Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, March 8, 2009

Kisah Maharani part 8

‘Sayang, I’m sorry..Man ada hal diuruskan tadi.’

Luqman Hafizi memandang Nurhakim yang jelas masam mukanya tika ini. Salah dia juga, siapa suruh tertidur sementara menunggu Maharani menyiapkan dendanya, itupun tak berbaloi, yalah bukannya minah tue siapkan pun..mengelat pulak!

‘Man memang tak sayangkan Nur kan? Perangai tak berubah, selalu jer lambat kalau berjanji.’

Nurhakim lebih rela menatap alas meja Restaurant Cintarasa tersebut. Sakit hatinya. Kalau 20 minit, dia dah biasa menunggu, ini pula sejam dia tercongak menunggu. Menunggu durian jatuh pun takkan selama ini.

‘Sayang, siapa kata Man tak sayangkan Nur nie..ambil kapak belahlah dada.’

‘Mana kapaknya?’

‘Aik, serius ker sayang nak membelah dada Man? Nanti sayang pula kempunan nak kahwin dengan Man tau.’

Luqman Hafizi mengusik buah hatinya yang jelas bengang dengan dirinya.

‘Nur serius nie, takde masa nak bergurau tau.’

‘Serius ker yang?Nak Man order kapak kat sini ker?’

Luqman Hafizi masih ingin menggiat kekasih hatinya yang masih tak mahu memandang wajahnya.

‘Yalah.’

Nurhakim mengakui dia memang tak boleh merajuk lama-lama dengan Luqman Hafizi.Lama-lama kalau berhadapan dengan Luqman Hafizi, dia akan cair juga.

‘Kejap sayang, Man nak order kapak nie.Sayang tunggu sini ye, jangan lari ke mana-mana tau.’

Dikenyitkan mata pada Nurhakim yang memandangnya. Sengaja nak mengusik Nurhakim yang berubah mukanya dengan gelagatnya.Luqman Hafizi berlalu meninggalkan Nurhakim di situ.

‘Ada aje-aje la dia nie..Nasib baik aku sayang sangat kat dia.’

Nurhakim tersenyum sendiri sementara menanti kedatangan Luqman Hafizi dengan ‘kapak’nya itu.

‘Hai, sayang!sorang jer?’

Teguran di tepinya menyebabkan Nurhakim berpaling. Dia terkejut!Kenapa pula dia nie ada kat sini?

‘Emm..abang buat apa kat sini?’

‘Nak makanlah sayang, takkan nak tengok wayang pulak.’

‘Habislah aku.’

Desis hati Nurhakim, berdoa agar Luqman Hafizi masih lama di luar.

‘Owh..dengan siapa bang?’

‘Member sama kerja.Sayang pulak?’

‘Dengan boss…’

‘Maafkan Nur, Man kerana terpaksa berbohong Man adalah boss.’

Hati Nurhakim sudah berdetak-detak,takut jika Luqman Hafizi sudah berada dekat dengan mereka.

‘Owh..oh ya sayang, mak suruh abang bawa sayang balik rumah hujung minggu nie, katanya rindu. Yalah, sayang dah lama juga tak jenguk mak.’

‘Insyallah, bang.’

‘Abang minta diri dulu la kalau macam tue.’

Tangannya dihulurkan pada Nurhakim, segera disambut oleh Nurhakim dan dikucup lembut.

‘Cepatlah berlalu.’Bisik hati Nurhakim.

‘Take care, sayang.Ingat hujung minggu nie abang ambil sayang kat rumah.’

Nurhakim hanya mampu menganggukkan kepalanya, dia tiada pilihan selain bersetuju.Ini semua bukan keinginannya tapi dia tiada pilihan dan tak berhak memilih.

‘Sayang.’

‘Apa lagi bang?Nur..’

Kata-katanya mati bila wajah Luqman Hafizi yang menerpa di matanya.Gulp! Air liur ditelan serasa payau.

‘Apa Nur kata tadi?Abang?’

Berkerut dahi Luqman Hafizi.Pelik sungguh! Rasanya tak pernah Nurhakim memanggilnya begitu.

‘Tapi apa salahnya juga kan Nur, bolehlah sayang praktis sebelum kita kahwin.’

Usik Luqman Hafizi lagi. Nurhakim sudah mampu menarik nafas lega, bila Luqman Hafizi seperti mengabaikan ayatnya tadi.

‘Man beli apa nie?’

‘Kapak.’

‘Kapak?’

‘Nah….’

Membulat mata Nurhakim melihat kek berbentuk hati di depannya. Cantik!

‘Cantiknye, Man.Nur suka sangat!’

‘Really?’

‘Tapi kenapa ceri semua nie..kan Nur tak suka sangat ceri..’

‘Tapi Man yang suka dan ceri nie ada maksudnya tau..’

‘Really?’

‘Maksudnya Man sayang dan cintakan sayang..semerah buah ceri nie, sehangat itulah cinta Man, akan terus merah menyala selamanya…’

Nurhakim terharu dengan lafaz Luqman Hafizi.

‘Maafkan Nur, Man!Maafkan Nur,,’

Hati Nurhakim merintih sedih….

‘Sayang cuba rasa…’

Dihulur sebiji ceri ke mulut Nurhakim sambil tersenyum manis.

‘Sedap.’

‘Sedap..Man pun nak kena ‘cuap’ juga..’

Luqman Hafizi merengek dengan pelat budak kecil hingga Nurhakim tergeleng-geleng dengan sikapnya, namun tetap dihulurkan sebiji ceri ke mulut Nurhakim. Saat matanya terpandang
seseorang yang saat itu memandang ke arahnya, Nurhakim termati kata. Lidahnya kelu. Hatinya layu! Kek berbentuk hati di depannya dipandang sayu..






Nurhakim memandang Luqman Hafizi yang riang di depannya, hatinya merintih sedih..Hanya Tuhan yang tahu..

10 comments:

  1. hu..hu..

    xkn nurhakim have another guy?

    what the...

    ReplyDelete
  2. hmmm..nur dah ada balak ka..cian kat dia..

    ReplyDelete
  3. ngee.. sape plak ngan nurhakim nie?
    tp bgs gak. adelaa reason luqman x jd ngan die en? heheheheee xD

    ReplyDelete
  4. isk2,.
    si nur di da ader orang booking ker??
    hurmm,,complicated..
    tp oke gak..
    ley la si luqman nieh ngn maharani..
    hehee..
    sambung2..

    ReplyDelete
  5. warghhh....
    so x de la alasan nur nk ngan luqman lg kn...
    haha
    blh la die p kat wany...
    haha
    smbg2 kak hanna

    ReplyDelete
  6. knp nur tk straight 4wad yg dye da brtunang?
    huu..

    ReplyDelete
  7. hahaha..
    100 markah tuk wany coz sdr sape lelaki tuh..hehe..

    ReplyDelete
  8. haah la korg ni..
    kn da ade btau b4 ni nur da tunang ngn sepupu dia
    ish3..cmne leh lupe neh??
    fail ujian kang..hahaha
    ala,ingtkn man nk tau da td
    cpt2 la tau
    nur ni..
    xbek tau mainkn ati n perasaan ank org
    huhu

    ReplyDelete
  9. eh..lupe lak nk enter frame name..haha ^_^
    -che na-

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!