END : Confirm...
Luqman menghampiri Ann yang masih membelek dirinya di cermin.Sudah lengkap dengan baju T berkolar milik dirinya dipadankan dengan jeans Levi’s juga.Mukanya hanya disapukan bedak asas dan bibir merahnya dioles lip gloss warna coklat lembut.Siap.
‘Sayang…’
Luqman memeluk tubuh isterinya, terpamer biasan perlakuan mereka di cermin.Dicium rambut Ann lembut.
‘Abang…’
‘Hemm..’
Luqman makin mengeratkan pelukannya.Rasa tak nak membiarkan detik-detik manis begini sia-sia saja.Terasa malas pula nak keluar tapi rancangannya mesti berjalan lancer malam ni.
‘Abang, sampai bila nak macam nie.Tengok jam abang tue.’
Suara Ann mematikan lamunan Luqman.Dikucup dahi Ann yang sudah mengalihkan badan menghadapnya.
‘I love you more and more baby.’
Ann terpana dengan kata-katanya suaminya.Menyusup ke hatinya.Dikucup pipi Luqman sambil memejamkan matanya.
‘Ann pun sayangkan abang, selama-lamanya.Ingat itu!’
Baik Ann mahupun Luqman masing-masing terbuai dengan perasaan masing-masing.Berharap bahtera cinta mereka akan bertahan selamanya walaupun ombak ganas menghempas bahtera mereka.
‘Abang, tengok jam tue.Dah lewat dah.’
Jeritan halus Ann mengejutkan Luqman.Spontan dia melirik jam dinding.Yalah dah lambat pula.
‘Jom, sayang.’
Ditarik mesra tangan Ann menuju ke tingkat bawah.Ann hanya menurut langkah suaminya.Sampai di depan kereta, tiba-tiba tangan Ann sekali lagi ditarik oleh Luqman.
‘Apa bang?’
Ann mengerut dahinya, bertanya.
‘Nah.’
Disuakan satu sapu tangan biru miliknya pada Ann.Ann menyambut dalam hairan.
‘Nak buat apa dengan benda nie?’
‘Tutup matalah yang.’
Ann dah membulatkan matanya.Apa punya arahan nie?
‘Abang kalau tak guna nie takpe kan?’
Ann dah tayang muka comelnya. Luqman menggelengkan kepalanya, tak nak tergoda dengan raut wajah isterinya.Nanti tak surprise pula.
‘Buat malam nie jer la yang.Abang minta sangat-sangat sayang guna.Please baby, demi abang.Lagipun itu kan sapu tangan abang, mestilah ada bau abang kan?’
Luqman dah guna cara psiko pula untuk melembutkan hati isterinya.
‘Bau abang?’
Luqman tersengih.Jerat hampir mengena.
‘Yalah,yalah.’
Ann mengalah juga akhirnya.Sebab sebenarnya dia memang ketagih bau suaminya pun.Haha.
‘Okay, kalau macam tue. Meh sini abang pakaikan.’
Luqman mengikat mata Ann dengan sapu tangannya.Kemas.Selepas itu, keretanya meluncur laju di atas jalan raya menuju ke tempat yang bakal membuahkan senyum di bibir isterinya.
**
‘Abang, dah sampai ker?’
Suara Ann kedengaran separuh berbisik.Tadi dia dipimpin oleh Luqman dan sekarang seperti berdiri di tengah-tengah sesuatu tempat.Keseorangan sebab dia tak dapat mencium bau perfume suaminya.
‘Sayang buka mata.’
Luqman membuka sapu tangan yang membalut mata Ann.Terpamer di depan mata Ann sebiji kek yang berbentuk hati.
‘Happy Anniversary for our second anniversary,baby’.
Lembut suara Luqman menusuk jiwa Ann.Tanpa disedari air matanya menitis jua.
‘Ish,kenapa nie yang?’
‘A..abang sorry…I’m forgot.Huhu.’
Luqman memeluk Ann.Dikucup ubun-ubun isterinya.
‘It’s okay.Lagipun hari-hari juga anniversary kita kan yang?’
Luqman mengusik Ann sambil tergelak kecil.
‘Abang…’
Meleret manja Ann memanggil suaminya.Mengeratkan pelukan pada suaminya juga.
‘Ehem..ehem..’
Ann memandang tepi bila mendengar ada suara yang berdehem.Dengan itu juga lampu terpasang.Membulat matanya memandang family dia dan suaminya berada di situ.
‘Kak Ann, abang..tak habis-habis ke nak beromantika nieh.Tue lilin tue dah nak mencair.’
Luqman Hafizi berkata separuh mengusik abangnya Luqman Hadi dan kakak iparnya, Ann Nurissa.
‘Yalah, akak lupa nak tiup.’
Ann segera meniup lilin sebelum menyalami keluarganya dan keluarga mentuanya.Bertanya khabar.Berpeluk-pelukan.
‘Akak nie memang selalu pelupa ker sekarang nie?Kek belum berpotong la.’
Sekali lagi Luqman Hafizi mengingatkan kakak iparnya.Hailoh, sejak bila akak Ann jadi pelupa macam nie?
‘Yalah Man, akak lupa lagilah.Jom abang.’
Ditarik suaminya bersama-sama memotong kek.Potongan pertama disuapkan pada Luqman dengan penuh kasih-sayang.
‘Nah yang.buka mulut besar-besar ya.’
Usik Luqman sambil menyuap isterinya pula.Gamat juga di situ dengan gelagat selamba Luqman mengenakan isterinya.
‘Kek aku mana Luq?’
Zack sengaja menghampiri Luqman dan Ann.Di tangannya satu beg kertas di suakan.
‘Happy anniversary for both of you.Semoga bahagia ke anak cucu.’
Matanya dikenyitkan Ann.Ann tertawa.Luqman mencebik.Namun ketawa juga akhirnya.
‘Thanks dude.’
Zack dan Luqman saling berpandangan.Masing-masing tahu.
‘Sayang, nie hadiah untuk ulangtahun perkahwinan kita.Abang harap sayang sukakannya.’
Ann menyambut hadiah pemberiannya suaminya dengan senyum lebar.Dibuka dan
Satu saat
Dua saat
Tiga saat
‘Abang…..love youuuuu..’
Terlompat keriangan Ann.Sudah tidak mempedulikan pandangan keluarga di sekeliling.Segera tangannya merangkul leher Luqman yang tak menduga dia akan berbuat begitu.
‘Abang, love you so much.’
Dimanjakan suaranya sambil bibirnya tak henti-henti mencium pipi suaminya.Luqman hanya tersenyum melihat kegembiraan isterinya.Aduhai, isteri aku!
‘Abang, macam mana abang tahu sayang idamkan sebuah tadika?Abang memang bestlah.Love you bang..’
Tak putus-putus mulut Ann berkata dalam girangnya.Terlupa bukan hanya dia dan suaminya di situ.Luqman pula tersengih-sengih memandang kaum keluarga.
‘Mestilah tahu yang.Kan abang suami mithali.’
‘Main-main abang nie.’
Ann masih memeluk leher Luqman.Tersenyum riang.
‘Ehem-ehem..’
Sekali lagi Luqman Hafizi pura-pura berdehem membuatkan Ann dan Luqman Hadi memandang ke tepi.Memerah muka Ann!Baru teringat yang dia dan suaminya sekarang nie dikelilingi ahli keluarga yang lain.Perlahan tangannya dijatuhkan.
‘Ma, ada bawa tempoyak tak?’
Ann sudah beralih memeluk mamanya pula.Mamanya pelik.Bukan ker selama ini Ann tak suka tempoyak.Durian pun tak suka.
‘Takdelah sayang.’
‘Ala, teringinlah ma.Mummy ada bawa tak?’
Pandangannya dikalihkan pada ibu mentuanya.Gelengan ibu mentuanya mengecewakan.Teringin pula nak makan tempoyak.
‘Takpe la.’
Sayu jer bunyi jawapan sebelum mendapatkan suaminya yang duduk bersembang dengan Zack.
‘Bang, nak itu, boleh tak?’
Mata Puan Irma dan Puan Asma masih mengekori Ann.Masih cuba mentafsir.
‘Apanya yang?’
Perlahan Ann membisikkan kehendak hatinya.Luqman ternganga.Biar betul..
‘Sayang tunggu kat rumah ya..’
Ann sudah mula nak meleleh.Yalah, tadi nak tempoyak, takde,takkan abang pun tak dapat tunaikan apa yang dia nak juga.
‘Nak juga…’
Meleleh di situ juga dia akhirnya.Luqman menggaru kepalanya.Tak tahu nak buat apa.
‘Dia nak apa tue Luq?’
Puan Irma bertanya.
‘Dia nak ramas,ma?’
‘Haa, ramas?Ramas apa?’
Puan Asma pula menanya.Curious.
‘Ramas rambut Luq.Bila Luq bagitau kat rumah nanti, dia menangis pula.’
'Selalu ker dia pelik-pelik begini Luq?'
Tanya Puan Asma lagi.
'Kebelakangan ini ma, dia memang selalu manja-manja macam nie.'
Luqman menjawab dalam blur.
‘Nak ramas rambut abang juga..nak juga..’
Tangisan Ann makin menjadi-jadi.Cepat-cepat Luqman peluk Ann.
‘Yalah..yalah…’
Bersinar mata Ann mendengar persetujuan suaminya.Dengan senang hatinya dia meramas rambut suaminya..Luqman hanya terkebil-kebil diperlakukan begitu di depan ahli keluarga.
Puan Irma memandang suaminya.Manakala Puan Asma memandang Ann dan Luqman sebelum memandang suaminya.Luqman Hafizi saling berpandangan dengan Zack.Satu kata yang disalurkan mata mereka.
‘Confirm pregnant.’
Masing-masing tersenyum, membayangkan bakal cucu yang bakal dilahirkan tak lama lagi.Luqman Hafizi membayangkan bakal anak buahnya yang comel.Zack pula tersengih bila mengenangkan diri bakal jadi pak cik.
Ann pula masih setia meramas rambut suaminya dengan senyum melebarnya.Suka rasa yang hadir bila dia buat begitu.
‘Tahniah bakal papa.’
Selamba Zack berbisik di telinga Luqman.Luqman membulatkan matanya.Memikir sejenak.Sikap pelik-pelik isterinya.Diimbas kembali.Oo..mulutnya melopong.
‘Yahooo.Thanks yang atas hadiah tak ternilai ini.Love you, baby.’
Luqman ketawa gembira sambil memeluk badan Ann yang masih meramas rambutnya.Ann yang terkebil-kebil dicium bertalu-talu.Ann cuma mampu tersenyum memandang perlakuan suaminya. Sama-sama bahagia!
*END*
Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.
143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.
KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.
иєω єитʀγ :
Cerpen : Al.Fa
KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)
Lυν,
♥♥Hαηηα
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waakakakaka..
ReplyDeletegle comel si ann nieh..
cmtuh ek kalo pregnant..
adoyyyy..
lawak sungguh..
waa!! comel la.best je cte ni.tersenyum2 sensorang tgh2 malam ni.hahah
ReplyDeletehanna..
ReplyDeletesmbg la lg..
comey nyer!!!!
ReplyDeleteahahaha..comel2..plik2 jer permintaan ann ni..
ReplyDeleteeh..adik luqman hadi..luqman haikal ek?? bkn luqman hafizi ker?? ker die ade adik lain??
hehe..nseb baek cheesecake tegur..a'ah..typo la nama adek Luqman tuh..hanna dah edit balik..anyway, thx yer~
ReplyDeletehii peliklaa..adekew org pregnant mintak yang bukan2..pelik plak2..
ReplyDeletehehehe papepown citer nie best sangat...
so cute!! hahaha..
ReplyDeletecomeyl yg teramat snagat luq n ann ni.. hehehe.. :D
hahaha....
ReplyDeletemengandung leh jadi camtue ek....
macam2 la plak....
naseb baek depan family jer...
kalu buatnye kat luar..open air...huhu
gler lwak klu pegnant nk ramas rmbut hsband...hahahaha
ReplyDeletecomei...
ReplyDeletehehehe...
best..
dri start smpai end dyer...
sweet sgt..
especially biler ann pregnant....
:)
paling lawak mintak ramas rambut...
depan family tu...
kelakar giler....
alaaa sweet nye..
ReplyDelete^_^
hehehehe
epy ending
sweet la....
ReplyDelete