Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, November 25, 2009

SE of Opps..Not Him V

‘Nah, semua dokumen yang kau minta, ada dalam fail nie.Aku dah uruskan semuanya.’

Zack hulur fail biru tua pada Luqman yang memandangnya.Pantas disambut dan diselak, semua dokumen penting ada di situ.Tersenyum.

‘Terima kasih Zack. You’re the best, man!’

‘Membodek nampak.’

Zack mengusik Luqman sambil duduk di depan Luqman. Baginya, dia ikhlas membantu niat murni temannya itu.

‘Taklah tapi a bit jugak.’

Serentak Luqman dan Zack ketawa.

‘Aku nak upah.’

‘Ish, tadi kata ikhlas tapi minta upah.’

Luqman mencebik mukanya.Zack ketawa lepas.

‘Ala apa salahnya belanja aku lunch?Lapar..’

Selamba Zack memegang perutnya, seperti betul-betul lapar lagaknya.

‘Ada aje dia nie.Hampehlah.’

‘Kau nie..cakaplah kedekut pak cik oi.’

Luqman membulatkan matanya.Zack tayang gigi.

‘Pak cik? Banyak handsome muka aku nie, kau kata pak cik.’

‘Coming soon la.’

‘Insyallah.’

Luqman kembali menghadap komputernya.Zack bermain dengan handsetnya pula.

‘Jomlah.’

Luqman berkata di sebalik komputernya.Zack kembali memandangnya.

‘Ke mana?’

‘Aik, kan ada tadi makhluk Tuhan yang tidak handsome mengadu lapar.’

Perli Luqman menahan sengih.

‘Ya ker?’

‘Ai, kera bergaru nak pergi kuala, sudah tahu bertanya pula.’

Zack tak dapat menahan ketawanya lantas terbahak-bahak.

‘Pantun mana pulak kau cilok tue Luq. Sumbang semacam jer aku dengar.Haha.’

Disambung ketawanya lagi.Luqman tumpang sekaki tergelak.

**

Luqman membaringkan kepalanya di peha Ann yang sibuk menyuap ais krim coklatnya sambil menonton televisyen.Jam baru menunjukkan pukul 0500 petang.Sengaja dia pulang awal hari nie.Kalendar sudah dipangkah awal-awal untuk mengingatkan dirinya.30 November, hari yang semestinya penting dan berharga baginya.

‘Yang…’

‘Hemm..’

Balasan dari bibir comel itu membuatkan Luqman geram.Pantas dikucup sekilas hingga mendapat jelingan dari isterinya.

‘Yang….’

‘Ya abang…’

Sengaja Ann meleretkan jawapannya, tahu yang suaminya itu inginkan perhatiannya.

‘Hermm…abang..’

‘Abang nak peluk ker?’

Luqman membulatkan matanya bila Ann mengenakannya.Ann ketawa riang sambil mengelus rambut suaminya mesra.Masih menyuap ais krim kegemarannya.

‘Yang, malam nie abang nak booking sayangla.’

‘Booking?Ingat sayang nie air ticket ker?’

Ann mencebikkan mukanya.Luqman tersenyum senang.
‘A’ah..lebih kuranglah yang.Bolehkan yang?’

Makin Ann memuncung bila Luqman makin giat mengusiknya.

‘Tak nak kawan abanglah.’

Rengeknya bak kanak-kanak kecil.Mukanya dikalih ke tepi.

‘Ala baby abang nie, comelnya.Malam ni abang nak bawa sayang keluar.Sayang bersiap nanti.Abang dah sediakan pakaian yang sesuai untuk sayang.’

‘Apa?’

Ann masih belum mencerna sepenuhnya apa yang disampaikan oleh Luqman.Luqman angkat beg kertas di tepi sofa dan sua ke isterinya.

‘Baby, pakai nie nanti, okay.’

Ann sambut beg kertas dan semangat melihat apa di dalamnya.Bercahaya matanya.

‘Wow, cantiknya bang.Purple lagi.My favourite!’

Ann menjerit riang sambil memegang purple dress yang sangat memikat hatinya.Diacu-acukan ke badannya.Cantik.

‘Bang, doomo arigato gozaimasu..I love it!’

Tertunduk-tunduk Ann mengucap terima kasih ala-ala orang Jepun.Luqman tergelak besar kemudian dipeluk tubuh isterinya.Bahagia.

‘Tapi..’

Luqman berkerut dahi bila melihat isterinya seperti memikirkan sesuatu.

‘Tapi apa yang?’

‘Bang, sayang nak guna pakaian lainlah.Teringin nak guna lah.Memang teringin sangatlah bang.’

Luqman garu dahinya.Memikir.

‘Jom bang, sayang tunjukkan.’

Ditarik tangan suaminya menuju ke bilik tidur mereka.Segera di buka almari pakaian mereka yang tersergam di situ.Diambil baju T berkolar milik suaminya, jenama Levi’s.
Luqman kehairanan.

‘Sayang, nak buat apa dengan baju abang tue?’

‘Bang, nak guna nie, boleh?’

Ann memanjakan suaranya, pelat. Matanya terkelip-kelip memandang suaminya dengan harapan jawapan ‘ya’ dari suaminya.

‘Kenapa sayang abang nie?Kan dress tadi lagi lawa?’

‘Nak guna nie juga.Nak sangat-sangat.’

Siap dengan mimic muka merayu dia memandang suaminya.Luqman dah pening memandang telatah isterinya.

‘Tapi baju tue kan besar kat sayang, sayang tue kecil molek, nanti macam baju tidur pula.’

Ann mula memuncung.Memang dia teringin sangat nak mengguna baju suaminya.Hanya kerana bau suaminya!Langkah melangkah lesu menuju ke katil.Membaringkan badannya di situ.Luqman menuruti isterinya, berbaring sama.

‘Okay..okay..sayang gunalah..’

Dicium pipi Ann mesra.

‘Haa, lagi satu bang?’

‘Apalagi yang?’

Ann mengulum senyumnya.Gembira.

‘Nak peluk boleh?Lepas tu nak kiss seperti biasa.Then, nak guna perfume abang juga.Boleh kan, bang?’

Luqman ternganga dengan permintaan Ann.Peluk, memang dia suka.Kiss lagi suka tapi perfume tue, kan perfume lelaki.

‘Perfume sayang dah habiskah?’

‘Tak.’

Sempoi jer Ann menjawab membuatkan Luqman makin hairan.

‘Habis?’

‘Nak juga pakai perfume abang, bau abang.Itu yang sayang suka.Hihi.’

Ann mencium pipi suaminya bertalu-talu bila Luqman menganggukkan kepalanya.Yaay, gembiranya.Luqman pula memikir dengan perubahan sikap isterinya, akhir-akhir ini yang selalu mengadu menyenangi bau badannya.Pelukan Ann di badannya dibalas mesra.

3 comments:

  1. best..!!!
    cepat la sambung k...
    tpi ada part yg 1 tu macam diulang laa...!!
    tpi xpew..
    sambung cepat2 yea...!!

    ReplyDelete
  2. haiiissyhh..
    arap2 la si ann nieh berubah prangai cz pregnant..
    jgn sbb yg lgi "satu" tuh da...
    len mcam je..
    huhu..smbung2..

    ReplyDelete
  3. mesti ann peknen ni..
    pe yang misteri ngan luqman ye..
    yang berahsia sangat tue..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!