Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Tuesday, January 13, 2009

Seindah Kasih episod 25

Kasih sendiri lagi di rumah tersebut bila suaminya outstation ke Melaka. Dia kebosanan tiada teman bicara apatah lagi suaminya kebelakangan ini lebih suka menyendiri dan berdiam saja.Biarpun begitu, Rizal masih menunjukkan sikap ambil beratnya terhadap Kasih dan anak dalam kandungannya.

Perlahan Kasih menyelongkar album lama gambarnya.Dibelek satu-persatu, air matanya jatuh menelusuri pipi. Sebak!Memang dia kelihatan tabah dan ceria pada penglihatan suami dan ahli keluarganya yang lain tapi hanya Dia yang tahu..hanya Dia yang mengerti betapa dia lemah dan merindui arwah kakak kembarnya.

‘Akak, Acik rindu..tiada lagi tempat Acik mengadu dan bermanja.Acik rinduuu.’

Air mata yang berguguran dibiarkan mengalir lesu.Dikucupnya lembut gambarnya bersama arwah Qazrina.

‘Akak,abang dah makin berubah..Acik tak tahu di mana silapnya Acik..Akak, betulkah tindakan Acik bersama dengannya??Acik tahu mungkin dia tak mampu menolak perkahwinan ini demi orang tua kita.’

Kasih melepas bebanannya pada gambar di depannya seakan-akan gambar itu dapat mendengar luahannya.

‘Akak..tolong Acik kak..’

Sendunya bertamu di ruang tidur dia dan Rizal.Deringan telefon rumah yang berulangkali berbunyi di tingkat bawah menghentikan tangisannya.Perlahan mengatur langkah ke tingkat bawah untuk mendapatkan telefon yang berbunyi.Salam segera dihulur.

‘Kasih,kenapa lambat sangat angkat telefon ini?Mana Kasih pergi ini?’

Agak kasar suara Rizal di hujung talian menyebabkan air matanya ingin meleleh semula.Diketap bibirnya untuk menahan tangisan supaya tak meletus di pendengaran Rizal.

‘Sorry bang,Kasih kat tingkat atas tadi.’

Sedaya upaya Kasih mengubah intonasi suaranya supaya tidak ketara bunyi serak selepas menangis.

‘Kenapa ini?Kasih demam ker?’

Rizal bertanya laju bila mendengar suara isterinya yang serak-serak seperti selsema jer bunyinya.

‘Takde bang..Kasih ok jer..Lama lagi ker abang kat sana?’

‘Mungkin hujung minggu baru abang balik..Jaga diri ya sayang.’

Rizal sedar betapa dia mengabaikan isterinya yang sedang mengandung. Tetapi, Sasha yang saban hari menganggunya menyebabkan dirinya berubah dan arghh,sungguh dia tak tahu apa yang harus dilakukannya?

‘Abang pun jaga kesihatan walau sibuk macam mana pun.Kasih sayangkan abang.Assalamualaikum.’

Gagang diletakkan.Rizal terpana,isterinya bukan jenis yang senang mengucapkan kata sayang dan cinta sebab katanya, biarlah hati yang berbicara dan mentafsir melalui layanan dan perlakuan..baginya, ayat tersebut harus diucapkan bila tiba masa yang sesuai.Aneh?Kenapa ya?

*****************************************************


Kasih memandang kosong tv di depannya, tiada apa yang menarik perhatiannya di situ. Malam sudah menjelma tapi dia masih juga duduk di ruang tamu rumahnya tanpa berbuat apa-apa.Fikirannya kusut.

‘Ish, siapalah yang menganggu aku nie?’

Kasih merungut bila kedengaran bunyi hon di luar pagar rumahnya. Nak tak nak jer dia mengatur langkah ke situ.

‘Puan Kasih?’

Kelihatan seseorang lelaki berdiri di tepi keretanya, namun wajahnya tidak dapat dikecam oleh Kasih memandangkan agak gelap di situ.

‘Haa, saya.’

‘Ini ada bungkusan untuk Puan.’

Terjungkit alis mata Kasih!Hairan.

‘Daripada siapa?’

‘Jangan banyak soal.Nah!’

Secepat itu, lelaki itu memasuki keretanya dan memecut pergi meninggalkan Kasih yang masih bingung dan penuh tanda tanya.Setelah tersedar dia berdiri lama di situ,Kasih segera masuk dan mengunci pagar rumahnya.


*************************************************************

Jam di dinding dipandang lama tapi matanya tetap jua degil dan terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing. Saat matanya hinggap pada bungkusan yang diberi lelaki tak dikenalinya timbul rasa ingin tahunya.Dicapainya bungkusan tersebut dan dikoyak pembalutnya.

‘Agak-agaknya apa dalam ini?Jangan bom,sudahlah.’

Kasih tergelak dengan kata-katanya sendiri.Dibelek-beleknya dan terjatuh beberapa keping gambar ke lantai. Tangannya di hulur hendak mengambil gambar-gambar tersebut namun terhenti bila dia terasa nak minum air pulak.

‘Nantilah’,bisiknya sambil mengatur langkah ke tingkat bawah, semestinya ke dapur.Perlahan tangannya mengusap kandungannya.

'Anak ibu haus ya.'

Senyuman terukir di bibir Kasih.Bahagia!Serasa dia ditemani.Ada kekuatan baginya untuk terus tabah.

4 comments:

  1. ngeeee...
    mesty ader gamba rizal ngn shasha dalm uh..
    kasih mety lgi sedey...
    ngee...
    hampeh tol si shasha nieh..
    meroskkan uma tgge orng toll...
    huh,,gerammmm..
    kak hanna,,nk lgi...
    hehe...

    ReplyDelete
  2. tol2 zaty.
    cmfm gmbar rizal n shasha.ngee.tumbok kang.
    kasih is a strng girl.
    agagag.
    suke2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  3. haha..
    emosi la plak zaty ngn afaf ni.
    ish3.
    :))

    kak hanna.
    lg lg :)

    ReplyDelete
  4. mcm dlm cite bicara hati la part ni.. tapi tetap best... cayalah..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!