Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, November 25, 2009

SE of Opps..Not Him IV

Ann Nurissa memandang di dinding rumah.Ahh, lagi sejam baru abang balik kerja.Bosannya!Ditekan butang ‘on’ televisyen, terpampang siaran di situ tapi tiada yang memikat hatinya.

‘Ala, bosannya!’

Perlahan Ann bangun menuju rak koleksi drama koreanya.Dibelek satu persatu vcd dan dvd korea di situ.Matanya melekat pada vcd ‘Princess Hours’, lakonan Joo Jii Hoon dan Yoon Eun Hye.Tersenyum sendiri mengingati macam dia terpaksa overtime kerja dulu gara-gara nak membeli vcd tersebut yang mencecah seratus lebih harganya.Masa itu, dia memang gila sangat dengan drama korea dan pelakon-pelakon korea yang memikat hatinya.

‘Baik aku layan Princess Hours dulu.’

Ann mula menumpukan perhatiannya pada drama yang sangat diminatinya itu.Matanya melekat pada televisyen di depan mata.Sesekali tergelak sendiri.Nasib baiklah hanya dia saja di rumah.

‘Ish, ego betullah putera nie, kesian kat Eun Hye.’

Ann menahan geram melihat aksi Joo Jii Hoon yang dirasakan keterlaluan terhadap Yoon Eun Hye.Ditukar lagi vcd seterusnya.Sekejap terseyum, sekejap tersengih.

‘Huhu, sedihnya.’

Air mata Ann turut meleleh apabila melihat babak Yoon Eun Hye nak berpisah dengan Joo Jii Hoon.Sedih hingga air matanya tak nak berhenti-henti pula.

‘Kesiannyer.’

Lama-kelamaan mata Ann terasa mengantuk, makin kuyu dan kuyu.Berat dan akhirnya tertututp dengan sendirinya.Mungkin juga kesan dia menangis melihat babak sedih Princess Hours.

‘Assalamualaikum sayang.’

Perlahan Luqman menghulur salam setelah memasuki rumahnya.Tak ada jawapan, namun telinganya dapat menangkap bunyi televisyen yang tengah terpasang.Kakinya diatur ke situ.Kelihatan isterinya sedang terlena di sofa sambil mukanya tersembunyi di sebalik bantal kecil di situ.

‘Sayang.’

Disentuh perlahan bahu Ann.Masih tiada reaksi.Ditarik perlahan bantal kecil di muka Ann.Terlihat wajah polos isterinya yang jelas sembap dengan bekas air matanya.

‘Sayang menangis ya?’

Bisiknya perlahan.Namun, Ann masih lagi lena.Luqman melabuhkan duduk di tepi Ann dan kepala Ann diletakkan di pehanya.Rambut panjang itu disentuh dan diramas lembut.

‘Maafkan abang sayang kalau abang puncanya sayang menangis.Abang memang tak pandai menjaga hati sayang.I’m so sorry, honey.’

Dicium kudus dahi Ann.Lama bibirnya melekat di situ.Ann membuka matanya perlahan.Membulat matanya.

‘Abang..’

‘Sayang,maafkan abang.’

Ann pandang pelik wajah suaminya.Kenapa pula minta maaf?

‘Sorry tak sedar abang balik.’

Diambil jemari Luqman dan disalam lembut. Perlahan mengangkat kepalanya dari peha Luqman dan duduk menyandar di bahu suaminya.

‘Tak apa.Abang faham.’

‘Apa yang abang faham?’

Berkerut dahi Ann memandang Luqman.Luqman ukir senyum tawar.

‘Abang dah menyebabkan buah hati abang kesayangan nie menangis lagi.Maafkan abang, sayang.’

Diramas lembut jemari Ann di sebelahnya, penuh dengan kasih sayang.

‘Laa….abang ni buat suspen jer.Sebenarnya tadi tengah layan drama korea tue yang menangis.’

Ann sudah tergelak kecil bila Luqman salah sangka kenapa dia menangis.Luqman sudah menggaru kepalanya.

‘Ya ker sayang?’

‘Yelah bang.Abang yang terbaik buat sayang.Abang segalanya buat sayang.’

Ann ambil tangan Luqman dan dikucup lama.Dipandang anak mata Luqman.Lama.

‘Kenapa sayang pandang abang macam tue?’

‘Bang.’

Ann merengek manja.Senyumannya manis di mata Luqman.Pelik.

‘Apa yang?’

‘Bang, nak peluk, boleh?’

Ternganga Luqman dengan ayat penyata isterinya.Ann masih terkelip-kelip matanya menggoda suaminya.

‘Sayang…’

‘Bang, nak peluk, boleh?’

Tidak sampai sesaat, Ann sudah berada dalam pelukan Luqman.Erat dan penuh dengan kebahagiaan.

‘Abang, terima kasih ya.’

‘Abang lagi suka sayang macam nie tau.’

Luqman mengusik isterinya yang sudah berubah warnanya wajahnya.Malu!

‘Thanks abang sebab selalu sayang dan cintakan sayang.Selalu ada untuk sayang.Sabar melayani sayang.I love you, bang.’

Luqman ternganga sekali lagi.Yalah, bukan senang nak mendengar isterinya meluah perasaan macam nie.Pelukan dieratkan, ciuman melekat lagi di dahi dan hidung isterinya.Terima kasih, ya Allah atas kebahagiaan ini!Terima kasih.

**

‘Abang, wake up.’

Sayup-sayup suaranya Ann menjengah telinga Luqman.Dipandang isterinya yang sedang menongkat dagu di tepi katil memandang mukanya.Tersenyum manis.

‘Good morning abang sayang.’

Ann mengucup pipi suaminya yang masih terkebil-kebil memandangnya.Masih mamai rasanya.

‘Sayang…’

‘Abang, bangunlah.’

Ann sudah mula duduk di tepinya pula.Menggosok lembut dada Luqman yang terdedah.Agak menggoda.

‘Hemm..’

Luqman duduk dengan mata yang masih mengantuk.Hujung minggu biasanya dia akan menyambung tidur balik selepas subuh.

‘Abang…nak peluk,boleh?’

Ann ukir senyuman menggodanya lagi.Luqman mendepanya tangannya dan sekelip mata Ann di dalam pelukannya.

‘Kenapa sayang pelik-pelik jer abang tengok.’

Luqman menanya dalam memeluk Ann yang masih tersenyum memanjang memandangnya.

‘Saja.’

Luqman mengerut dahi mendengar jawapan isterinya.

‘Nakal eh?’

Digigit kecil hidung Ann di pelukannya.

‘Abang, sakitlah.’

Ann merengek kecil.Manja.Luqman tertawa.Diusap perlahan hidung comel Ann.

‘Ala ala baby abang nie, manjanyer.’

‘Abang nak…..’

Ann mengelip-ngelip matanya hendak menyampaikan hasrat hatinya.Luqman mengangkat keningnya, tak memahami.

‘Nak…..’

Dibisikkan ke telinganya suaminya.Luqman terjatuh rahangnya.

‘Kiss?’

‘Ala abang nie, syhh orang dengarlah.’

Ann mula memuncung membuahkan ketawa Luqman.Kemanjaan isterinya itulah selalu dirinduinya.

‘Meh sini abang kiss.’

Didekatkan mukanya ke muka Ann, dicium perlahan dahi Ann.Beralih ke hidung dan ke pipi.Lama.Masing-masing terbuai.

‘Ala, nak kat sini.’

Ann tunjuk bibirr merahnya.Luqman bertambah galak ketawa.Ann cebik muka.Namun, seketika Cuma bila bibir Luqman memaut lembut bibirnya.Tenggelam di dalam dunia kebahagiaan mereka.Berdua.

‘Abang, sebenarnya sayang ketagih dengan bau badan abang akhir-akhir nie.You're so huggable, bang.’

‘Bau badan abang?’

‘Yalah bang, kalau boleh nak kena hugging setiap masa tapi abang kan kerja.’

‘Bukan sebelum ni sayang tak suka kena peluk ker?’

Memerah wajah Ann dengan ayat penyata Luqman.Ish, abang nie, diam-diam jer la.

‘Tak tahulah bang.Rasa nak peluk abang jer.Tak sabar tunggu abang balik kerja setiap petang.Bau abang menenangkan sayangla.’

‘Yalah tue.Come baby, hubby hug you.’

‘Abang..’

Bersatu ketawa Ann dan Luqman.Menyulam bahagia dalam cerita cinta mereka.

4 comments:

Any comments really appreciated!