2 tahun berlalu ....
Ann mengatur langkah lalu turut sama membaringkan dirinya di sebelah suaminya yang berbaring di atas katil sambil memejamkan matanya.
‘Abang…’
Luqman masih mendiamkan dirinya.Mungkin penat setelah balik dari outstation.
‘Bang…’
Jemari Ann bermain di anak rambut Luqman, menagih perhatian suaminya.
‘Apa yang?’
Lemah saja suara Luqman melayan karenah isterinya.
‘Ann sunyilah bang…’
‘Kenapa pula nie?’
Luqman menghadap Ann sambil tangannya melingkar di pinggang Ann. Erat dan penuh kasih sayang.
‘Sunyila bang..’
Ann merengek manja.
‘Emm..tak nak share dengan abang?’
Luqman masih memejamkan matanya.Sememangnya dia begitu penat menguruskan hal syarikat.
‘Abang kan tahu dah 2 tahun kita bersama tapi belum ada……’
Kata-kata Ann terhenti di situ.Arghh, patutkah dia mengungkit hal itu tika Luqman masih penat sebegini.
‘Belum ada rezeki la tue yang..’
Makin erat Luqman memeluk isteri di dalam pelukannya. Dia pun teringin adanya cahaya mata menyerikan rumah mereka juga sebenarnya tapi kalau belum ada rezeki, dia pun tak tahu kata apa.
‘Tapi…’
Cupp!Satu ciuman lembut mengena bibir mungil Ann menghentikan ayatnya.Mukanya memerah sendiri.
‘Tahu pun diam ye yang..abang ngantuk nie..’
‘Tapi..’
‘Nak lagi ker?’
‘Tak.’
Cepat-cepat Ann menidakkan, bimbang juga jika suaminya akan begitu lagi.Dibiarkan dirinya terus berada di dalam pelukan suaminya, selesa begitu. Sekurang-kurangnya dia takkan terlalu memikirkan hal anak..
‘Ya,anak.’
Memang dia ingin lahirnya cahaya mata yang akan menyerikan rumahtangga mereka. Tapi, sampai kini belum ada tanda-tanda dia akan berbadan dua. Itu yang merunsingkan dirinya. Paling dia tak tahan bila balik bersama Luqman, adalah mak saudara Luqman yang bisik-bisik mengatakan dia mandul. Kononnya keluarga diorang takde yang mandul.Argggh, pedihnya mendengar kata-kata sebegitu.Bukan dia yang tak nak berbadan dua tapi rezeki yang belum ada..Ann mengeluh diam!
Dipandang suami di sebelahnya, terlena bak bayi kecil. Polos!
‘Abang, kalau betul seperti di kata orang, Ann akan relakan kalau abang nak beristeri lagi.’
Dicium ubun-ubun suaminya dan turut sama memejamkan matanya. Cuba mengusir kepiluan di hati.Pergilah pilu!Pergilah….Namun, matanya masih tak nak terpejam, perlahan diangkat perlahan tangan suaminya, dia pun membawa diri ke tingkat bawah rumah mereka.
**
Dipandang kosong laptop di depannya. Hendak buat itu, jiwanya kosong, tersangatlah kosong..Hendak buat ini, dia tiada idea langsung.
‘Ahh..bestnya kalau boleh buat nie…’
Dilakar-lakar impiannya di atas kertas di depannya.
‘Aku nak memiliki sebuah tadika yang dipenuhi oleh kanak-kanak comel dan periang yang boleh mengusir kepiluan di hati ini tapi adakah akan termakbul…..?’
Ann kembali memandang telus kertas di hadapannya.Mungkinkah begini boleh mengubat lara di hatinya?
Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.
143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.
KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.
иєω єитʀγ :
Cerpen : Al.Fa
KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)
Lυν,
♥♥Hαηηα
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best...ada lg x smbungan nie???
ReplyDeleteeeeii..
ReplyDeleteske dorang nieh,.,
huhu..rindu sme dorang..
..dugaan alam rumah tangge..
cewwaaahh...
smbung agy kak hanna..
mcm ade sambungan aje..
ReplyDeletecpt sambung g..
pasni cite alam umahtangga plak..
sambung larh..
ReplyDeletebest larh citer nieyh!
menyayat hati,,menyentuh kalbu,,mengusik rindu!
hik3=]
stereotype... cepat sangat..bosannnnn
ReplyDeleteada sambungan lagi tak????
ReplyDelete