Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, September 14, 2009

Kisah Maharani part 28

~Penat~


Maharani leka membelek high heels yang dipamerkan di kedai Da Vinci.Dicubanya satu persatu, tapi matanya lebih tertarik pada high heel yang berwarna purple dan bertali halus itu.Simple but nice.


'Cik,yang ini ada saiz 5, tak?'


Maharani bertanya pada jurujual yang setia melayani karenahnya.


'Kejap ya, saya check dulu,' balas jurujual tersebut sebelum mencari saiz yang diinginkan oleh Maharani.


'Okay.'


Maharani membelek pula high heel yang lain, dipegang lama high heel 3 inci yang berwarna coklat lembut.Tiba-tiba dia dihulurkan sepasang high heel berwarna merah darah, lebih kurang 5 inci mungkin, mak ai runcingnya.


'Cik, saya bukan minta yang begini tadi.'


Sekilas Maharani pandang high heel tersebut sebelum tumpuannya dikembalikan pada high heel coklat di tangannya. Namun, sekali lagi dia terganggu dengan jurujual tersebut, masih menyua high heel merah darah kepadanya.


'Saya tak suka warna merahla Cik.'


Seiring itu dipandangnya muka jurujual, matanya membuntang.


'Kau...'


Maharani mendengus geram.Rupa-rupanya Raja Fadly yang menyuakan high heel merah kepadanya.Menganggu keamanan dia bershopping jer.Dalam banyak-banyak shopping kompleks kat Malaysia nie, boleh pula dia pergi Times Square.


'Salam my boo.'


Sindir Raja Fadly pedas.Maharani mengelatkan mukanya.Tahulah dia terus marah, siapa suruh menyemak kat sini.


'Tak menjawab, berdosa tau.'


Raja Fadly tayang mimik muka menyindir.Maharani makin bengang.


'Jawab dalam hatilah cipanzi.'


Maharani segera keluar dari kedai tersebut, hilang moodnya nak membeli sepasang high heel baru.Sebal!Tubuhnya terdorong ke belakang, Maharani hilang kawalan.Namun, badannya disokong oleh sepasang tangan kekar.Muka Maharani dah memerah.Menahan malu dan geram.


'Kau ni kenapa?Ada aku kacau kau?Main tarik-tarik lagi tue?'


Marahnya geram.Muka Raja Fadly dipandang tajam.Raja Fadly tiada reaksi.


'Kalau pun kau bosan sangat, janganlah kacau hidup aku waktu macam nie.Bosan tahu tak?Kat pejabat pun muka kau,jumpa member kesayangan pun kau ada juga.Mana-mana aje aku pergi, kau ada menyelit sama.Boleh tak bagi aku senang kadangkala.'


Maharani membebel marah.Mulutnya dimuncungkan geram.Raja Fadly menyengih.


'Itu namanya kita ada jodoh.Kau tak boleh lari dari aku la, my boo..'


Maharani sentap tangan Raja Fadly yang masih melekat di pinggangnya.


'My boo?My boo?I'm not your boo, okay?Gila.'


Maharani atur langkah cepat-cepat ingin meninggalkan Raja Fadly yang terkejut dengan sentapannya.


'Ala my boo, sikit-sikit nak merajuk..see orang dah pandang-pandang kita.'


Raja Fadly sengaja menyemarakkan kemarahan Maharani.Berjalan menyaingi langkah Maharani.


'Crazy.'


'You are so cute, my boo.'


'Miang.'


Maharani membalas sepatah.


'Your eyes so sweet.'


Raja Fadly memang sengaja mencari pasal dengan Maharani.Sebenarnya dia sendiri tak menyangka akan terjumpa Maharani di Times Square, tapi mungkinkah ada jodoh antara mereka?Entahla...dia yang tak pernah nak beramah mesra dengan wanita, boleh pulak menjadi 'mesra alam' dengan Maharani walaupun mereka hanyalah bergaduh atau bertekak, tapi dia selesa dengan keadaan itu.


'Kau ishhh....'


Maharani pijak kasar kasut Raja Fadly sebelum berlari-lari anak pergi.Sempat menjelirkan lidahnya pada Raja Fadly. Ibu jarinya diangkat sebagai tanda bagus.


'Padan muka.Gila.'


Raja Fadly menahan kesakitan pada kakinya.Dipandang sepi pemergian Maharani.Sebal.



**

Dibelek-belek novel yang terdapat di kedai buku tersebut.Lama agaknya dia dah membeli novel baru setelah bekerja dan sibuk dengan kerja-kerjanya.Kadang-kadang melayari e-novel online.


'Wah, banyaknya novel baru nie.Rambang mata.'


Maharani berbicara sendiri.Tersengih.Diambilnya novel karya terbaru Damya Hanna,membaca sinopsis.


'Boleh tahan juga novel nie.'


Diambil pula novel lain, asyik benar dia membaca sinopsis di situ hingga tak menyedari kehadiran Raja Fadly di tepinya.Raja Fadly tersenyum melihat telatah Maharani yang tersenyum-senyum sendiri.Masih tidak menyedari kehadirannya.Tiba-tiba datang idea nakalnya.Ditiup lembut bahagian leher Maharani.


'Ee..kenapa pula rasa berangin pula?'


Maharani elus lehernya, geli sebenarnya.Raja Fadly menahan ketawa.Sekali lagi dia meniup lembut leher Maharani yang masih tak memandang ke belakang.


'Eyhh..'


Maharani elus lagi lehernya.Dipandang ke atas, okay jer atas kedai buku tue, dipandang kanan dan kiri, semuanya seperti biasa, tiada angin pun.Tapi hidungnya dapat menghidu haruman seseorang yang sudah sebati di dalam dirinya.Perlahan dikalih kepalanya ke belakang.


'Kau lagi...'


Maharani sudah bercekak pinggang.Geram.


'Yup..kan dah kata agaknya memang kita nie ada jodoh kan, my boo?.'


Raja Fadly tersenyum nakal melihat muncungnya bibir Maharani.Comel sebenarnya.


'Boleh tak biarkan aku seorang?Alone?'


Tanpa sedar suara Maharani sudah mencapai aras 5 membuatkan pengunjung kedai buku tersebut memandang dan berbisik-bisik.


'Maaf..maaf..isteri saya nie memang berdarah panas sikit.Jom my boo.'


Ditarik Maharani keluar dari situ.Maharani meronta-ronta nak melepaskan tangannya dari pegangan Raja Fadly.


'Apa pegang-pegang nie?Bukan muhrimlah mangkuk.Dan kau jangan nak pandai-pandai gelar aku isteri kau. Memandai jer.Menyampah.'


Melengking amarahnya.Sesuka hati jer.Raja Fadly lepas tangan Maharani, menggaru dahinya yang tak gatal.


'Err....er..'


'Apa er..er..dasar tak guna otak.'



Maharani merengus marah.Adoi, setiap kali jumpa Encik Cool Blooded nie memang bertambah dosa aku dengan kelancangan mulut memarahi dia.Dijeling geram Raja Fadly yang kaku memandangnya.Bertentang mata.Ada rasa yang disalurkan dari pandangan mata hitam pekat itu, meresapi dirinya.Kenapalah setiap kali bertentang mata, dia akan lemah.Dia akan mengalah.Argghh sesungguhnya dia penat begini..penat bergaduh..penat bila perasaannya saling bertingkah dengan akal warasnya..penat...

5 comments:

  1. uuuu..
    sah jodoh..
    ble la raja nk engt nieh..
    isk2..

    ReplyDelete
  2. alah raja ingatlah cpt...
    kcian wany....

    ReplyDelete
  3. bestbest.
    ada jodoh nie
    isteri saye.haha
    terlakor jer
    comelcomel
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!