Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 25

~Ada apa dengan key of heart?~


Raja Fadly termenung di beranda rumahnya.Fikirannya terusik bila matanya terpandang wajah yang sama lif dengannya tadi.Malah akan bekerja dalam syarikat yang sama.

‘Siapakah dia??’

Kepalanya sakit.Arghh….sakitnya.Begitulah dia setiap kali ingin mengingati sesuatu.Terduduk di atas lantai beranda.

‘Rasa macam pernah nampak tapi..arghhh..’

Dipegang kepalanya yang berdenyut-denyut keras.Taufik yang baru memasuki bilik Raja Fadly segera menghampiri.

‘Raja, kenapa nie…?’

Raja Fadly mendongak memandang Taufik.Digeleng-gelengkan kepalanya.

‘Kan papa dah pesan jangan difikir sangat, nanti Raja sakit kepala.’

Sambung Taufik sambil duduk di sebelah Raja Fadly.Tangannya mencapai keychain yang berbentuk separuh hati yang selalu menemani Raja Fadly.Warna keychain tersebut masih utuh begitu cuma nama yang tertera di situ sudah kabur.

‘Raja, kenapa keychain selalu menemani kau?’

Raja Fadly capai keychain dari tangan Taufik.Direnung lama.

‘Entahla Fik..tapi aku rasa keychain bermakna untuk aku.’

Taufik menganggukkan kepalanya memahami.

‘Setiap kali aku ingin mengetahui siapa aku dan apa kaitan keychain nie dengan aku..kepala aku rasa nak pecah.’

Sambung Raja Fadly lagi.Taufik peluk bahu Raja Fadly.

‘It’s okay..Take your time.One fine day, kau akan ingat juga.’

‘Entahlah Fik…’

‘Andai kata kau dapat mengingat siapa diri kau sebenarnya nanti, jangan pula buang kami terus.’

Taufik meluah kata.Raja Fadly tersenyum hambar.

‘Mestilah.Kau kan kembar aku.’

Taufik tertawa kecil.Kehadiran Raja Fadly dalam hidupnya umpama menggantikan arwah Luqman Hafizi.Raja Fadly tersenyum.

**

Maharani berlari-lari anak mendapatkan pintu lif yang hampir tertutup.

‘Wait.’

Jeritnya.Segera memboloskan diri bila orang di dalam lif menunggunya.Ingin berterima kasih, dikalih kepalanya memandang.Gulp…

‘Er…’

Raja Fadly pandang tajam wajah anggun di depannya.Menyusahkan betul.

‘Ingat aku nie bellboy ker?.Hari-hari kena tekan butang untuk tunggu kau masuk lif’

Sedas diberikan pada Maharani.Maharani tersentak.

‘Err..sorry.’

‘Lain kali tue awal sikit turun kerja, taklah tergesa-gesa macam nie.’

Ah sudah pak cik cool blooded nie bagi arahan mandatory pula…

‘Emm..’

Maharani menjawab dingin.Raja Fadly menjeling sinis.

‘Apa pandang-pandang?Cucuk mata kang.’

Rungut Maharani perlahan.Geram.

‘I heard that.’

Sinis suara Raja Fadly di sebelahnya membuntangkan mata Maharani.Kenapa lif rasa lambat pula hari nie.Aura panas menyelubungi dalam lif itu.

‘Huh.Cool blooded.Cipanzi betul.’

Pantas kaki Maharani meninggalkan Raja Fadly bila lif berhenti di tingkat 5.Memerah muak Maharani menahan geram.

‘Arghh….’

Raja Fadly memegang kepalanya lagi.Memang dia pernah jumpa wanita itu tapi kenapa dia tak dapat mengingati.

‘Cipanzi…..’

Rasanya dia pernah dengar ayat itu tapi bila..di mana?Raja Fadly memegang kepalanya sambil kakinya melangkah memasuki bilik pejabatnya..Mereka baru dua kali terjumpa tapi arghh..kenapa setiap kali dia pandang wajah itu, dia akan hot..wajah itu mengingatkan pada….arghh….segera ditelan panadol 2 biji…

4 comments:

  1. seperti yang di duga .
    wahh..
    suka r baca ..
    wahaha..
    dpt menambah kan seri ari ku ari nih.
    hehee

    ReplyDelete
  2. harap maharani tk pendiam da nti ble jmpe raja fadli ni.
    heheh

    ReplyDelete
  3. uuuuuuuu..
    wany,,ckp lagi cipanzi byk2..
    bia raja engt..hehe...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!