Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, September 13, 2009

Kisah Maharani part 27

~Buntu~


‘Wait.’

Jerit Maharani kecil bila melihat lif hampir tertutup.Segera diboloskan dirinya ke dalam lif.Haruman penghuni di sebelahnya sudah sebati.Setiap pagi, malah sejak sebulan lebih dia bekerja di situ, orang yang sama akan menolongnya menekan punat lif, menunggu dia masuk.Dalam-dalam dia cool blooded macam tue, ada juga baiknya.

‘Dah sebulan lebih aku jadi bellboy tak rasmi kau.Aku nak claim.’

Pantas Maharani pandang Raja Fadly.Mulutnya tak sehandsome mukanya.Oh no, Wany jangan nak bagi high compliment kat Encik Cool Blooded!Baru jer puji sikit mesti buat hal lagi.Huh, itu belum termasuk dia buli aku.Ada ker patut suruh aku jadi tea lady dia.Aku nie Head of Human Resources, tetiba jadi tea lady dia..serve dia..ingat maid ker....mestilah bengang.Taufik pula dah tak larat nak campur tangan.Hidup aku terseksa…..Kalau aku hempuk kepala dia dengan batu bata, agak-agaknya okay tak?Maharani gelak evil dalam hati.

‘Apa kau kata?Siapa suruh nak tunggu?’

Maharani serang balik.Dah mereka memang tak jumpa jumpa, ada jer yang tak kena di mata masing-masing.

‘Aku tak kira, kau kena treat lunch aku nanti.Muktamad.’

Raja Fadly tayang muka tak bersalah.Maharani menggigit bibir geram.

‘No way.’

Maharani berlalu cepat tika lif berhenti di aras 5.

‘Aku akan buat sampai kau treat aku lunch nanti.Kau tengoklah.’

Bisik Raja Fadly sinis dan Maharani ditinggalkan terkontang-kanting perasaannya.Mengapa dalam dia marah, dia kerap alpa melihat anak mata itu?Mengapa Raja Fadly juga mengenakan perfume yang sama dengan arwah Luqman Hafizi?Hati Maharani digaru resah.

‘Cinta, fail yang aku minta semalam, dah kau update?Hantar ke bilik aku nanti,okay?’

Maharani bertanya pada assistant nya, Jacinta.Jacinta menuruti langkah Maharani.Walaupun belum lama bekerja di bawah Maharani tapi dia senang, Maharani yang dingin tak menyusahkan dirinya.Tiada nada formal antara mereka kecuali mesyuarat penting.

‘Yes Cinta, anything else?’

Maharani bertanya pelik melihat Jacinta masih terkebil-kebil di depannya.

‘Curious.’

‘Apa yang curious?’

Jacinta pandang wajah ketuanya.Memang cantik, bergaya.Boleh memikat sesiapa pun.Raja Fadly pun macam tue, handsome, tinggi lampai.Tapi dingin mengalahkan ais di kutub utara.

‘Kenapa boss tue selalu sangat bertekak dengan Wany?Kalau dengan kami yang lain, jangankan nak bertekak, senyum pun setahun sekali kira dah okay.Ini sifar!tTak pernah lagi tau, walaupun aku dah kerja sini dekat dua tahun.’

Maharani tersenyum hambar.Dia sendiri pun takde jawapan kepada pertanyaan Jacinta.

‘Cool blooded memang macam tue.’

Ayat penyata diberikan Maharani sebagai jawapan kepada pertanyaan Jacinta.Jacinta ketawa lepas.

‘Wany pula?’

‘Me?’

Maharani pelik.Jacinta tersengih.

‘Satu bangunan nie juga tahu Wany cool hearted, lebih kurang la dengan Mr Cool Blooded tue.’

‘Really?’

Anggukkan Jacinta memberikan jawapan kepada Maharani.

‘Dah..aku nak semak fail nie.’

Jacinta berlalu dengan senyuman.Mula-mula kerja di situ dulu, Maharani jarang sekali bersuara tapi sekarang dah ada peningkatannya.Mungkin kerana ada magnet di bilik sebelah sana yang selalu menarik magnet di sebelah sini menjadikannya kacau bilau.Hehe.

**

Maharani yang sibuk mengemaskini data-data jabatannya tidak menyedari jam 12.00.Jarinya masih leka berlari di atas keyboard computer sementara matanya sesekali memandang fail yang berlambak di atas meja.

Raja Fadly yang berdiri di depan pintu bilik Maharani memerhatikan gelagat wanita yang masih sibuk dengan kerjanya.Anggun dengan penampilannya yang tersendiri.Masalahnya kenapa setiap dia melihat mata bundar itu, secara automatic dia akan hot dan akan mencari pasal dengan dia.Walaupun kadang-kadang dia tak berniat nak menyakitkan hati Maharani, dia tak dapat menahan rasa hot di hatinya.Apakah sebelum ini, dia pernah kenal Maharani?Adakah mereka seperti sekarang?Ibarat Tom & Jerry…Makin difikir, itu menyebabkan dia sakit kepala pula.Melangkah mendekati Maharani.

‘Hemm.’

Deheman di tepinya mengejutkan Maharani.Terkejut.

‘Kau nak aku cepat mati ker?’

Marah Maharani.Mukanya jelas bengang.

‘Tak..tapi aku tak senang tengok kau aman sejahtera tanpa gangguan aku.’

Raja Fadly tayang senyuman manisnya.Senyuman ada makna.Seketika senyuman itu mengingatkan Maharani pada dia..Arghh..kenapa semuanya agak similar?

‘Kau nak apa menggedik kat bilik aku nie?’

Maharani sembur soalan bodoh.

‘Main bowling.’

Raja Fadly tersengih nakal.

‘Well my boo, let’s me remind you, will you treat my lunch today?’

Maharani tepuk dahi.Lunch hour rupanya.

‘Aku tak cakap nak treat kau kan?Tepilah, aku nak pergi lunch nie?And I’m not your boo,okay?’

Sengaja Raja Fadly mengeraskan badannya.Tak ingin mengalah.Dalam dia selalu mengenakan Maharani, dia sebenarnya inginkan perhatian Maharani.

‘Dah fikir panjang tak dengan jawapan tue?’

Ugut Raja Fadly.Maharani memandang pelik.

‘Aku akan beritahu staff yang masih ada kat luar kau sebenarnya tergila-gilakan aku.Bila aku tak layan, sebab tue kita selalu bergaduh.’

Raja Fadly luah saja apa yang terlintas di fikirannya.

‘Ada aku kisah, cipanzi sengal.’

Maharani buat endah tak endah.Raja Fadly mendekati Maharani hinggakan hembusan nafasnya dapat dirasa oleh Maharani.

‘Betul kau tak kisah?’

Mata bertentang mata.Aduh, ini aku lemah nie..bisik hati Maharani.

‘Okay..aku treat lunch kau tapi hari nie saja.For sure, kaulah cipanzi paling poyo yang aku pernah jumpa.Kaki paksa.Arrogant.Cool blooded.’

Maharani membebel marah.Raja Fadly dalam diam mengulum senyum mendengar bebelan Maharani.Cipanzi…poyo…bila rasanya aku pernah dengar?Dipegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

‘Kau okay?’

Cemas Maharani bertanya bila melihat Raja Fadly yang memegang kepalanya.Seperti dia memaksa diri memikir sesuatu.

‘Jangan risau, aku okay selagi belum merasa lunch yang kau belanja.’

Sinis jawapannya hanyalah untuk menutup kesakitan di kepalanya.Maharani mendengus kasar lalu melangkah keluar biliknya diikuti oleh Raja Fadly.Mata-mata yang memandang merka berdua tidak dipedulikan.Paksaan Raja Fadly amat menjengkelkan hati Maharani tapi dalam diam entah kenapa segalanya bertentangan dengan akal mindanya, dia senang dengan lelaki dingin ini?Arghh..buntu..buntu dengan permainan takdir..

4 comments:

  1. uuuuu...
    benci tapi syg..
    ekekeee..
    so sweet...
    ske2..
    cm da kenyang je zatie nieh kak hanna..lgi 5 minit nk buke da di serve kan dgn gelagat due orang nieh..muehehhee...

    ReplyDelete
  2. mesti raja fadly tu ngan lukman tu org yang sama... but nice story..

    ReplyDelete
  3. hahaha.
    blahh ah zaty.
    kenyang kunun.
    ritu meraung-raung kat aku kate lapa.
    wekss.

    kak hanaa pat smbg.
    hehehe

    ReplyDelete
  4. weeeee.sukesuke
    ahakzzz.raja nak perhatian dr wany
    coii.comelcomel
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!