Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, February 8, 2010

KFC 1

Maaf yer semua, Hanna dah tak tahu nak buat apa.Nak buat kerja, menyakitkan kepala.Inilah padahnya bila tengah otak dah ‘black out’..Ini pula hasil merepek yang tah apa-apa..miahahaha..abaikan bagi yang tak suka.. :p

**

Pap!

‘Adoi, beruk mana tak boleh tengok aku aman damai nie.’Yana mengusap dahinya yang sakit.

‘Beruk, beruk pun tetap handsome tau.’

Arghh sudah!Mamat nie lagi, muak!Yana mencebikkan bibirnya.Mamat tenuk ni memang tak boleh lihat aku tenang!Di manakah salah silap diriku ini?Mengapa la dia nie tinggal berhampiran rumah aku sejak dari kecil, malah menjadikan rumah aku rumah kedua.Itu sungguh tidak adil!

‘Boleh blahlah dengan perasan kau tue.’

Yana mempamer muka bengangnya.Hazzim menayang muka toyanya.Seperti selalu, seakan-akan tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

‘Ala, comelnya Yan.Ini yang buat aku makin sayang nie.I lapp you lah Yan.’

‘Apa comel-comel?Lap-lap, pergilah lap kereta kau tue.’

Yana membentak kasar.Boleh darah tinggi aku dek mamat nie.Spontan Yana angkat, lebih baik blah dari menghadap muka tenuk nie.

‘Ala Yan, kau nie memang sensitif bebenar la.Aku gurau jer.’

Hazzim memegang hujung baju Yana.Yana mendengus geram.

‘Kau nak apa menempel dengan aku nie?Pergilah layan minah-minah yang sukakan kau tue.Takde masa aku nak layan kau nie.Muak tau, dari kecik sampai besar panjang, asyik nak menempel jer dengan aku.’

Hazzim terkedu.Tak menyangka Yana akan berkata-kata begitu.Yana, kau tak pernah cuba memahami hati aku!

‘Sorry..’

‘Sorry naik kereta soronglah.’

‘Kau betul-betul muak tengok muka aku?’

‘Muaklah.’

‘Kau betul-betul muak tengok muka aku?’

‘Yalah, ingat aku suka ker?Menyemak jer.’

‘Okaylah, aku faham.’

Hazzim melangkah pergi meninggalkan Yana.Yana pula melangkah ke arah bertentangan.

**

Kenangan lama itu terimbas kembali.Nur Dayana menongkat dagu di jendela rumah sewanya.Hazzim benar-benar meninggalkannya.Tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi bayang-bayangnya.Sebulan dua, dia merasa aman dan tenang tanpa Hazzim.Bila dah berbulan-bulan lamanya, baru terasa kehilangan.Kehilangan yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata.

‘Nur.’

Sergahan dari belakang mengejutkan Nur Dayana.Spontan dia menoleh.Tercegat dua susuk tubuh yang tersengih-sengih di belakangnya.Lain macam jer diorang nie!

‘Yarabi Toi, Piat, tak boleh salam ker?’

Nur Dayana memandang geram ke arah Fazila dan Sofiya.Entah bagaimana lah pula Fazila nie boleh jadi Toi, Sofiya jadi Piat!Ni mesti nakal masa kecik-kecik dulu.

‘Kita dah salam tapi awak tue menung sana, menung sini.Kalau ye pun angau, share-share la kitorang, jangan kedekut.’

Sofiya mengusik Nur Dayana yang sudah melabuhkan duduknya di atas katil.Fazila tersengih.

‘Angau?Takde masa!’

‘Ya ker ni?’

Fazila memprovok Nur Dayana.

‘Betullah, takkan tipu-tipu pulak.’

‘Ya ker nie?’

Sofiya pula bertanya dalam nada mengusik dan sengaja dileretkan kata-katanya.

‘Toi, Piat, sebenarnya kan apa tujuan korang menyemak kat bilik aku nie?Bukan ker time nie korang wajib dan mesti berada depan televisyen ker?’

Nur Dayana menayang muka seriusnya.Bukan dia tak faham pun tabiat Sofiya dan Fazila.Ada-ada jer.

‘Piat, semalam bukankah ada seorang hamba Allah nie janji nak belanja kita makan.’

‘Yalah Toi.Adakah hamba Allah itu hanya tahu menabur janji kosong saja?Tidakkah dia kasihan pada kita berdua yang sengkek ni?’

Sofiya dan Fazila saling bersoal jawab di depan Nur Dayana sambil dengan mimic muka sedih.Nur Dayana menahan gelak di hati.

‘Siapa yer hamba Allah yang berjanji kat korang berdua tue?’

‘Entahlah Nur. Saya pun kurang pasti nama dia.Piat, awak tahu ker nama dia?’

Fazila menanya Sofiya dengan muka nakkan jawapan.

‘Kalau tak silaplah, nama dia bermaksud cahaya atau lebih dikenali dengan Nur.Wahailah Cahaya, ingatkah dikau janji-janji dikau semalam?’

Sofiya siap menadah tangan ke luar jendela.Fazila dah membantai gelak sakan.

‘Korang nie ada-ada jer la.’

Nur Dayana tergelak kecil.Kehadiran Sofiya dan Fazila sedikit sebanyak menjadi ubat ketenangan bagi dirinya yang memang jenis kurang mesra.Dia lebih suka berdiam diri dan buat hal sendiri. Baik Sofiya mahu pun Fazila memang dah faham dengan perangainya itu.

‘Yelah awak kan..’

‘Jom.’

Spontan Nur Dayana memintas kata-kata Sofiya sebelum dia kena ceramah free kerana terlupa dengan janjinya sendiri.

‘Jom itu memanglah kitorang suka tapi boleh tak……..satu permintaan?’

Fazila siap menayang jari telunjuknya di depan Nur Dayana.

‘Hit.’

‘Nak kat café tak jauh dari office kitorang, boleh?’

‘Hai, hari-hari makan kat sana pun tak muak juga ker?’

‘Ala, awak mana faham Nur!Lepas awak tengok sendiri baru tahu.’

‘Okay, we’ll see.Apalagi, jomlah Cik Piat dan Cik Toi yang comel lote.’

Sofiya dan Fazila tergelak kecil dengan kata-kata Nur Dayana.

**

Nur Dayana memandang café di depannya.

‘KFC?’

‘Ye, KFC.’

Nur Dayana pandang pelik muka Sofiya dan Fazila.Dua-dua mengulum sengih.

‘KFC?Kenapa tak macam KFC jer?Cik Toi dan Cik Piat, awak berdua nak main-mainkan saya erk?’

‘Ish, tidaklah Cik Cahaya.Memang nama café nie KFC.Dah owner dia yang nak nama café macam tue, takkan kita nak pertikaikan pulak.Adakah anda bersetuju, Yang Arif Toi?’

Ahh sudah, start lagi lah dorang nie nak merapu.Nur Dayana cepat-cepat memasuki café tersebut.Sofiya dan Fazila juga cepat-cepat mengekori.

‘Ala Nur, gurau jer la.’

Fazila memegang lengan Nur Dayana.Apalah si Nur ni dingin semacam jer?Since setahun menyewa bersama pun jarang nak lihat di beramah mesra dengan sesiapa!Senyum atau ketawa pun mahal dua macam jer.Takkan dunia nyata ada gak ‘snow queen’.

‘Dah..dah..takde masanya nak memanjakan korang.Baik korang pesan makanan sebelum saya makan korang pulak.’

‘Biar saya yang pergi order., okay.’

Fazila menawar diri seraya angkat dari tempat duduknya.Nur Dayana hairan.

‘Bukan ada waitress yang ambik order ker?’

‘Sini pun macam KFC juga, kita sendiri yang kena pergi kaunter untuk order.’

‘Owh I see.Order sama jer ngan korang.’

Nur Dayana tersenyum manis.Fazila ternganga.Sofiya terdiam.Ahh, dah setahun mereka menyewa dengan Nur Dayana, rasanya inilah kali pertama dia senyum manis dan ikhlas begitu.

‘Nur, I love you lah.’

Serentak Sofiya dan Fazila memeluk Nur Dayana yang tidak menduga reaksi mereka.

‘A..apesal korang nie?Tetiba jer?’

‘Thanks for your smile.Saya dah bersemangat nak pergi order nie memandangkan dah kena penangan cahaya hati...ehehe..’

Nur Dayana menggeleng-gelengkan kepalanya.Nasiblah dapat kawan yang terlebih riang ria nie.Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati.Ahh, I miss that smile,too!She’s never change!Tetap dingin begitu.

To be continued~

5 comments:

  1. hahaha...
    kfc~kfc~
    suit ngn k.hanna...
    agagag~
    sis!
    agk2 cter ni bper epy???
    hwa3...
    nk ag!nkag!

    ReplyDelete
  2. ahaha..alang2 kfc tuh fav kak hanna kan,,
    ble mau blnje zatie ekk??
    muahhahaah...

    smbung2..

    ReplyDelete
  3. hahaa. tak hbs2 ngan kfc eh.
    btol tue zatie. da alang2. blanje laa ktorg k. hanna. hehehee =p

    ReplyDelete
  4. tol2..
    nnt k.hanna blnje r kter0wng..
    kas3..
    k.hanna kn da keje..
    agagag~
    bler ag nk p0w...
    hehehe~

    ReplyDelete
  5. oho..
    mesti hazzim tu..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!