Nadzirah dan Izzatie leka memandang gelagat orang yang lalu-lalang di sekitar Big Apple.Tersenyum.Macam-macam ada!
‘Naddy…lama juga dah tak jumpa Wany kan?’
Izzatie memecah kebisuan antara dia dan Nadzirah.
‘Yalah, aku pun rindukan dia.’
Nadzirah mengunyah lembut donut yang baru dimasukkan ke mulutnya.
‘Mesti Wany rindu kita juga kan?’
Izzatie pandang Nadirah yang cool sentiasa itu, kecuali ada yang benar-benar memanaskan hatinya.Tersenyum jer.
‘Of course la..she’s part of us.’
Nadzirah hirup minumannya.Lega tekaknya.
‘Minggu lalu kita pergi rumah dia kan?Takkan kau dah macam orang hilang laki pula.Bukannya Wany hilang pun.’
Nadzirah sambung lagi ayatnya.Izzatie tersengih.
‘Owh..ya lah?Aku lupa.’
Ditayang muka comelnya pada Nadzirah.
‘Bajet nak pujuk akulah tue.’
Nadzirah memamg terlebih tahu perangai Izzatie, kalau nak memujuk mulalah tayang muka comel.Nasib baik betul-betul comel.hehe
‘Hai, boleh join tak?’
Serentak Izzatie dan Nadzirah menoleh.Shamsul tersenyum, Taufik pandang lain.Senyuman manis Shamsul dibalas oleh Nadzirah dan Izzatie.
‘Salam.Duduklah.’
Pelawa Nadzirah.Shamsul menarik Taufik duduk sama dengannya berhadapan dengan Izzatie.Izzatie pura-pura sibuk menilik donutnya seperti ada harta karunnya.Walaupun dah sebulan berlalu peristiwa di taman tue, baik Izzatie mahu pun Taufik masih tak dapat melupakannya.
‘Lama dah tak jumpa.Lupa pula nak berkenalan walaupun dah beberapa kali terserempak.Aku, Shamsul..panggil Sham..Sebelah aku nie, Taufik, Panggil Fik jer.’
Shamsul memperkenalkan diri.Taufik tetap pandang luar Big Apple.
‘Aku Naddy, kawan aku nie Zaty.’
Nadzirah tersenyum memandang Shamsul.Izzatie kerling Taufik.Huh!
‘Apa jeling-jeling?’
Taufik bertanya kasar walaupun suaranya direndahkan.
‘Kau memang arghh…’
Izzatie balas geram.Shamsul dan Nadzirah saling berpandangan.
‘Kenapa diorang nie?Macam ada something wrong jer?’
Nadizrah berbisik dengan Shamsul.
‘Tak tahulah..’
Shamsul membalas perlahan juga.
‘Bukan salah aku kan?Kau yang….’
Sengaja Taufik tidak menghabiskan ayatnya.Izzatie yang kegeraman memandang muka bersahaja Taufik segera ditendang kaki Taufik yang berada bertentangan dengan dirinya.Ambik kau!
‘Apa nie?’
Taufik menjerit kecil.Sakit!
‘Zaty, kenapa nie?’
Nadzirah bertanya pelik.
‘Huh, aku nak balik Naddy.’
Lain yang ditanya, lain yang dijawab.Nadzirah garu kepala.Izzatie dah angkat dari kerusi yang didudukinya.Melangkah.
‘Kenapa tue?’
Shamsul pula bersuara.Nadzirah turut angkat.
‘Biar aku yang ikut dia.’
Taufik bersuara.Shamsul dan Nadzirah tambah pelik.
‘Balik nanti macam mana?’
‘Biar aku hantar dia.’
Putus Taufik tanpa berfikir lanjut.Kakinya diatur cepat mengikuti langkah Izzatie yang sudah jauh meninggalkan mereka.
‘Kenapa diorang tue?’
Shamsul kerut dahi, bingung.Nadzirah pun sama.
‘Entahlah..pening aku.’
‘Nak makan donut lagi tak?’
Shamsul bertanya sambil tersenyum.Nadzirah menganggukkan kepalanya.
‘Nak donut ‘dancing queen’, boleh kan?’
Terkelip-kelip matanya memandang Shamsul.
‘Jangan buat muka comel macam tue, cair aku nanti....’
Shamsul berbisik sebelum angkat dari kerusinya.Nadzirah yang ditinggalkan sudah memerah mukanya.
**
Dihalang Izzatie yang sedang laju berjalan.Izzatie ke kiri, Taufik ke kiri.Izzatie ke kanan,Taufik turut sama ke kanan.
‘Ke tepilah mangkuk.’
Izzatie melepaskan kemarahannya.Taufik tersengih.
‘I’m sorry for what I’ve done that day tapi bukan salah aku kan?’
Izzatie bengang.
‘You’re not sorry.Ever.’
Dicebikkan bibirnya, pandangan matanya diliarkan sekitar shopping complex itu.
‘Kan dah kata bukan salah aku tue.Kau yang tertarik aku masa tue..’
Taufik membela diri.
‘Kembalikan first kiss aku.’
Izzatie lepas nafas seiring dengan ayatnya.
‘Kau pun kembalikan first kiss aku kalau macam tue.Kesian bakal wife aku tau.’
Taufik sengaja menyimbah minyak ke dalam api.
‘Kau dah nodai bibir aku la angin taufan.’
Marah Izzatie sambil bercekak pinggang.
‘Habis bibir aku pun ternoda kerana kau.’
Taufik tetap pamer muka kayu.Tak nak mengalah.
‘Kau ni kenapa?Dahla tak nak bertanggungjawab, dasar perasan handsome.’
Cemuh Izzatie geram.Berasap telinga Taufik mendengarnya.Dihampiri Izzatie.Dekat.
‘Kau nak aku bertanggungjawab?As what?As your husband?’
Dipandang lama muka comel di depannya yang jelas tak selesa dengan keadaan mereka yang tersangat dekat.
‘My husband?Bermimpilah..huh’
Izzatie cebik bibirnya.Taufik tersenyum evil.
‘No, my dear..aku akan pastikan kau milik aku dalam masa 5 tahun akan datang.Kau harus bertanggungjawab juga sebab dah ambik first kiss aku.Aku juga bertanggungjawab terhadap aku yang lakukan.’
Taufik berkata tegas.Memang dia memaksudkannya.Barulah dia sedar kenapa hatinya berdetak semacam kalau melihat wajah di depannya.Tak sangka minah hot tempered ini juga yang dia dambakan.
‘Huh…kau memang poyo..sengal…mengarut apa..Siapa nak kahwin dengan kau?’
Izzatie merungut dalam tak sedar terserlah kemanjaannya.Taufik tersenyum di dalam hati.
‘Jom, aku hantar kau balik.Okay, dear?’
‘Siapa dear kau?Huh!’
Izzatie cemik mukanya.Tak puas hati.
‘Lama-lama nanti kau akan panggil aku dear juga, aku pula memang akan panggil kau begitu start hari nie.Dear..dear..dear..’
'Gila!'
Izzatie tepis Taufik yang menghalang jalannya dan berjalan laju-laju meninggalkan Taufik.Taufik tergelak kecil sambil mengikuti langkah Izzatie.
‘Comel.’
**
Special Appearance : Shamsul (E-Novel CKK)
uuuuuuuuu....
ReplyDeletehaha..dear..?sgt geli..muehehe..
ble la si raja nk kuar tok naddy nieh??
asyik shamsul je..kang sngkot lak naddy kat shamsul tuh..hehe..
soooo sweet!
ReplyDeletehaha
comel je zatie and taufik neyh.
ReplyDeletehaha.
toltol bile nk muncul watak si raja tu kak hanna?
ahakzz
xsabar
-na'dz
sweet la diorg
ReplyDelete