Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 19

~Aha,siapakah kau?~





Seminggu sudah Luqman Hafizi berdiam diri dan hanya memandang kosong dari beranda rumahnya.Hatinya sebal.Fikirannya tepu.Nurhakim sampai hatinya menodai kasih sayang dia.

‘Man, berhentilah fikir tentang dia..Kau hanya menyeksa diri jer macam nie.’

Taufik menepuk mesra bahu Luqman Hafizi.

‘Hari nie hari perkahwinannya Fik.Hati aku sakit sebab tak sangka dia macam tue.Kalau pun aku tak sesuai untuk dia, jangan bagi aku harapan dulu.Jangan pula mempermainkan perasaan aku, Fik.Susah sangatkah nak berterus terang??’

Lemah sahaja Luqman Hafizi mengungkap kata-kata di hatinya.

‘Aku faham Man.Mungkin dah takdir, takde jodoh antara korang berdua.Mungkin di luar sana ada seseorang yang istimewa dan akan menjadi pasangan kau nanti.Sabar, okay.’

Luqman Hafizi hela nafasnya.Mungkin betul juga kata-kata Taufik.Saban malam dia ditemani oleh Aha.Aha, gadis misteri yang makin menarik minatnya.Aha yang selalu memberinya kata-kata semangat, yang selalu berada di sisinya walaupan hanya di dunia maya.

‘Aku pun berharap begitu Fik.’

Taufik tersenyum dengan balasan Luqman Hafizi.

‘Ala…Maharani kan ada.Dia pun okay jer aku tengok.Masa kau down sangat hari tue, dia yang melayan karenah kau.’

Usik Taufik.Luqman Hafizi teringat kembali…

‘Okay…kita dah sampai..’

Luqman Hafizi yang leka dalam perasaanya tersentak.Dipandang sekeliling.Taman nie…dipandang Maharani inginkan penjelasan.

‘Selepas Man bawa Wany ke sini dulu gara-gara nak mendenda Wany tue..Wany jadi suka taman nie..tenang..setiap kali Wany rasa inginkan ketenangan Wany akan ke sini.So, Man pun boleh lepaskan geram juga kat sini.’

Lembut Maharani menjelaskan kepada Luqman Hafizi.Luqman Hafizi menganggukkan kepalanya tanda memahami.Sayang sungguh, dia belum sempat membawa Nurhakim ke sini kerana dia pernah menyebut akan membawa orang yang disayanginya ke sini.Malah takkan ada kesempatan itu.

‘Jom..’

Maharani capai kotak KFC lalu menuju kearah pondok cendawan yang pernah diperebutkan dia dan Luqman Hafizi dulu.Tersenyum bila teringatkan masa itu.Tak sangka banyak juga kenangan mereka walaupun selalu bertekak.

Luqman Hafizi duduk berhampiran Maharani sambil memandang telus ke depan.

‘Kalau nak meluah atau menangis sekalipun..jangan ditahan dalam hati Man..Luahkan segalanya.Wany percaya lepas itu Man akan lega, sekurang-kurangnya beban kat dada akan berkurang sikit.Jangan risau, segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya tersendiri.Seorang ‘Adam’ yang baik akan diciptakan seorang ‘Hawa’ yang baik juga untuknya.’

‘Man tak sangka ini kesudahan cinta kami..Man…’

Air mata lelakinya tidak dapat ditahan lagi.Maharani hanya membiarkan Luqman Hafizi meleraikan kekusutan di hatinya.Simpati bertandang di hatinya.Hatinya juga rasa sakit.Sakit melihat Luqman Hafizi yang bersedih di depannya.Aduhai, kenapalah hati ini harus begini?

‘Man..termenung pula dia?’

Luqman Hafizi pandang Taufik sambil tersenyum.

‘Wah..aku rasa kau dah okay sikit kan..dah boleh tersenyum..Don’t worry, everything will be fine, okay.’

‘Okay, thanks for always supporting me.’

‘That’s what friends for.Aku balik dulu ya.’

Luqman Hafizi menghantar pemergian Taufik dengan ekor matanya.Maharani? Apa khabar dia sekarang?Terasa rindu pula nak bergaduh dan menatap wajah itu…

**
Yahoo messenger di buka.Senyuman Luqman Hafizi mekar melihat Aha turut sama online.

‘Slm..’

Aha : Wslm..apa khabar hari nie?Dah okay dari semalam..*smile*

Luqman Hafizi tersenyum.Ada-ada saja Aha nie.

‘Alhamdulliah.Thanks Aha sebab selalu ada masa aku down…’

Aha : Itulah gunanya kawan.Walaupun kita tak pernah jumpa, itu tak menghalang aku untuk memberikan dorongan untuk kau.Aku kan comel mestilah perangai aku secomel aku *laughing*

Luqman Hafizi tergelak kecil.

‘Ya ker comel?’

Aha : Of course la…comel lah sikit dari anak mak cik sebelah rumah..hehe..

‘Aha, aku nak jumpa kau, boleh tak?’

Tiada respon dari Aha.Luqman Hafizi gusar.Segera ditekan ‘buzz’

‘Aha..still there?’

Aha : Yup…

‘Aku nak jumpa kau, boleh tak?’

Sekali lagi Luqman Hafizi bertanya.Berharap agar Aha bersetuju.

Aha : Aku bukan tak nak tapi aku takut kau nanti terkejut kalau jumpa aku.Terus blah.Mana nak letak muka comel aku nih nanti..^-^

‘Laa…aku terima kau seadanya la Aha..aku sukakan kau.’

Aha : Kau suka aku?

Luqman Hafizi tersenyum.Dia pasti dia ada perasaan pada Aha cuma dia tak sedar sebab dia masih memiliki Nurhakim waktu itu.Dia tak ingin gopoh dalam percintaan lagi.

‘Ya, aku suka kau…tapi cinta mungkin lambat sikitla…tapi aku sayang kau Aha.’

Aha : Apa daa banyak benar ‘tapi’ kau…aku pun suka kau cuma cinta aku sendiri tak pasti.

Luqman Hafizi menukar posisi duduknya menghadap laptop.Tersenyum lebar melihat respon Aha.

‘Kita jumpa nak?’

Aha : Aku tak kenal kau pun.

‘Haa..nanti aku poskan keychain.Kau lekatkan pada handset supaya senang aku aim muka kau.Kau bagila aku alamat rumah.

Aha : Okay juga idea tue.Aku bagi alamat rumah tapi kau jangan nak mengintip pulak.

Luqman Hafizi dah tergelak besar dengan ugutan Aha.She’s funny.

‘Okay, aku janji.Esok sure keychain tue sampai depan rumah kau.’

Aha : Kat mana jumpa?Pukul berapa?Bila?

‘Kat KFC,Midvalley, pukul 10.30 pagi.Sunday.’

Aha : Okay.

Seketika mereka bersembang-sembang sebelum offline.Luqman Hafizi menutup laptopnya.Aha, siapakah kau sebenarnya? Agak-agaknya kau tercipta untuk aku, tak?

6 comments:

Any comments really appreciated!