mana-mana jer asalkan hati Man tak sakit.’

‘Hati tak sakit?’

Maharani bertanya sambil mengalih mukanya ke arah Luqman Hafizi yang tekun dengan pemanduannya. Boleh tahan juga dia nie sebenarnya, baru aku sedar, bisik hati Maharani.

‘Tak sakit kat sini.’

Tangan kanan Luqman Hafizi diletak ke dadanya.Spontan tanpa mindanya sendiri dapat mencerna maksudnya.

‘Kenapa?Awak ada masalah ker?’

Maharani dah mula selesa dengan Luqman Hafizi.Senyuman meniti bibirnya.

‘Emm…nak makan kat mana?’

Maharani memikir.Luqman Hafizi sangat pelik hari nie.Kenapa ya?

‘KFC nak tak?’

Segan-segan Maharani mengutarakan pendapat.Luqman Hafizi menganggukkan kepalanya bersetuju.Itu juga salah satu kebetulan mereka selain sama meminati buah ceri.Kenapalah Nurhakim tak pernah sama kebetulan dengan dirinya.Adui Man, kau dah parah membandingkan Nurhakim dengan Maharani.

**

‘Abang, Nur nak masuk situ kejap ya.’

Nurhakim tuding butik pengantin yang menarik minatnya dari tadi.Khairy tersenyum, memberi izin dalam senyumannya.

‘Alah, Wany nak KFC juga..tadi dah setuju, kenapa nak makan kat MacD pulak.’

Rungutan suara seorang gadis berhampirannya menarik minat Khairy memandang.Kelihatan macam sepasang kekasih yang berebut tempat untuk makan.

‘Ala..apa salahnya tukar menu hari nie.Lagipun Man yang bayar kan?’

Si jejaka masih tak nak mengalah. Si gadis pula berpeluk tubuh menahan geram.Khairy menghampiri pasangan tersebut.

‘Apa kata makan kat food court jer?’

Khairy mencelah dengan idea tak seberapa nya. Serentak Maharani dan Luqman Hafizi mengalihkan pandangan menghadapnya.Maharani terkejut kerana dia masih ingat inilah lelaki yang pernah dilihatnya bersama Nurhakim.Luqman Hafizi pula selamba.

‘Owh..hai buat apa kat sini?’

Luqman Hafizi menanya Khairy yang tersengih-sengih.

‘Takde.Jalan-jalan dengan tunang.Dia masuk dalam tue.By the way, Khairy..’

Luqman Hafizi dan Maharani kalih pandang ke situ.Owh..butik pengantin.

‘Luqman. Bila majlisnya?Tahniah.’

Luqman Hafizi hulur tangan, Khairy sambut mesra.Maharani mencerlung matanya melihat gerangan tunang Khairy..Sah pandangannya tidak menipu.Disenggol lembut Luqman Hafizi di tepinya.

‘Jangan pandang belakang, boleh tak?’

Bisik Maharani lembut.

‘Abang…Nur suka sangat la dengan decoration pelamin yang ditawarkan oleh butik tue.’

Satu suara menyapa riang Khairy sebelum sempat Luqman Hafizi mengerti maksud Maharani.Maharani dah pandang lain.

‘Nanti kita tengokla lagi la sayang..abang nak jemput kawan masa majlis kita nanti.Ada lagi tak kad undangan perkahwinan kita..’

Nurhakim yang tak sedar kehadiran Maharani dan Luqman Hafizi, tunduk mencari kad undangan perkahwinan mereka di dalam beg kertas yang dipegangnya.

‘Sila la datang ya.’

Hulurannya terhenti bila matanya bertemu dengan mata Luqman Hafizi yang sudah membeku.Nurhakim rasa lututnya sudah longgar dan seakan tak dapat menampung berat badannya.Masa yang berjalan serasa berhenti.Maharani cuit pinggang Luqman Hafizi supaya tak ketara di mata Khairy.

‘Oh..tahniah Nur.Kenapa hari tue tak bagi pulak?’

Luqman Hafizi berlakon seolah-olah dia dan Nurhakim tiada apa-apa hubungan.

‘Terlupa.Sorry Nur…’

‘It’s okay..tapi Khairy..Nur…mungkin kitorang tak dapat menghadiri korang sebab hari tue nanti birthday makwe kesayangan Man nie..’

Dipeluk mesra Maharani.Maharani hanya menurut dalam paksa.Dia tahu Luqman Hafizi mesti tengah menahan perasaannya.

‘Oo…kalau dapat datang, jangan tak datang pula.’

‘Insyallah.Kami minta diri dulu.’

Maharani menjawab bagi pihak Luqman Hafizi seraya menarik Luqman Hafizi yang kaku.Membeku.Mukanya dah down habis.Kesiannya dia!

‘Kita nak ke mana lepas nie?’

Maharani membuka bicara.Luqman Hafizi pandang sepi Maharani.Hatinya hancur berkecai.Rasa nak menampar muka orang pun ada.

‘Ok..ok..kita tapau lepas tue kita pergi sesuatu tempat nak tak?’

Luqman Hafizi Cuma menganggukkan kepalanya.Bersetuju.Setelah membeli KFC variety bucket, mereka melangkah menuju ke kereta Luqman Hafizi.

‘Wany tolong drive.Bak sini kunci kereta.’

Lembut Maharani menutur kata sambil tangannya dihulurkan meminta kunci keretanya.Luqman Hafizi sua kunci keretanya, terus masuk ke dalam kereta.Dia tiada mood nak bercakap waktu begini.Semangatnya hilang.Hatinya berkecai seribu, patutlah Nurhakim berubah kebelakangan ini.Patutlah segalanya tak seperti dulu.Dilepaskan keluhannya.

‘Tak baik mengeluh.’

Maharani bersuara lembut sambil matanya tetap pada pemanduannya.Luqman Hafizi pandang kosong wajah Maharani.Kelukaan di hatinya amat payah diluahkan dengan kata-kata.


**

Special Appearance : Ann Nurissa (E-Novel ONH)

4 comments:

  1. uuu..akhirnye man taw gak..
    hope si wany nieh ley cheer up kan man..

    ReplyDelete
  2. finally,
    tahu jgk man.
    tp ksian jgk kt nur.
    serba salah dye.

    ReplyDelete
  3. ahaa.lastly.man tahu gak.
    wany jd penguat man.ahaa
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!