Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Thursday, September 17, 2009

Kisah Maharani part 34

~Akhirnya~


Terduduk Maharani di atas sofa bilik pejabatnya.Puas dia memikir, di mana dia meletakkan keychain nya.Setahunya memang tak pernah pula dia menanggalkan keychain tersebut dari handsetnya. Tapi sejak keluar dari hospital semalam, dia terkejut bila mendapati handsetnya kosong, tiada lagi keychain kesayangannya ke situ.

‘Argh..mana pulak hilang nie?’

Terbongkok-bongkok Maharani mencuba menilik bawah meja kerjanya, takut-takut kalau keychainnya terjatuh di situ.Hampa!

‘Ala..mana pulak nie?’

Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Masih terduduk di berhampiran bawah mejanya.Mencuba mengingat kali terakhir dia melihat keychainnya.

‘Ya Allah Wany, apa kau buat bawah meja tue.?’

Sapa satu suara garau, yang amat biasa menjamah pendengarannya.Maharani cepat-cepat ingin angkat, malangnya kepalanya terhantuk pada bucu meja.

‘Auchh…sakitnya!’

Dalam tak sedar Maharani mengaduh manja.Raja Fadly tersenyum sumbing melihat gelagat Maharani.

‘Apa pulak masuk bilik aku pagi-pagi nie?Nak suruh buat Nescafe, suruhlah tea lady yang buat.’

Sambung Maharani marah, marah kerana keychainnya tidak dijumpai, marah kerana kepalanya terhantuk, sakit doh.

‘Nope..nak tengok Wany sihat ke tak?’

Maharani pandang curiga dengan keprihatinan Raja Fadly yang tersenyum manis memandangnya. Raja Fadly memanggil dirinya dengan nama panggilan ‘Wany’..agaknya aku belum biol lagi kan?

‘Sejak bila aku ada dalam list yang kau harus prihatin nie?Kalau kau nak aku belanja makan, aku tak nak?’

Maharani cemik mukanya.Raja Fadly tergelak kecil.

‘Kan lebih bersopan kalau kau tue ditukar pada a.w.a.k..Kan budaya melambangkan kesopanan kita.’

Nah..Encik Cool Blooded sudah berceramah free pulak, getus hati Maharani.Eh..kenapa pula bunyinya agak similar dengan kata-kata yang pernah disebut oleh arwah Luqman Hafizi atau Encik Awak nya suatu ketika dulu.Perlahan digelengkan kepalanya.Tak nak mengingat perkara lama.

‘Suka hati akulah.’

Maharani mencemuh geram.Tidak dipandang Raja Fadly.

‘Well..siapa boss sebenarnya ini?’

Raja Fadly menggunakan statusnya sebagai boss pula, sengaja mencari pasal.Maharani memandang dia dengan pandangan membunuh.

‘Huh…kau nie kan…’

‘Awakkkk…’

Ditekankan lagi perkataan ‘awak’ pada Maharani. Maharani bengang.

‘Encik Awak yang budiman, hari nie saya, Maharani bte Amiruddin, nak apply leave, boleh sign sini tak?’

Maharani hulur application for leave form pada Raja Fadly yang sudah duduk di atas sofa biliknya itu.Raja Fadly jungkit keningnya namun tetap menyambut huluran Maharani.

‘Kenapa nak apply leave pula?’

‘Personal matter, takde kaitan dengan awak wahai Encik Awak.’

Raja Fadly pandang lama wajah Maharani yang seperti di dalam nya terdapat pelbagai rahsia di dalamnya, yang dia takkan kongsi dengan sesiapa pun.

‘Okay.’

Diturunkan tandatangan di situ. Maharani mengukir senyuman, berjaya juga dia dapatkan signature Raja Fadly.Raja Fadly merencana nak menjadi spy kepada Maharani.Dia tergelak evil di dalam hati.Baik Maharani mahu pun Raja Fadly tersenyum tapi di dalam fikiran masing-masing punyai agenda tersendiri.

**

‘Arghh…akhirnya sampai juga ke sini.’

Maharani keluar dari keretanya.Akhirnya setelah lima tahun menyepi diri dan membuang segala kenangan, Maharani menjejakkan kaki nya sekali lagi ke taman yang penuh dengan memori bersama dengan arwah Luqman Hafizi.

‘Humm..’

Keluhan dilepaskan oleh Maharani.Punggunggnya didudukkan di atas pondok cendawan yang pernah menjadi rebutannya dengan arwah.Entah angin apa yang membawa dia ke sini hari nie.

‘Man……Wany rindu..’

Nah, dia akhirnya mengaku dan menyebut ayat keramat itu.Sebak bertamu di hati.

‘Man..Wany ke sini lagi…tempat yang lama dah Wany tak jejaki..Wany dah tiada daya nak menghadapi kerinduan Wany ini. Wany dah tak berdaya…Wany letih sangat-sangat…’

Air mata yang berlinangan tidak dipedulikan oleh Maharani lagi.Seketika memandang ke langit, mencari sinar kekuatan.

‘Apiz pula menghilang entah ke mana..Wany kehilangan seorang teman bicara yang baik..Wany bersalah keran keychain tue…hilang…maafkan Wany..’

Tersedu-sedu Maharani menangis.

‘Wany tak dapat cari..tak tahu hilang ke mana…itu satu-satunya barang yang mengingatkan Wany pada Apiz..tapi Wany tak menjaganya dengan baik…Maafkan Wany…’

Dikesat air matanya yang tak mahu berhenti.Tanpa dia sedari ada seseorang yang berdiri berhampirannya.Menyaksikan tangisannya.Mendengar luahan hatinya.Memandangnya dengan pandangan simpati.

‘Sekarang nie Wany tak tahu nak buat apa..dia muncul mewakili kalian..menghuru-harakan hidup Wany..saban masa akan ada dia..hadirnya dia membuatkan Wany semakin tak dapat melupakan kalian..Hati Wany sakit..sakit di sini..’

Tangannya melekap di dadanya.Mukanya, hidungnya dan matanya sudah memerah dek kerana menangis.

‘Tak baik menangis buat yang dah tiada..Sepatutnya lebih baik jika menyedekahkan al-fatihah buat dia.’

Zupp..Maharani pandang terkejut suara yang menyapanya.Pandangan matanya tidak dingin seperti pagi tadi.Redup memandang wajah Maharani yang sembap dengan air mata.

‘Yang dah pergi takkan kembali..tak nak nak membazir air mata buat dia..’

‘Awak apa tahu.Huh.And, what are you doing here?’

Maharani mendengus geram.Menganggu jer.

‘Saja.Lepaskan dia dari hati, maka Wany akan dapat menikmati nkimat kehidupan ini.Patah tumbuh hilang berganti.’

Raja Fadly selamba duduk sebelah Maharani.Rasa-rasanya pernah ke sini tapi bila?Kepalanya dipegang..sakit.

‘Kau takde hak nak menentukan hidup aku.So, jangan nak sibuk.’

Marah Maharani.Geram dengan kata-kata Raja Fadly yang sangat berkesan pada hatinya.Terasa.

‘Hidup perlu diteruskan.Menangis takkan buat dia hidup semula.’

Raja Fadly menyambung kata-katanya.

‘Look here Encik Awak, this is my life, it’s up to me. Kau jangan nak pandai-pandai nak menghakimi hidup aku. Kau hanya pandang luaran, di dalam ini hanya aku yang tahu.Jadi, tutup mulut kau.Jangan menyibuk.Dasar cipanzi sengal.Arrogant.Kepala besar.Busybody.’

Lancang Maharani berkata-kata bila amarahnya memuncak. Lantas berlari menuju keretanya dan dipandu laju keluar.Raja Fadly yang tak menyangka Maharani memarahinya dan berlalu pergi, cepat-cepat menuju keretanya.Cuba menjejaki kereta Maharani.

‘Wany..’

Serunya perlahan.Keretanya dipandu selaju mungkin.

‘Lajunya minah nie.’

Gumamnya sendiri.Tiba di traffic light yang tengah kuning, Raja Fadly yang melihat kelibat kereta Maharani terus memecut ingin mengejar, malangnya dari arah bertentangan sebuah kereta turut laju.

Semuanya kelam.

**
Luqman Hafizi membuka matanya perlahan-lahan.Agak menyakitkan bila matanya terkena sinaran lampu yang terang.Silau.Kenapa serba putih nie?Aku kat mana nie?Dipandang sekelilingnya.

‘Syukurlah kau dah sedar Raja.’

Luqman Hafizi pandang Taufik yang tersenyum mesra padanya.Mama Taufik memeluk dirinya.

‘Fik, kenapa aku ada kat sini?’

‘Kau kemalangan semalam.’

Luqman Hafizi kerut dahi.

‘Fik, mama dan papa aku mana?Kak Ann?Abang Hadi?’

Taufik dan mamanya saling berpandangan.Pelik.

‘Raja….’

‘Siapa Raja?Aku kan Man, Luqman Hafizi,Kau tak ingat aku lagi ker Fik?’

Sayu Luqman Hafizi menanya.Taufik melongo.Mamanya terkejut.

‘Kau kan Raja Fadly, papa aku yang jumpa kau dulu.’

‘Fik, aku Man lah..aku tak ingat langsung Cuma aku ingat kereta aku berlanggar dengan lori dan segalanya hitam…’

Rahang Taufik terjatuh.Bagai tak percaya di depannya adalah bestfriendnya sendiri.

‘Man..kau rupanya, patutlah perangai korang lebih kurang jer…Terima kasih ya Allah..’

Dipeluk Luqman Hafizi seerat mungkin.Mamanya menangis kesyukuran.Handsetnya berbunyi mengejutkan mereka di situ.

‘Apa?Sedar?Ya..ya..terima kasih.’

Dua berita gembira dalam satu masa amat menggembirakan Taufik.Terasa ingin melompat-lompat keriangan.Mamanya dipeluk riang. Air mata lelakinya berlinang kerana terlampau gembira. Menangis kesyukuran atas keajaibannya.Akhirnya, dia dapat menarik nafas lega.Terima kasih Ya Allah…

5 comments:

  1. huhu, nie best nieyh!
    thumbs up kak hanna!
    sambung lg!

    ReplyDelete
  2. warghhh!
    best gela la.
    raja fad da jd man blk.

    dan dan dan, msti zaty da seda.
    :D

    ReplyDelete
  3. uuuuuuuu....
    dye da sedar..
    dye da engt..
    dye da kembali..
    haaaaa..
    ske2..
    n dirikuh juga suda sedar???
    muehehee...
    kak hanna,,ending plis..
    one more...!!

    ReplyDelete
  4. hehehehe.. gumbiranya man dah sedar.. kak hanni uat ending best2 tau.. hehhe..

    ReplyDelete
  5. zatie dah sedar?
    warghhhh.
    yes luqman dah kembali.
    ahakzzz
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!