Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Showing posts with label SEINDAH KASIH. Show all posts
Showing posts with label SEINDAH KASIH. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

42 - Special Episode Seindah Kasih


~~~SPECIAL EPISODE ~~~

Special Appearances : Intan Farina, Zamri Iskandar, Suzana Alisya dan Zahid Fikri (E-novel Warna Cinta Kita)

Banglo Kasih dan Rizal terang benderang dengan kerlipan lampu dan dekorasi yang terhias indah. Tetamu mula memenuhi ruang di banglo tersebut. Majlis yang diadakan sempena ulangtahun perkahwinan dia dan Rizal yang kedua tahun.

Kasih nampak bergaya di dalam baju kebaya purple nya, sedondon dengan Rizal. Afaf juga memakai baju warna sedondon. Afaf di dalam pelukan neneknya kerana Kasih dan Rizal sibuk menguruskan majlis tersebut.

Kelibat Farina dengan suaminya segera disambut oleh Kasih. Farina nampak sarat mengandungkan anak pertamanya.

‘Wah, mak buyung masih larat ker nie?’

Kasih mengusik Farina yang menanti due date nya. Zamri berjabat tangan dengan Rizal.

‘Mak buyung? Pandailah kau nie Kasih…takde maknanya tau.’

Farina mencubit lembut lengan Kasih yang tersenyum memandangnya.

‘Sue dan abang Ayid mana?’

Rizal menanya bila tak melihat kelibat Zahid dan Suzana.

‘Sekejap lagi masuklah tue…’

Zamri menjawab bagi pihak isterinya.

‘Jemput duduk Ina…kesian pulak lihat Mak Buyung berdiri lama-lama nie.’

Giat Rizal sambil tersengih.

‘Hati-hati Am..ketam batu dia boleh tahan tau…’

Bisik Zamri di telinga Rizal..

‘Abang bisik-bisik apa nie?Curious jer Kasih tengok?’

Kasih dan Farina sama memandang dengan persoalan.

‘Ala..nie cakap orang lelaki jer..yang berlainan jantina tak termasuk tau..’

Rizal dan Zamri tertawa..Kasih dan Farina hanya mencebik geram.

‘Kasih..rindunya kat kau.’

Suzana segera memeluk Kasih yang tak sedar dengan kehadirannya. Mereka pun akrab kerana bila Suzana dan Zahid balik Malaysia, mereka pasti berjumpa ramai-ramai.

‘Sue..kenapa Kasih rasa ada sesuatu jer…’

Suzana memandang hairan, tak dapat catch up maksud Kasih di depannya.

‘Masa kita hugging tadi..rasa macam…..are you gonna…?

Kasih tidak menghabiskan ayatnya bila melihat anggukkan Zahid di tepi isterinya.

‘Is it? Wah…congratulation Sue..abang Ayid…mane Epol?’

Kasih menanya bila tidak melihat anak sulung Suzana dan Zahid, Saiful atau nama manjanya Epol.

‘Tinggal dengan atuknya.’

Zahid bersalam dengan Rizal dan mereka bertiga mula bersidang..entah apa-apalah.hehe.

‘Wah..dua-dua jadi Mak Buyung yer?’

Kasih memandang dengan rasa kagum..

‘Kasih…..’

Serentak Kasih,Farina dan Suzana memandang Zaza yang juga memegang title Mak Buyung..Beberapa bulan lepas dia disatukan dengan Jamal setelah cinta Jamal dan Tina kecundang di tengah jalan.Segalanya bermula pada malam annual dinner tersebut hingga membuahkan rasa cinta antara mereka. Membawa mereka ke jinjang pelamin.

‘Weh, datang juga Mak Bunting Pelamin nie..’

Memerah muka Zaza diusik begitu. Dipukul lembut suami di tepinya.

‘Jangan lupa Mil kat sini yer?’

Jamil mencelah dengan beriringan dengan Norhayaty yang sah bertunang dengannya sebulan lalu.Sepadan!

‘Yaty..tak nak ker membuyungkan diri macam nie?’

Suzana mengusik Norhayaty yang tersipu malu.Jamil tergelak kecil.

‘Kalau semua dah jadi Mak Buyung macam nie..Sue ada idea,nak dengar tak?’

Serentak beberapa pasang mata memandangnya. Persidangan Rizal, Zamri dan Zahid turut terbubar sama.Hehe..

‘Apa dia?’

Jamal meyoal cepat.Tak sabar nak tahu nie.

‘A’ah…apa dia Sue?’

Farina pula menyoal.Kasih pula bersinar-sinar matanya seakan-akan dapat menangkap maksud Suzana.

‘Sue..betul tak yang Kasih fikir nie?Agaknya sama tak?’

Kasih mengenyit matanya pada Suzana.Suzana membalas kenyitan mata Kasih. Sementara yang lain bengang dan tak sabar menunggu.

‘Hah..Zaza pun tahu rasanya.’

Tiba-tiba Zaza bersuara pula.Pandangan berkalih padanya pula.Ditayang sengih.

‘Apanya sayang?’

Jamal menanya setelah lama teka-teki di kepala mereka tidak berjawab..

‘Kita semua dah kenal lama kan? Nak tak kalau kita mengeratkan lagi tali silaturahim nie?’

Suzana berkata-kata dalam senyum yang tak lekang di bibirnya.

‘Kan ke memang dah erat?’

Jamil mencelah..masih tak dapat menangkap maksud Suzana.

‘Hee..lambat pick up lah korang nie..meh Yaty nak terangkan nie..pasang telinga betul-betul tahu..jangan ade yang tertinggal bas pula nanti..’

Norhayaty pula yang jadi tumpuan kali ini.Namun, dia berbuat selamba jer.

‘Semua dah jadi mak buyung kan?’

Semua angguk kepala.Bersetuju.

‘Bila baby dah keluar tue nanti, kalau berlainan jantina…’

Semua masih pandang tak berganjak menanti ayat seterusnya.Norhayaty menepuk dahinya.

‘Adui…kalau berlainan jantina, jadi besan la…aparaa…’

Semua melongo. Saling berpandangan. Memikir ayat Norhayaty yang tersengih.

‘Betullah.’

‘Yalah.’

‘Geliga betul.’

‘Aku sokong.’

‘Aku pun setuju.'


Serentak beramai-ramai mereka tergelak sama. Berharap akan ada penyambung kepada persahabatan mereka sekarang ini, yang akan terus mempereratkan tali silaturahim di antara mereka.Saling bertukar senyuman dan mula berbual-bual tentang masa depan. Kasih tersenyum senang dengan kebahagiaan di depan matanya. Rizal di tepinya dipandang lama dan pandangan mereka bersatu. Sama-sama melagukan irama cinta, senada seirama!

*END*


p/s : Seperti biasa yer kengkawan sekalian, sile tinggalkan komen keseluruhan untuk SK II nie..sekadar feedback untuk SK II…tima kaceh daun keladi sebab terus membace SK II walaupun lama tak di update..ma ceh banyak-banyak yer..chayunk koranggg….Hanna menyeleeping beauty'n diri(hehe..ade ke patut..tak patut betul..sah,anak salah fius skit Hanna nie...salam)Enjoy it!

Seindah Kasih episod 41-END

Dah beberapa kali Rizal menyua dan menarik tangannya.

‘Angkat ke tidak?Angkat?Tidak?’

Digaru kepalanya dan dikuak anak rambut ke belakang. Masih ragu-ragu hendak membuat keputusan. Kalau tidak diangkat, takut dia sendiri pula yang makin pening.Seketika dia berdiri pula, masih berfikir cara-cara yang sepatutnya dipraktikkan dirinya.Letusan ketawa dari muka pintu menyebabkan dia berpaling 360 darjah.

‘Abang..tak payahlah sampai macam kucing hilang anak pula. Kalau tak confident, panggil ajelah Kasih kat bawah.’

Kasih menghampiri suaminya yang masih memerhati bayi mereka baru berumur dua bulan itu.

‘Afaf,anak mama…kesian betul papa Afaf tue ya?Nak angkat Afaf pun tak confident..’

Kasih bercakap dengan Afaf Nadzirah, cahayamata pertama hasil dari perkahwinan dia dan suaminya. Lambang cinta mereka. Afaf menggeliat kecil seolah-olah mengerti kata-kata mamanya.

‘Bukan tak confidentla sayang tapi tangan abang nie rasa kaku jer…’

Rizal mengawang-awangkan tangannya di udara. Kasih tergelak sambil mengucup pipi Afaf lembut.

‘Meh sayang, main dengan papa pulak..jangan main dengan mama saja..Cemburu papa nanti tau..’

Rizal menghulur tangannya untuk mengambil Afaf dari pegangan isterinya.

‘Abang…boleh percaya ke nie?’

Sengaja Kasih menanya suaminya sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain tak menjadi.Hehe.

‘Belum cuba,manalah tau sayang oi..’

‘Betul yakinlah nie bang?’

‘Yalah sayangku tercinta?’

Kasih tergelak kecil. Ada pulak macam sesi temuduga pula mereka suami isteri sedangkan hanya nak memegang Afaf jer..

‘Okay sayang…main dengan papa yer…’

Afaf disua kepada Rizal yang bersedia tangannya menunggu.Afaf segera dipeluk ke dakapannya lembut. Dicium dahi anak kecilnya itu.

‘Dapat pun..’

Kasih mengenakan suaminya yang leka menyentuh pipi Afaf yang tembam.

‘Afaf ikut mata papa kan?Mata mama mana ada cantik macam mata papa?’

Rizal mengusik Afaf yang tak mengerti apa-apa..

‘Mana ada..Afaf ikut mata mama dialah.’

Kasih tak nak mengalah pula. Dia turut melabuhkan duduknya di tepi Rizal di atas katil mereka.

‘Ikut abanglah sayang..kan Afaf, ikut papa kan?’

Dimainkan jarinya di pipi tembam Afaf menyebabkan Afaf menggeliat dan mulutnya terbuka..

‘Comelnya kan sayang?’

Rizal menanya Kasih di tepinya pula…Kasih mengangguk kepalanya tanda bersetuju dengan suaminya.

‘Abang bahagia tak?’

‘Mestilah sayang..Bagi abang, sayang dan Afaf telah melengkapkan hidup abang.Terima kasih atas anugerah tak terhingga ini..Terima kasih juga atas peluang yang diberikan pada abang..’

Kasih mencium ubun-ubun Afaf dan sekilas kucupannya singgah di pipi suaminya yang jelas terkejut dengan tindakannya.

‘Nakal eh?’

‘Kasih pun bahagia sekarang nie bang..Terima kasih atas segalanya ya bang..’

Dilentokkan kepalanya di bahu Rizal yang memangku Afaf sambil tersenyum bahagia.Rizal turut menguntum senyumnya dengan kebahagiaan yang menyelubungi hidupnya.

**

‘Meh dengan nenek ya sayang..’

Puan Izzah yang bertandang ke rumah Kasih segera mencari cucu tunggalnya itu.Encik Amir juga tak nak mengalah sama.

‘Dengan atuk ya sayang..’

Afaf yang sedang di dalam buaian nya Cuma terkebil-kebil, tidak mengerti apa-apa pun..Rizal yang baru pulang dari bekerja segera menyalami mentuanya.

‘Lama dah sampai ma, pa?’

‘Baru jer..rindu dengan Afaf nie..’

Encik Amir namun mata masih ralit memerhatikan Afaf yang di dalam buaiannya.Puan Izzah mengangkat Afaf dan dikendongnya.Punggungnya dilabuhkan di atas sofa.

‘Jemput minum papa, mama..abang..’

Lemon ais yang baru dibawa dari dapur dituang ke dalam gelas dan diagih-agihkan kepada Encik Amir, Puan Izzah dan Rizal.

‘Biarlah Kasih yang pegang Afaf mama..mama tak letih ker nie?Yalah baru jer sampai dari Terengganu..terus pergi sini..’

Ucapan Kasih tidak berbekas di hati Puan Izzah sebaliknya pipi comel Afaf menjadi mangsa ciumannya.

‘Abang pun naklah, Iza…’

Afaf disua kepada Encik Amir…sekali lagi pipinya menjadi mangsa ciuman datuknya itu.

‘Am pun naklah papa..’

‘Am kan hari-hari bermanja dengan Afaf..kasi chance papa pulak..susah-susah Am dan Kasih lahirkan seorang lagi la..Afaf nie biar mama dan abah jaga..’

‘Dua oranglah Mir..’

Suara dari belakang mereka mengejutkan mereka yang berada di ruang tamu. Kelihatan papa Rizal di situ.Tersenyum sumbing.

‘Papa mana larat Kasih nak mengandung banyak-banyak..Afaf pun baru jer dua bulan..’

Kasih mengusik papa mentuanya seraya disalami tangan tu tersebut.

‘Apa salahnya..Kasih dan Am masih muda..banyak tenaga..’

Serentak ruang tamu itu diselubungi oleh gelak tawa mereka sekeluarga. Saling memandang Afaf yang hanya memandang kosong dan belum mengerti apa-apa.Kasih mengenggam jemari suaminya dan bersyukur atas kebahagiaan yang dikecapinya.

Seindah Kasih episod 40

‘Arghh…’

Hanya itu sempat diucap oleh Kasih sebelum dia tak sedarkan diri. Segalanya begitu pantas dirasakan. Dunianya kelam dan hitam pekat.

‘Haa..kan senang jer..’

‘Thanks all..’

‘Kau tue yang tak yakin sangat..kita buat macam nie pun untuk kebaikan bersama..’

Bahu Rizal ditepuk perlahan. Jamal dan Jamil tersengih memandang Zamri dan Rizal.Mission accomplished!

‘Kalau macam tue kitorang minta diri dulu.’

Rizal menganggukkan kepalanya. Keretanya dipandu menuju banglo milik dia dan Kasih dulu. Tak pernah dia membawa sesiapa ke sana sejak Kasih meninggalkan dirinya.Bibirnya tak berhenti mengukir senyum melihat Kasih yang tak sedarkan diri di sebelahnya, kepala tersandar pada bahunya.

‘Sayang…’

Jemari Kasih diangkat dan dikucup lembut. Bibir nya turut sama mengalunkan irama lagu yang terpasang di radio keretanya.Hatinya cukup riang saat itu.

‘Jangan tinggalkan abang lagi ya sayang…’

Bisiknya perlahan sambil menggendong tubuh Kasih yang tak sedarkan diri setelah sampai di depan banglo milik mereka.Dibaringkan di katil. Matanya ralit memerhatikan wajah kesayangannya itu, hilang beban rindunya bila Kasih berada di depan mata.Jemari kasarnya bermain di rambut Kasih yang mengurai.

‘Love you, sayang.’

Dikucup dahi Kasih sambil matanya masih ralit memerhatikan Kasih di tepinya. Tidak disedari dia juga akhirnya terlelap sama.

**

Kasih terjaga dalam kegelapan. Cuba mengimbas kembali apa yang terjadi padanya. Dia cuma dapat ingat dia baru saja ingin menuju keretanya sambil menjinjit sayur-sayuran yang dibelinya.Kasih teraba-raba dalam gelap dan dia bangun untuk mencari suis barangkali. Kakinya terpijak sesuatu di tepi katil.

‘Arghh..’

Jeritan seseorang yang mengaduh kesakitan mengejutkan Kasih. Segera dia mengengsot ke tepi dinding. Tangannya tersentuh sesuatu yang seakan suis lantas di tekan.

‘Abang..’

Terjerit besar dia melihat Rizal yang masih mengaduh kesakitan. Segera dia menerpa dan memegang jari Rizal yang dipijaknya tadi.Ditiup perlahan, terlupa keadaannya tika itu.Rizal tersenyum senang dengan perhatian Kasih. Tiba-tiba Kasih teringat sesuatu, segera tangan Rizal yang dipegangnya dilepaskan.

‘Kenapa Kasih boleh ada kat sini?’

Rizal hanya mengangkat bahunya.

‘A..Abang ada buat apa-apa kat Kasih tak tadi?’

Kasih memandang curiga Rizal yang tersenyum nakal di depannya tika ini.

‘Emm..biar abang fikir dulu…Rasanye ada…’

Rizal sengaja hendak menakutkan Kasih yang jelas berubah air mukanya mendengar jawapannya. Ditahan gelaknya di dalam hatinya.

‘Sampai hati abang…tak boleh ker guna cara baik?’

Saat itu dia memukul-mukul dada Rizal, sakit hati dengan cara Rizal mendapatkan dirinya semula.

‘Sakitlah sayang..’

Rizal memegang jemari halus yang tak berhenti memukul-mukul dirinya. Terserlah kemanjaan Kasih tika itu. Rizal rindukan Kasihnya yang begini.

‘Nak abang re-play lagi tak?’

Spontan Kasih terdiam dan jemarinya turut berhenti. Badannya dikalihkan menghadap dinding.Sakit hatinya!

‘Abang cuma….’

Dipeluk Kasih dari belakang..melepaskan kerinduannya begitu. Haruman rambut Kasih menggoda dirinya. Sabarlah hati, tunggulah masa yang sesuai.

‘Cuma apa?’

‘Abang rela bertanggungjawab atas keterlanjuran abang..’

Rizal masih menduga Kasih sama ada percaya ceritanya atau tidak.

‘Nanti kita rujuk balik ya sayang..’

Kasih hanya mendiamkan diri. Keliru! Dia sendiri pun merindukan saat-saat begini, merindui pelukan lelaki yang sedang memeluk dirinya saat ini.

‘Boleh ya sayang?Kita rujuk balik…’

Lambat-lambat Kasih mengangguk, takut andai dia ter’pregnant pula gara-gara Rizal mengambil kesempatan masa dia tak sedarkan diri tadi.

‘Oh ya..macam mana Kasih boleh tak sedarkan diri tadi?’

‘Rahsialah sayang…’

Rizal tertawa mengenang kisah mereka tadi..Terima kasih kawan-kawan semua. Dia makin mempereratkan pelukannya.

‘Sayang percaya ker abang ada buat apa-apa tadi?’

Kasih menganggukkan kepalanya tapi kenapa pula dia masih berpakaian lengkap macam dia pagi tadi…pelik sungguh!

Rizal melambakkan ketawanya.Kasih memandang pelik…Pipi Kasih dikucup sekilas lalu.Terkejut Kasih dengan aksi nakal Rizal.

‘Ini baru betullah sayang…’

‘Jadi, abang sengaja memainkan Kasihlah nie…siaplah abang lepas nie..’

Rizal yang melarikan diri darinya dikejar bersungguh-sungguh. Sempat dia mengenakan aku eh?

‘Sayang..dahla tue..abang penat nie..’

Termengah-mengah Rizal dikejar Kasih…Dihampiri Kasih yang turut termengah-mengah sama. Dipeluknya sebelum dia menyarungkan sebentuk cincin di jemari manis Kasih.Turut disua juga klip rambut berbentuk ceri.

‘Comel…’

‘Ada clients mat salleh abang bagi..dia kata klip rambut ceri nie bermaksud ‘Cherish’…sesuai dibagi pada orang yang kita sayang dan cinta saja…’


Kasih mengangguk tanda mengerti. Rizal turut sama memerhati kilp rambut ceri yang berda di telapak tangan Kasih. Diambil dan diklipkan pada rambut Kasih. Saling berbalas pandang.

‘Kita rujuk balik ya sayang..’

Kasih menganggukkan kepalanya dan Rizal kembali memeluk dirinya, tersenyum bahagia sambil mendengar paluan di hati masing-masing, senada seirama berdetak meraikan cinta bertaut kembali antara mereka.

Seindah Kasih episod 39

Selendang pink Kasih dicium lembut, Rizal tersenyum kembali. Akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan Kasih. Makin menawan Kasih sekarang pada pandangan matanya sekarang, menggetarkan hatinya. Dia tak ingin kehilangan lagi. Kembali teringat bagaimana reaksi Kasih yang terkejut dengan kehadirannya di majlis itu. Dia pun terkejut sama melihat wajah pucat yang memandangnya.

‘Kasih….’

‘Do I know you?’

Kasih membalas endah tak endah.Meluat memandang senyuman Rizal yang membuatkan dadanya berdetak hebat.

‘Kasih tak kenal abang lagi ker?’

Kasih berpura-pura tidak mengenali Rizal di depannya yang jelas kelihatan kacak di dalam sut hitamnya. Kemas dan memikat!Kasih, sedarlah dia siapa?

‘Tak kenal pun.’

Ayat Kasih umpama letupan bom di hatinya. Takkanlah pelanduk dua serupa di depannya.Matanya belum rabun untuk mengenali wanita menawan di depannya dan itulah Kasih nya…

‘Betul ker?’

Anggukkan kepala Kasih mengecewakan hati Rizal. Kuntuman rindu hatinya kembali layu.

‘Kalau macam tue, saya minta maaflah kerana tersilap orang.’

Rizal membawa dirinya ke kelompok lain. Ditahan hatinya yang kecewa. Tak mungkin dia tersilap orang!Baginya wanita itu memang Nur Kasih nya..haruman yang sama, jadi tak mungkin dia tersilap.Dia pening!

‘Tak baiklah Kasih menipu tadi.’

Jamal berbisik perlahan.

‘Biarlah Mal, mungkin tiada jodoh antara kami..Kasih tak ingin mengulangi kelukaan itu.’

‘Mal sebagai lelaki faham bahawa dia masih cinta dan sayangkan Kasih punya.Dari sinar matanya yang bercahaya menegur Kasih pun terpancar betapa dalamnya cinta dia..Jangan Kasih menyesal pula nanti.’

Panjang lebar ceramah Jamal tidak masuk kepala Kasih, dia sendiri tak dapat menahan rindunya bila suara tersebut mencecah pendengarannya.

‘Abang..maafkan Kasih.’

Dalam diam merintih.Berpura tidak mengenali Rizal umpama menghiris perasaannya sendiri.

‘Kasih balik dulu Mal..Mal temankan Zaza ya..’

‘Kasih naik apa?’

‘Teksi.’

Rizal yang memerhatikan wajah muram wanita yang disangkanya Kasih tadi mengekori langkah wanita tersebut.

‘Awak buat apa ikut saya nie?’

Kasih berhenti mengejut dan menanya Rizal yang jelas terkejut bila dia berhenti tiba-tiba.

‘Jangan nak tipu abang…memang Kasih kan?’

‘Kan dah kata bukan Kasih tadi..’

Kasih masih berdegil dengan pendiriannya.Rizal menarik nafasnya untuk menjana kesabaran.

‘Tapi kawan-kawan kan panggil Kasih tadi..’

‘Abang jangan ganggu Kasih la..’

Jerit Kasih kecil sambil menangis berlari meninggalkan Rizal yang tercengang namun dia turut sama berlari mengejar Kasih.

‘Jangan tinggalkan abang lagi ya sayang..’

Saat itu tubuhnya menghimpit Kasih ke keretanya hinggakan dia dapat menghidu haruman badan Kasih. Kasih masih menangis kecil.Membiarkan dirinya dipeluk oleh Rizal.Sungguh dia sendiri keliru tika ini.

‘Tolong jangan tinggalkan abang lagi,please..’

Saat bibir Rizal hampir mengucup dahinya, Kasih menolak kasar badan Rizal dan berlari menuju teksi yang menunggu di situ. Hanya selendangnya saja dapat dicapai oleh Rizal.Itu sudah mencukupi bagi Rizal.


‘Kasih, akan ku seru kasihmu walau ke hujung dunia sekalipun…’

Selendang Kasih menjadi peneman tidurnya malam itu..Tidurnya lebih lena dari malam sebelum ini.Berharap esok akan ada nya kebahagiaan untuk dia dan Kasih.

**

Sejak hari itu, Rizal selalu menghubungi Kasih.Namun, reaksi yang diberikan Kasih menghampakan dirinya saja.Pelbagai cara digunakan untuk melembutkan hati Kasih termasuk menghantar bunga favourite Kasih, bunga lily..

‘Kasih, terlampau besarkah kesalahan abang…’

Rizal mengeluh sendiri. Malah, Jamal,Jamil,Farina dan Zamri pun sedar bagaimana dia berusaha mencairkan hati Kasih yang membeku. Walaupun Kasih melayannya tetapi dia inginkan lebih dari itu. Dia inginkan Kasih yang menjadi teman berbicaranya, menemani tidur dan hari-harinya..Kalau dikira-kira hampir tiga bulan Kasih melayannya endah tak endah lagaknya..Ada masanya dia melihat mata Kasih turut mengungkap rindu dan sayang padanya tapi empunya badan tetap dengan degilnya.

‘Macam mana lagi abang nak melembutkan hati Kasih nie….’

Rizal sudah habis daya upaya nya.Deringan handsetnya mengejutkan dirinya.Segera disambut malas.

‘Zam…’

Rizal tersengih dengan idea Zamri dan Farina. Adui, dia sendiri pun tak pernah terfikir nak berbuat begitu.

‘Tapi…’

‘Tapi apa Am?’

Farina pula megambil alih berbual-bual dengannya.

‘Am takut Kasih lagi menolak Am kalau guna cara macam tue..’

‘Am nak kehilangan dia lagi ker?’

Sinis pertanyaan Farina menyebabkan Rizal menelan air liurnya. Mestilah dia tak sanggup kehilangan Kasih sekali lagi.

‘Of course not..’

‘Tahu pun..’

‘Bila lah nak buat planning tue?’

Rizal menanya dalam nada tak yakinnya.

‘Esok hari minggu kan..Biasanya dia akan ke market tak jauh dari rumah dia.Nanti Mil dan Mal akan join sama.’

‘Err..’

‘Don’t worry Am..Kasih tue masih sayangkan kau sebenarnya cuma degil dan ego sikit.’

Zamri pula bersuara kali ini.

‘Thanks guys…Am tak tahu nak kata apa..’

‘It’s ok..kitorang pun nak kawan kita bahagia…’

Farina menghulur salam sebelum memutuskan talian. Rizal tersenyum hambar, tidak yakin sepenuhnya dengan rancangan mereka.

Seindah Kasih episod 38

‘Am..ini invitation card untuk menghadiri annual dinner syarikat anak Dato’ Imran.’

Kad yang dihulur padanya disambut malas.Dipandang muka Kamarul acuh tak acuh. Sekarang dia makin malas menghadiri majlis-majlis penting, selalunya dia mewakilkan Kamarul saja.

‘Kenapa tak kau saja wakil syarikat kita Rul.’

Tiada bahasa formal antara dia dan Kamarul. Dah terbiasa begitu melainkan bila mesyuarat baru Rizal menggunakan bahasa yang sepatutnya.

‘Dia cuma invite CEO….aku nie CEO ker? Cuma Emak Orang jer….’

Kamarul bergurau.Rizal tertawa hambar.

‘Aku bukan emak orang yer…’

‘Tahu pun…malam nanti,jangan lupa pula..Kau nie makin pelupa pula sekarang nie..’

Kamarul sedar segalanya berpunca dengan kehilangan isterinya,Kasih. Rizal hanya memikirkan kerja..kerja..dan kerja saja.Kalau meeting luar semua, memang Kamarul yang diwakilkan menggantikan dirinya.

‘Yalah tapi…’

‘Takde tapi-tapi…’

‘Kau nie membebel mengalahkan papa aku lah..’

Kamarul tertawa kecil.

‘Memang patut pun..Kalau tak, kau akan macam nie juga..otak pun tak berkembang menghadap kertas kerja tue..boleh juga kau cuci mata nanti..’

Rizal hanya tersengih. Sampai ke situ pula fikiran Kamarul tapi bagi dirinya,hanya Kasih yang mampu menarik minatnya.

‘Pandailah..dari mana kau copycat teori tue?’

‘Adalah somewhere…hahaha..Okaylah, tak nak kacau kau lagi..Ingat tau…’

Kamarul berlalu dengan tawa yang bersisa.Rizal hanya mampu menggeleng.

‘Malasnya….’

Benar!Dia sangat malas menghadiri majlis sebegini sejak setahun yang lalu. Hatinya mati untuk semua itu.

**

‘Wah, lawanya Kasih malam nie.’

Puji Jamil yang duduk di ruang tamu rumah. Jamal dan Puan DeLuna sama memandang.Turut sama memuji dalam hati.

‘Hari lain tak cantik ker Mil?’

Usik Kasih yang kelihatan ayu dalam kebaya sutera mengikut bentuk badannya. Rambutnya disanggul kemas sesuai dengan make up nya.

‘Cantik Cuma malam nie lebih sikit jer.’

Jamal menyampuk. Berderai ketawa mereka di situ.

‘Ibu..tengok Mil dan Mal membuli Kasih..’

Adunya pada Puan DeLuna dengan nada manja.Puan DeLuna cumpa tersenyum. Tak habis-habis!

‘Dahla Mal..nanti terlambat pula.’

Arah Puan DeLuna pada Jamal supaya berhenti mengusik Kasih. Kasih segera menyalami Puan DeLuna sebelum menuju ke kereta.

‘Hati-hati drive Mal.’

Jamal mengangguk sebelum memandu pergi.

**

Lagu yang dimainkan oleh DJ Radio ERA tak mampu mendamaikan hati Rizal yang sedang memandu ke hotel yang tertera pada kad jemputan tersebut.

Entah kenapa hatinya seperti berdebar-debar pula. Makin dekat, makin terasa debarannya.

‘Apakah maksudnya nie?’

Dia bercakap sendirian. Nasib baik dalam kereta, kalau kat luar, sah orang ingat dia mereng.

‘Akhirnya..sampai juga kita kan?’

Kasih bersuara gembira melihat kerlipan lampu pada ballroom tersebut. Ramainya orang!

‘Yalah…ramai juga undangan syarikat Kasih nie..’

Jamal mengumam perlahan.

‘Memang ramai.Tak sangka pula kan?’

‘Akhirnya muncul juga tuan puteri…’

‘Ade ker putera raja yang disediakan untuk beta, wahai dayang.’

Tangan Farina singgah di lengan Kasih yang menayang sengihnya.

‘Wah..ada prince charming baru melangkah masuk..’

Zaza mencelah. Farina turut sama memandang.Kekaguman!

‘Kalau dikira dari bintang, Ina bagi 4 setengah star la…rugi Kasih tak nak pandang oo..’

‘Yalah Kasih….’

Ayat Kasih termati di situ…lidahnya kelu…Wajahnya berubah pucat..Tidak mungkin dia!

Seindah Kasih episod 37

‘Hai,pagi-pagi dah termenung Kasih yer?’

Farina menyapa rakan sekerja alias kawannya itu.Mereka mula rapat sejak Kasih bekerja dengan suaminya,Zamri Iskandar. Akhirnya menjadi kawan rapat menggantikan Suzana yang mengikut abang Ayid yang menguruskan cawangan syarikat papa mentuanya di Singapore.

‘Takdelah Ina,lama pula dah tak buat aktiviti macam nie..Refreshkan otak ape?’

Kasih bergurau untuk menutup rasa di hatinya.

‘Hek eleh, macamlah baru kenal dia hari nie?’

‘Hubby Ina mana?’

Kasih bertanya bila tidak melihat kelibat Zamri. Selalu mesti ikut terjengul sama di biliknya.

‘Siapa yang sebut-sebut nama Zam nie?’

Satu suara dari arah pintu membuatkan Farina dan Kasih sama-sama berpaling.

‘Panjang umur kau nie,Zam.’

Usik Kasih disambut oleh tawa riang Farina.

‘Huh, kamcenglah nak kenakan Zam nie.’

‘Takdelah kan Kasih?’

Farina tersengih memandang suaminya.

‘Yalah…kalau tak makan cili, takdelah pedasnya cik abang oi..’

‘Pandai honey yer..tunggulah kat rumah nanti yer..’

Zamri mengenakan isterinya kembali. Farina menarik mukanya.Kasih ketawa saja.Bahagianya mereka..

‘Jangan nak berasmaradana kat bilik Kasih nie..pi main jauh-jauh..Kasih masih under age tau..’

Kasih sengaja menggamatkan suasana.

‘Under age apanya? Boleh jadi mak budak pun.’

Balas Zamri dan disokong oleh Farina.Kasih hanya tersenyum. Memang pun dulu dia hampir menjadi seorang mama tapi hanya didiamkan di dalam hati..Tak ingin membuka kisah lama.Takut akan kembali mengenang kedukaan dulu.

‘Kasih banyak kerja nie.’

‘Sape boss nie cik Kasih….?’

Farina pula mengusik Kasih.

‘Dato’ Imran.’

Serentak mereka tergelak. Zamri turut sama tergelak melihat dua wanita di depannya yang tergelak suka.

‘Oh ya, jangan lupa hadir masa Annual Dinner syarikat nanti..Banyak clients dan suppliers yang dijemput sama tau.Kot-kot kau terjumpa Prince Charming malam tue.’

‘Huh..tak kuasa Kasih nak cari Print cap Charming..Kasih guna cop syarikat jer..’

‘Degil yer..’

Kasih hanya menayang sengih setelah Farina dan Zamri keluar dari biliknya.Syukurlah dia dipertemukan dengan mereka, gelak tawa mereka menghiburkan dirinya.

**

‘Eh, Kasih ingatkan ibu seorang jer.Ada tetamu rupanya.’

Kasih segera menyalami Puan DeLuna.Dilempar senyuman pada Jamal dan Jamil yang tersengih memandangnya yang baru balik dari kerja. Kelihatan dua orang gadis turut sama di situ.Dalam diam Kasih mengukir senyum, mengaku juga mereka ya..

‘Ibu,Kasih nak mandi dulu,nanti Kasih tolong kat dapur.’

Anggukkan Puan DeLuna melegakan Kasih. Takkanlah nak menghadap tetamu dengan pakaian pejabatnya.Dikenyit matanya pada kembar tersebut sebelum berlalu.Selesai saja mandi dan bersiap ,Kasih bergegas ke dapur. Kelihatan Puan DeLuna dibantu oleh Tina dan Yaty.Selalu juga Kasih berjumpa mereka di luar dan mereka agak akrab..

‘Ibu..apa ni nak suruh tetamu buat kerja dapur..Nak testing ker?’Gurau Kasih sambil memeluk mesra lengan Puan DeLuna.

‘Tak malu bermanja depan Tina dan Yaty yer.’

Kasih hanya tersengih.

‘Sayanggg ibu…..’

Rengek Kasih sambil terus memeluk lengan Puan DeLuna.

‘Memang pun Kasih nie manja…kita pun tak bermanja dengan ibu sangat kan Mil?’

Jamal bersuara mengenakan kakak angkat mereka itu setelah Kasih turut menjadi anak angkat Puan DeLuna.

‘A’ah…manja..manja..’

‘Dah..dah..macam budak kecik..Pening Tina dan Yaty tengok.’

Puan DeLuna meleraikan Kasih,Jamal dan Jamil, kalau dibiarkan akan berlarutan la mereka mengusik dan membalas sampai Kasih merajuk.

‘Mil dan Mal la punya pasal..’

Kasih mencebik memandang adik angkatnya yang tergelak dengan gelagatnya itu.Hartina dan Norhayaty hanya tersenyum memandang.

‘Mal,Mil…siapa yang dapat tolong Kasih malam esok?’

Kasih menanya serius sambil memandang dengan harapan ada yang dapat membantunya.

‘Mal boleh jugak…’

Jamal menawarkan diri.

‘Tina tak marah ker?’

Kasih saja mengusik bakal adik iparnya itu.

Hartina hanya tersenyum malu.Jamal tergelak.

‘Pakai lawa-lawa malam esok tau.Syarikat Kasih ada annual dinner kat hotel five star.’

‘Ten star takde ker?’

‘Huh..luku kang.’

Apa nie..aku dah terkena virus ‘luku kang’ Ina dan Zam la nie…..Dalam diam,Kasih tersenyum bahagia dengan hidupnya sekarang.

~SPECIAL APPEARANCES: INTAN FARINA DAN ZAMRI ISKANDAR (E-NOVEL WARNA CINTA KITA)~

Seindah Kasih episod 36

SETAHUN BERLALU….

Pernikahan yang diinginkan oleh Sasha menjadi miliknya jua tapi Rizal makin membeku dan dingin.Hidup sebumbung tapi ibarat orang asing saja lagaknyaMasing-masing punya kehidupan tersendiri.Rizal pula banyak menghabiskan masa di biliknya sendiri. Baginya, nikah itu hanya di atas kertas saja. Bagi Rizal, hanya Kasih yang berada di hatinya,selamanya.

‘Kasih..di mana kau sayang?’

Sejak kehilangan jejak Kasih, Rizal dah menjadi pemurung.Hidupnya diabdikan dengan kerjanya. Sasha langsung tak dihiraukan langsung. Hatinya jijik memandang wajah Sasha apatah lagi nak menyentuhnya. Menyesal tak sudah kerana mengenali Sasha yang bertopengkan wajah cantiknya tapi hatinya pula dipenuhi dengan dendam.

‘Am..apa kau buat nie?’

Sergahan Sasha mengejutkan Rizal yang sedang membelek gambar lama Kasih.Direbut gambar di pegangan Rizal dan dikoyak.

‘Apa kau buat nie Sasha?Hak akulah nak tengok gambar isteri aku!’

Terjegil marah Rizal bila melihat cebisan gambar Kasih yang dikoyak oleh Sasha.Perempuan ini dah gila!

‘Aku nie baru isteri kau!Bukan perempuan keparat tue!’

Jerit Sasha lantang.Rizal hilang sabar dengan perangai angin Sasha yang dirasakan keterlaluan.

‘Pangg…’

Tidak terasa tangannya menjamah pipi Sasha yang jelas terkejut dengan tindakannya.

‘Am..how dare you?’

Sasha menjerit marah.

‘Itu habuan untuk orang seperti kau. Jangan sesekali kau mengatakan Kasih perempuan keparat.’

Rizal memandang tajam muka Sasha yang jelas merah selepas ditamparnya.

‘Huh!Aku takkan lepas Kasih kau tue selagi aku hidup tau.’

‘Kau cabar aku,Sasha?’

‘Ya!’

Baik Sasha mahupun Rizal saling meninggikan suara pada satu sama lain.

‘Aku ceraikan kau dengan talak satu.’

‘How dare you,Rizal Amri!’

Sasha terus keluar dengan mencapai kunci keretanya.Membawa hatinya yang sakit dan mencari Kasih..

‘Kasih,aku takkan lepaskan kau selagi aku hidup.Hahaha..’

**

Rizal yang sedang khusyuk menyelotep kembali gambar Kasih yang dikoyak oleh Sasha sekali lagi terkejut dengan deringan handsetnya yang menjerit minta disambut. Segera ditekan.

‘Hello, Encik Rizal, isteri awak terlibat dengan kemalangan dan sekarang sedang dikejarkan ke hospital.’

Rizal pening.Kasih ker?

‘Maksud saya Puan Sasha.’

‘Oo…’

Talian diputuskan. Rizal masih memandang gambar yang baru dibaikinya itu.Dengan hati yang tidak rela, dia mengambil kunci kereta dan mengunci pintu rumahnya.Kereta dipandu biasa saja menuju ke hospital yang disebut oleh pemanggil tersebut.

‘Encik Rizal?’

Rizal disapa oleh seorang doctor bila saja dia sampai di depan kaunter hospital tersebut.

‘Ya,saya.’

‘Maafkan kami sebab tak dapat menyelamatkan Puan Sasha.Dia mengalami kemalangan yang teruk hingga menyebabkan pendarahan di otaknya..’

Rizal hanya menganggukkan kepalanya.

‘Mayat Puan Sasha boleh dituntut selepas ini.’

Sekali lagi Rizal hanya menganggukkan kepalanya. Dia pun keliru!Entah apa yang dirasanya saat ini, dia sendiri pun tak tahu.Kakinya diatur mengikut langkah doktor tersebut.

**

‘Ishh..kesiannya muda-muda dah meninggal.’

Puan DeLuna mengeluh bila membaca berita tentang kemalangan yang meragut nyawa seorang artis terkemuka semalam.

‘Apa ibu?’

Kasih menanya sambil menuang air oren yang baru dibawa dari dapur.

‘Cuba Kasih baca nie..’

Puan DeLuna menghulurkan suratkhabar pada Kasih.Kasih segera menyambut dan hatinya tersentap.

‘Sasha…’

Turut dimuatkan di situ wajah Rizal yang memaparkan dirinya yang tiada komen apa-apa..Sedihkah dia?Kasih berpura-pura seperti dia tak mengenali wajah yang tertera di situ.

‘Kesian kan, Kasih?’

‘A’ah ibu..Ibu, masuk bilik dulu ya.’

Puan DeLuna menganggukkan kepalanya.Kasih mengatur ke biliknya. Tubuhnya dihempaskan ke katil. Fikirannya menerawang jauh.

‘Abang…..’

Saturday, February 7, 2009

Seindah Kasih episod 35


Kereta dipandu selaju mungkin oleh Rizal, ingin segera pulang ke rumah, bimbang kiranya Kasih mendapat tahu hal tersebut dari mulut orang lain. Sesampainya di rumah, dia melihat kereta Kasih tiada di garaj kereta.

‘Kasih….’

Tergesa-gesa membuka kunci rumah…mencari Kasih namun dia hampa.Tiada Kasih yang menyambut kepulangannya. Berlari ke bilik tidur mereka, namun Kasih tetap juga tiada di situ. Terpusing-pusing dia mencari tapi isterinya tetap juga tiada. Matanya tertancap pada kertas kecil yang terlekat di cermin meja solek Kasih.

Kertas kecil tersebut segera dicapai dan dibaca..

Abang..Kasih tak tahu nak kata apa..Segala keputusan pada tangan abang…Biarlah Kasih mengundur diri kerana kepercayaan Kasih sudah dirobek berkali-kali..hingga payah untuk Kasih mengubatinya lagi..Cuma Kasih nak ingatkan abang satu perkara, saat abang menjatuhkan lafaz nikah kat dia, saat itu juga terjatuhnya lafaz cerai untuk Kasih..Maafkan dan halalkan salah silap Kasih selama ini..

Semoga berbahagia bang,
Nur Kasih.


‘Kasih….sayang,jangan tinggalkan abang…’

Rizal mengongoi lemah.. Air matanya mengalir jua..Bukan ini yang dipintanya..Bukan dia pinta pun..rupa-rupanya dia terjatuh jua di dalam perangkap Sasha.

‘Sayang….’

Rizal menyesali dirinya yang terlalu mudah menghulurkan pertolongan.Sungguh dia ingatkan Sasha benar-benar di dalam kesusahan tapi dia yang menjadi mangsa keadaan.

‘Ya Allah….’

Tersedu-sedu menangis di situ. Tiba-tiba mindanya terfikir sesuatu, bingkas bangun menuju almari pakaian mereka. Hanya pakaiannya di situ, tiada lagi pakaian Kasih..

‘Kasih…kenapa tinggalkan abang,sayang…..’

Terjelepok di situ. Pandangan matanya sarat dengan air mata..

‘Sayang……….’

Langkahnya diatur longlai kea rah katil..memeluk erat bantal yang selalu digunakan Kasih..berharap dapat menghidu haruman isterinya di situ.

**

‘Terima kasih, Mal, Mil..’

Sungguh Kasih berterima kasih dengan pertolongan yang dihulurkan dua beradik itu. Macam tahu-tahu saja dia akan membawa diri, mereka menelefonnya menawarkan tempat tinggal dengan ibu angkat mereka yang berada di Selangor.

‘Terima kasih ya..’

Dipandang Jamal dan Jamil yang memandang kasihan dirinya.Cermin mata hitam yang digunanya dibetulkan seketika. Dia tidak ingin menjadi perhatian orang yang lalu-lalang dengan matanya yang sembap…

‘It’s okay Kasih…’

‘A’ah..Kasih okay tak nie?’

Ditahan air matanya supaya tidak mengalir di depan kembar tersebut. Dia tidak ingin mereka bersimpati dengan nasibnya.

‘Kasih baik-baik saja.’

Baikkah begitu kalau dah ketara sangat tak okay sebenarnya..desis hati Jamal.Sasha memang tak pernah mengalah.Dasar perempuan berhati batu betul!Kesian Kasih…

‘Mil dah telefon ibu tadi..Insyaallah, dia akan melayan Kasih dengan baik. Lagipun ibu keseorangan saja.Jadi, Kasih tak payah seganlah..’

Kasih memandang Jamal dan Jamil bersilih ganti sambil mulutnya terus mengucapkan terima kasih.

‘Kasih ada permintaan, boleh kan?’

‘Apanya?’

Serentak Jamal dan Jamil menanya.

‘Kalau ada sesiapa mencari Kasih, jangan beritahu apa-apa ya?’

Kasih memandang lirih kedua-duanya.

‘Ok..’

‘Kalau macam tue, Kasih minta diri dulu.’

‘Drive carefully…panjatkan doa pada-Nya..Insyaallah Kasih akan tenang kerana berdoa pada-Nya merupakan ubat paling mujarab pada segala musibah ini.’

Kasih mengangguk dengan kata-kata Jamil sebelum melangkah ke keretanya. Berharap dia akan menemui ubat kepada kelukaan ini…

Seindah Kasih episod 34

Kasih terjaga bila matanya terkena cahaya matahari yang mencuri menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya. Perlahan tangannya meraba tempat tidur di sebelahnya,kosong. Kasih segera membuka mata sepenuhnya. Benar!Suaminya tiada di sisinya.

‘Abang…’

Kasih mula mencari suaminya, mana tau Rizal ada di tingkat bawah. Kakinya diatur ke bawah setelah mencuci muka.

‘Abang…oo abang..’

Masih tiada sahutan. Kasih pelik pula, biasanya kalau suaminya ada di rumah, cepat saja menjawab panggilannya.

Bila dia penat mencari kelibat suaminya yang nyata tidak berada di rumah, punggungnya dilabuhkan di depan tv. Segera remote ditekan, mencari rancangan Melodi.Dapatlah dia mengikuti perkembangan dan gossip terkini artis-artis.

‘Layan jelah tv nie sementara tunggu abang balik.’

Tiba-tiba matanya tertancap dengan berita tergempar dan terkini di muka tv. Dunianya kelam! Air liur pun terasa pedas, masam, masin dan sewaktu dengannya bila melihat hot story itu.

‘Artis popular Sasha ditangkap berdua-duaan dengan kekasihnya.’

Pandangan Kasih kelabu dan air matanya mula bertakung di kelopak matanya.

‘Abang…….’

Inikah hal penting yang menyebabkan suaminya tergesa-gesa keluar malam tadi..Oh, Tuhan,,dugaan apakah lagi nie?

‘Ya, kami akan menikah dalam masa terdekat.’

Sasha menjawab dengan muka tidak bersalah apabila disoal oleh wartawan. Rizal pula hanya memandang tepi. Hancur hati Kasih mendengar kalimah tersebut. Air matanya mengalir dengan derasnya. Pandangan sudah kabur dengan air matanya.

‘Sampai hati abang.’

Deringan telefon rumah yang menjerit minta diangkat dibiarkan pada mulanya. Apabila telefon masih berbunyi juga, Kasih menjawab dengan sebak.

‘Kasih, sabar ya nak.’

Suara Puan Izzah di hujung talian menyebakkan lagi hati Kasih.

‘Mama..apa salah Kasih ma?Ada-ada saja yang menimpa hidup dan rumahtangga Kasih..’

Kasih mengongoi sedih. Puan Izzah turut sebak juga.Dia pun hampir pengsan dengan berita tersebut.

‘Sabar Kasih..kita tak tahu cerita sebenar..’

‘Mama, Kasih tak cukup kuat lagi untuk menempuh dugaan ini…mungkin Kasih nak pergi menenangkan diri lepas nie…’

Tangisan Kasih makin menjadi-jadi. Ya, itulah yang terlintas di fikirannta tika ini,dia perlu membawa lara dan duka yang dihadiahkan oleh suaminya.

‘Kasih nak ke mana nie?’

Puan Izzah menanya cemas.

‘Mama jangan risau..pandai-pandailah Kasih mengatur arah kaki..Kasih akan sentiasa informkan mama nanti tapi jangan beritahu abang….Assalamualaikum ma.’

Talian diputuskan. Air mata yang mengalir dibiarkan saja mengalir, kakinya diatur menuju ke bilik tidur dia dan suaminya. Matanya memandang lama bili tidur yang pastinya banyak kenangan di situ. Mulai saat ini, dia tak mungkin memiliki kemanisan itu lagi.

Kakinya menuju almari pakaian dan dikeluarkan pakaiannya. Dipandang baju suaminya seketika, makin laju pula air matanya mengalir.

‘Oh hati..tolonglah tabah.’ pintanya sebak dan tersedu-sedu.

Setelah selesai menyimpan pakaiannya, Kasih sekali memerhati sekelilingnya, mencuba mencari kekuatan namun tiada apa yang mampu menahannya lagi. Langkahnya menuju meja soleknya, dicari memo pad, ditulis sesuatu di situ disertai air matanya.Kemudian, dia melangkah tanpa menoleh lagi..

**

Kereta yang dipandu diberhentikan lagi di tanah perkuburan. Ingin melawat pusara arwah kakak dan anaknya sebelum membawa lara di hati.

‘Akak, acik sudah tak berdaya lagi kak….acik sudah tak berdaya…’

Tersedu-sedu menangis di atas pusara bisu itu. Mata, hidung dan mukanya turut sama memerah ekoran menangis dari tadi.

‘Lepas nie maybe agak lama baru acik singgah di sini lagi kak…’

Air mata dibiarkan mengalir laju. Dia sudah tak terdaya menahannya lagi.

Duduknya dikalihkan menghadap pusara anaknya..

‘Maafkan mama sayang…maafkan mama sebab tak cukup kuat untuk terus hidup bersama papa….’

Hujan rinrik-rintik membasahi bumi seakan turut sama menangis dengannya.

‘Ada masa nanti, mama akan ke sini lagi..’

Seketika menghadiahkan al-fatihah sebelum langkahnya diteruskan. Ingin berlari dan berlari kala ini.

Seindah Kasih episod 33


Seperti biasa hujung minggu Rizal akan menemani isterinya di rumah saja. Kasih pula akan memasak apa saja yang diminta oleh suaminya.

‘Abang nak makan apa hari nie?’

Kasih menanya suaminya yang leka membaca suratkhabar. Rizal memanggungkan kepalanya memandang Kasih yang lengkap berapron sambil memegang sudip di tangannya.

‘Sayang macam tue umpama nak pergi berperang jer?’

Tawa Rizal meletus melihat muka isterinya yang berkerut-kerut itu. Mesti blurlah tue..

‘Apa abang kata?’

Rizal masih tergelak dengan mimik muka Kasih yang tak puas hati.

‘Abang memang nak kena dengan Kasih nie.’

Kasih mara ke depan dan tangannya segera menggeletek suaminya. Itulah kelemahan suaminya itu.Rizal menjerit kegelian.

‘Cup!Cup sayang…Abang tak tahan dah nie..’

Rizal bersuara diselang seli dengan ketawanya, geli sungguh!

‘Itulah nak main-mainkan Kasih lagi.’

Sudip di tangan Kasih terawang-awang sama dengan tangannya yang memberi amaran pada suaminya. Tawa Rizal makin rancak.

‘Abang memang nak kena dengan Kasih nie?’

Sudip di tangan diletakkan di atas meja dan jemari pantas menggeletek Rizal yang tidak menjangka dia akan menggeletek semula.Dua-duanya saling cuba menggeletek sesama sendiri.

‘Abang mana aci…’

Kasih turut sama tertawa bila pinggangnya digeletek oleh Rizal.

‘Acilah macam ini sayang.’

Gelak tawa memenuhi ruang dapur mereka. Akhirnya baik Kasih mahupun Rizal sama kepenatan ketawa. Rizal memeluk isterinya yang masih dengan sisa tawanya.

‘Abang sentiasa sayangkan yang ini.’

Spontan dicuitnya hidung mancung Kasih. Dikucup lembut pipi Kasih yang tersenyum.

‘Kasih tetap percayakan abang walau apa-apa pun terjadi…Kasih harap kasih kita akan begini selamanya bang..Takkan ada yang mampu merobohkannya.’

‘Abang janji sayang.’

‘Yalah tue.’

‘Tak percaya eh?’

Kasih menjungkitkan alis matanya tanda mencabar.Tanpa sempat dia berfikir, mulutnya dikucup lembut oleh Rizal. Lama!

‘Nak lagi ker sayang?’ usik Rizal melihat Kasih yang memerah mukanya. Segera Kasih menggelengkan kepalanya.

‘Abang sayangkan Kasih selamanya…walau ke mana sekalipun Kasih lari, abang akan cari juga..Ingat tue!’

**

Mata Rizal tak berganjak dari menonton tv yang memaparkan perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Chelsea.

‘Abang, dari tadi Kasih dengar handset abang berbunyi, pergilah jawab.’

Kasih bersuara jua setelah keasyikkannya membaca novel terganggu dengan dendangan lagu Linkin Park dari handset suaminya.

‘Abang, dengar tak nie?’

‘Tapi nie saat genting nak tau MU dapat mengoalkan jaringan ke tidak.’

Mata Rizal masih tidak beralih dari tv. Spontan tangan Kasih mencubit pipi suaminya yang kaki bola itu. Rizal segera mengusap pipinya.

‘Yalah, abang nak jawablah nie.’

Rizal angkat dengan malas mencari handsetnya di tingkat atas.Menganggu betul.Matanya tertancap pada handsetnya berbunyi lagi.Segera dijawab.Hanya perkataan ‘ya’ yang dijawab berkali-kali.Segera mencari T-shirtnya dan bergegas mengganti pakaiannya.

‘Sayang, abang keluar dulu. Ada hal penting.’

Kasih memandang hairan namun tetap mengangguk juga. Rizal menghadiahkan kucupun di dahi isterinya sebelum berlalu keluar.

‘Apa pula yang penting time nie?Kan dah pukul 12.30 malam?’

Kasih pelik namun tetap meneruskan pembacaannya yang tergendala.Tak ingin melayan hatinya yang mula syak bukan-bukan..

Seindah Kasih episod 32

Setelah berfikir secara rasionalnya, Jamal memutuskan untuk tidak terlibat dengan perempuan licik tersebut. Dia tidak mahu terus menganiaya Kasih yang tidak bersalah. Hati perempuan tersebut yang penuh dengan dendam yang tak bertepi, kenapa harus menyalahkan orang yang tak bersalah pula! Jamal dah penat berurusan dengan perempuan licik itu.

‘Apahal pula tiba-tiba nak jumpa aku nie?’

Jerkahan di tepinya menyentakkan Jamal dari lamunannya. Wajah bengis di depannya dipandang selamba.

‘Betapa kau pandai berlakon menutup perangai sebenar kau. Hati kau ternyata lebih hitam dari high heel yang kau pakai tue.’desis hati Jamal namun tak diluahkan di bibir.

‘Aku nak pulangkan duit ganjaran nie!’

Perlahan disua duit ganjaran yang langsung tak terusik jumlahnya. Nyata perempuan itu terkejut.

‘Apa pula masalah kau?’

‘Takde apa-apa masalah. Aku tak ingin melibatkan diri lagi dalam permainan kotor kau nie.’

Jamal memandang berani wajah yang jelas marah dengan penolakannya.

‘Oh..pandai menolak sekarang nie.Kau ingat aku akan lepaskan kau ker?’

Jamal hanya mengangkat bahunya sebagai balasan dan mula melangkah menjauhi perempuan licik itu.

‘Jamal, kau tak akan terlepas dari genggaman kau.’

Jerit perempuan tersebut tak puas hati.

‘Bertaubatlah Cik Sasha, takkan selamanya kau nak berdendam atas perkara remeh macam tue. Bukan seorang jer lelaki di dunia ini. Takkan masih tergila-gilakan suami orang pula.’

Jamal tersenyum puas bila akhirnya dia dapat meluahkan rasa di hatinya sebelum berpaling kembali dan meneruskan langkahnya.

‘Cilaka kau Jamal.Tanpa kau pun aku dapat musnahkan perempuan keparat tue.Berambuslah.’

Sasha melepas geramnya dengan menendang kerusi di tepinya. Matanya sarat dengan api dendam terhadap Kasih yang mendapat kasih- sayang suaminya.

‘Jagalah kau Kasih…’

**

‘Sorry, Jamil,Kasih terlambat. Tadi menunggu Pak Mat menghantar mama balik rumah dulu.Eh…’

Kata-kata Kasih termati bila matanya terpandang dua orang Jamil di depannya.Keliru!

‘Aik, aku tak salah tengok rasanya?’soal hatinya.

Spontan jemarinya menggosok mata, takut kalau dia masih mamai pula. Masa Jamil mengajaknya berjumpa, dia sedang sedap tidur di sofa rumahnya.

‘Jamil, ini siapa?’

Alangkah bodohnya soalan yang keluar di mulut Kasih tika itu. Rasanya kanak-kanak kecil pun tau jawapannya.

‘Duduk dululah Kasih. Kenalkan kembar Jamil, Jamal.’

Jamal menghulurkan tangan untuk bersalam. Kasih masih blur namun tangannya tetap dihulur untuk berjabat dengan Jamal.Sungguh dia tak dapat membezakan antara Jamil mahupun Jamal. Kalau dapat pun hanya kerana Jamil memakai T-shirt biru sementara Jamal memakai T-shirt merah.

‘Jamal. Ingat tak masa Kasih menumpangkan Jamal hari tue..Itu bukan Jamil tapi Jamal.’

Jamal menayang sengihnya. Jamil ikut sama mengiyakan.Kasih pula melongo.

‘Betul-betul seiraslah.Boleh keliru, memang keliru pun kalau pandang sekali, dua kali pun masih blur..’

Kata-kata Kasih mengundang kembar di depannya. Sektika dia teringat arwah kakaknya.Betapa dia merindui dia bila ternampak kembar di depannya yang jelas kelihatan akrab.

‘Oh ya, apahal pula Jamil nak jumpa Kasih nie?’

Mata Kasih memandang tepat Jamil. Jamil pula memandang Jamal.

‘Jamil rasa baik Jamal yang bercerita.’

Pandangan Kasih beralih pula ke arah Jamal.Jamal mula bercerita, tiada satu pun yang tertinggal .Kasih melopong. Terkedu.

‘Sampai begitu sekalikah bencinya Sasha padaku?Hanya kerana suamiku yang bernama Rizal Amri, kekasihnya sebelum menikahi aku?’

Kasih bersoal jawab di dalam hati.Berita yang baru disampaikan oleh Jamal menyesakkan nafasnya.Mindanya tidak dapat berfungsi tika ini.

‘Kasih, Jamal nak minta maaf atas segala kelakuan Jamal yang menyebabkan Kasih mungkin tercedera..’

‘Thanks Mal…atas kejujuran Mal nie..Kasih maafkan Mal..’

‘Terima kasih untuk Kasih juga kerana sudi meluangkan masa dan memaafkan Jamal.’

Jamil mencelah. Kasih tersenyum dengan keakraban kembar tersebut.

‘Lepas nie,Kasih berhati-hatilah ya.’

Jamal memperingatkan Kasih.Kasih mengangguk sambil tersenyum.

‘Kawan?’

Serentak Jamal dan Jamil menanya.

‘Kita kawan.’

Kasih membalas dan berterima kasih dengan kejujuran Jamal dan Jamil.Kasih meminta diri untuk pulang, takut Pak Mat menunggu lama di dalam kereta.

‘Akak, alangkah bagusnya kalau kita macam mereka…..’

Kasih menyeru di dalam hatinya sambil melangkah pergi.

Seindah Kasih episod 31

Setelah barang-barang dapur siap dibeli, Kasih bergegas membayarnya. Dia takut terlambat pulang nanti dan tak sempat masak untuk makan tengah hari suaminya. Rizal baru menelefonnya mengatakan hendak makan di rumah tengah ari nanti.

‘Pak Mat, kita ikut jalan singkat ya?’

Pak Mat hanya mengangguk dan memahami kehendak Kasih. Bertuah sungguh Rizal mendapat isteri yang mementingkan makan pakai suaminya itu.

‘Nanti sampaikan salam Kasih kat Mak Mah ya Pak Mat.’

‘Baik Kasih.’

Dendangan lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ nyanyian Aizad memenuhi kereta tersebut. Kasih terleka di dalam alamnya tersendiri.

‘Eh, bukankah itu Jamil?Pak Mat berhenti sekejap.’

Pak Mat segera memperlahankan kereta dan memberi signal berhenti di situ.

‘Jamil, kenapa ini?’

Jamal memandang perempuan di depannya!Arggh, not her! Inilah perempuan yang hampir dilanggarnya dulu tapi diselamatkan kembarnya, Jamil. Mesti perempuan ini ingat dia adalah Jamil.Kenapa mesti dia dipertemukan dengan perempuan nie?

‘Kereta nie buat hal, entah kenapa?’

Jamal terus berlakon kiranya dia adalah Jamil. Lagipun mereka kembar seiras, tiada siapa dapat membezakan mereka kecuali jika benar-benar dah kenal lama.

‘Oh ya ka?Nak pergi mana nie, Kasih boleh tolong tumpangkan.’

Kasih mempelawa Jamil di depannya. Apa salahnya dia membalas budi kali ini.

‘Jalan Permatang Pauh.’

‘Kalau macam tue, Jamil tumpangla kereta Kasih, lagi pun sama arah dengan Kasih.’

Kasih tersenyum memandang Jamil yang segan dengannya.Jamal pula menelan air liurnya, kenapalah perempuan ini baik hati betul. Takkanlah dia tak sedar aku yang hampir meragut nyawanya dengan hampir melanggar dirinya.

‘Tak mengapalah Kasih.’

‘Apa salahnya Kasih pula membalas budi Jamil kan?’

Akhirnya Jamal mengalah dan menaiki kereta Kasih.Pak Mat hanya mendiamkan diri.Seketika mereka berbual-bual sesame sendiri sebelum Jamal minta diberhentikan di depan stesen bas.

‘Betul Jamil nak berhenti sini?’

Kasih menanya lagi.Jamal tersenyum.

‘Nanti kawan Jamil ambil kat sini. Terima kasih Kasih.’

‘Kalau macam tu, Kasih minta diri dulu ya.’

Jamal menganggukkan kepalanya dan memandang kereta yang dinaiki Kasih berlalu pergi. Dia perempuan yang baik tapi kenapa perempuan licik tue tak puas hati?Huh, boleh migraine aku kalau macam ni..

**

Jamil memerhatikan tabiat abang kembarnya yang termenung sejak balik dari keluar tadi.Macam orang yang menanggung beban yang berat jer..

‘Apahal nie Mal?Semacam jer Mil tengok?’

Jamal memandang Jamil yang duduk di tepinya tapi dia pun tak sedar sejak bila Jamil duduk di situ.

‘Takde apa-apalah Mil..saja jer nak macam nie.’

‘Tak percayalah..macamlah Mil baru kenal Mal hari nie?’

‘Mil, andai kata Mil telah melakukan sesuatu yang tidak baik kat seseorang yang tak bersalah…lepas dia pula yang menolong Mil tanpa menyedari niat tak baik Mil kat dia..’

Jamal memandang Jamil yang diam mendengar kata-katanya.

‘Maybe balas balik pertolongan dia..adatlah kalau menolong orang dalam kesusahan dan saling berbalas budi..Kenapa Mal tanya soalan pelik nie?’

Jamil memandang Jamal hairan.

‘Tanya jer la..bukan ada maksud apa-apa pun..Don’t worry,ok?’

‘Mil nak mandi dululah kalau macam tue.’

Jamal kembali berfikir. Menimbang kata-kata Jamil.Kasih, apakah harus ku lukai dirimu sekali lagi demi perempuan licik itu? Kepala Jamal sudah berat dengan suara-suara yang menghasutnya untuk meneruskan rancangan. Tapi akalnya pula membantah keras..

‘Arghhh…’


Cepat tua lah aku banyak fikir macam nie..uban pun tumbuh cepat..ade ker?hehe..

Seindah Kasih episod 30

‘Kenapa abang bawa Kasih makan di sini?’

Kasih menanya bila kaki mereka melangkah masuk ke dalam Restoran Seruling Senja itu.

‘Abang nak imbas kembali saat kita mula keluar bersama..Abang rindukan gelak tawa Kasih abang yang ceria dulu..yang suka ketawa dengan gurauan abang..’

Kasih terdiam dengan ayat yang keluar dari mulut Rizal..Benarkah dirinya terlampau berubah sekarang?

‘Kasih minta maaf kalau abang tak selesa dengan Kasih sekarang nie.’

‘Apa pula tak selesa sayang…Sayang macam nie pun sebab abang juga..Mungkin inilah bayaran kepada sikap pemarah abang tue.’

Tempat duduk yang ditempah Rizal juga merupakan tempat favourite Kasih. Memang Rizal ingin menyedarkan Kasih secara halus dan lembut, tak ingin memaksa. Biarlah Kasih sendiri yang berubah menjadi dirinya semula.

‘Thanks bang..Kasih suka sangat dengan keadaan di sini.’

‘Hai,Kasih…eh, Am pun ada juga.’

Satu suara berlemak manis menyapa mereka. Argghhh, apa pula Sasha nie buat kat sini, getus hati Rizal. Dia risau kalau ini akan menambah duka di hati Kasih di depannya.

‘Assalamualaikum Sasha,duduklah.’

Kasih mempelawa dengan senyuman. Sasha menjerit sakit hati melihat senyuman Kasih yang seakan-akan memperlinya.Huh!

‘I ada dengar berita kehilangan anak you all…takziah.’

Sasha tayang muka kesiannya sedangkan di dalam hati melompat suka. At least, tiadalah zuriat Rizal yang dilahirkan oleh Kasih.

‘Terima kasih atas sikap prihatin Sasha. Takde shooting ker hari nie?’

Rizal menanya acuh tak acuh. Mengacau daun betul minah nie. Apalagi dia nak nie?Janganlah Kasih fikir bukan-bukan!

‘Ai, macam menghalau jer nie.’

Sasha cuba bergurau bila melihat wajah kelat Rizal memandangnya. Kasih hanya mendiamkan diri sambil memerhati Rizal yang jelas tidak senang dengan kehadiran Sasha.Oh hati, janganlah fikir yang bukan-bukan!

‘Okaylah Kasih..I’ve got to go..’

Sasha melempar senyuman plastiknya sebelum melenggang pergi. Rizal menghembus nafas kelegaan melihat Sasha pergi.

‘Sayang nak makan apa?’

‘Ikut suka abang la..’

Kemudiannya meja mereka diselubungi sunyi. Baik Kasih mahu pun Rizal melayan fikiran masing-masing. Malam yang diharapkan akan menjernihkan hubungan mereka akhirnya berlalu begitu saja.

**

‘Aku nak jumpa kau.Sekarang juga kat tempat biasa.’

Jamal merungut dengan arahan yang baru diterimanya.Perempuan ini memang menyusahakan hidup aku aje. Kenapalah aku boleh terlibat dengan perempuan licik ini?’

Namun dah terlewat untuk dia berkata ‘tidak’. Segalanya sudah tak boleh diundur lagi.

Kereta dipandu ke tempat biasa di mana dia akan bertemu dengan perempuan tersebut.

‘Kau ni memang tak pernah tepati masa kan?’

Sergahan perempuan tersebut mengejutkan Jamal. Ish, dia ingat boleh terbang ker kereta aku nie, dahlah sekarang time ramai orang, mestilah sesak..Jamal menggaru kepalanya walaupun tidak gatal.

‘Maafkan saya.’

‘Huh, maaf..maaf!Bosan aku dengar.’

‘Ada apa-apa lagi ker?’

Jamal menanya tanpa berselindung. Kalau berlama-lama dia pula yang akan menjadi pekak mungkin dengan jerkahan dan sergahan perempuan nie.Harap jer muka lawa tapi perangai mengalahkan evil. Menyesal bersetuju dengan dia dulu.

‘Kau baca nie, lepas tue aku akan bagitau masa yang sesuai untuk kau bertindak. Ingat jangan kau nak lebih-lebih pula.’

Terjegil matanya memberi amaran kepada Jamal.

‘Okay.’

‘Nah, duit pampasan untuk kau.Aku blah dulu.’

Jamal menghela nafas selepas perempuan yang penuh dengan dendam tersebut berlalu.Menyesalnya!Menyesal aku terlibat dengan perempuan ini. Duit di depan mata dipandang tanpa nafsu.Arghh, dia menjerit dalam hati!

Friday, February 6, 2009

Seindah Kasih episod 29

Kebanyakkan masanya dihabiskan menghadap pakaian bayi yang sudah dibelinya tak pun duduk di beranda rumah dan termenung di situ.Rizal pula hanya mengikut rentak isterinya yang masih tak dapat menerima kenyataan tersebut. Namun begitu, tidak pula mendengar Kasih menyalahkan dirinya. Kasih hanya tersenyum saja setiap kali dia menyalahkan dirinya atas kehilangan anaknya itu.

Jiwa Kasih seakan turut sama mati dengan meninggalnya si kecil yang telah dikandungnya selama lapan bulan itu. Perlahan tangannya mengusap perut yang sudah kembali seperti biasa. Tidak berisi seperti sebelum ini. Air matanya menitik sayu lagi.Kasih, tabahlah…

‘Akak, alangkah bestnya kalau akak masih dapat menemani acik tika ini..’

Teringat arwah kakak kembarnya menyebabkan dirinya makin dilanda sebak. Langkah kaki di arah ke bilik tidur dia dan suaminya. Membaringkan diri di atas katil sambil air mata yang terus mengalir perlahan, dibiarkan begitu saja. Air matanya terus mengalir bila teringat gambar-gambar suaminya dengan Sasha.Dipejamkan matanya bila mendengar derap kaki yang menuju bilik tersebut.

‘Kasih….’

Ayat Rizal termati bila melihat isterinya yang tengah tidur. Punggungnya didudukkan di tepi Kasih yang terlena.Dikucup dahi isterinya dengan penuh kasih-sayang.

‘Maafkan abang ya sayang.Abang tak bermaksud nak menyebabkan kita kehilangan anak kita. Abang lebih rela memilih sayang bila disuruh memilih antara dua. Kita masih ada peluang memiliki anak semula, tapi kalau kehilangan sayang, di mana abang nak cari ganti lagi…

Jemari halus Kasih dielus perlahan. Air mata Kasih mengalir lagi di sebalik mata yang tertutup. Sedarlah Rizal bahawa isterinya tidak tidur, hanya memejamkan matanya.Diusap air mata Kasih dengan penuh kasih-sayang.

‘Betulkah abang tak dapat mencari ganti Kasih andai Kasih yang pergi dulu?’

Kasih menanya suaminya dengan lirih dengan mata yang terpejam. Habis, siapakah Sasha padamu sebenarnya, bang? Bisik hatinya namun tak terluah di bibir..

‘Abang tak suka Kasih tanya macam tue..Kasih tak akan pernah ada gantinya di hati abang…’

‘Abang…Kasih nak tanya sesuatu, boleh?’

Rizal memandang pelik isterinya itu. Sejak bila pula bertanya dengan meminta izin dulu dengannya..Keningnya berkerut-kerut memandang Kasih yang tersenyum hambar padanya.


‘Abang betul-betul cintakan Kasih ker?’

Seketika Rizal terpana dengan soalan Kasih, tak pernah rasanya Kasih bertanya bukan-bukan padanya. Memang pelik.

‘Kalau abang keberatan, Kasih tak paksa abang memberikan jawapan. Kasih akan sentiasa percayakan abang walau apapun kelakuan abang di luar jangkauan Kasih..Selagi Kasih masih mampu bertahan, selagi itulah Kasih mempertahankan kasih dan rumahtangga kita. Kasih percayakan abang, jangan abang sesekali lupa tentang itu.’

Tangan suaminya digenggam erat dan dikucup perlahan.

‘Abang, ketahuilah betapa Kasih berperang dengan perasaan sendiri tika ini.Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya hati Kasih saat ini.’Getusnya di dalam hati.

‘Kasih, abang pun sayangkan Kasih, selamanya. Abang benar-benar minta maaf dengan kelakuan abang hari tue..Abang janji takkan ulangi lagi.’

Rizal siap mengangkat tangan kanannya seolah-olah bersumpah pula.Kasih menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Kenapa sayang menggeleng pula?’

‘Abang jangan berjanji dengan Kasih. Janji itu akan membuat Kasih sakit di dalam ini kalau janji tersebut dimungkiri.’

Jemarinya diletakkan ke dada. Bukan dada nya yang sakit tapi hatinya. Sakit yang tak ternampak oleh pandangan kasar.

‘Abang janji sayang.’

Rizal memeluk isterinya erat dan Kasih hanya membiarkan saja pelukan di badannya. Biarlah hanya dia yang menahan derita di hati demi mempertahankan rumahtangga dan kebahagiaan papa dan mamanya. Dia rela menjadi lilin, terbakar demi kebahagiaan dan senyuman di bibir insan yang menyayanginya. Sampai bila? Kasih pun tak tahu..

‘Terima kasih bang…’

‘Sama-sama kasih sayang.’

‘Abang nak makan apa malam nie?’

Kasih menolak lembut badan suaminya. Rizal menurut saja dan tersenyum.

‘Abang ingat kita makan luar malam ini..Lama dah kita tak makan luar kan?’

‘Kalau macam tue abang mandi dululah..’

‘Sayang tunggu abang bersiap dulu, okay.’

Kasih hanya mengangguk dan mengambil tuala mandi buat suaminya.Walaupun hatinya sakit tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri tak pernah diabaikannya.

Seindah Kasih episod 28

Setelah agak lama duduk dalam kereta,Rizal masih menanti kalau-kalau Kasih muncul di muka pintu dan melihatnya di dalam kereta. Namun, bayang isterinya itu tidak jua kelihatan membuatkan nya sedikit risau juga. Pantas pintu kereta dibuka dan langkahnya diorak pantas menuju ke dalam rumah.

‘Kasih! Ka………’

Jeritannya terhenti bila mana matanya tertancap pada sekujur tubuh isterinya yang tak sedarkan diri .Secepat itu dia memangku isterinya,merasa denyutan nadi Kasih yang tak sedarkan.Terasa ada cecair yang terkena sentuh oleh tangannya. Dipandang dan dia terkejut bila cecair merah yang melekat di situ. Hatinya dipalu resah, bimbang andai sesuatu terjadi dan dia tak dapat nak menzahirkan dengan kata-kata.

‘Kasih, sedarlah sayang..maafkan abang.’

Rizal mencuba menyedarkan isterinya yang hanya kaku di dakapannya.Tubuh Kasih terus didukung dan dibawa ke kereta. Baju kemeja putihnya turut terpalit darah isterinya tidak dipedulikan langsung. Kereta segera dipandu laju tanpa berfikir dua tiga kali.

‘Sayang, buka mata please..i’m so sorry.’

Rizal terus-terusan mencuba menyedarkan isterinya sambil tangannya ligat memutar stereng keretanya. Kereta dipandu selaju mungkin, ingin mendapatkan hospital terdekat sekali. Dalam diam, dia kesal dengan tindakannya memarahi isterinya yang tengah sarat pregnant itu.

‘Sayang please…bukalah mata.Jangan menakutkan abang…’

Tangannya sekali sekala memegang Kasih yang dibaringkan di seat belakang kereta. Kerisauan di hatinya memaksa dia memandu selaju mungkin, jika ada kuasa seperti dalam movie, dah lama dia terbang untuk membawa isterinya ke hospital.

‘Sayang..bertahanlah!Demi anak kita…’

‘Woi,ingat jalan raya nie jalan kau saja ker!’

Jerkahan pemandu di tepinya tidak diendahkan. Tak lama lagi dia akan sampai di hospital yang terdekat.

‘Sayang..jangan tinggalkan abang.’

Setitis air mata lelakinya menitik jua. Hatinya digaru rasa bersalah yang teramat sangat melihat isterinya yang langsung tidak memberikan respon dengan kata-katanya sedangkan selama ini, Kasihlah yang sentiasa melayan percakapannya walaupun moody sekalipun.

‘Sayanggg…..’


**

Rizal mundar-mandir di depan emergency room, menanti Kasih yang dimasukkan di situ. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar isteri anaknya selamat. Kekuarganya pula dalam perjalanan ke hospital. Sekejap berdiri, sekejap duduk, sekejap dia mencuba menilik kalau-kalau dapat melihat isterinya.

‘Sayang..maafkan abang…’

‘Am…Kasih macam mana?’

Puan Izzah terus menerjah menantunya yang jelas keresahan itu bila tiba di sisi Rizal.

‘Kasih masih di dalam mama.’

‘Macam mana boleh jatuh nie?’

Encik Amir menanya Rizal yang mundar-mandir di depan mereka.

‘Am dan Kasih bergaduh ker?’

Papanya pula menyoal dengan merenung Rizal yang masih mendiamkan diri. Takkanlah menantu kesayangannya itu boleh secuai itu. Setahunya, Kasih sangat berhati-hati dengan kandungannya.

‘Am pun tak sedar Kasih terjatuh papa.

Rizal mengutuk dan menyalahkan dirinya sendiri dalam diam. Semuanya berpunca daripanya sendiri. Terlampau terbawa-bawa dengan emosi marahnya.Akhirnya isteri dan anak yang bakal lahir menjadi mangsa. Namun, nasi sudah menjadi bubur.

‘Sama-samalah kita berdoa Kasih dan kandungannya selamat.’

Puan Izzah bertindak menjernihkan suasana yang tegang. Muka masing-masing terpamer keresahan. Dia sebagai ibu lagilah terasa gundah, namun cuba ditahan untuk menenangkan Rizal yang gelisah.

Rizal hanya memandang sepi pintu yang masih tak dibuka sejak Kasih dimasukkan ke situ.Saat matanya menangkap kelibat Dr. Imran, dia segera menerpa.

‘Doktor, macam mana isteri saya?’

‘Awak suami Puan Kasih ker?Come to my office, I have something to discuss with you.’

Anggukan Encik Amir dan papanya mengizinkan dituruti. Segera menuruti langkah Dr. Imran.

‘Buat masa ini isteri Encik Rizal dalam keadaan kritikal dan kondisi badannya sangat lemah. Sekarang ini, jalan terakhir yang kita ada adalah menyelamatkan salah seorang saja. Sama ada Puan Kasih atau anak yang dikandung.’

Seketika alam di sekelilingnya seakan terhenti dan kaku. Kepalanya ibarat dihempap oleh batu yang tak terhitung beratnya. Pilih antara dua?Apakah pilihan yang dia ada?Kemarahannya membawanya ke jalan buntu…memilih bukan jalan yang dia hendak pun. Dua-duanya bererti buat dirinya. Tapi…dia tiada pilihan lagi melainkan memilih satu antara dua……

Thursday, February 5, 2009

Seindah Kasih episod 27

‘Terima kasih ya Jamil.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak tadi.’

Tak putus-putus Kasih mengucap terima kasih kepada Jamil yang tersenyum di depannya.

‘Takpelah Kasih, adatlah kalau menolong orang dalam kesusahan tue.’

‘Pak cik pun berterima kasih banyak-banyak nak.’

Encik Amir juga turut mengucapkan terima kasih pada Jamil yang menyelamatkan Kasih.Syukurlah Kasih dan kandungannya selamat!

‘Jemput minum Jamil.’

Puan Izzah menyua segelas lemon ice dan segera disambut oleh Jamil.Dia berasa selesa dengan family Kasih yang ramah dengannya.

‘Terima kasih mak cik.’

Seketika mereka berbual-bual kosong. Kasih pula entah berapa kali mengucapkan terima kasih dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Jamil.

‘Nampaknya saya kena balik dululah mak cik, pak cik, Kasih..’

Jamil memandang jam di tangannya.Dia sudah terlewat sedangkan sebelum keluar rumah tadi dia berjanji keluar sekejap saja.

‘Lain kali datanglah lagi Jamil.Drive baik-baik ya.’

Encik Amir mengiringi Jamil ke keretanya.Kasih mengekori papanya dan Jamil dari belakang sambil memegang punggungnya.Kandungannya yang makin membesar menyebabkan pergerakannya agak terbatas.

‘Terima kasih ya Jamil.Hanya Tuhan yang dapat membalas budi awak.Drive carefully.’

Jamil tersenyum memandang Kasih yang nampak sudah agak sarat kandungannya.Kasih membalas senyuman Jamil. Setelah bersalaman dengan Encik Amir, Jamil menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.

**

Rizal Amri melangkah dengan muka masam ke dalam rumah. Kasih yang tersenyum di muka pintu tidak dipedulikan langsung malah tangan yang dihulurkan untuk bersalam pun tidak disambut oleh Rizal Amri.

Kasih menuruti langkah suaminya yang kelihatan moody.Mungkin dia letih dengan kerjanya, bisik hatinya.Selebihnya untuk menenangkan dirinya sendiri juga. Kasih mencuba untuk bertahan seperti tiada apa-apa yang merunsingkan dirinya.Oh hati,tabahlah dirimu!!

‘Abang, nak minum tak?’

Kasih masih berusaha untuk menanya suaminya yang jelas acuh tak acuh memandang dirinya.

‘Kasih buatkan lemon ice ya bang.’

‘Kenapa Kasih tak bagitau abang pasal kemalangan tue?’

Tersentak Kasih dengan kemarahan Rizal Amri malah meninggikan suara dengannya. Seumur hidupnya tak pernah lagi dia ditengking sebegitu.

‘Bukan begitu bang..’

‘Bukan apa?Mentang-mentang lelaki yang menyelamatkan Kasih..Kasih sukalah begitu,bukan?’

Terjegil mata Rizal Amri memandang Kasih yang terkaku di depannya. Saat ini dia memang sakit hati mendengar berita Kasih yang hampir kemalangan tapi tidak memberitahunya pun. Betapa dia rushing drive balik ke sini tapi Kasih sedikit pun tidak membuka mulut menelefonnya.

‘Abang kan sibuk..Kasih ingat…’

‘Ingat apa?Memandai je.’

Sindiran tajam Rizal Amri memintas ayat Kasih membuatkan Kasih memalingkan mukanya, lebih kepada menenangkan dirinya sendiri. Kasih menarik nafasnya dalam-dalam dan dihembus perlahan.Kemudian, dipaling mukanya semula menghadap Rizal Amri yang yang memandangnya seolah-olah ingin menelannya.Bukan dia tak nak menelefon suaminya itu tapi dia tahu betapa suaminya pentingkan kerjanya.

‘Kasih minta maaf kalau…’

‘Kalau apa? Kalau ada kesan kat baby, siapa nak bertanggungjawab?’

‘Kasih pun tak minta begitu..’

Sebak mula bertamu. Air mata yang ditahan mengalir jua.Amri menjeling marah.

‘Sikit-sikit menangis…itulah perempuan memang suka berendam air mata. Menyesakkan mata jer tengok.’

Saat itu juga Rizal Amri melangkah keluar rumah meninggalkan Kasih yang terpinga-pinga dengan sikapnya.

‘Abang…’

Kasih menjerit nyaring bila dia jatuh terduduk di lantai yang masih belum kering selepas di mopnya tadi.Hajatnya ingin mengejar suaminya terhenti di situ.Perlahan Kasih merasa kesakitan mula menjalar di pinggang nya.

‘Ya Allah,selamatkanlah kandunganku..’

Itu yang sempat disebutnya bila kesakitan makin menjalar dan akhirnya dia longlai di situ. Dunianya gelap!

Tuesday, January 13, 2009

Seindah Kasih episod 26

Lama Kasih berteleku di pusara arwah Qazrina.Melepaskan tekanan dan segala bebanan hatinya di situ.Teresak-esak di situ. Pak Mat yang menemankan nya hanya memandang sayu dari jauh.Kasih tidak membenarkan dia mengikut nya sama,menyuruhnya menanti di kereta.

'Akak..balasan apakah ini?'

Tangisannya Kasih makin menjadi-jadi.Air matanya mengalir laju dan jatuh menitik di pusara arwah Qazrina.

'Apa salah Acik..Akak, apa salah Acik sampai dia buat begitu..'

Kasih meluah dan meluah di pusara bisu tak mampu berkata-kata.Hanya sepoi-sepoi angin mengelus mukanya seperti ingin memujuknya.Bukan hanya matanya memerah tapi sekali dengan hidungnya.Jelas kebasahan lantaran terlampau banyak menangis dari malam tadi.Hatinya hancur..namun, akalnya menenangkan mungkin ada cerita lain disebalik gambar tersebut.Ya,gambar suaminya yang kelihatan mesra dengan seorang gadis yang amat dikenalinya.Dunianya seakan kelam dan masa seakan berhenti bila dia melihat gambar-gambar tersebut.Suaminya yang memeluk lembut gadis tersebut yang jelas kelihatan lemah di sebelahnya.Ya Allah, apakah maksudnya semua ini?

Rintik-rintik hujan menyedarkan Kasih supaya tidak terus berteleku di pusara arwah Qazrina.Cermin mata hitamnya disarung kembali bagi mengelakkan Pak Mat menyedari matanya yang sembap dan memerah itu.

************************************************

Pak Mat tekun memandu kereta sementara Kasih hanya memandang keluar kereta dengan fikiran yang kosong dan kosong.

'Kasih, Kasih baik-baik saja kan?'

Suara Pak Mat mengejutkan Kasih.Spontan dia memandang Pak Mat di sebelahnya.

'Kasih baik Pak Mat.'

'Pak Mat risau tengok diam jer dari tadi.Kasih ada masalah ker?'

'Takde la Pak Mat.Sungguh!'

Beria-ia Kasih menyakinkan Pak Mat.Takkanlah dia nak menceritakan hal rumahtangganya pada orang lain walaupun familynya sendiri.

'Setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya Kasih,tawakal dan sujudlah pada-Nya.Kiranya itulah ubat paling mujarab untuk mengubat gundah di hati.'

Kasih hanya menundukkan wajahnya.Tidak ingin menangis lagi.

'Kasih nak Pak Mat bagitau mama Kasih?'

'Tak payahlah Pak Mat.Kasih tahulah uruskan apa yang patut.'

'Betul nie?'

'Oh ya, Pak Mat.Nanti Kasih nak singgah Maybank sekejap.'

Kasih segera menukar topik,tak ingin menambah lara di hati,takut andainya dia menangis di depan Pak Mat dan sampai ke pengetahuan mama dan papanya.Tanpa menyedari, ada yang mengekori kereta mereka sejak dari tanah perkuburan tadi.

********************************************

'Pak Mat tunggu sini ya.'

Kasih mengatur langkah menuju mesin ATM Maybank.Setelah yakin tiada kereta, segera melangkah laju ke arah Maybank yang bertentangan dengan tempat letak kereta.Deruman kereta yang jelas laju di pendengaran Kasih mematikan langkahnya. Dia memandang dan terpaku di tengah-tengah jalan raya tanpa mampu melangkah apatah lagi mengelak.

'Kasih.'

Teriakan Pak Mat memenuhi kawasan tersebut.Tiba-tiba ada tangan yang memeluk tubuhnya dan menariknya ke tepi jalan.Kasih masih terpaku dan mematung.Tidak percaya apa yang berlaku depan mata.Serasa nyawanya melayang!Badannya yang digoncang-goncang mengejutkannya.

'Puan ok tak?'

'Kasih ok tak ni?'

Soalan Pak Mat dan lelaki yang memyelamatkannya dibalas dengan senyuman yang pastinya tawar.Dia masih kaku!Kalaulah ditakdirkan dia dilanggar tadi, macam mana nasib kandungannya itu..

'Cilaka!'

Jamal menjerit geram di dalam keretanya.Geram sebab sasarannya hampir saja kena habuan tadi.Lagi cepat dia menunaikan kerja tersebut, lagi cepatlah dia mendapat duit ganjarannya.Keretanya diberhentikan tidak jauh dari tempat Kasih yang dikerumuni.Langkahnya diatur ke situ, ingin mengetahui situasi dan keadaan Kasih.

'Apa?'

Jamal segera menutup mulut.Mana dia tak terjerit bila melihat abang kembarnya di situ.Rupa-rupanya hero yang menyelamatkan Kasih adalah Jamil.Jamal segera berlalu sebelum Jamil perasan akan kehadirannya.Jamil yang baru keluar dari hospital tidak berada dalam jangkaan nya akan keluar dari rumah mereka.

'Huh..penat jer aku buat planning.Takpe lain kali mesti berjaya punya.'

Disepaknya kuat tayar keretanya sebelum memecut pergi.

Seindah Kasih episod 25

Kasih sendiri lagi di rumah tersebut bila suaminya outstation ke Melaka. Dia kebosanan tiada teman bicara apatah lagi suaminya kebelakangan ini lebih suka menyendiri dan berdiam saja.Biarpun begitu, Rizal masih menunjukkan sikap ambil beratnya terhadap Kasih dan anak dalam kandungannya.

Perlahan Kasih menyelongkar album lama gambarnya.Dibelek satu-persatu, air matanya jatuh menelusuri pipi. Sebak!Memang dia kelihatan tabah dan ceria pada penglihatan suami dan ahli keluarganya yang lain tapi hanya Dia yang tahu..hanya Dia yang mengerti betapa dia lemah dan merindui arwah kakak kembarnya.

‘Akak, Acik rindu..tiada lagi tempat Acik mengadu dan bermanja.Acik rinduuu.’

Air mata yang berguguran dibiarkan mengalir lesu.Dikucupnya lembut gambarnya bersama arwah Qazrina.

‘Akak,abang dah makin berubah..Acik tak tahu di mana silapnya Acik..Akak, betulkah tindakan Acik bersama dengannya??Acik tahu mungkin dia tak mampu menolak perkahwinan ini demi orang tua kita.’

Kasih melepas bebanannya pada gambar di depannya seakan-akan gambar itu dapat mendengar luahannya.

‘Akak..tolong Acik kak..’

Sendunya bertamu di ruang tidur dia dan Rizal.Deringan telefon rumah yang berulangkali berbunyi di tingkat bawah menghentikan tangisannya.Perlahan mengatur langkah ke tingkat bawah untuk mendapatkan telefon yang berbunyi.Salam segera dihulur.

‘Kasih,kenapa lambat sangat angkat telefon ini?Mana Kasih pergi ini?’

Agak kasar suara Rizal di hujung talian menyebabkan air matanya ingin meleleh semula.Diketap bibirnya untuk menahan tangisan supaya tak meletus di pendengaran Rizal.

‘Sorry bang,Kasih kat tingkat atas tadi.’

Sedaya upaya Kasih mengubah intonasi suaranya supaya tidak ketara bunyi serak selepas menangis.

‘Kenapa ini?Kasih demam ker?’

Rizal bertanya laju bila mendengar suara isterinya yang serak-serak seperti selsema jer bunyinya.

‘Takde bang..Kasih ok jer..Lama lagi ker abang kat sana?’

‘Mungkin hujung minggu baru abang balik..Jaga diri ya sayang.’

Rizal sedar betapa dia mengabaikan isterinya yang sedang mengandung. Tetapi, Sasha yang saban hari menganggunya menyebabkan dirinya berubah dan arghh,sungguh dia tak tahu apa yang harus dilakukannya?

‘Abang pun jaga kesihatan walau sibuk macam mana pun.Kasih sayangkan abang.Assalamualaikum.’

Gagang diletakkan.Rizal terpana,isterinya bukan jenis yang senang mengucapkan kata sayang dan cinta sebab katanya, biarlah hati yang berbicara dan mentafsir melalui layanan dan perlakuan..baginya, ayat tersebut harus diucapkan bila tiba masa yang sesuai.Aneh?Kenapa ya?

*****************************************************


Kasih memandang kosong tv di depannya, tiada apa yang menarik perhatiannya di situ. Malam sudah menjelma tapi dia masih juga duduk di ruang tamu rumahnya tanpa berbuat apa-apa.Fikirannya kusut.

‘Ish, siapalah yang menganggu aku nie?’

Kasih merungut bila kedengaran bunyi hon di luar pagar rumahnya. Nak tak nak jer dia mengatur langkah ke situ.

‘Puan Kasih?’

Kelihatan seseorang lelaki berdiri di tepi keretanya, namun wajahnya tidak dapat dikecam oleh Kasih memandangkan agak gelap di situ.

‘Haa, saya.’

‘Ini ada bungkusan untuk Puan.’

Terjungkit alis mata Kasih!Hairan.

‘Daripada siapa?’

‘Jangan banyak soal.Nah!’

Secepat itu, lelaki itu memasuki keretanya dan memecut pergi meninggalkan Kasih yang masih bingung dan penuh tanda tanya.Setelah tersedar dia berdiri lama di situ,Kasih segera masuk dan mengunci pagar rumahnya.


*************************************************************

Jam di dinding dipandang lama tapi matanya tetap jua degil dan terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing. Saat matanya hinggap pada bungkusan yang diberi lelaki tak dikenalinya timbul rasa ingin tahunya.Dicapainya bungkusan tersebut dan dikoyak pembalutnya.

‘Agak-agaknya apa dalam ini?Jangan bom,sudahlah.’

Kasih tergelak dengan kata-katanya sendiri.Dibelek-beleknya dan terjatuh beberapa keping gambar ke lantai. Tangannya di hulur hendak mengambil gambar-gambar tersebut namun terhenti bila dia terasa nak minum air pulak.

‘Nantilah’,bisiknya sambil mengatur langkah ke tingkat bawah, semestinya ke dapur.Perlahan tangannya mengusap kandungannya.

'Anak ibu haus ya.'

Senyuman terukir di bibir Kasih.Bahagia!Serasa dia ditemani.Ada kekuatan baginya untuk terus tabah.

Monday, January 12, 2009

Seindah Kasih episod 24

Keasyikkan dalam meneliti kerjanya, Rizal terlupa memandang jam di tangannya, terlupa janjinya nak membelikan isterinya apam balik yang dijual di gerai Pak Adul. Dia langsung tak terangkat dari kerusi yang didudukinya.Ketukan di pintu biliknya mengejutkannya.

'Encik Rizal, belum balikkah?

Setiausahanya menanya dari muka pintu sambil di bahunya tersandang handbag yang senada dengan blouse yang digunanya.Rizal memandang jam, patutlah...dah time balik kerja rupanya.

'You balik dululah..nanti I balik kalau kerja I dah siap.'

Rizal kembali menghadap komputernya, jemarinya kembali bermain dengan keyboard komputernya.Sekali lagi jemari nya terhenti menaip bila deringan handsetnya berbunyi.Dicapai tanpa melihat siapa pemanggil di hujung talian.

'Am..I nie.'

Sasha?Terangkat kepala Rizal.

'Am..tolong I,please..'

Lemah nada Sasha di hujung sana membuatkan Rizal berfikir antara dua..dia nie betul-betul ker main-main?

'You ni kenapa?'

'Kereta I pancit nie..Tak tau nak hubungi siapa.So, I cari you la..'

Sasha menguntum senyum dengan nada suara yang dibuat cemas dan agak takut-takut.Memang patutlah dia bergelar pelakon.

'You nak I buat apa?'

'Tolong I Am..seram semacam jer tempat nie.Pleaseee...'

Sengaja dia merayu-rayu Rizal kerana dia tahu Rizal akan tunduk dengan rengekannya.

'Ok..ok...you bagitau kat mana you sekarang nie?Nanti I ke sana.'

Kata putus diberi oleh Rizal.Mungkin Sasha benar-benar perlukan pertolongannya,hingga dia betul-betul terlupa isteri yang menunggu dia dan janjinya..

********************************************************

Kereta Rizal diberhentikan di sebelah kereta Sasha. Segera dia melangkah keluar mendapatkan Sasha.

'Everything okay?'

Sasha tayang muka sedihnya membuatkan Rizal bersimpati.

'It's ok..I'm here.'

'Kereta you nie kita tinggalkan kat sini.I hantar you balik.'

Yesss!!Sasha melompat kesukaan di dalam hati, perangkapnya mengena.Ternyata masih ada cinta di hati Rizal buatnya.Kasih...kesiannya kau!

'Kepala I sakitlah Am.'

Sasha pura-pura memicit kepalanya.Rizal segera membimbing Sasha ke keretanya.Tanpa Rizal sedari, segala perbuatannya dan Sasha diambil gambarnya terutama bila mereka kelihatan rapat dan mesra antara satu sama lain.Sasha tersenyum riang dan bersukaria dalam diam.Bagus!

******************************************************

Kasih keresahan di ruang tamu rumahnya. Berkali-kali dia memandang jam dinding, sudah melewati pukul 10.00 malam, namun suaminya belum juga pulang dari kerja.Malah, tidak menghubunginya langsung.

'Mana abang nie?'

Kasih mundar-mandir di depan tv.sekejap duduk,sekejap berdiri.Tiba-tiba kedengaran deruman kereta memasukinya perkarangan rumah, Kasih segera menerpa ke pintu.Rizal melangkah longlai menuju ke arah isterinya yang tersenyum padanya.

'Kenapa abang lewat balik nie?Kenapa tak bagitau Kasih?Risau Kasih tau.'

Rizal pening mendengar ayat yang keluar dari mulut Kasih. Dahlah dia penat melayan Sasha yang mengadu migrain dengannya.

'Abang..'

Masih juga tiada respon dari Rizal.Kelihatan Rizal termenung dan di dalam dunianya sendiri,yang pasti Kasih memang tak tahu apa dalam pemikiran suaminya itu.

'Abang..'

Rizal tersentak.Segera memandang isterinya.

'Sorry sayang..abang letih sangat.Tadi abang temankan client penting syarikat abang dinner.'

Rizal menggigit bibirnya, dia terpaksa menipu isterinya demi kebaikan rumahtangganya.Kasih mengangguk faham betapa suaminya komited dengan kerjanya.Kadang-kadang sampai tertidur di bilik kerjanya di rumah mereka.Janji yang dibuat dengannya pun terlupa tapi Kasih hanya menyimpan dalam hati.

Thursday, January 8, 2009

Seindah Kasih episod 23

Langkah Jamal diatur cepat menuju ke arah seorang gadis yang duduk di tempat agak tersorok di Restoran Sepetang Bersantai itu.

‘Sorry..sorry..terlambat.Ada hal sikit tadi.’

Gadis anggun itu pantas memandangnya seperti ingin menerkam dirinya.Salah dia juga terlambat sampai di situ,tadi dia di hospital menguruskan abang kembarnya yang terpaksa ditahan di wad. Tapi, dia tiada sebab untuk memberitahu gadis di depannya yang kelihatan marah.

‘Sepatutnya you yang tunggu I kat sini?I banyak lagi kerja lain selain menunggu you.’

‘Sorry..i’m so sorry.’

Jamal sempat mencuri pandang wajah anggun di depannya.Pakaian up to date dan mekap tebal berapa inci,dia pun tak sure.Mana taknya, dia kan artis terkenal walaupun baru setahun jagung dalam bidang glamour nie.Agaknya kalau gadis ini berjumpanya tanpa make up,mesti lagi lawa.Ish,Jamal sedarlah diri kau tue siapa!

‘Lain kali kalau kau lambat lagi, aku akan cari pengganti kau.’

Huh,harap jer rupa lawa tapi perangai hampeh,desis hati Jamal.Aku pun tak ingin kerja macam ini tapi aku terdesak perlukan duit untuk membayar bil hospital abang aku..

‘Aku nak kau ekori perempuan ni.’

Sekeping foto dihulur pada Jamal. Segera dibelek oleh Jamal. Sweet,itulah tanggapannya apabila menatap foto tersebut.Pasangan di dalam foto tersebut amat mesra pada pandangannya.

‘Kau jangan nak berangan pulak kat sini.Takde masa aku nak melayan.’

‘Sorry.’

‘Bila perempuan itu bersendirian baru kau jalankan apa yang aku suruh,faham.’

Jamal menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Kalau tak kerana terdesak,sumpah aku takkan terlibat dalam kerja bodoh ini.

‘Jangan sampai ada orang tahu.Kalau rahsia ini bocor, kau orang pertama akan aku cari.’

‘Baik.’

‘Lagi satu, jangan lakukan apa-apa di depan lelaki tersebut. Kalau tak,siaplah kau.’

Sekali lagi Jamal menganggukkan kepalanya.Main ugut nampak.
‘Ni duit pendahuluan..balance aku bank in kat bank kau lepas semuanya berjalan lancar.’

Jamal segera menyimpan envelop yang dihulur gadis tersebut.

‘Ingat, don’t ever tell anyone about this!!’

Keras ugutan gadis tersebut sebelum meninggalkan Jamal yang masih terkebil-kebil di situ.

‘Huh, kalau tak kerana nak selamatkan satu nyawa..aku pun tak ingin terlibat dengan manusia seperti kau,perempuan angkuh.’

Jamal mengeluh.Dia tak tahu sama ada tindakannya itu betul atau tidak.Hatinya menolak keras tapi akal jahatnya menyokong.Lumayan ganjaran diberi membutakan mata hatinya.


*************************************************************

Kasih duduk di kerusi yang tersedia di depan shopping mall tersebut sementara menanti Pak Mat mengambilnya. Perlahan dia menghirup milk shake perisa chocolate miliknya.

‘Hemm..leganya.’

Sambil itu matanya meliar memerhatikan orang yang lalu-lalang di sekitarnya. Majalah yang dibelinya tadi dicapai dan dibelek begitu sahaja.Hilang minatnya ingin membaca majalah tersebut.Disimpan kembali.

‘Lamanya Pak Mat nie.’

Kasih merungut perlahan sambil memandang jam di tangannya.Dalam pada itu,Kasih terasa seakan ada mata yang asyik memerhatikan telatah dirinya. Dipandang sekitarnya,tiada pula yang mencurigakan. Setelah puas mundar-mandir, Kasih duduk kembali. Sekali lagi dia memandang sekelilingnya bila hatinya rasa ada yang memerhatikan dirinya.

‘Mungkin dejavu jer kot.’

Kasih berkata sendirian, lebih kepada dirinya sendiri dan memujuk dirinya supaya tidak berfikiran bukan-bukan.Kereta Pak Mat yang berhenti di depannya membuatkan Kasih dapat menarik nafas lega.

‘Maaf Kasih, jalan sesak tadi.’

‘Tak apalah Pak Mat.’

Kereta yang dipandu Pak Mat bergerak perlahan memandangkan masa tersebut memang ‘peak time’…sah-sah sesak!!Kasih melayan celoteh ‘Linda Onn’ yang tengah ‘on air’..Seketika dia ikut menyanyi sama lagu yang diputarkan.Pak Mat hanya tersenyum melihat perangai keanak-anakkan Kasih walaupun bakal bergelar ibu.

‘Eh, kenapa kereta hitam itu dari tadi mengekori belakang kereta nie.’

Kasih berpaling ke belakang cuba memerhatikan gerangan pemandu kereta hitam itu.

‘Mungkin dia tak dapat overtake kita tak,Pak Mat?’

Kasih mencuba menenangkan dirinya sendiri dalam diam. Kelegaan timbul di hatinya bila kereta tersebut melencong ke lorong lain bila berhampiran rumah dia.

‘Mungkin salah jalan kot.’


Akhirnya,home sweet home!!Wajah penat suaminya yang menanti di muka pintu menyebabkan Kasih melupakan kejadian tadi.Tiada apa-apa yang nak dirisaukan baginya.Segera menyalami tangan suaminya dan mulutnya bercerita tak berhenti-henti.