Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, July 6, 2009

Kisah Aidilfitri 2

Bab 2 (a)

Kereta yang dipandu oleh Am Bakri berhenti di depan lobi pejabat Nani di Plaza Damansara. Azman hanya berdiam diri di sebelahnya. Kebetulan pula masa mereka sampai Nani sudah berada di lobi dan gelisah sekali, seperti menunggu seseorang.

‘Aku keluar jap.’

Azman menganggukkan kepalanya.Nani yang terkejut dengan kehadiran Am Bakri sgegera berpaling ke arah lain.

‘Nani, kita perlu berbincang.’

Tegasnya ayat Am Bakri tidak diendahkan oleh Nani.

‘Sudahlah Am..Kan Nani dah pesan jangan ganggu Nani lagi. Takkan tak faham bahasa Malaysia pulak.’

Mata-mata mula memandang adegan sebabak itu. Am Bakri cuba menahan sabar di hatinya.

‘Nani kenapa ni? Kenapa sombong sangat?’

Sudahnya suara Am Bakri sama level dengan suara Nani yang masih berpaling ke arah lain.Macamlah muka Am Bakri dah berubah hodoh macam katak puru lagaknya.

‘Nani berusaha keras sendiri dan sesungguhnya tiada kaitan dengan Am pun. Akhirnya Nani berjaya juga. Apa kena mengena dengan Am?’

Nani berkata dengan nada sombongnya.Am Bakri tersentak.

‘Oh, takda kena mengena! Uh, aku benar-benar kecewa dengan kau Nani.’

‘Heh!’

Dupp!!Sebaik sahaja Am Bakri berpaling ke arah suara tersebut, satu tumbukan mengena di mukanya, tepat di bibirnya. Belum sempat Am Bakri hendak membalas, Azman sempat menahannya. Azman yang keluar dari kereta pada mulanya hanya memerhati saja pertelingkahan mulut Am Bakri dan Nani.

‘Uh..kurang ajar. Main pukul curi!’

Am Bakri mendengus geram.

‘Am, dahlah tue..orang dah pandang semacam. Jom blah.’

Am Bakri masih memandang sayu pemergian Nani dan lelaki yang menumbuknya sambil memegang bibirnya yang terasa sakit dan mungkin berdarah.

‘Am, sudahlah tue. Dia dah pergi pun.’

Sekali lagi Azman bersuara.

‘Uh..aku takkan jumpa dia lagi.’

Lemah saja suara Am Bakri tika itu, sambil langkahnya diatur lesu ke arah kereta. Kunci kereta diserahkan pada Azman.

**

Bab 2(b)

Kelam kabut juga apabila sampai di pejabat. Pekerjanya yang baru balik dari lunch hairan melihat bibir boss mereka bengak berdarah.

‘Hana, bawa first aid masuk bilik abang. Thanks Man, kalau kau tak larang tadi, agaknya dah masuk balai sebab bergaduh macam tue.’

Azman tersengih memandang Am Bakri.

‘Yalah, aku dah terlebih faham kau nie, memang susah nak control sabar bila dah lama-lama pendam dalam hati.Aku masuk bilik dulu, karang marah pula boss aku.’

Gurau Azman mengenakan Am Bakri seraya berlalu ke bilik yang tertera Penolong Pnegurus di sebelah bilik Am Bakri.

‘Sempat kau Man.’

Am Bakri masuk ke biliknya sambil memegang bibirnya yang terasa perit. Hana menerpa masuk bersama first aid nya.

‘Kenapa pula abang balik lunch macam nie?’

Hanya bertanya cemas melihat bibirnya abangnya yang membengkak sambil jemari halusnya menyentuh bibir Am Bakri dengan kain putih untuk mengesat darah sudah beku.

‘Aduh, perlahanlah sikit Hana.’

‘Maaf…Abang gaduh dengan siapa pulak nie?’

Hana bertanya hairan, setahunya Am Bakri tak pernah mencari pasal dengan sesiapa pun.

‘Entahlah Hana, abang pun tak tahu. Maybe teman lelaki baru Nani kot.’

‘Itulah Hana pesan, jangan pedulikan dia lagi.Abang degil.Tengok kan dah menyakitkan diri sendiri.’

Bebelan Hana hanyalah perkara biasa bagi Am Bakri.Adiknya itu memang tak sah kalau tak berceramah free di telinganya.

‘Abang tahu la.’

‘Emm..abang masih sayangkan dia ker?’

Hana lontar pertanyaan maut.Am Bakri terkedu sekejap.

‘I have no idea. Abang pun tak tahu. But, abang dah boleh terima kenyataan ini.Haa, bibir nie tanda abang takkan cari dia lagi.’

Hana tersenyum melihat abangnya menunjuk bibirnya sendiri.

‘Baguslah tue bang. Lagipun bulan puasa nie kena banyak bersabar tau. Balik nanti Hana masak untuk abang dan Man.’

‘Ayam masak merah.’

‘Tahu.Abang memang hantu ayam.Yahoo, seminggu lagi nak balik kampung!!’

Am Bakri turut mengukir senyum melihat keriangan di wajah adik kesayangannya itu, Nur Farhana.

4 comments:

Any comments really appreciated!