Langkah Jamal diatur cepat menuju ke arah seorang gadis yang duduk di tempat agak tersorok di Restoran Sepetang Bersantai itu.
‘Sorry..sorry..terlambat.Ada hal sikit tadi.’
Gadis anggun itu pantas memandangnya seperti ingin menerkam dirinya.Salah dia juga terlambat sampai di situ,tadi dia di hospital menguruskan abang kembarnya yang terpaksa ditahan di wad. Tapi, dia tiada sebab untuk memberitahu gadis di depannya yang kelihatan marah.
‘Sepatutnya you yang tunggu I kat sini?I banyak lagi kerja lain selain menunggu you.’
‘Sorry..i’m so sorry.’
Jamal sempat mencuri pandang wajah anggun di depannya.Pakaian up to date dan mekap tebal berapa inci,dia pun tak sure.Mana taknya, dia kan artis terkenal walaupun baru setahun jagung dalam bidang glamour nie.Agaknya kalau gadis ini berjumpanya tanpa make up,mesti lagi lawa.Ish,Jamal sedarlah diri kau tue siapa!
‘Lain kali kalau kau lambat lagi, aku akan cari pengganti kau.’
Huh,harap jer rupa lawa tapi perangai hampeh,desis hati Jamal.Aku pun tak ingin kerja macam ini tapi aku terdesak perlukan duit untuk membayar bil hospital abang aku..
‘Aku nak kau ekori perempuan ni.’
Sekeping foto dihulur pada Jamal. Segera dibelek oleh Jamal. Sweet,itulah tanggapannya apabila menatap foto tersebut.Pasangan di dalam foto tersebut amat mesra pada pandangannya.
‘Kau jangan nak berangan pulak kat sini.Takde masa aku nak melayan.’
‘Sorry.’
‘Bila perempuan itu bersendirian baru kau jalankan apa yang aku suruh,faham.’
Jamal menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Kalau tak kerana terdesak,sumpah aku takkan terlibat dalam kerja bodoh ini.
‘Jangan sampai ada orang tahu.Kalau rahsia ini bocor, kau orang pertama akan aku cari.’
‘Baik.’
‘Lagi satu, jangan lakukan apa-apa di depan lelaki tersebut. Kalau tak,siaplah kau.’
Sekali lagi Jamal menganggukkan kepalanya.Main ugut nampak.
‘Ni duit pendahuluan..balance aku bank in kat bank kau lepas semuanya berjalan lancar.’
Jamal segera menyimpan envelop yang dihulur gadis tersebut.
‘Ingat, don’t ever tell anyone about this!!’
Keras ugutan gadis tersebut sebelum meninggalkan Jamal yang masih terkebil-kebil di situ.
‘Huh, kalau tak kerana nak selamatkan satu nyawa..aku pun tak ingin terlibat dengan manusia seperti kau,perempuan angkuh.’
Jamal mengeluh.Dia tak tahu sama ada tindakannya itu betul atau tidak.Hatinya menolak keras tapi akal jahatnya menyokong.Lumayan ganjaran diberi membutakan mata hatinya.
*************************************************************
Kasih duduk di kerusi yang tersedia di depan shopping mall tersebut sementara menanti Pak Mat mengambilnya. Perlahan dia menghirup milk shake perisa chocolate miliknya.
‘Hemm..leganya.’
Sambil itu matanya meliar memerhatikan orang yang lalu-lalang di sekitarnya. Majalah yang dibelinya tadi dicapai dan dibelek begitu sahaja.Hilang minatnya ingin membaca majalah tersebut.Disimpan kembali.
‘Lamanya Pak Mat nie.’
Kasih merungut perlahan sambil memandang jam di tangannya.Dalam pada itu,Kasih terasa seakan ada mata yang asyik memerhatikan telatah dirinya. Dipandang sekitarnya,tiada pula yang mencurigakan. Setelah puas mundar-mandir, Kasih duduk kembali. Sekali lagi dia memandang sekelilingnya bila hatinya rasa ada yang memerhatikan dirinya.
‘Mungkin dejavu jer kot.’
Kasih berkata sendirian, lebih kepada dirinya sendiri dan memujuk dirinya supaya tidak berfikiran bukan-bukan.Kereta Pak Mat yang berhenti di depannya membuatkan Kasih dapat menarik nafas lega.
‘Maaf Kasih, jalan sesak tadi.’
‘Tak apalah Pak Mat.’
Kereta yang dipandu Pak Mat bergerak perlahan memandangkan masa tersebut memang ‘peak time’…sah-sah sesak!!Kasih melayan celoteh ‘Linda Onn’ yang tengah ‘on air’..Seketika dia ikut menyanyi sama lagu yang diputarkan.Pak Mat hanya tersenyum melihat perangai keanak-anakkan Kasih walaupun bakal bergelar ibu.
‘Eh, kenapa kereta hitam itu dari tadi mengekori belakang kereta nie.’
Kasih berpaling ke belakang cuba memerhatikan gerangan pemandu kereta hitam itu.
‘Mungkin dia tak dapat overtake kita tak,Pak Mat?’
Kasih mencuba menenangkan dirinya sendiri dalam diam. Kelegaan timbul di hatinya bila kereta tersebut melencong ke lorong lain bila berhampiran rumah dia.
‘Mungkin salah jalan kot.’
Akhirnya,home sweet home!!Wajah penat suaminya yang menanti di muka pintu menyebabkan Kasih melupakan kejadian tadi.Tiada apa-apa yang nak dirisaukan baginya.Segera menyalami tangan suaminya dan mulutnya bercerita tak berhenti-henti.
Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.
143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.
KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.
иєω єитʀγ :
Cerpen : Al.Fa
KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)
Lυν,
♥♥Hαηηα
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huisyyhh..
ReplyDeletesuspen2..
smbung2..
mmg r suspen!!!
ReplyDeletenk ag>>>
cpt k.hanna...
hehehe
suspen gilew.
ReplyDeleteagagag.
suke2
-na`dz
suspen beb
ReplyDeleteape jdi eh?
i like
ngeee.. suspen jee.. nie mest sasha pnye keja nie.. ape die nk bwat kt kasih niee..
ReplyDeletetak sabar daa nk tawu!;p
woaa..
ReplyDeletecptan smbg.
nk tahu ni ;D
Best3..! Suspen gler lr
ReplyDelete5 star 4 u. smbg cpt k.... pliz...