Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Friday, February 6, 2009

Seindah Kasih episod 28

Setelah agak lama duduk dalam kereta,Rizal masih menanti kalau-kalau Kasih muncul di muka pintu dan melihatnya di dalam kereta. Namun, bayang isterinya itu tidak jua kelihatan membuatkan nya sedikit risau juga. Pantas pintu kereta dibuka dan langkahnya diorak pantas menuju ke dalam rumah.

‘Kasih! Ka………’

Jeritannya terhenti bila mana matanya tertancap pada sekujur tubuh isterinya yang tak sedarkan diri .Secepat itu dia memangku isterinya,merasa denyutan nadi Kasih yang tak sedarkan.Terasa ada cecair yang terkena sentuh oleh tangannya. Dipandang dan dia terkejut bila cecair merah yang melekat di situ. Hatinya dipalu resah, bimbang andai sesuatu terjadi dan dia tak dapat nak menzahirkan dengan kata-kata.

‘Kasih, sedarlah sayang..maafkan abang.’

Rizal mencuba menyedarkan isterinya yang hanya kaku di dakapannya.Tubuh Kasih terus didukung dan dibawa ke kereta. Baju kemeja putihnya turut terpalit darah isterinya tidak dipedulikan langsung. Kereta segera dipandu laju tanpa berfikir dua tiga kali.

‘Sayang, buka mata please..i’m so sorry.’

Rizal terus-terusan mencuba menyedarkan isterinya sambil tangannya ligat memutar stereng keretanya. Kereta dipandu selaju mungkin, ingin mendapatkan hospital terdekat sekali. Dalam diam, dia kesal dengan tindakannya memarahi isterinya yang tengah sarat pregnant itu.

‘Sayang please…bukalah mata.Jangan menakutkan abang…’

Tangannya sekali sekala memegang Kasih yang dibaringkan di seat belakang kereta. Kerisauan di hatinya memaksa dia memandu selaju mungkin, jika ada kuasa seperti dalam movie, dah lama dia terbang untuk membawa isterinya ke hospital.

‘Sayang..bertahanlah!Demi anak kita…’

‘Woi,ingat jalan raya nie jalan kau saja ker!’

Jerkahan pemandu di tepinya tidak diendahkan. Tak lama lagi dia akan sampai di hospital yang terdekat.

‘Sayang..jangan tinggalkan abang.’

Setitis air mata lelakinya menitik jua. Hatinya digaru rasa bersalah yang teramat sangat melihat isterinya yang langsung tidak memberikan respon dengan kata-katanya sedangkan selama ini, Kasihlah yang sentiasa melayan percakapannya walaupun moody sekalipun.

‘Sayanggg…..’


**

Rizal mundar-mandir di depan emergency room, menanti Kasih yang dimasukkan di situ. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar isteri anaknya selamat. Kekuarganya pula dalam perjalanan ke hospital. Sekejap berdiri, sekejap duduk, sekejap dia mencuba menilik kalau-kalau dapat melihat isterinya.

‘Sayang..maafkan abang…’

‘Am…Kasih macam mana?’

Puan Izzah terus menerjah menantunya yang jelas keresahan itu bila tiba di sisi Rizal.

‘Kasih masih di dalam mama.’

‘Macam mana boleh jatuh nie?’

Encik Amir menanya Rizal yang mundar-mandir di depan mereka.

‘Am dan Kasih bergaduh ker?’

Papanya pula menyoal dengan merenung Rizal yang masih mendiamkan diri. Takkanlah menantu kesayangannya itu boleh secuai itu. Setahunya, Kasih sangat berhati-hati dengan kandungannya.

‘Am pun tak sedar Kasih terjatuh papa.

Rizal mengutuk dan menyalahkan dirinya sendiri dalam diam. Semuanya berpunca daripanya sendiri. Terlampau terbawa-bawa dengan emosi marahnya.Akhirnya isteri dan anak yang bakal lahir menjadi mangsa. Namun, nasi sudah menjadi bubur.

‘Sama-samalah kita berdoa Kasih dan kandungannya selamat.’

Puan Izzah bertindak menjernihkan suasana yang tegang. Muka masing-masing terpamer keresahan. Dia sebagai ibu lagilah terasa gundah, namun cuba ditahan untuk menenangkan Rizal yang gelisah.

Rizal hanya memandang sepi pintu yang masih tak dibuka sejak Kasih dimasukkan ke situ.Saat matanya menangkap kelibat Dr. Imran, dia segera menerpa.

‘Doktor, macam mana isteri saya?’

‘Awak suami Puan Kasih ker?Come to my office, I have something to discuss with you.’

Anggukan Encik Amir dan papanya mengizinkan dituruti. Segera menuruti langkah Dr. Imran.

‘Buat masa ini isteri Encik Rizal dalam keadaan kritikal dan kondisi badannya sangat lemah. Sekarang ini, jalan terakhir yang kita ada adalah menyelamatkan salah seorang saja. Sama ada Puan Kasih atau anak yang dikandung.’

Seketika alam di sekelilingnya seakan terhenti dan kaku. Kepalanya ibarat dihempap oleh batu yang tak terhitung beratnya. Pilih antara dua?Apakah pilihan yang dia ada?Kemarahannya membawanya ke jalan buntu…memilih bukan jalan yang dia hendak pun. Dua-duanya bererti buat dirinya. Tapi…dia tiada pilihan lagi melainkan memilih satu antara dua……

3 comments:

  1. sedihnye.
    xsuke2.
    nak leleh dh.
    kak hanna.npe sedh.
    he3.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. Alamak heroin maner leh mati...hrplh dier plh kasih..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!