Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, May 16, 2010

KP : Kali Pertama

“No one can possibly know what is about to happen: it is happening, each time, for the first time, for the only time.”



Haikal menyisip lemon tea nya sambil matanya meliar memandang sekeliling.

'Bosannya...Iman sibuk...Puteri tak tahu ke mana?Aish..'

Dikuis-kuis nasi di pinggan yang belum dijamah.Bosan dowh!Matanya kembali memandang sekitar restoran tersebut.

'Ada tak sesiapa yang boleh aku jadikan mangsa kebosanan ini?Ada ler...ada laa..Okay, stop it Kal!'

Pap!Dahinya ditepuk perlahan.Apa class nak merengek-rengek pulak nie!Dahinya dikerut, sambil jemarinya mengetuk perlahan meja yang didudukinya.

'Oh my...'

Matanya dah sparkling memandang figura yang baru memasuki restoran tersebut.Kelip-kelip!

'Okey...mangsa dah sampai...hehe...ok, show time,Kal!'

Haikal mengangkat pinggan dan gelas lemon tea nya menuju ke meja gadis yang sedang ralit memandang menu di tangannya.

'Hem..hehem..'

Haikal pura-pura berdehem untuk menarik minat gadis tersebut lantas mendudukkan diri di meja yang sama.Muka selamba!

'Boleh tumpang duduk sini tak?Panas la kat sana!'

Okay, tipu!Mana nak panas..aircond la restoran nie..berhawa dingin!Haikal pandang muka gadis yang memandangnya dengan pandangan pelik.

'Sorry, kat sana tak best..kan sini rasa cam best jer..Boleh kan?'

Haikal buat muka dua puluh sennya.Gadis di depannya menganggukkan kepala!

'Thanks yer awak...'Comellah awak nie...oppss, nasib baik dalam hati jer ayat tue.Stop it, Kal!Suka sangat merapu!

'By the way, saya Haikal, nama panjang Kal.'

Rose Kamalia hanya senyum melihat telatah jejaka di depannya.Sajalah tue...taktik lama!

'Awak siapa nama?'

Haikal bertanya manis selepas menyuap nasinya.Namun, gadis di depannya hanya memandang dirinya saja kemudian menyuap perlahan mi gorend di depannya.Aik, takkanlah malu sampai tak boleh nak menjawab nie?

Rose Kamalia mencari sesuatu di dalam beg tanganya.Dikeluarkan post-it-note kecil dan pen.Menulis sesuatu di situ dan disua pada Haikal.

'Rose.'

Haikal menyebut sepatah.Dipandang Rose di depannya, dipandang kembali note di tangannya.Do her.....??

'Awak....erk....?'Takkan nak tanya direct, awak tak boleh bercakap ya?Haikal menggumam sendiri.Guna akallah!

Rose menulis semula.Dihulur kembali pada Haikal.

'Yup, I can't.'

Haikal memandang simpati Rose di depannya.

'It's okay..awak boleh reply cakap saya dengan menulislah..awak suka biru erk?'

Haikal menanya nakal, almaklumlah Rose di depannya serba serbi biru.Rose tersengih saja.

'Kalau macam tue, saya panggil awak Rose Biru laa....'

Rose menggelengkan kepalanya.Haikal tersengih!Rose kembali menulis semula.Disua pada Haikal.

'Awak, saya nak balik dah.Kalau still panas kat sini, awak just suruh dorang kuatkan lagi temperature aircond ya.Salam.. (",)'

Erk...dia jadi mangsa ke aku jadi mangsa nie?Haikal menggumam sambil matanya memerhati pemergian Rose Biru.

**

'Ouchh!!'

Aisha menjerit kecil.Tubuh kecilnya jatuh terduduk.

'Sorry.'

Satu suara mengucap sorry di tepinya.Kepala Aisha di dongakkan.Okay, nak tengok siapa yang tak reti berjalan, tengok kiri kanan nie.

'Awak...so sorry...awak okay tak?'

Sekali suara itu memohon maaf.Aisha membulatkan matanya yang sepet memandang wajah yang menunduk memandang dirinya.Owh..owh....owh....prince-charming!Dicubit pipinya perlahan, kot-kot bermimpi!

'Auch, sakit!'

Iman dah pelik melihat gadis di depannya yang mencubit pipi sendiri.Okay ke tak dia nie?

'Awak..awak..ada apa-apa yang boleh saya tolong?'

Okay, Iman ada something kat kau hari nie.Ayat berterabur habis!Paling penting lebih banyak dari hari-hari sebelumnya.

'O..okay...tolong tarik, boleh?'

Aisha hulur tangannya.Memang benar punggungnya memang terasa sengal!Sakit dowh!Iman pandang gadis itu dua kali...tak sebenarnya lebih dari dua kali.Dia nie takkan dah hilang ingatan gara-gara kena jatuh..

'Awak...'

Gila apa nak pegang anak dara orang!Aisha yang faham maksud Iman tidak mengendahkan pandangan Iman sebaliknya berpaut pada lengan Iman.Takpe la...ada baju sebagai perantara.

'Awak nie...kan ada baju sebagai alas..banyak fikirlah...saya Aisha..awak siapa?'

Aisha yang teruja berjumpa prince charmingnya menanya ceria.Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.Iman pandang pelik.Bukan ker dia nie baru dah jatuh tadi and sepatutnya sakit!Tapi boleh pula dia senyum memanjang.

'Iman.'

'Iman?Awak beriman ya?Okaylah tue...salah satu ciri-ciri yang saya suka.'

Erk..Iman pandang pelik gadis yang masih berpaut di lengannya.Ada ker gadis yang masih macam nie?Outspoken...direct terus!

'Entah.'

Amboi, dingin juga Iman nie!Takpe-takpe I like it!Aisha, pehal pula kau nie menggedik hari nie?Tak pernah-pernah pun.

'Awak..pinjam phone?'

Iman yang masih tak faham memandang Aisha dengan pandangan pelik, namun blackberry nya tetap dihulur juga.Aisha menyambut dengan senyum manis.Yalah, tak sangka Iman menurut cakapnya.

'Ok dah..saya dah save no phone saya di situ..and dah missed call.Memandangkan awak terlanggar saya..sakit jatuh tadi tak kebah-kebah, saya akan cari awak untuk menolong saya...'

'Hah?'

'See ya darl...'

Aisha dah berlari-lari anak meninggalkan Iman.Iman meramas rambutnya.Ye ker dia tue masih sakit, okay jer berlari-lari...Apalah malang hari nie?

**

'I got you, love.'

Puteri Aliya lipat maut kepalanya 360 darjah nak memandang gerangan yang berani sangat memeluk pinggangnya.Habis bersepai lamunannya.

'What the...'

'Jadi, Tengku Ajmal..adakah gadis nie, gadis misteri yang disembunyikan selama nie?'

Puteri Aliya yang masih belum menangkap apa yang terjadi masih berusaha melepaskan pelukan di pinggangnya.Belum pernah ada yang berani memeluknya begitu.Mamat nie dah lama hidup ker nak peluk orang sesuka hati?

'Ya...dialah cinta hati I..and my would-be-fiancee.Tunggu ya.Excuse us!'

Diheret sama Puteri yang masih terkial-kial ingin melepaskan pelukan di pinggangnya.

'Heh, awak-lepaskan-saya!'

Puteri Aliya menyebut sepatah-sepatah, geram sebenarnya.Tengku Ajmal tersengih cuma.

'Awak nie tak tahu ke haram memeluk orang bukan muhrim, okay.Apa tak belajar agama ker?Sesuka hati jantung pisang jer nak peluk saya.Kalau dah kemaruk sangat nak berpeluk-peluk tue, pergi la salam tuk kadi.Ish, anak siapa yang biol nie?Itulah dulu mak bapak suruh mengaji, tak mahu..last-last tak tahu apa-apa..'

Puteri Aliya menggerutu geram.Habis segala benda disebutnya, hentamlah tatabahasa salah ke apa!Tak pernah ada orang yang berani sentuh Liya tahu!

'Haha...funnyla love nie.'

Tengku Ajmal dah melambakkan ketawanya.Tak pernah ada gadis yang berani membebel dan melepaskan kegeraman di depannya.Semuanya bersikap first class di depannya.Semuanya ibarat plastik.Materialistik!

'Apa love-love?Ish, awak nie..boleh tak lepaskan pinggang saya.Ingat pinggang saya nie macam patung MacD ker?Sesuka hati nak pegang?Lepaslah.'

Puteri Aliya mendengus marah.Jemarinya masih berusaha melepaskan tangan Tengku Ajmal yang masih tak nak melepaskannya.

'Love, you tak kenal siapa I nie ker?'

Tengku Ajmal pandang gadis yang masih terkial-kial nak melepaskan pelukannya.Macam best jer peluk dia nie..opps!

'Like I care...'

Puteri Aliya menggerutu kecil.Tengku Ajmal makin lebar sengihannya.Okay, I think she's the right one!

'Okay love, I boleh lepaskan you dengan syarat....be my girl?'

'What?Kerja gila!!'

Serentak itu Aliya pijak kaki Tengkul Ajmal sekuat hatinya lantas cepat-cepat berlalu!

Run Liya run sebelum mamat entah-ke-apa namanya itu mengejar.

'Love, jangan harap you akan lepas dari I.'Tengku Ajmal tersengih sambil menahan sakit di kakinya.

Monday, May 10, 2010

Al.Fa

Slm semua..sorry sebab lama menghilang...busy sesangat semenjak dua menjak nie..**cewahh**..hahah..ini pulak idea orang yang dah ketandusan...baca jer la untuk hilangkan boring..hahaha....peace~

**

‘Kau..’

‘Hemm.’

‘Kau….’

‘Hmm’..

‘Kau..!!!’

Nada suara Fa dah naik tahap ke -10, biar orang di sebelahnya mati terkejut pun tak apa.Siapa suruh jadi pekak badak?Naik lenguh dah berdiri tepi dia tapi boleh pulak dia buat muka tempe basi macam tue.Huh, dasar kayu!

‘Ish….nak aku pekak ker?’

Al gosok telinganya, hari-hari minah nie memekak jer! Nasib bukan tergolong dalam taste aku!

‘Owh…..kalau kau nak tahu, lebih dari pekak pun kau, lagi aku suka!Ini apahal nak jumpa aku!Konon tak suka dengar aku memekak, apa dah takde orang lain ke nak dijumpa?And, kalau aku bukan taste kau sekalipun, ada aku kisah!’

Fa melepaskan marahnya.Dengan mamat Al nie, hot tempered aku memang selalu naik sehingga 700 degree celcius.Eh, ada ker sampai 700 degree!Lantaklah, Fa!

‘Suka hati akulah nak jumpa kau.’

Minah nie macam tahu-tahu jer aku mengumpat dia dalam hati.Al pandang Fa yang dah macam nak meletup jer rupa dia.

‘Suka hati mak bapak kau…apa ingat aku nie isteri kau ker?Maid?Sure, mati pun aku tak mau.’

Fa mendengus geram.Saja jer mamat nie nak membuat aku darah tinggi!Malas betul.Kalau aku tidur kat rumah tadi, lagi berfaedah.Fa membentuk-bentuk bibirnya tanda tak puas hati.Tak boleh tengok aku senang!!!Dush!

Al yang memandang Fa yang menbentuk-bentuk bibirnya tersengih-sengih.Tahu sangat yang Fa sedang mengumpat dirinya di dalam hati.Haha.

‘Tak payah nak menganyam ketupat dalam hati, nanti raya anyam ketupat secara depan-depan aku, okey?’

‘Takde maknanya!Raya nanti aku takkan…tak akan pergi rumah kau pun.Huh!’

Sengaja Fa menekan ayatnya.Macam raya tahun lepas habis aku kena buli dengan mamat biol nie, depan-depan family dia lagi.Tak ingin sejarah berulang!

‘Well, wait and see la….sekarang nie, jom temankan aku!Aku nak kau tolong tengok, diam-diam dan aku tanya kau bila dah selesai.’

‘Kalau jumpa….’

‘No excuses….’

Fa dah merungut-rungut geram.Aku dah muak, okay!!

**

‘Nah, kau ambik balik bear nie, aku tak nak.Lepas nie, aku tak nak lagi macam Mak Pacak.Aku muak.’

Dilempar kasar bear pemberian Al.Segera menutup pintu kereta Al dan ditutup bagai nak roboh.Padan muka!Buang masa aku jer.

‘Wait and see la……..Haha.’

Al tertawa girang, sengaja nak menjolok amarah Fa yang memang tak boleh nak control dah.Marah-marah pun comel juga Fa nie, opps!

‘Don’t you ever come here…..or I’ll shoot you.’

Jerit Fa dari dalam pagar rumahnya.Dijelir lidah pada Al yang masih memandangnya.Siap mengenyitkan mata padanya.Huh, dasar kayu tapi playboy!Dicepatkan langkahnya memasuki rumah, yang dia amat perlukan ketika ini adalah mandi.Mandi!Mandi!supaya hatinya boleh sejuk dari mengingati dirinya yang bak Mak Pacak diperlakukan oleh mamat sengal Al.

‘Kau tunggu sini, aku nak jumpa someone.Kejap jer.’

‘Aku tak nak ikut tadi, kau boleh lagi selamba bodoh heret aku sama.Kau nie hati batu tapi aku tak faham kenapa dorang tue nak jugak kat kau nie.Kalau aku, bagi free pun aku tak hinginnnnnn…’

‘Aku nak kau tengok juga.’

Al berkata serius.

‘Kau blahla jumpa cinta jantung payung kau tue.Aku nak balik yer Encik Al.Happy Dating.’

Fa memusing badannya untuk beredar tapi cengkaman di tangannya menghentikan langkahnya.Apalagi mamat nie nak?

‘Aku nak kau tunggu sini.Wait here!’

‘Bodoh!Kau ingat aku nie macam patung MacD ker?Menyusahkan betul.Kau yang nak dating, apesal aku kena ikut!Takde sebab, okay!Lagi satu, kalau aku tengok pun buat mata aku tercemar dan kemungkinan akan rabun lepas nie.Aku nak ba-lik!’

Fa menarik tangannya kasar.Tak reti bahasa betul!

‘Afa Nurhani, sit here or I’ll kiss you.’

Damn!Taktik itu lagi.Mamat Alfian Qamar nie memang nak mati di tangan aku juga ker!Sabar, Fa!Sabar!Fa menarik nafasnya kasar dan memandang tajam mata Al.Kalaulah dia boleh mem’fire dah lama Al rentung gamaknya.

‘Alfian Qamar, you….’

‘Sit down.’

Fa dah terduduk di kerusi, Al dah senyum menang!

‘Benci!Benci!’

Fa menjerit geram.Pandangan orang yang melintasinya pun tidak dipedulikan.Apa salah aku boleh terjumpa dengan mamat sengal nie!
‘Benci!’

Fa menjerit geram di dalam bilik mandinya.Mana tak geramnya, kata nak lama..tapi boleh pulak sampai tiga jam dia menunggu ibarat patung MacD jer….differentnya maybe sebab dia boleh berdiri, duduk, bersila kot…

‘Jangan harap kau dapat jumpa aku lepas nie.’

Tekad Fa.Dia tersenyum sumbing memikirkan cara mengelakkan diri dari mamat sengal, Al tue.

**

Handset di tangan dipandang sepi.Dah banyak rasanya mesej dikirim tapi tetap tiada balasan, malah pending lagi tue.

‘Ish, mana pulak minah nie?’

Ditekan butang dail.Oh no,…………

‘Operator talian…Owh, nak mengelak dari akulah.Siap kau, Fa!’

Al merungut geram.Patutlah dia tak dapat reply langsung walhal dah juta lemon mesej di send..opps, melampaulah pulak.Haha.Tukar nombor handset yer!

‘Memang nak kena minah nie.’

‘Apa yang Al membebel sensorang nie?’

Teguran Puan Miah mengejutkan Al.

‘Umi…terkejut Al.Takdelah umi.Takde apa-apa!’

Puan Miah mengusap lembut rambut Al sambil tersenyum.

‘Al nie anak umi..mestilah umi faham!’

Erk…Al dah sengih!Umi nie memang mudah jer tahu!

‘Umi……’

‘Tadi mama called bagitau yang…….’

Al dah terangkat dari duduknya.I got the clue!

‘Umi…..thanks!I got it!Love you, umi.’

Puan Miah Cuma mampu menggelengkan kepalanya.Al, Al!Kalau dah suka tue buatlah cara suka!Ish, budak-budak zaman sekarang!

**

Puan Zara yang mendengar bunyi kereta di matikan menuju ke arah pintu.Tersengih wajah Al di depan gate.Salam diberikan.

‘Walaikumsalam.Kenapa datang tak bagitau mama dulu?’

‘Ala, supriselah mama.’

‘Marilah masuk ke dalam.Mama pun baru nak breakfast tadi.’

Al berjalan beriringan dengan Puan Zara.

‘Takkan mama breakfast seorang pula?Papa mana?’

‘Papa outstation.Tuan Puteri pula masih beradu agaknya.’

Puan Zara berkata selamba dalam nada mengusik Al.Al tersengih-sengih sambil memandang jam di tangannya.Pukul 8 lebih masih belum bangun lagi!Tunggulah!Akal nakalnya datang lagi.

‘Ma, Al nak naik kejap yer.’

‘Buat apa pulak?Temankan mama breakfast jer la.’

‘Ma, kejap jer.’

‘Okay tapi jangan lebih-lebih pulak.’

‘Yes, mem!’

Al dah melangkah pantas ke tingkat atas dan berhenti di depan pintu yang tertera nama ‘A.N’ di situ.Tersenyum!Ini bukannya kali pertama dia ke sini dan memasuki bilik itu, sedari dari kecil rumah ini merupakan rumah keduanya.Dan yang empunya bilik itu juga terlebih mengenalinya cuma bila mereka ditunangkan, mereka menjadi renggang dan bak anjing dan kucing.

‘Hemm..’

Al melangkah perlahan ke arah si dia yang masih enak berselubung comforternya.Owh bukan main sedap dia tidur, siap senyum manis lagi.Aku pula bagai nak gila tak dapat menghubungi dia.

‘Princess…..wake up time.’

Al berbisik lembut. Si dia yang tengah enak dibuai mimpi makin memeluk bantal peluk.

‘Wake up, dear!.’

‘Hemm..’

‘I said..wake up, now.’

‘Ma….ngantuklah..’ Merengek kecil namun matanya masih ditutup rapat.

Al menepuk dahi sendiri, adoi dia nie, boleh pulak merengek macam tue.Macam baby!Erk, memang macam baby pun muka dia tengah tidur.Al, stop it!Pap!Tepuk dahi sendiri lagi!

‘Bangunlah Fa!’

‘Hemm….’

Fa yang masih mamai mengalih badannya menghadap Al dan kepalanya secara tak langsung landing atas paha Al yang duduk di atas katilnya.Al dah menggaru kepalanya, masalah-masalah!Adoi….si Fa nie memang nak kena.!

‘Sayang…better you open your eyes or I’ll kiss you.’

‘Aaaa……’

Spontan Fa bangun dalam mamai dan duduk tegak.Ngam-ngam bertentangan dengan Al sambil menggosok matanya.

Al kulum ketawanya, memang Fa alergik sangat dengan ayat ‘or I’ll kiss you.’ Memang taktiknya dari dulu bila nak mengalahkan Fa.

‘Buat apa kat sini?’

Lemah Fa bertanya dan kembali memejam matanya, badan pula nak landing semula.

‘Sayang..better mandi sekarang or I’ll kiss you.’

Al merapatkan mukanya dengan muka Fa.Spontan Fa membuka matanya dan menolak Al.

‘Jangan mengadalah.Orang mengantuklah.’

‘Angkat sekarang.Mandi.Breakfast.’

Sepatah-sepatah Al mengarahkan Fa yang masih bermalas-malasan di depannya.

‘Nak tidur.tidur.tidur.’

Fa juga menjawab sepatah-sepatah.Al dah naik geram, dasar liat nak bangun.Tak berubah-ubah Fa nie..

‘Nak kena kisslah nie.Al okay jer.’

Al mengacah.Fa segera melompat dari katilnya, mencapai tuala dan masuk bilik air.

‘Sayang, ingat 15 minit mesti turun bawah or….’

‘Hish..aku tahulah.’

Fa membalas geram dari dalam bilik air.Menyakitkan hati betul.Macam mana pulak cekeding nie boleh sampai sini?

**

'Mana mama?'

Fa menanya dengan muka masam.Yalah, mamat nie saja nak menganggu tidur aku jek.

'Luar kot.'

'Buat apa ke sini?'

'Buat bodo.'

Al menjawab selamba. Fa cebik bibirnya.Geram.

'Kalau nak buat bodo, pergilah buat bodo kat depan makwe-makwe kau.Menyemak jer kat sini.'

Fa menghempas kasar dirinya ke atas sofa bertentangan Al.

'Ala...Al tetap juga nak tengok muka tunang Al yang macam asam jawa nie.'

'Kalau tak mengutuk orang, tak boleh ker?'

Fa menjegilkan matanya.Dasar mamat sengal!

'Kalau nak jugak?'

Al sengaja mencari nahas.

'Kita pu-tus tu-nang.I can't take it anymore.'

Fa ucap sepatah-sepatah.Fuhh, lega!Al pula tergamam.

'No.'

'Lagipun kita tak serasi..kau pun ramai makwe kan?Pilih jer antara mereka.'

Fa bagi idea bernas.Al dah nak putus nafas.

'No...'

'Aku dah penat bertekak macam nie..I'm tired!Mungkin bila dah putus kita akan baik macam dulu..'

'I said..NO.Titik.'

'Alfian Qamar, kau nie menyakitkan hati betul!Kata aku nie memekaklah, bukan taste kau lah..habis kenapa nak juga teruskan pertunangan ini?'

'Afa Nurhani...I just want you..only you.'

Fa pulak putus nafas.Oksigen!

'Boleh tak jangan buat lawak antarabangsa?'

'I can't live without you...eiher you want it or nor, please be mine or I'll kiss you?'

'Erk...'

Alfian Qamar nie memang takde taktik lain ker?Aku sekeh baru tahu.

'Yes or no?'

Al dah mendekat.Fa menggelabah.

'Yes or..'

'Yes.'

Al dah senyum menang.Lastly, I won this coldhearted girl..

'Good girl...kejap yer.'

Handset dicapai.Mendail nombor seseorang.

'Umi, Al nak pernikahan disegerakan sebelum Cik Afa Nurhani nie bertukar fikiran atau melarikan diri ke bulan pula.'

Fa yang mendengar segera mencubit lengan Al.Ish, tak habis-habis menyakitkan hati aku!Macam nie ke nak buat jadi laki!

'I heard that!143 sayang!'

Muka Fa dah blushing..Tak pernah-pernah Al sebut macam tue.

'Fa bukan taste Al tapi pilihan Al untuk menjadi sebahagian dari diri Al, melengkapkan masjid yang kita akan bina, menjadi umi kepada anak-anak Al, menjadi anak perempuan umi dan walid serta isteri yang sentiasa bersama waktu senang dan susah Al.Lagipun Fa bukannya garam or gula untuk di taste oleh Al.Hehe.'

'Makwe-makwe?'

'Haha...Ala they all tue sebenarnya pelakon sampingan, nak menguji hati coldhearted nie..Haha.'

'Huh?'

'Tak baik marah-marah your hubby tau.'

'Tak hingin la.'

'I love you.Do you love me?'

Erk, Fa telan liur.Soalan maut pulak dah!

'Say it or I'll kiss you?'

'Erk?'

'Say it...'

'Suka sangat memaksa.Love you too, Mr Alfian Qamar.'

Fa menjawab dengan senyum terpaksa tapi dalam hati ada taman.Haha..Memang dah lama suka si Al sengal nie tapi rahsia kita jer tahu?Syhh..haha...

'Love you too, Mrs Alfian Qamar...'

Puan Zara yang berdiri tak jauh dari situ tersenyum gembira.Akhirnya!!!Hati kecilnya mendoakan agar anak-anaknya dilimpahi kebahagian sampai ke hujung nyawa...

*END**