Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, December 29, 2008

Overall Comments for Seindah Kasih

Buat pembaca sekalian,

Akhirnya SK pun sampai ke penghujungnya..Sekiranya karya Hanna kurang memuaskan,tegurlah Hanna untuk dijadikan iktibar dan garis panduan.

Terima kasih kepada yang sudi membaca SK....

Gamsahamnida,

S.Hanna

Seindah Kasih episod 20 (END)

Sedar tak sedar sudah dua tahun berlalu,pengajian Kasih hampir tamat.Tak lama lagi dia akan kembali ke Malaysia dan menemani kedua orang tuanya.Tak sabat rasanya nak menatap wajah kesayangannya itu.

'Assalamualaikum mama,'sapa Kasih bila terlihat panggilan dari Malaysia terpapar di handsetnya.Salamnya dibalas.

'Mama, apa khabar?Tak lama lagi Acik nak balik Malaysia.Jangan lupa masak ayam masak merah ya mama?'

Puan Izaah tergelak dengan kemanjaan Kasih,tak berubah-ubah.

'Yalah.Mama nak sampaikan cakap PM kat rumah kita nie.Dengar baik-baik Acik,jangan ada yang terlepas dengar tau.'usik Puan Izzah.

'Papa ker?'

Kasih melepas tawanya,apalah mama nie.hehe..

'Papa dan mama dah terima cincin orang merisik Acik,terima ya Acik.'

Sayu suara mamanya,berharap sekali ini impian dia dan suaminya akan termakbul nak bermenantu dan ada cucu.

'Acik terima ma,baik kata mama dan papa,baiklah kat Acik.'

'Terima kasih ya Acik...'

'Ala, ma jangan buat scene sedih-sedih pula kat sana.'Usik Kasih.

Seketika kemudian,talian diputuskan. Kasih berharap dia tak pernah membuat keputusan.

'Akak,Acik dah buat apa yang akak nak.Semoga akak selalu bersama Acik,memberikan Acik kekeuatan.'


***********************************************


~3 bulan kemudian~

Dahi isterinya yang masih lena tidur dicium lembut.Semalam Kasih mengadu tak sedap badan dengannya.Perlahan dia merasa suhu badan isterinya,agak panas.Dia mencapai towel dan baru hendak membuka pintu bilik air,tiba-tiba Kasih meluru pantas dan muntah-muntah di singki bilik air mereka.Segera diusap-usap belakang isterinya yang masih muntah itu.

'Kenapa ni sayang?'

'Tak tau la bang.'

'Sayang tak salah makan kan?'

Tangan kanannya memegang pinggang isterinya yang kelihatan tidak bertenaga.Sebelah lagi masih setia mengusap-usap belakang Kasih.

Kasih memandang sayu suaminya.Teringin menangis,entah kenapa dia rasa sensitif pulak.

'Nanti kita pergi klinik ya sayang.'

Kasih hanya menganggukkan kepalanya dan mula berjalan keluar.Tiba-tiba terasa terangkat tubuhnya yang keci itu.Rupa-rupanya suaminya mencempung dirinya dan diletakkan di atas tilam.

'Sayang tunggu sini,abang nak mandi kejap.'

Serentak itu,ciuman singgah di dahi Kasih. Dia membalas ciuman suaminya dengan senyuman manis.


**********************************************


Malam itu,ruang tamu banglo tersebut dipenuhi cahaya kegembiraan.Masing-masing tak nak beralah memeluk Kasih yang kemalu-maluan.

'Abang.'

Dipandang suaminya untuk meminta simpati.

'Sudah-sudahlah peluk isteri Zal tue ma,pa,Mak Long,Pak Long. Semput dah Zal tengok.'

Rizal Amri bersuara juga akhirnya.Spontan Kasih memeluk manja suaminya tanda terima kasih.

'Siapa tak gembira nak dapat cucu,ye tak Aziz?'

Encik Amir mengenyitkan mata ke arah besannya.

'Yelah Zal,papa pun excited ni.Kalau baby girl, papa nak bagi nama Erra Fazira.'

Encik Aziz pura-pura membelai misainya.

'Kalau baby boy,mama nak bagi nama Adam Mikhail.'

Puan Izzah tak nak ketinggalan mengusulkan ideanya.

'Apa pulak Adam?Hazrul Nizam lagi lawa.'celah Puan Nazirah.

Serentak mereka ketawa beramai-ramai.

'Terima kasih sayang atas anugerah dan kebahagiaan ini'.

Rizal mengucup sayang ubun-ubun Kasih yang tersenyum memandang dirinya.Tangannya membelai perut isterinya yang masih belum ketara itu.

'Terima kasih abang sayang.Moga bahagia milik kita selamanya.'

Dicumnya lembut tangan suaminya yang memandang ahli keluarganya yang masih berebut untuk menamakan bakal cucu mereka.Semoga kebahagiaan dan suasana riang sentiasa menghiasi rumah ini,ya Allah.Itulah doanya saban malam.



*The End*

Seindah Kasih episod 19

‘Assalamualaikum ma,pa.’

Sapa Kasih riang pagi itu mengejutkan Puan Izzah dan Encik Amir yang sedang menghadap sarapan pagi.Dihampiri papanya lantas diberi kucupan di situ, begitu juga mamanya.Kedua-dua memandangnya pelik.

‘Kenapa pandang Acik semacam nie?’

Giat Kasih sambil tersengih.Siap mengenyitkan matanya kepada mama dan papanya.

‘Acik,ok tak nie?’Mamanya bertanya risau.

‘Don’t worry ma,Acik ok.’

Lepat pisang di depan matanya segera dicapai dan dikunyah perlahan-lahan untuk menyembunyikan rasa hati.

‘Pa,ma..Acik ada benda nak bincang la..’

Serentak dua pasang mata menatapnya.

‘Acik ingat nak teruskan study Acik kat sana tapi nak tukar course.Nak ambik ‘Law’ pulak.’

‘Are you sure,Acik?Setahu papa,Acik tak minat sejarah, inikan ‘Law’ pula?’

‘Acik nak try juga selagi termampu.Boleh ya pa?Mama?’

‘Mana-manalah janji Acik berusaha bersungguh-sungguh.’

Spontan dipeluk papanya.Ketawa riang Kasih bila papanya tidak membantah.

‘Sayanggggggggg papa,mama juga.’

Tergeleng-geleng kepala Encik Amir dengan kemanjaan Kasih.Memang Kasih lebih manja berbanding arwah kembarnya.

‘Kalau Kasih takde,mama dan papa jangan gaduh-gaduh tau.’

‘Okay.’

‘Mesti makan ubat kalau selsema.Kalau demam jumpa doctor.’

‘Baik, doctor.’

‘Calling Acik kalau tak Acik mogok kering.’

‘Set.’

‘Acik akan sentiasa sayangkan mama dan papa,ingat tue.’

Puan Izzah segera memeluk erat Kasih.Mungkin lepas nie lama lagi dia nak memeluk anaknya yang satu nie.

Seindah Kasih episod 18

Sudah seminggu Qazrina menghadap Illahi,seminggu itu jugalah Kasih asyik menangis.Kalau tidak menangis dia akan berkurung di dalam bilik arwah kakaknya.Termenung dan merenung jauh.Hanya dia sahaja tahu apa dalam fikirannya.

‘Sayang,jom makan.’

Puan Izzah mengusap kepala Kasih yang termenung di depa tv.Rasa seperti dia melihat Qazrina yang selalu termenung di situ bila mula-mula ditinggalkan Kasih ke luar Negara dulu.Cuba ditahan sebak yang bertamu di hati,tak nak menambahkan beban di hati Kasih.

Kasih mengangguk lesu dan mengikuti langkah mamanya.Kerusi ditarik perlahan.Makanan di depan mata dipandang kosong.Sungguh semua itu kegemaran dia dan arwah tapi seleranya mati.Segera punggung diangkat dan langkah diarah ke tingkat atas dan semestinya ke bilik arwah kakaknya.

Duduk bertongkat dagu di meja study arwah.Dipegang frame gambar mereka dan diusap lembut.Sejenak matanya tertancap pada satu buku yang seperti diari,warna pink.Warna pink warna kesukaan arwah.Air matanya mengalir lagi.Dibelek satu persatu muka surat diari tersebut.Matanya semakin berkaca-kaca.

‘Akak,kenapa pendamkan seorang diri?Acik kan ada...’Tangisnya hiba.

Diteruskan pembacaanya tanpa menyedari mamanya yang berdiri di depan pintu bilik sambil mengelap air matanya.Berlalu untuk mengelakkan Kasih bertambah sedih.

Kepalanya didongakkan seketika mengadah kipas yang berpusing.Pandangannya kabur.Tabahlah wahai hati.Tolonglah,pintanya dalam diam.

Muka surat terakhir ditatapnya,matanya berkaca lagi dan menitik di atas diari tersebut.

Acik,

Acik pernah berjanji akan menghadiahkan akak hadiah bila keputusan SPM keluar. Akak nak tuntut janji di sini. Acik, andai kata akak pergi jauh,pergi yang tak akan kembali.Akak nak Acik berjanji membahagiakn papa dan mama.Ikutilah segala kemahuan mereka. Aciklah harapan akak untuk melaksanakan impian mereka.Bila tiba masanya,Acik akan tahu apa impian mereka.Sayangilah mereka selama-lamanya,dengan itu akak boleh pergi dengan tenang. Bukan akak sengaja merahsiakan penyakit tapi akak takde pilihan lain.Harap Acik memaafkan akak. Berhentilah menangis mahu pun bersedih dik.Bangkitlah seperti Acik yang akak kenali,bahagiakan orang tua kita dengan senyuman Acik. Last sekali, Acik tahu kan betapa akak minta bidang ‘law’,tapi takpelah.Acik kena teruskan pengajian Acik dan jangan sesekali berputus asa.Akak sentiasa bersamamu,Nur Kasih.

‘Seindah Namamu,Sebegitulah Kasihku.’

Salam sayang,
Nur Qazrina.

Diari arwah dipeluk sekuat hati dan dia berbaring di atas katil arwah.

‘Akak,Acik akan berusaha menunaikan permintaan biarpun pahit mana pun.Dan Acik berjanji akan menukar bidang Acik kepada ‘Law’.Kebahagiaan papa dan mama akan menjadi perkara pertama dalam hidup Acik…’
Kasih akhirnya terlelap di situ.Lelah dengan perjalanan hidup yang tak semestinya indah bercahaya,adakalanya mendung menyapa.

Seindah Kasih episod 17

Kasih segera menerpa ke arah mamanya.Dipeluk erat mama nya seolah cuba mencari kekuatan diri yang hilang.Tangisan dua beranak itu memilukan hati ahli keluarga yang lain.Berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.

‘Ma,Acik terlewat!Acik tak dapat menatap wajah arwah akak buat kali terakhir.Akak terlewat.’

Tangisan Kasih makin menjadi-jadi.Puan Izzah pun mencuba menenangkan Kasih yang tersedu-sedu.Ditepuk-tepuk perlahan belakang anak gadisnya itu.Setelah lama tak berjumpa, Kasih akhirnya muncul depan mata dengan mata yang sembap..Simpatinya melimpah ruah di situ.

Kasih beralih dan memeluk papanya yang jelas menahan sedih.Encik Amir membalas pelukan Kasih,berharap meminjamkan sedikit kekuatan dan ketabahan buat Kasih yang menangis tak berhenti-henti.

Rizal memandang lama ke arah Kasih yang masih tersedu-sedu.Memang mereka kembar seiras.Ingatkan Qazrina yang tiba-tiba muncul tapi rupa-rupanya Kasih.Dipandang lama dan timbul rasa simpatinya buat gadis yang masih menangis itu.

‘Acik,berehatlah dulu.Mesti penat kan?’

Suara Encik Amir memujuk Kasih untuk berehat.Mesti dia keletihan dalm penerbangan yang memakan masa berjam-jam itu.Kasih mengangguk kepalanya.Perlahan di angkat namun serasa badannya melayang. Dia bukan sahaja letih pada fizikal,tetapi mentalnya juga sangat letih.Nasib baik Rizal pantas dan memeluk Kasih dari terjatuh.Namun,pandangan Kasih hanya kosong dan tiada apa-apa.

‘Zal,hantar Acik ke bilik,boleh?’

Permintaan Puan Izzah diturutinya.Dipimpin Kasih menuju ke biliknya.

‘Acik nak bilik akak.’

Sayu suara menerpa pendengarannya.Rizal memandang mata Kasih yang berkaca-kaca.Diangguk kepalanya.

Dipandang Kasih yang berteleku di atas katil arwah Qazrina,tidak mempedulikannya.Melayan perasaannya sendiri, ditemani air matanya yang mengalir lesu di pipinya.

Seindah Kasih episod 16

Sembap mata Kasih dek kerana menangis tak berhenti-henti selepas mendapat panggilan daripada papanya.

‘Acik,papa harap Acik bersabar banyak-banyak ya?’

Suara papanya seakan menahan tangis dihujung sana mendatangkan rasa ingin tahunya.

‘Apa pa?’

Hati Kasih mula berdegup kencang,janganlah ada perkara buruk yang menimpa keluarga ku,ya Allah,pinta hatinya.

‘Akak..akak..’

‘Akak kenapa?’

Kasih memintas dengan tidak sabar bila papanya tergagap-gagap.

‘Akak dah pergi meninggalkan kita Acik..selamanya.’

Kasih merasa dunianya berpusing laju.Jam seakan berhenti berdetik.Pandangannya kelam dan dia rebah di dapur.

‘Acik..’

Suara Encik Amir di hujung sana tidak berjawab.


*********************************************************************
‘Acik..Acik,bangun nak..’

Sayup suara seseorang menyeru namanya.Perlahan-lahan Kasih membuka matanya.Dipandang sayu Mak Longnya yang jelas kelihatan baru lepas menangis juga.Segera dipeluknya Mak Longnya,Kasih menangis hiba.Dia tak dapat menerima kenyataan tersebut.Terasa sebahagian dirinya turut sama pergi bila mendapat tahu akak kembarnya pergi jauh..jauh yang takkan kembali lagi..

‘Mak Long,katakan semua ini tipu belaka.Acik tak percaya.’

Sedu-sedan Kasih masih kedengaran.Air matanya mengalir lesu.

‘Sabarlah anakku.Dia lebih sayangkan akak daripada kita.’

‘Mak Long,akak janji takkan tinggalkan Acik bersendirian.Akak dah janji..’

Puan Nazirah mengusap lembut rambut Kasih yang mengongoi menangis dalam pelukan nya.Siapa tak sedih kalau kehilangan kembar kesayangan yang bak sebahagian diri lagi.

‘Sabar ya Acik…Mak Long ada dengan Acik.’pujuknya lembut,cuba untuk menenangkan Kasih yang masih tak dapat menerima kenyataan.

‘Acik,nak balik sekarang juga Mak Long.’

Kasih memandang sayu muka Mak Longnya dengan mata yang berair.Perlahan disapu air mata Kasih dan dikucupnya mesra dahi Kasih.

‘Esok last paper Acik,Mak Long janji kita balik esok sayang.’

Kasih pandang kosong Mak Longnya dan melangkah menuju ke biliknya.Dihempas lembut badannya ke katil.Fikirannya melayang entah ke mana. Dicapai frame gambar dia dan Qazrina yang berpelukan dan ketawa riang,dibawa ke dadanya,air matanya seakan tak mahu berhenti.

‘Akak…………..’

Tiada lagi yang membalas seruan kata hatinya. Cuba dilelapkan mata agar melupakan semuanya tapi kesedihan tetap bertamu di pantai hatinya.Tak sabar rasanya nak pulang esok.Harap dia sempat menatap muka akak nya buat kali terakhir.

Sunday, December 28, 2008

Seindah Kasih episod 15

Kedatangan Rizal dan papanya ke rumah mereka,memaksa Qazrina mengagahkan diri untuk turun ke ruang tamu.Langkah yang diatur sedikit terhoyong-hayang..Qazrina segera mendudukkan diri di sofa rumahnya.Tangannya lantas bergerak memicit kepalanya.Rizal memandang lama gelagat Qazrina.Apakah yang dia sembunyikan sebenarnya?

'Akak,ok ker?'

Puan Izzah menanya Qazrina yang jelas kelihatan lesu disebelahnya.Muka pun pucat semacam jer.

'Akak ok,ma.'

Qazrina berusaha untuk menampakkan dia baik-baik saja walaupun kesakitannya sudah tak tertanggung rasanya.

'Zal,Rina..papa-papa dah berbincang.'

'Berbincang apa pa?'

Laju Rizal mencelah.Riak wajah kesayangan di depan matanya seakan sedang merancang sesuatu.

'Papa rasa ada baiknya kalau Zal ditunangkan dengan Rina sebelum Rina menyambung study dia.'

Zuppp!!!Rizal terasa ada petir yang sedang memancar seketika tadi.Melopong mulutnya terkejut.

'Tapi pa...'

Suara ahli keluarganya semakin sayup-sayup di pendengaran Qazrina.Dia sudah lelah rasanya menahan kesakitan ini.Mama,papa,rasanya akak tak larat lagi meneruskan langkah kaki akak.Akak tetap sayang papa,mama dan Kasih..Biarlah,akak tidur dengan lena kali ini.

Puan Izzah terkejut bila kepala Qazrina terjatuh di atas pangkuannya.

'Akak,kenapa nie?'

Puan Izzah segera menggoncang badan Qazrina yang tidak bermaya.

'Abang,kita pergi hospital sekarang juga.'jeritnya tanpa sedar.Air matanya sudah mengalir laju.Rizal segera memeriksa denyutan nadi Qazrina.

'Cepat pa,kita angkat Rina.Nadinya lemah,she's dying!'Jerit Rizal kuat.

Tubuh Qazrina dicempung Encik Amir ke dalam kereta.Hujan yang membasahi bumi seakan menyedihi apa yang berlaku.Sesekali Rizal mengerling ke belakang,dia melihat Puan Izzah yang dibasahi air mata dan berkali-kali mencim pipi Qazrina.Encik Amir turut mengalirkan air matanya.

Qazrina masih kaku di pelukan mamanya. Darah di mulut dan hidung Qazrina dilap dengan lengan bajunya.Betapa berat bebanan yang ditanggung anaknya tapi dia sebagai ibu tidak pernah tahu dan merasa kesakitan yang melanda anaknya.Dia menjerit di dalam hati,betapa menyesalnya dia.

'Akak,jangan tinggalkan mama.Akak dah janji takkan pernah tinggalkan mama kan?'

'Akak,akak sayangkan mama kan?Kalau sayangkan mama,bukalah mata akak,ya sayang.'

'Akak..mana janji akak tu sayang.'

'Akakk..................................'

Suasana hiba menyelubungi kereta yang dipandu Encik Aziz.Rizal memandang gelapnya malam sepi. Mengongoi Puan Izzah bila tetap tiada balasan dari anaknya itu.Encik Amir memeluk isteri nya yang sedang memeluk Qazrina erat.Dirasa denyutan nadi Qazrina,tiada lagi denyutan di situ.Encik Amir rasa dunianya berkunang-kunang....

Seindah Kasih episod 14

Bunyi hon yang kedengaran di luar rumahnya menyebabkan Qazrina tergesa-gesa menyarung sneaker kesayangannya.Berlari-lari anak dia mendapatkan kereta Honda Civic Rizal.Kelihatan Sasha duduk di sebelahnya.

'Sorry..sorry..terlajak tidur.'

'Kau memang la Rina.Cepatlah Rina,tak sabar nak menjenguk sekolah kesayangan aku tue.'

'Miss Glamer,tak lari punya sekolah tue.'

Rizal ketawa kecil mendengar perbalahan dua sekawan itu.Dia yang beria-ia nak menghantar Qazrina dan Sasha mengambil result hari nie sedangkan masih banyak kerja yang menantinya di pejabat.

'Apa aku peduli!Berdebar pula rasanya Rina?'

'InsyaAllah.'

************************************************

Sebaik sahaja Rizal memberhentikan keretanya,Qazrina dan Sasha bergegas masuk ke dalam sekolah dan menuju ke papan kenyataan sekolah mereka.

'Ramainya pula orang hari nie.'Rungut Qazrina.

'Biasalah Rina,dah namanya pun sekolah juga.'

'Rina!Sha.'

Rakan-rakan sekelasnya memeluk dia dan Sasha yang masih terpinga-pinga.

'Kenapa nie?Macam 10 tahun tak jumpa jer?'Tanya Qazrina pelik.

'Tahniah jat korang berdua.Straight A la.'

Sekali lagi Qazrina dan Sasha menjadi mangsa pelukan rakan-rakan.Akhirnya,Qazrina dan Sasha pula yang berpelukan.Setelah mengambil slip keputusan di pejabat,Qazrina dan Sasha keluar.Qazrina memegang kepalanya yang berdenyut-denyut dan pandangannya hampir kelabu.Sabarlah sekejap lagi nak sampai kereta,pujuk hatinya.

Sesampainya di kereta Rizal, Qazrina terus memejam matanya,lebih tepat menahan sakit yang menyerang dirinya.

'Zal, kalau sampai rumah Rina nanti,kejutkan Rina ya.'

Selepas itu,Qazrina langsung tak tahu apa yang terjadi di sekelilingnya.Celoteh Sasha dan Rizal tidak mampu didengarinya.

******************************************

'Rina!Bangunlah sleeping beauty.'

Qazrina masih juga begitu.Perlahan ditenung muka yang tidur pulas itu.Comelnya!Rasa ingin saja jemarinya menyentuh pipi Qazrina yang masih terlena.Setelah menghantar Sasha yang ada shooting,barulah dia menghala ke arah kawasan perumahan Qazrina.

'Rina!'

Bahu Qazrina digoncang perlahan.Qazrina memberi respon dengan membuka matanya perlahan-lahan.Kelihatan muka Rizal yang sangat dekat dengan mukanya sehingga desah nafas Rizal pun terasa menampar mukanya.

'Zal..'

Lemah suara Qazrina ekoran kepalanya yang masih sakit teramat sangat.Rizal heran melihat Qazrina yang memicit kepalanya tak berhenti-henti.Sakitkah dia? Teringin bertanya tetapi lidahnya kelu.Perlahan dipimpin Qazrina memasuki rumah banglo tersebut.

Seindah Kasih episod 13

'Nissa,jom teman Rina lunch.'

Qzrina menyapa Anissa yang tampak manis mengenakan blazer itu.

'Jomlah,aku on jer kalau Rina treat nie.'

Anissa sengaja mengusik Qazrina yang tersenyum padanya.Baginya,Qazrina seorang yang low profile dan murah dengan senyuman walaupun anak big boss.

'Zal pun nak ikutlah.'

Rizal yang entah bila berdiri di sebelahnya dijeling tajam.Rizal nie memang selalu je tiba-tiba muncul di tepinya tanpa salam.

'Hish,boleh heart attack Rina tau.'

'Ala,Zal boleh tolong ubatkanlah.'

Dikenyit matanya pada Qazrina yang bengang.

'Tak lunch dengan Sha ke hari nie?'

Selamba Qazrina menanya.Sudah agak lama rasanya dia tak lunch dengan Rizal kerana sibuk melayan 'mata air'nya itu.

'Dia busy hari nie.So,Zal nak lunch ngan sayanglah.'

Bulat mata Anissa mendengar Rizal memanggil Qazrina 'sayang.'Terkejut.

'Janganlah percaya sangat cakap dia nie Nissa.Jom.'

Tangan Anissa ditarik menuju ke arah lif.Perutnya berbunyi rasanya,tak sabar minta diisi,lagipun malam tadi dia hanya menjamah nasi sikit jer..

'Kalau betul,sepadan jer aku tengok Rina.'

Tutur kata selamba Anissa mengundang gelak Rizal yang mengekori langkah Qazrina dan Anissa.

'Sepadan?Huh?'

'Dengar tue sayang.'Giat Rizal suka melihat muka Qazrina memerah,mungkin menahan malu.

'Kalau nak menggatal tue, pergi main jauh-jauh la Zal'

Gertakan Qazrina tidak berkesan di hati Rizal yang berbunga riang.Seketika dia terlupa akan buah hatinya yang sentiasa busy dengan dunia glamournya itu.Hendak dilarang,takut dikata 'King Control' la pulak.Sebenarnya dia lebih selesa bersama Qazrina.Entah kenapa,dia sendiri pun tak tahu.Kasih?Lama pula tak berjumpa,entah macam mana lah rupa dia sekarang nie?Mesti sama dengan kakak kembarnya ini.Rizal tersenyum sendiri.

Seindah Kasih episod 12

Qazrina membelek kalendar di atas meja studynya.Tinggal 5 hari lagi keputusan SPM akan keluar,adakah bermakna harinya tinggal 5 hari lagi untuk membahagiakan keluarganya.Tidak terasa air matanya mengalir lesu di pipinya.Tuhan, bagilah kekuatan buatku!Sendu Qazrina bertamu dan air matanya berterusan mengalir. Diketap bibirnya supaya tangisannya tidak kedengaran.

Dibukanya diari dan dicoretkan sesuatu untuk adik kembarnya, Kasih.Mungkin bila masa yang sesuai Kasih akan membacanya nanti. Itulah harapan Qazrina.Kasih lah satu-satunya adiknya yang selamanya berada di dalam ingatannya walau jasad bercerai dari badan.

Akhirnya,Qazrina terlelap tanpa menutup lampu biliknya.Puan Izzah yang melintas bilik Qazrina menolak perlahan pintu bilik anaknya itu.Dilhatnya Qazrina yang terlelap di meja studynya.Segera dicempung tubuh kurus Qazrina ke katil.Puan Izzah perasan Qazrina semakin kurus dan hilang selera makan kebelakangan ini,dia menggeleng lemah kepalanya.Akak,apakah yang sembunyikan dari mama sebenarnya?

Dahi Qazrina yang tidur dikucup lembut.Langkahnya diatur keluar tapi terhenti di depan meja study Qarina.Pelik melihat tanda pangkah pada kalendar tersebut.Siap dibulatkan dengan marker merah lagi tue.Direnungnya lama kalendar tersebut.Kemudian,menutup bilik tidur Qazrina.Puan Izzah berlalu dengan persoalan di kepalanya.Mungkin tarikh result SPM nak keluar tak?Dia cuba menyedapkan hati tuanya.

***************************************

'Abang.'

'Hemm.'

Muka suaminya dipandang lama.Encik Amir segera mengalih pandang menghadap isterinya.

'Abang perasan tak perangai anak kita tue seperti menyembunyikan sesuatu dari kita?'

'Tak pulak.'

Ish..orang tuo ni tak peka betul,rungut hati Puan Izzah.

'Abang tau.Akak makin kurus dan selalu termenung.'

Encik Amir dapat membaca apa di dalam pemikiran isterinya yang tersengih memandangnya.

'Naik risau Izzah yang.Perangai dia pun pelik semacam jer Iza tengok.'

'Biarlah Iza,mungkin dia ada sesuatu yang tak boleh share dengan kita.Lambat laun kita akan tahu juga.Berdoa je dia baik-baik selalu.'

Puan Izzah masih terkebil-kebil walaupun lampu tidur sudah dipadamkan suaminya.Akak,beritahulah mama apa yang melanda dirimu sebenarnya..

Seindah Kasih episod 11

Qazrina membelek blouse yang bergantungan di dalam almari bajunya.Dia mengeluh perlahan.Rupa-rupanya sudah agak lama dia tidak shopping sejak Kasih ke luar negara.Dulu, dia dan Kasih akan sama-sama shopping dan melepak di One Utama atau shopping mall yang lain.Seketika langkah kakinya diarah ke bilik Kasih.

Qazrina menatap bilik yang lama dah tak berpenghuni itu.Dibukanya almari pakaian Kasih dan dicapai blouse yang berwarna biru lembut.Itulah Kasih,minat biru lembut dan pakaiannya memang kebanyakkan warna biru dan plain.Katanya kalau ada corak atau bunga-bunga,menggelikan.Ada ker patut?Sedangkan dirinya tak memilih sangat kalau bab pakaian ini.Blouse tersebut disarungkan ke tubuhnya.

'Lawa.'bisik hatinya.Citarasa Kasih memang menepati citarasanya cuma dia tidak secerewet mana.

Rambutnya yang sudah mencecah bawah bahu dibiarkan lepas begitu sahaja.Bibirnya dioles lip gloss warna lembut.Baginya begitu sudah mencukupi.

*********************************************

Qazrina mengatur langkah nya ke arah Sasha yang sudah melambai-lambai ke arahnya.Sasha kelihatan anggun di matanya tapi kenapa pulak pakai big spec kat restaurant pula.Hitam pulak tue?Seketika Qazrina menepuk dahi,terlupa lak kawan aku ni kan glamour.hehe..

'Kau ni kalau tak lambat memang tak sah.'

Dush..Sasha tidak memberinya peluang.Qazrina tayang giginya sebab dia memang terlambat pun.

'Kot ye pun nak marah aku Sha,bagila chance aku duduk dulu.Semput tau.'

Qazrina mengusik Sasha yang cemberut di depannya.Kalaulah wartawan tahu,habislah kau Sha.

'Apa yang kau nak bagitau aku nie?Top secret ker?'

'Kau nie bawa bersabarlah Rina.Aku piat telinga baru tau.'

Serentak Qazrina dan Sasha ketawa.Pandangan sekeliling tidak dipedulikan.

'Hai,honey.Sorry,I'm late.'

Qazrina serasa familiar dengan suara itu.Bukankah itu...?

'Am..U nie pun memang sah kalau tak lambat tau.Nasib baik kawan I dah datang.Kalau tak, I dah balik pun.'

Qazrina hanya menjadi pendengar.Hatinya sudah tak keruan.

'Sorrylah honey..Am janji tak buat lagi.'

Rizal segera mengambil tempat di tepi Sasha dan pandangannya tertancap ke muka kawan Sasha.Seketika mereka berpandangan tanpa kata.

'Am, inilah my best buddy,Nur Qazrina.Rina, inlah pakwe aku.'

Sasha memeluk mesra lengan Rizal di sebelahnya sementara Qazrina menahan gelora yang melanda di pantai hatinya.Ujian apakah ini Tuhan?Kenapa hati ini seakan tak dapat menerima kenyataan di depan mata tapi inilah realiti.

'Hai, Zal'.

Qazrina berlagak biasa seolah-olah berita itu tidak mengejutkannya.Senyuman manis dipamer untuk pasangan ideal di depannya.

'Rina kau kenal Am ker?'

Sasha tayang muka heran.Qazrina mengangguk.

'Ala, sama tempat kerja ngan aku la Sha.Kalau dia ni kau nak kenalkan aku,dah tak laku tau.'Usik Qazrina.

'Rina, sapa kata Zal tak laku?See..girlfriend Zal kan glamour nie haa.'

Rizal juga berlagak biasa.Cuma hatinya seakan dapat mengerti perubahan air muka Qazrina tadi.Rina, sukarnya untuk ku teroka apa sebenarnya di dalam pemikiranmu itu.Dinner mereka sentiasa disulami oleh gurau senda dan tawa riang walaupun ada hati yang terluka.

Seindah Kasih episod 10

Qazrina tenggelam di dalam dunia nya sendiri bila dia sibuk menyiapkan kerjanya.Mulutnya menyanyikan lagu 'No Air' perlahan sambil jemarinya pantas menekan keyboard komputernya.
Kerjanya terhenti bila handsetnya berbunyi..Dipandang nama pemanggil tersebut.

'Sasha?'

Agak lama dia tak mendengar berita kawannya itu sejak Sasha berjinak-jinak dengan dunia glamour seperti kata-katanya dulu.Habis saja mereka Form 5,Sasha terus melibatkan diri dalam dunia modelling dan lakonan.Dengan rupa Pan Asian nya itu,mestilah dia diterima di bidang yang digemarinya..

'Assalamualaikum cik Sasha.Maybank bercakap.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?'

Qazrina menahan gelak.Dah lama tak mengenakan Sasha yang busy dengan aktivitinya.Salamnya dibalas.

'Hantu lah kau nie Rina.Ingatkan dah beberapa bulan kau akan taubat dari mengusik aku.'

'Kau kan kesayangan aku Sha,mestilah jadi mangsa usikan aku tau.Taklah kau rindu sangat bila aku takde kat sisi kau nanti.'

Qazrina menepuk dahinya,harap-harap telinga Sasha tak dapat menangkap ayatnya yang terakhir.

'Kau nak pergi pula nie?Jumpa Kasih ker?'

Fuhh,nasib baik!!Ada best nya juga Sasha nie,kadang-kadang blur tapi time dia tak blur, akulah yang payah nak jawab..hehe..

'Oit,Miss Glamer,call aku pehal?'

'Oii canggihnya nama ku!!Kau nie memandai jer nak letak aku camtu.Aku nak merajuk nie.'

Qazrina tergelak dengan sikap Sasha.

'Alahai intan payung,nak merajuk pun bagitau ker?'

'Kalau layan kau ni Rina, boleh headache aku tau.Aku nak jumpa kau malam nie,boleh?'

'Why?Where?'

'Adalah.Restaurant Bologsene.Sharp 8.00 malam.'

'Yelah Miss Glamer.'

Qazrina membuka inbox e-mail nya.Bibirnya tersenyum bila melihat e-mail dari Kasih.

Dearest akak,

How are you,sis?Acik harap akak sihat dan tak sakit kepala macam dulu.Lagipun, Acik takde jadi tukang picit kan?Itulah akak tak pandai nak gunakan kesempatan bila bersama Acik.hehe.Papa dan mama sihat tak?Ada kiss untuk Acik dari mama tak akak?Mesti ada punye tapi akak dah amik bahagian Acik kan.Kedekut akak ni tau.Tak lama result akak nak keluar kan?Acik doakan akak berjaya score semua A..Akak,nak hadiah apa?Nanti Acik beli dan poskan untuk akak.Acik janji punya..Akak, Mak Long dah panggil Acik tue.Send my regards to papa dan mama.:)

Take care of yourself akak.Love you!!

Salam sayang,
Acik.

Qazrina menyandar malas di kerusinya.Akak nak hadiah apa?Hadiah yang Acik tak pernah sangka pun dan akak berharap Acik akan menunaikannya pada waktu yang sepatutnya.Keep your promise my lovely Acik!!

Seindah Kasih episod 9

Qazrina leka memerhatikan gelagat pengunjung Cafe Artic tersebut.Dia terlambat bangun pagi tadi,tak sempat nak bersarapan di rumah.Papanya pula outstation ke Pahang.Teringat perbualan nya dengan Kasih semalam,Qazrina tersenyum sendiri.Kasih yang tak pernah berubah,masih manja dan kuat berceloteh.Adakah dia masih begitu jika kehilangan diri ini?Qazrina menahan sebak.Mengikut appoinment dengan doktor pakar,dia sepatutnya dibedah sama bulan dengan result SPM nya keluar.Bermakna dua minggu lagi.Qazrina keliru.Biarlah..

Lantang lagu 'No air' berbunyi mengejutkan Qazrina.Dicapai handset dan segera dijawab panggilan tersebut.

'Rina sayang,kat mana nie?'

Aik,Rizal nie tak demam kepialu ker?Apa mimpi tiba-tiba bersayang-sayang ngan aku nie?

'Rina kat cafe lah.'

'Oh ye ker?Tunggu Zal kat situ.'

Talian diputuskan.Qazrina pelik.Rizal memang ada-ada sahaja karenahnya.Kelibat Rizal yang semakin menghampirinya dipandang sekilas.

'Kenapa breakfast tak ajak Zal?'

Soalan cepumas ke apa nie?Perlahan jemarinya ditekap ke dahi Rizal.biasa jer rasanya.Rizal tersengih.

'Zal tak demam apa-apa kan?Tak pun bangun dari sudut yang salah pagi nie?'

Bertalu-talu soalan keluar dari bibir comel Qazrina.

'Taklah sayang.Zal sihat walafiat nie.'

'Memang ada salah makan la Zal nie.'

Qazrina menggeleng kepala.Dia tak nak mudah terperangkap dengan panggilan manis Rizal,baginya hanya sia-sia sahaja.Sementara menanti breakfast Rizal sampai,Qazrina kembali menyambung sarapannya.

'Zal dengar tak lama lagi result Rina keluar kan?Nak Zal temankan ker?'

'Tak nak la Zal.Zal kan kerja.'

'Mestilah sayang.Zal tetap nak ikut juga.No objection.Titik.'

Itulah satu lagi perangai 'Buntal Handsome' nie,suka sangat mengatur hidupnya.Dijelingnya tajam Rizal tapi dibalas dengan senyuman pula.Boleh bertambah sakit kepala aku nie kalau hari-hari Rizal nie 'demam'.

Seindah Kasih episod 8

Qazrina termenung di beranda rumahnya,mendongak ke langit.Mencuba meredakan kesakitan di kepalanya itu.Senyuman terukir di bibirnya bila tak sedar dah sebulan dia menjadi setiausaha Rizal.Qazrina menggelengkan kepalanya bila mengingatkan dia yang langsung takde pengalaman bekerja, tiba-tiba dijadikan setiausaha Rizal.Kerjanya tidaklah sesusah mana tapi perangai Rizal yang memeningkan kepalanya.

'Rizal Amri...'

Tidak disedari bibirnya menyebut nama tersebut.

'Aku dengar ada seseorang yang baru jer menyebut nama ku tapi siapa ya?'

Qazrina tersentak.Berubah air mukanya bila memandang Rizal yang selamba bersandar di belakangnya.

'Tak reti bagi salam ker cik abang buntal.'Marahnya.

'Dah bagi salam la,tapi Rina yang tak dengar,entah pakwe mana di fikiran itu.'

Rizal tayang muka kayunya walaupun jelas Qazrina menyebut namanya tadi.Takkanlah ada Rizal Amri yang lain.

'Ni apasal tak malu sampai masuk bilik Rina?'

'Mama yang suruh Zal panggil Rina turun.'

Rizal menapak dan berdiri di sebelah Qazrina yang masih mendongak ke langit.Suasana malam yang gelap menjadi sedikit bercahaya dengan adanya bintang berkelipan nun di atas sana.

'Cantikkan,Zal.'

'A'ah cantik.'

Muka Qazrina yang leka memandang bintang yang berkelipan dipandangnya lama.Entah mengapa, ada rasa yang berlagu di dalam hatinya.Menyanyikan irama yang mengasyikkan.

'Zal, kalau Zal rindu kat Rina nanti, Zal pandanglah pada bintang.'

Melihat tiada respon, Qazrina memaling mukanya ke arah Rizal.Terkesima.Rupa-rupanya Rizal sedang memandang dirinya.Pandangannya mereka bersatu.Qazrina mengalah dan menundukkan kepalanya.

'Zal.'

Rizal tersentak.Qazrina di depannya tersengih.Padan muka,pandang orang takde macam tak pernah lihat jer.

'Apa Rina cakap tadi?'

'Rina cakap,cik abang buntal nie kuat berangan.'

Qazrina terus berlari anak meninggalkan Rizal bersendirian dan masih bengang.

'Kenapalah aku nie?Zal, ingat kau tue dah ada girlfriend,lagipun Rina mesti anggap kau kawan saja.Wake up Zal.'

Dicubit pipinya sendiri untuk menyedarkan dirinya.Tidak lama kemudian, dia pun melangkah ke tingkat bawah banglo tersebut.

Seindah Kasih episod 7

Jam loceng yang berbunyi mengejutkan Qazrina yang masih lena tidur.Setelah mengerjakan solat subuh,dia tertidur balik tadi.Dibuka matanya perlahan,dipandang angka jam di sebelahnya.Baru pukul 7.00 pagi.

'Morning.'

Frame gambar dia dan Kasih disapanya mesra,terbit senyuman di bibirnya.Lalu melangkah mengambil towel untuk mandi.

'Akak,kau kena kuat!Kena lawan penyakit tue sementara masa masih ada,biarlah kau menggembirakan papa dan mama.Ganbatte akak!'

Qazrina mengambil keputusan untuk bekerja dengan papanya sementara menanti result SPM nya keluar,yang tinggal 2 bulan lagi.Pejam celik pejam celik keluarlah result akak oi,dia bermonolog di dalam hati.

******************************************************

Akhirnya Qazrina menapak juga di depan syarikat yang dibina oleh papanya bertahun-tahun lamanya.Syarikat I & A Holdings Sdn Bhd sempena nama papa dan mamanya.Lambang cinta mereka yang berkekalan walau di kala susah mahupun senang.

'Akak,Pak Cik minta diri dulu.'

Sapaan driver mereka,Pak Cik Kamal mengejutkan lamunan Qazrina.Qazrina menganggukkan kepalanya dan mula melangkah ke dalam bangunan tersebut.Pagi itu,dia cuma mengenakan baju kurung berwarna hijau lumut yang sesuai dengan warna kulitnya yang cerah.Walaupun masih berumur 17tahun,Qazrina kelihatan matang daripada umurnya,bentuk badannya yang kurus serta tinggi lampai itu boleh menipu pandangan ramai.

'Selamat pagi.'

Qazrina menyapa perempuan yang duduk di front office tersebut tetapi dibalas dengan muka yang masam.Apa pasal pula nie?Bendera merah ker?bisik hati Qazrina.Terkilan.

'Hai,Rina.Sampai juga kau ya.'sapa suatu suara yang sudah didaftar di kepalanya.Rizal Amri!

'Baru jer.'

Rizal kelihatan segak dalam pakaian kerjanya.Ditambah dengan lesung pipi nya,mesti ramai girl yang masih solo kat pejabat ni nak pikat kot.Qazrina tersengih.

'Apahal menyengih nie?'Rizal memandang Qazrina,mesti gelakkan aku lah tue..macamlah aku tak tau..

'Cik abang bun...'

Mulut Qazrina segera ditekup dengan jemarinya.Rizal tersengih memandang Anissa yang kelihatan pelik memandang gelagat mereka berdua.Perlahan Qazrina dilepaskan.

'Ish,sakit tau tak.Ingat lembut ke tangan kau tue Zal?'bebel Qazrina geram.

'Rina,perkenalkan ni Anissa.Anissa,ni anak big boss,Nur Qazrina.'

Seraut wajah Anissa berubah.Tahu pun takut,itulah layan orang datang tue lain kali senyumlah melebar,jangan tayang muka masam,gerutu Qazrina di dalam hatinya.

'I'm sorry,Cik Nur Qazrina.'

Kepala Anissa menunduk seolah pandangan mata Qazrina mengandungi racun berbisa.Senyum terukir di bibir Qazrina.

'It's okay Nissa.Just call me Rina.'

Tangan dihulur segera disambut Anissa.

'Takyahla nak bemesra alam kat sini Rina.Cepatlah,papa kau mesti nak jumpa tue.'celah Rizal.

'Jumpa lagi Nissa.'

Qazrina berjalan beiringan dengan Rizal menuju ke bilik papanya.Sempatlah mereka berdua bersembang-sembang.Rupa-rupanya Rizal merupakan Penolong Pengarah Syarkat I & A Holdings,yalah papanya adalah shareholder kat syarikat papa aku nie.Muda-muda dah memegang pangkat tinggi,bertuahnya Rizal.Memandangkan hanya dia anak tunggal semestinya dia yang berhak.

Seindah Kasih episod 6

Qazrina merenung kipas yang sedang berputar di atasnya tapi fikirannya hilang entah ke mana.Saat dia meneliti keputusan penyakitnya, dia seakan hilang tenaga.Ketumbuhan di otak?Peringkat yang agak kritikal.Sedari dari kecil sampai sekarang, tak pernah diubati, manalah tak kritikal,bisiknya perlahan.Lebih kepada dirinya sendiri.

Ketukan di pintu biliknya mengejutkan Qazrina.Lantas,disembunyikan envelop keputusan x-ray nya di sebalik bantal.Qazrina tak ingin keluarganya risau terutama Kasih.Lagipun tiada gunanya jika dia dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut.Tetap juga antara hidup atau mati.Dia tiada pilihan melainkan menyembunyikan penyakitnya itu.

'Akak, Uncle Aziz dan anak dia ada kat bawah tue.Baru jer sampai.'

Puan Izzah meletak punggungnya di atas katil.Dipandangnya Qazrina yang tersengih.

'Akak takde apa-apa nak bagitau mama kah?'

Qazrina menggelengkan kepalanya dan jarinya merapikan rambutnya yang agak kusut.

'Uncle Aziz mana ma?'

'Ala,bestfriend papa masa kita duduk Selangor dulu.'

'Oo..Jom turun ma.'

Qazrina memaut mesra lengan mamanya dan berjalan seiring ke tingkat bawah.Senyuman dihulur pada tetamu papanya.Dilihat ada lelaki yang duduk di sebelah Uncle Aziz.Tersenyum-senyum memandangnya dari tadi.Rasa macam kenal tapi di mana ya?Qazrina menggaru kepalanya.

'Hai,boleh berkenalan.'

Qazrina pandang kaku wajah di depannya.Melihat tiada respon, Rizal Amri melambakkan tawa nya.Serentak itu,beberapa pasang mata memandangnya heran dan penuh tanda tanya.

'Papa, Rina dah tak kenal Zal la.Tu yang Zal bantai gelak tengok muka blur dia.Tak berubah langsung.'

'Zal?'

Qazrina cuba mengingat sesuatu...dan...

'Buntal?Is it you?'

Rizal menayang muka kelat.Qazrina tergelak suka.

'Apa buntal-buntal?Orang dah tak guna nama tue.Tak tengok ker body orang cam model nie.'

'Amboi perasannya cik abang buntal nie..'

Serentak bergema ketawa di ruang tamu bamglo tersebut.Rizal Amri!Memang dia, Kasih dan Rizal berkawan rapat sebelum Uncle Aziz kena transfer ke Putrajaya.Buntal?Sebab dulu Rizal nie chubby dan montel jer tapi sekarang,fuhh..boleh tahan.Walaupun dia tua 5 tahun dari Qazrina dan Kasih,tetapi bila bersama mereka seperti sebaya.Qazrina tersenyum sendiri mengingat kenangan mereka.

'Kasih mana Rina?'

Qazrina tersentak.Dijegilnya mata ke arah Rizal yang memandangnya.

'Tak takut pun.'

'Perangai tak ubah.Acik ikut Mak Long ke Paris.'

'Oo i see.'

'Akak, Rizal ni antara staff papa juga.'

Encik Amir mencelah.Qazrina mengalih pandang.Tak pernah tau pun..

'Baru je.Dengar kata Rina nak kerja juga.Baguslah,ada gak temankan Zal.'

Rizal menyengih,harap jer umur dah 22 tahun tapi perangai tak berubah-ubah.

'Jangan haraplah Rina temankan Zal..tak ingin..baik temankan papa Rina.'

'Ish..budal dua orang nie..ingatkan lama tak jumpa dah tak bergaduh lagi tapi tak berubah.Papa kahwinkan baru tau,'usik Enci Aziz.

'Sape nak kahwin ngan buntal?Akak tak nak.'

'Zal pun tak nak.'

Dua-dua memandang ke arah berlainan sehingga mengundang gelak papa dan mama mereka.Qazrina dalam diam berharap akan selamanya rumah ini dihiasi gelak tawa keluarganya.

Seindah Kasih episod 5

Kepala yang berdenyut-denyut diramas-ramas perlahan.Dua biji panandol ditelannya tapi keadaannya masih juga begitu.Akhirnya Qazrina mengambil tindakan untuk ke Klinik Mastura yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.

'Morning mama,papa.'

'Akak,apa mimpi awal bangun nie?'

Pipi Puan Izzah dan Encik dicium mesra. Seketika kemudian,Qazrina mengambil tempat duduk di sebelah mamanya.

'Pa,akak tumpang pa nanti,boleh tak?'

'Akak nak pergi mana?'

Encik Amir memandang Qazrina yang sedang menghirup air milonya.

'Klinik Mastura.'

'Nak mama temankan tak?'

'Takpelah ma, lagipun tak lama.'

'Kalau macam tu, abang minta diri dulu Iza. Jom,akak.'

Langkah papanya dituruti setelah menghabiskan minumannya.Tangan Puan Izzah dicapai dan dicium lembut.

'Nak papa temankan ker?'Soal Encik Amir ketika pemandunya memberhentikan kereta di depan Klinik Mastura.

'Takpe pa.Akak ok la.'

'Really?'

Kepala Qazrina diangguk berulang kali sambil tersengih.Seperti biasa,dia mencium tangan papanya.

'Hati-hati.Call papa kalau ada apa-apa.'

'Set,boss.'Tersengih.

Kereta papanya semakin menjauh dan Qazrina mengatur langkah ke dalam Klinik Mastura.

**************************************

Qazrina yang mundar-mandir di depan kaunter klinik itu tersentak bila nama nya dipanggil.Tidak sabarnya rasanya mengetahui keputusan x-ray yang baru dijalankannya.Dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan kerana sudah tak tahan dengan kesakitan di kepalanya yang semakin kerap dan menyebabkannya pengsan.

'Macam mana doktor?'Tanya Qazrina sebelum doktor yang memakai tag nama 'Daniel' memberitahunya.

'Cik Qazrina dah lama ke sakit kepala macam nie?Pengsan ker?'

'Dari kecil..'

'Kalau begitu,saya harap Cik Qazrina bersabar dengan berita yang akan saya sampaikan ini.'Lembut suara Dr. Daniel bagaikan memberikan sedikit kelegaan untuk Qazrina walaupun hatinya dah tak keruan.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan bibirnya menguntum senyum untuk Dr. Daniel tanda dia sudah bersedia mendengar keputusan tersebut.

'Cik Qazrina, dari ujian yang telah saya jalankan,saya dapati ada ketumbuhan di otak Cik Qazrina.Kesan daripada ketumbuhan itu yang selalu menyebabkan Cik Qazrina sakit kepala teramat sangat dan kadang-kadang pengsan...'

Ayat Dr. Daniel membuat dunia Qazrina berputar ligat dan pandangannya semakin kabur.Dr. Daniel panik dan segera memanggil nurse untuk menolongnya memindahkan Qazrina yang pengsan ke wad biasa sementara menanti dia sedar.

****************************************

Perlahan mata Qazrina terbuka.Dipandang sekelilingnya yang serba putih.Dimanakah aku?monolog hatinya.Seketika mengingat,dia masih di Klinik Mastura rupanya.

'Alamak, mesti mama risau.'

Spontan Qazrina angkat dari pembaringannya.Kepala yang masih berdenyut ditahannya.Kaki dilangkah keluar.

'Cik Qazrina..'laung Dr. Daniel menghentikan Qazrina. Dipandang Dr. Daniel yang termengah-mengah,mungkin mengejarnya.

'Ini dia details penyakit Cik Qazrina dan juga appoinment dengan doktor pakar.'

'Terima kasih doktor.'

Salam diberi setelah beberapa langkah menapak dan Qazrina kembali meneruskan langkahnya.Berhenti di depan kaunter pembayaran dan mengambil ubatnya.Dia harus cepat pulang supaya mamanya tidak bertanya lebih lanjut.


Saturday, December 27, 2008

Seindah Kasih episod 4

Akhirnya SPM sudah berlalu.Qazrina menarik nafas lega.Bolehlah dia goyang kaki di rumah atau pun cuti-cuti Malaysia.hehe..tak pun melawat Kasih.Qazrina berlari ke tingkat bawah rumahnya lalu menghempas dirinya atas sofa di depan tv.Segera remote control ditekan..yess,akhirnya drama kegemarannya muncul juga.

'Sweetnyer..tangkap cintun aku nengok Jerry nie.'

Qazrina memang minat giler ngan Jerry Yan sejak pertama kali dia melihat drama 'Meteor Garden'.Siap tersengih-sengih di depan tv lagi tue.

'Akak,buat apa tue?'

Sapa Puan Izzah yang baru datang dari dapur.Walaupun kehidupan mereka boleh dikategorikan berada tapi Puan Izzah tak nak mengupah pembantu rumah. Dia lebih selesa menguruskan rumahtangganya.Rasa lebih puas hati bila dia sendiri yang menguruskan kebajikan suami dan anak-anaknya.

'Takde apa-apalah ma.'

'Apa planning akak cuti nie..Result lama lagi nak keluar kan?'

'Tak tau lagilah ma.'

'Nak kerja tak?Hari tu papa bagitau kalau akak nak kerja dengan papa.'

Qazrina memandang Puan Izzah lama.Kerja kat office papa?ish,tak pernah terfikir pun.Digarunya kepala yang tak gatal.

'Serius ke mama?'

'Betullah sayang.Kalau nak,nanti mama bagitau papa.Akak kan tau papa tue busy mengalahkan PM.Kita nama aje sefamily tapi jarang jumpa pun.'

Spontan Puan Izzah tergelak dengan kata-katanya.Qazrina tersenyum melihat mamanya begitu.Rasanya lama juga dia tak bermesra dengan papanya.Ya,papa memang busy!Dipeluk sepenuh rasa sayang mamanya.

'Ma,walau apa pun berlaku,akak takkan pernah meninggalkan mama kecuali maut.'

'Ish,apa akak merepek ni?Kan mama pernah cakap,jangan bercakap pasal ajal dan maut.'

Puan Izzah memandang lama Qazrina yang tersengih di depannya.

'Mama, mengingati itu mesti,kalau dah tiba masa tue, kita tetap akan kembali ke pangkuan-Nya.'

Qazrina masih memeluk Puan Izzah erat.Jemari Puan Izzah mengusap kepala anak nya itu dan berdoa takkan ada yang akan memisahkan mereka selagi dia masih bernafas. Cukuplah sekadar Kasih yang berjauhan dengannya.Kasih,mama rindu!

'Baiklah ustazah kecik.'

'Love you so much, ma.'

'Love you too, akak.'




Seindah Kasih episod 3

Salam yang dihulur di hujung talian segera di jawab oleh Qazrina.

‘How are you my dearest akak?’

Riang Kasih menanya khabar Qazrina. Terukir senyuman di bibir Qazrina mendengar suara Kasih.

‘Akak sihatlah.Acik pulak?’

‘Oklah kak.Cuma belum ramai member kat sini.’

‘Nak akak carikan ker?’

Gurau Qazrina sambil ketawa. Memang tak sah kalau tak mengenakan Kasih.

‘Boleh gak. Apa kata akak guna jer LRT dari KLIA tue..direct jer pegi sini.’

‘Ish,,mengarutlah acik nie?’

‘Sape mula tadi eh?’

‘Yelah…akak ade class jap lagi..Malam nanti akak call acik.’

Klik. Talian diputuskan. Qazrina menahan sakit di kepalanya yang terasa seperti dihempap batu bata 20 kg jer..Mungkin sebab aku selalu lambat tidur tak?bisiknya menyedapkan hati sendiri.Langkah diatur menuju ke library sekolahnya di mana dia berjanji akan berjumpa dengan Sasha tentang subjek Biologi yang langsung tidak menarik minatnya.

‘Sorry Sha, aku ada hal tadi. Nanti aku belanja kau pekena horlick ais kegemaran kau tue.’

Sasha yang masih dengan wajah cenberutnya dipandang lama. Tanpa disedari oleh Sasha, jemari runcing Qazrina sudah menggeletek pinggangnya, itulah satu-satunya kelemahan dia.

‘Weh, main buyuk nampak.’

Mata Sasha dijegilkan. Kononnya nak Qazrina takut dengannya tapi disambut oleh ketaw Qazrina.

‘Sorry la Sha, baik kau tengok muka kau kat cermin tika ini.Hihi..’

Sasha akhirnya tumpang sekaki ketawa dengan Qazrina. Ish, kawan aku nie tak saman betul. Nasib kaulah Sha dapat kawan macam Rina nie.Dia sedar mereka mula rapat selepas kembar Rina menyambung sekolahnya di luar negara.

‘Kau ni Rina, bawa bertenang. Kot ye pun nak gelakkan aku, berpada-padalah sikit. Ni library tau.’Dijelingnya Qazrina yang masih menayang giginya itu. Qazrina yang masih dengan sisa ketawanya tiba-tiba terasa Sasha di depannya berubah menjadi tiga dan makin lama makin blur je penglihatannya dan kelam…

‘Rina….’

Jeritan Sasha mengejutkan pelajar yang membaca dan mengulangkaji di library. Qazrina segera diangkat ke bilik rawatan sekolah.Sasha setia menemaninya.

‘Urghh..’

Erangan suara Qazrina mengejutkan Sasha yang leka memandang ke luar tingkap.

‘Rina, syukurnya kau dah sedar.’

‘Sedar?’

Dahi Sasha berlapis. Aik, takkan la Rina tak sedar diri tue pengsan, ingat tidur ker?

‘Kau pengsan masa kita kat library tadi. Dah 2 jam kau tak sedar. Naik risau aku tau tak?Rina kau ada sakit apa-apa tak?’bebel Sasha. Qazrina cuba mengingat kembali tapi kepalanya yang masih berdenyut-denyut menghalangnya.

‘Kau ada bagitau mama aku tak?’Soalan Sasha dibiarkan Qazrina sepi kerana dia tak ada jawapan untuk soalan itu.

Sasha geleng kepala. Manalah dia terfikir nak menghubungi Puan Izzah sedangkan dia sendiri pun kelam-kabut.

‘Baguslah kalau begitu. Aku tak nak mama risau pula.Lagipun tinggal seminggu lagi kita nak SPM.Sha, aku harap kita tetap menjadi kawan walaupun tak sama U nanti.’

‘Haa,apa kata kita apply U yang sama nanti Rina?’

‘Set.’

‘Friends Forever.’

‘Tapi aku nak ambik bidang glamer la Rina.’

‘Kau nak jadi apa?’

‘Pelakon kot.’

‘Tunggulah lepas dapat ijazah.’

‘Set.’

Qazrina menguntum senyum dengan kesudian Sasha terus berada di sisinya menggantikan tempat Kasih walau tidak sepenuhnya.

Seindah Kasih episod 2

Genap sebulan sudah Kasih menetap bersama Mak Longnya, malah Kasih mengambil keputusan untuk memulakan sesi persekolahan nya di sana. Rumah banglo dua tingkat itu seperti hilang sikit serinya. Puan Izzah menggeleng kepalanya.Adakah salahnya mengizinkan Kasih mengikut Mak Longnya ke luar Negara. Rasanya tidak!Direnung Qazrina yang tengah termenung di depan tv..Kata nak tengok cerita ‘Goong,’ tapi fikiran melayang entah ke mana. Dia perasan dan sedar Qazrina dah tak seceria dulu, tika Kasih bersamanya.Langkah diatur menuju ke arah Qazrina.

‘Akak, ni akak tengok tv ke tv tengok akak?’

Qazrina pandang kosong muka mama nya seolah telus dan lutsinar.

‘Akak..’

Spontan, Qazrina terpinga-pinga dan seakan baru tersedar dari lamunannya.

‘Ya,mama.Apa mama cakap tadi?’

Pandangan Qazrina tampak sayu di mata Puan Izzah.Mesti kes rindu kat adiknya Kasih la tue..

‘Takde apa pun. Pergilah berehat, dah lewat malam nie akak.’

Qazrina hanya menggangguk sepi.Longlai langkahnya menuju ke tingkat atas. Terhenti sekejap langkahnya di depan pintu bilik Kasih. Disapu lembut nama ‘Kasih’ yang terpampang di depan pintu. Pintu dikuaknya dan katil Kasih menjadi sasarannya.

‘Acik, akak rindu..’

Qazrina mencuba melelapkan matanya di atas katil Kasih dengan harapan berkuranglah beban rindu di hatinya itu.Walaupun Kasih selalu menghubunginya tapi itu tak dapat mengubat kerinduannya.Dari kecil bersama,suka duka semuanya bersama. Qazrina rasa dirinya tidak sekuat mana pun.

‘Akak..’

Dipanggung kepalanya seakan-akan ada satu suara mendayu-dayu menyeru namanya. Kasih kah itu?

‘Acik..akak sayang adik..’

Kepalanya berdenyut-denyut..terasa berat pula.Entah kenapa, sejak dari kecil, dia memang menghidap sakit kepala yang melampau..Tidak pula terfikir untuk mendapatkan rawatan,mungkin hanya sakit kepala biasa atau dia lebih suka menyifatkan sebagai migrain. Dan, Kasih dengan sukarelanya menjadi tukang urutnya sampai mereka sekolah. Tapi, kini…..??

Thursday, December 25, 2008

Seindah Kasih episod 1


Baik Nur Qazrina atau pun Nur Kasih, masing-masing tak nak mengalah. Dua- dua masih berebut baju kurung pemberian mama dalam bilik Kasih.

‘Bagi akak la, acik.’

‘Ni acik punye.’

‘Akak nak gak.’

‘Acik tak bagi.’

Masing-masing bergumpal di atas katil seperti nak WWE jer.Bilik Kasih dah ibarat tongkang pecah dek kerana masing-masing ligat mempertahankan kedegilan tahap karma.

‘Akak,acik punya la.Biol!’

‘Acik yang biol.Degil.’

Kedengaran pintu bilik Kasih dibuka dan suara nyaring Puan Izzah memecah pergelutan antara Qazrina dan Kasih.

‘Akak!Acik!Apa ni?’

Mata Puan Izzah menjegil memandang anak kembarnya yang yang masing-masing memegang bucu baju kurung biru tersebut.

‘Ma,akak nak amik baju kurung acik ni haa.’

Kasih mengadu dengan manjanya.Qazrina mencebik melihat gelagat adik kembarnya.

‘Akak, kan mama dah letak satu kat bilik akak tue.’

‘Really ma?’

Puan Izzah mengangguk dan Qazrina meluru memeluk mamanya serta berlari keluar ke biliknya.Ishh, anak-anak aku nie..ligat sangat.

‘Oh ya,acik bagitau akak ada secret admirer nak jumpa kat bawah.Cepat turun.’

‘Perintah akan dilaksanakan.’

Kasih membuat tabik spring kepada Puan Izzah yang hanya tersenyum memandangnya.Spontan dia berlari mencari Qazrina dan memekik..

‘Akak,mama suruh turun bawah.Ada secret admirer nak jumpa.’

‘Tak reti ker slow sikit volume suara tu.Akak belum pekak tau.Jom kita race sape lebih cepat sampai bawah.’

Apalagi.Kasih dan Qazrina race ke tingkat bawah dan menjerit riang melihat Mak Long dan Pak Longnya duduk di situ. Segera memeluk mereka.

‘Mak Long,acik winduuuuu.’

‘Pak Long, akak really missing u.’

‘Dah-dah duduk tu baik-baik sikit.’

Puan Izzah tergeleng-geleng melihat sikap kebudak-budakan Kasih dan Qazrina.

‘Mak Long,smart jer acik tengok ni.Nak pegi mana?’

‘Sorry sayang, last minute planning. Pak Long di transfer keja kat Paris. Jadi, nak fly la nie petang nanti.’

Tangan Puan Nazirah mengusap kepala Kasih yang masih memeluknya.Kasih memang agak rapat dengannya berbanding Qazrina.Tiba-tiba mata Kasih bersinar bak bintang kejora.

‘Acik ikut.Lagipun cuti sekolah nie.Tak pun biar mama uruskan perpindahan sekolah acik ke sana tapi acik memang nak ikut la Mak Long..pleaseeeeeee.’

Kasih menayang muka kesiannya.Ditambah lagi dengan air mata yang nak meleleh.

‘Akak pun nak ikut.’

Qazrina tak nak mengalah,cemburu sebenarnya melihat adiknya disayangi oleh Mak Long lebih dari takat yang sepatutnya.

‘Izzah, macam mane ni?’

‘Entahlah Ira..pening Izzah nengok budak berdua nie.’

‘Mama,acik nak ikut Mak Long.Kesian Mak Long sorang-sorang tau.Pak Long kan busy 24jam nanti.’

‘Geliga nya acik nie.Mana tau Pak Long busy 24 jam nie?’Usik Encik Fakrul.

‘Yelah Izzah, cuti sekolah nie.Biarlah acik ikut Ira kalau camtu.Hal persekolahan nanti la Ira uruskan dengan Amir.’

‘Yahoooo.Sayangggg Mak Long’

...........................................................



Qazrina masih memeluk Kasih,tak nak melepaskan adik kembarnya itu.Sejak dari dalam kereta menuju ke KLIA,dia tak nak berjauhan.Walaupun sama-sama degil tapi Qazrina tetap sayangkan Kasih lebih dari dirinya sendiri.

‘Keep calling akak.’

‘Okay.’

‘Email akak everyday.’

‘Set.’

‘YM selalu.’

‘Okay.’

‘Don’t forget me.’

‘Never.’

Pelukan dilepaskan.Baik Qazrina atau Kasih sudah sama memerah matanya.Menahan tangislah tue.Dah namanya kembar, mestilah terasa sangat kehilangan.Sekali lagi mereka berpelukan, akhirnya dua-dua mengalir air mata.Puan Izzah dan Puan Nazirah turut sebak.

OVERALL COMMENTS FOR OPPS..NOT HIM!!

For all readers,

Selepas membaca e-novel ONH nie sampai finale, rajin-rajinlah memberi komen keseluruhan story nie sebagai panduan di masa akan datang....

Trimas kepada yang sudi membaca!!

opps..not him 15 (finale)!!

Ann menghitung hari..esok,genaplah seminggu Luqman outstation bermakna tamatlah tempoh dia untuk berfikir. Sepanjang ketiadaan Luqman,hidup Ann memang tenang di luaran tetapi hatinya sudah pandai gundah gulana. Luqman sengaja mendiamkan diri sepanjang di Singapore, langsung tiada roses, parcel, email atau sms pun untuk Ann.

‘Kalau ye pun busy, takkan lupa kat aku nie?’

Ann membebel sendirian. Geram mengenangkan sikap Luqman. Dia ni serius ker tak?
Aduhai, hati janganlah mengharap giler..Kang macam kes Aliff tue, kau juga yang merana tau..

‘Ala, abang Luq tue nak bagi akak masa sebenarnya.Tak nak pula jadi kes paksa bercinta.’

Dipandang Fariza disebelahnya yang tersengih.Sejak bila pulak Iza nie menyelit sama kat bilik aku nie..

‘Iza dah bagi salam sampai sakit anak tekak nit au.Akak yang termenung dan membebel sendirian sampai tak sedar Iza masuk.’

‘Am not.’

‘Iza tak nak masuk urusan cintun orang tua-tua ni sebenarnya..makkk.’

Fariza terjerit kecil bila kejam batu Ann menjalar di pipi nya yang tembam. Tak lama sengihannya kelihatan. Mana taknya, diam-diam bakal abang ipar..ops,bakal boyfriend akaknya menghubungi dirinya untuk bertanya khabar dan perkembangan Ann.hehe..

‘Tadi kata sakit tapi tayang gigi nie pehal?’

‘Salah di sisi undang-undang ke kak?’

‘Mengarut apa ni?’

‘Akak?Nak Tanya soalan cepumas,boleh tak?’

‘Kalau ada jawapan, akak jawabla.’

‘Akak, ada feeling apa-apa ke kat abang Luq?Biaq Iza buat kesimpulan sikit..Akak dalam seminggu nie selalu termenung walaupun drama korea di depan mata. Pastu, selalu belek calendar dan paling penting tak nak jauh dengan handset…cam akak menunggu sms atau maybe calling dari seseorang jer.Kata Dr. falsafah Nur Fariza, itu adalah tanda-tanda orang yang dilamun cinta’

Dush…Ann terasa kepalanya kena hempap batu bata.Aik,ketara ker aku nie resah dua macam jer seminggu nie..adui, tak boleh jadi nie..

‘No comment.’

‘Mungkin ada hikmah dan petunjuk buat akak, baik akak solat banyak-banyak tau..’usik Fariza.

‘Akak tak tau nak kata apa?’

‘Ikutlah kata hati akak.Jangan lepaskan peluang depan mata lagipun abang Luq tue nampak ikhlas dan bertanggungjawab. Bonus nya abang Luq tue handsome cam Joo Ji Hoon, pelakon kesayangan akak tue.Iza pun heran kenapa dia pilih akak yang tak lawa nie.’

Fariza melambakkan ketawanya melihat Ann yang menahan geram dengan
gurauannya.Sebenarnya Ann tue boleh dikategorikan dalam golongan yang ‘full package’.
Comel,ayu, komited dengan karier dan trademark nya yang ‘mesra alam’ tue.Akhirnya, Ann pun tumpang dua kaki tergelak sama..

..............................................................................

‘So…?’

Pertanyaan Luqman memecahkan kesunyian di antara dia dan Ann Nurissa. Dah 20 minit mereka duduk di Restoran Italian tersebut tapi masing- masing macam dah kena wabak bisu jer..

‘You?’

Aik, aku Tanya dia,dia Tanya aku pula.Main tarik tali pula minah..opps, intan paying aku nie..

‘I memang serius dalam hubungan ini..tak nak title kawan,teman atau sahabat. I want to be your soulamate as long as Allah mengizinkan..’

Meremang bulu roma aku dengar Luqman menyatakan keseriusannya.Ann, beranikan diri.Chaiyok-chaiyok!

‘Emm…I pun’

Hampir tidak kedengaran suara Ann menuturkan kata-kata tersebut namun masih dapat ditangkap oleh pendengaran Luqman.

‘U do,honey?’

Ann sekadar mengangguk sambil menahan malu yang bertamu di hatinya. Seperti inilah kali pertama dia jatuh cinta yang sebenarnya.Dulu, masa nak couple ngan Aliff, boleh jer dia maintain muka kayu dan selamba.

‘Yahuuu.’

Luqman hampir melompat kegirangan ibarat kanak-kanak baru mendapat duit raya.Ann tersenyum melihat telatah Luqman.Ish,inilah perangai dia ni sebenarnya.

‘Thanks, honey.Tak sabar nak tell Iza nie.’

‘What?’

‘Secretla honey..’

‘Ada something I tak tau ke?’

Luqman tersengih memandang wajah Ann Nurissa di depannya.

‘Nak tackle akaknya, kenalah tackle adiknya dulu. Pasni nak tackle umi,abah,bang long..’

‘Nakal eh.’Giat Ann.Telatah Luqman menghiburkan hatinya.Perlahan mengucap syukur di dalam hati kerana dianugerahkan lelaki ini. Bukan saja menyintai dirinya tetapi keluarganya.Terima kasih ya Allah.

Wednesday, December 24, 2008

opps..not him 14!!

-Boleh kita jumpa tak?I mean lunch break nanti-

Berkali-kali Ann membaca sms tersebut, takut dia tersilap pandang..

'Tak pernah dia ajak sebelum nie?Tiba-tiba jer..curious nie?'bebelnya tanpa disedari. Tanpa Ann sedar ada mata yang mencuri pandang gelagatnya.Luqman tersenyum melihat Ann yang blur bila membaca sms nya.

-Janganlah upset.I just nak jumpa u jer..I tak makan orang, makan nasi je.Takkan tak nak kenal I?-

Aik..nujum ke apa HL nie?macam tau-tau jer aku tengah memikirkan dia..Ann menyengih di depan handsetnya.

-Ok, kita jumpa kat Cafe Seruling Senja-

Ann menarik nafas puas selepas membuat keputusan untuk berjumpa si dia...alahai, macam mane la rupa dikau wahai HL.....hehe..behave yourself,Ann!!Tertawa.Dia kembali meneruskan kerjanya tanpa menyedari masa tang berlalu.

'Pasai apa kau dok sengih-sengih jer dari tadi Ann?'

Ann segera menekap tangannya ke dada..cuba mengawal irama di dadanya..

'Tak reti salam ke cik Azizah oi?Kalau Ann ni sakit jantung, tak ke naya.'

'Opps..sorry..'

'Ni pehal dok tercegat kat meja aku nie?'

'Kau tu pehal lak tersengih-sengih cam kerang busuk jer dari tadi.'

Ann menyengih mendengar kat-kata Azizah..ketara sangat ker?

'Secretla..mana boleh kasi tau.'

'Secret pun secretla, tapi sekarang dah lunch time tau.'

'What?I got to go.'

Ann mengatur langkah memasuki Cafe SS dan menuju ke arah meja yang selalu diduduki nya.'Favourite port'.Tak lama kemudian,kelihatan Luqman yang memasuki cafe tersebut.Ann yang leka memandang luar tidak peduli sekelilingnya.

'May I?'

Dengan selamba nya Luqman menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Ann yang memandangnya kosong..

'Takde tempat lain ker kau nak lunch?'Sinis.

'I ada janji ngan somebody kat sini tadi.'

'Who?'

Ann memandang Luqman yang tersenyum padanya..janganlah senyum lagi..kang cair aku nie..

'AN.'

'AN?Apa mende nye tue?'

Luqman tergelak mendengar pertanyaan Ann.Comel jer die nih..

'Ann Nurissa.'

"Me?'

Ann cuba mentafsir ayat Luqman...so,

'Is it you?Luqman?'Opps..Not him!!

Ann memandang dengan rupa tidak percaya...Iza,tolong akak!!!

'Pandai pun.'

'Why?'

'Boleh tak kita berdamai seperti mana U ngan HL?'pinta Luqman lembut.Tiada lagi suara perli or diktator nya.

'HL?'

'Yes,honey. HL stand for Luqman Hadi tapi I terbalikkan.'

'Ishh..U ni kan...'

'Say again?'

Ann memandang Luqman yang menahan senyum di depannya..aku ada salah sebut ker?

'U nie..'

'See..pas ni I nak u kekalkan panggil I cam tue..selalu 'kau'..ingat 'cow' ker?

Ann tergelak mendengar 'kau', boleh pulak jadi 'cow'..Nampaknya betullah kemungkinan yang dia fikirkan sebelum ini..

'I tak pandai menyusun bicara,,but I nak lebih dari kawan dengan u, Ann Nurissa.'

Nafas dihembus perlahan selepas menuturkan ayat tersebut. Hanya menanti reaksi Ann Nurissa.

'I tak tau nak cakap apa..semua ni berlaku sekelip mata jer walaupun I dah lama kenal HL tapi bukan yang real..give me some times to think of.'

'Ok..bila I balik outstation from Singapore..u give me the answer..I terima seadanya jawapan U..but I just wanna say I'm fall in love with u, Ann Nurissa.'

Terasa hangat membahang pipi aku nie..entah-entah memerah tahap gaban nie..Luqman tertawa.Manis pula bila dia dapat menyaksikan Ann yang malu di depannya.

'Lama ker u outstation?'

'One week.'