Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, March 3, 2010

KP : Selamanya mereka

Farouq melopong memandang Puteri Aliya yang sedang menuju ke arah dia dan Aiman yang menunggu di ruang tamu.Speechless!Cantiknya Aliya malam nie.Walaupun hanya memakai cardigan biru laut dan jeans, tetap terserlah keayuannya. Matanya pula diserikan dengan contact lens biru juga.Aiman pula memandang sekilas sebelum memandang handsetnya semula.

'Kal, apa nie pandang macam nak telan Liya jer.'

Aliya menepuk lembut bahu Farouq.Farouq tersedar lalu tersengih.Mula membetulkan duduknya.Cover line!

'Bukan nak telan tapi terkesima la Princess...Rasa tak jadilah nak dinner sama?'

'Apesal pulak?Kal dah janji nak belanja dinner.Jangan nak mengelat pula.'

Aliya melabuhkan duduknya di tengah-tangah Farouq dan Aiman.

'Iman pun rasa macam tue.'

Aiman bersuara perlahan.Aliya pandang tak percaya, bila masa pula Aiman dia pandai menyokong Farouq.Banyaknya perubahan putera hatinya.Farouq yang makin terserlah kematangan wajahnya.Aiman masih lagi dengan raut dinginnya cuma dah pandai beramah mesra lagi.

'Iman, tahniah.'

Aiman pandang pelik Aliya di sebelahnya.Farouq memerhati.

'Why?'

'Sebab dah pandai beramah mesra sikit sekarang nie.Takdelah rasa bercakap dengan batu ais.'

Selamba jer Aliya luah kata sambil tersenyum manis memandang Aiman.

'Iman hanya begitu dengan orang yang Iman sayang.'

Perlahan Aiman menutur kata hingga Aliya dan Farouq tak dapat menangkap kata-katanya.

'Apa Iman sebut tadi?'

Aliya bertanya semula.

'Takde apa-apa lah.Jomlah kalau jadi tapi make sure tukar contact lens tue.Just guna spec biasa Liya yang biasa tue.'

'Aa..'

Belum sempat Aliya nak membela diri, Farouq mencelah.

'Good. Princess tukar yer.Betul kata Iman tue. Kal setuju sangat.'

Farouq tersenyum.Aliya cemberut.Aiman hanya memandang.

'Malaslah Liya.'

'Nak dinner sama ke tak?Kalau nak, baik tukar!'

Aiman bersuara tegas dan dingin.Farouq menganggukan kepalanya menyokong.

'Ish..ada-ada jer korang nie...'

Aliya menapak malas ke bilikya di tingkat atas.Tak sporting betullah Iman dan Kal tue.Bukannya ada masalah pun kalau nak guna contact lens nie!Ini trend tahu tak?

**

'Princess nak order apa?'

'Apa-apa jer la, Liya okay jer.'

Mata Aliya meliar melihat sekeliling restaurant yang ala-ala bali itu.Suasananya yang suram dan agak romantis.Ditemani lagu-lagu yang lembut.Kalau tension memang sesuailah tempat ini untuk menenangkan fikiran.

'Sini takde makanan apa-apa jer Princess.'

Aiman bersuara.Aliya memasamkan mukanya.Ada jer arahan Aiman nie.Rugi aku ucap tahniah tadi.Huluran menu yang disua oleh Aiman padanya bersambut.Aliya membelek menu dan memilih apa saja menu yang menarik minatnya.

'Dah.Puas hati Iman?'

'Puas.'

Ish, Iman nie memang nak lempang free ker.Tak boleh ker lembut sikit melayan Liya!Aliya membebel di dalam hati.

'Dah..dah..jangan nak perang kat sini boleh tak?Kal datang sini, nak makan.Diulang ya, makan sambil mencuci mata juga la.Hehe.'

Farouq tersengih dengan kata-katanya.

'Hai Romeo kita nie, tak boleh hidup tanpa girls langsung.'

Aliya menyindir selamba.

'Of course la princess....Kalau nak memilih yang terbaik kenalah mencari sampai ke pelusuk dunia.Takkan nak tunggu puteri kayangan jatuh depan mata.'

Farouq menjawab, lebih kepada mengusik Aliya.

'Amboi, Kal....kau nie langsung tak berubahlah...berapa orang dah menjadi stock sepanjang masa kau sekarang nie?'

Aliya turutkan saja gurauan Farouq.Aiman hanya memerhati.

'Adalah 15 orang kot tapi yang paling special depan mata Kal nie.'

Pap!

Aliya tepuk bahu Farouq.Suka sangat main-mainkan dirinya.

'Tahulah Liya nie tak cantik, jangan nak main-mainkan Liya.'

'Ala, Kalau Princess sudi, kecil tapak tangan, dataran merdeka Kal tadahkan.'

Aliya memasamkan mukanya.Ingat lawak ke nak main-main benda macam nie?

'Dah..dah makanan dah sampai tue.Princess, makan banyak sikit, dah kurus betul Iman tengok sekarang.'

Aiman mencelah, kalau tak ditegur memang makin meleret topik tue.

'Mana ada.Liya maintain jer rasanya.'

'Kurus sesangatlah princess.Kalau peluk pun macam rasa peluk tiang jer.Takde gebu-gebu rasa..haha.'

'Kal!'

Aliya terjerit kecil.Diorang nie asyik mengenakan aku jer.Mentang-mentanglah aku jer girl sini.

'Iman, tengok Kal nie, buli Liya jer.'

Aliya meminta simpati Aiman yang duduk bersebelahan dengannya.

'Okay, enough!Makan.Nanti sambung lagi.'

'Yess sir.'

Serentak Farouq dan Aliya menjawab.Aiman cuma menjungkitkan keningnya.Dalam diam, Aliya mengucap syukur dengan kebahagiaan nya bersama dua putera hatinya ini.Dia tak boleh hidup tanpa mereka.Selamanya mereka!

3 comments:

Any comments really appreciated!