Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani Part 21

*Key of Heart - Apiz + Aha*

Luqman Hafizi bersiul-siul riang kerana hari nie nak berjumpa dengan Aha nya.Digenggam keychain yang berbentuk hati separuh itu.Hati yang sepasang itu, sebelah lagi milik Aha sebagai pengenalan mereka.Sebelah pula milik dirinya.

‘Aha, tak sabarnya nak jumpa kau.Jangan kau mengelat nanti, sudahla..’

Hatinya menyanyi irama yang dia sendiri pun tak tahu apa jenis, dibantainya kesukaan.Gegaran pada handsetnya menganggu.

‘Adeh, siapa yang tak boleh lihat aku senang nie?’

Namun begitu, tangannya segera menekan inbox handsetnya.Dia terkesima.

Man, Nur nak jumpa, boleh?
+Sender : 019 8765432


Nyanyiannya terhenti.Matanya memandang telus message tersebut. Hatinya yang berlagu riang menjadi tiada irama.Beku.Rasa luka kembali berdarah.Pandangan matanya dibiarkan kosong-sekosongnya, sekosong mindanya.

‘Jumpa ke tak?Jumpa?Tak?Lagipun nak jumpa Aha juga nanti.’

Luqman Hafizi berbicara lebih kepada dirinya sendiri.Kalau tak jumpa, dia takkan memaafkan Nurhakim selama-lamanya.Kalau jumpa, dia inginkan penjelasan tapi nanah di hatinya akan terluka lagi.

‘Okay, pergi jer la.Kejap saja.’

Putus Luqman Hafizi seraya tangannya ligat menaip mesej tanda bersetuju nak berjumpa.Dia sendiri tak faham, betulkah tindakannya berjumpa dengan Nurhakim?Takpelah, mungkin ini terakhir kali untuk dia berjumpa Nurhakim, yang sah sudah menjadi milik orang lain.

**

Salam di belakangnya hanya disambut perlahan.Luqman Hafizi tetap memandang tasik yang dihiasi indah oleh teratai berwarna-warni.Mungkin begini lebih baik daripada dia memandang muka Nurhakim.

‘Man..maaf..kan Nur..’

Nurhakim tutur perlahan kata maaf.Dipandang Luqman Hafizi yang masih leka memandang ke hadapan.Dia sedar sebenarnya Luqman Hafizi mesti menahan hatinya,mungkin juga menahan amarahnya.Dia kenal macam mana sikap Luqman Hafizi.

‘Okay.’


Sepatah Luqman Hafizi menjawab.Dikerling sekilas Nurhakim di sebelahnya.Ketara jarak antara mereka. Memang sekarang mereka sudah dijarakkan oleh ikatan perkahwinan Nurhakim.Hatinya sakit, matanya juga sakit melihat jemari Nurhakim yang berinai.Jiwanya meronta.

‘Maafkan Nur..Nur takde keberanian nak berterus terang dengan keluarga yang Nur dah ada Man..Nur juga dah takde keberanian nak berterus terang dengan Man apa status Nur sejak 5 bulan lepas.’

Nurhakim menahan sendu.Hatinya juga turut terluka melihat penampilan Luqman Hafizi.Ketara wajah itu susut dan paling ketara tiada lagi senyuman di wajah itu memandangnya.

‘Okay.’

Luqman Hafizi menahan gelora hatinya.Mindanya tepu.Realiti memang susah dijangka.Berlari, berharap..akhirnya tersungkur.Rebah ke bumi.

‘Nur minta maaf..Nur benar-benar tak menyangka kisah cinta kita akan begini.’

Suara Nurhakim makin bergetar.Menahan sendunya.Melihat keseriusan Luqman Hafizi amat menyakitkan hatinya.

‘Habis, kau expect kisah kita kan berakhir macam mana kalau kau memang dah lama ada dia.Susah sangatkah nak berterus-terang.Jangan bagi harapan.’

Luqman Hafizi lepas kata.Tiada intonasi marah atau sedih. Datar. Kata ganti nama 'Kau' digunakan.Nurhakim terkedu.

‘Man..Nur takde keberanian….’

‘Hari nie ada keberanianlah..Hubby kau tahu?’

Kata-katanya Nurhakim dipintas.

‘Tahu..’

Air mata yang ditahan akhirnya gugur .Nurhakim hanya membiarkan air matanya jatuh menuruni pipinya.

‘Maafka..n Nur…Nur juga cinta..kan Man…deeply….isk..isk..’

Teresak-esak Nurhakim menyambung ayatnya.Luqman Hafizi turut sebak tapi dia tak ingin lemah lagi kerana seorang perempuan yang ketara bukan hak miliknya.

‘Okay.Kalau macam tue, aku pergi dulu.Aku doakan korang bahagia.’

Luqman Hafizi angkat dan mula berlalu.Hatinya lega kerana mampu berkata begitu.Ya, dia medoakan mereka bahagia jika dah tersurat memang tiada jodoh antara mereka.Nurhakim masih teresak-esak menyaksikan pemergian Luqman Hafizi, kekasih hati yang amat dicintainya.

‘Man…kalau kau sakit, aku juga sakit di sini….’

Tangannya ditekap ke dada.Luqman Hafizi melihat jam di tangannya.

‘Alamak..habislah kalau Aha dah pergi, mana tidaknya dah 2 jam berlalu.’

Keretanya dipandu selaju mungkin. Hasratnya Cuma satu, dia tak ingin Aha hampa dan berlalu dengan wajah kecewa.Dia tak ingin Aha kecewa dengan sikapnya.

‘Aha..tunggu aku!’

Ketika keretanya ingin memotong kereta di hadapan, meluncur laju sebuah lori dari arah bertentangan.Luqman Hafizi tidak dapat nak mengelak.Segalanya berlaku pantas.

‘Aha………’

Hanya itu yang mampu diungkapkannya.Dunianya kelam, gelap dan tiada sesiapa.Tangannya terkulai layu, bersama di genggamannya keychain yang tertera ‘Apiz’.

**

Maharani pandang lagi jam handsetnya, entah untuk kali ke berapa.Keluhan pun dah berkali-kali, malah tak terkira banyak kalinya dia mengeluh.

‘Ish…Mana Apiz nie?Takkan tak jadi datang kot.Dia yang beria-ia nak jumpa..’

Rungutnya lembut. Gaya duduknya dah diubah-ubah banyak kali.Minumannya juga dah dua kali order.Pekerja KFC pun dah naik hairan melihat dirinya yang gelisah semacam.

‘Apiz..tolonglah jangan tak jadi datang….’

Rayunya seraya berdoa di dalam hati. Apiz, kenalan duni mayanya yang sering menjadikan dirinya tempat meluah amat disenangi dalam diam.Apiz yang mampu mengetuk pintu hatinya, namun dia tak ingin rasa cinta akan menjarakkan mereka.Dipendam segalanya di dalam hati.

‘Apiz….please la muncul…’

Jam handset dipandang lagi.Pandangannya kaku pada keychain pada handsetnya.Pemberian Apiz.Kata Apiz, hati itu sepasang, satu milik dia, satu milik Apiz.Kalau mereka berjumpa, baru hati tersebut bercantum.Maharani tersenyum.Tertera namanya di situ..’Aha’…

‘Menyesal pula tak minta no handset Apiz….Apiz..please la muncul…..’

Dibelek-belek handsetnya, secara tak sengaja handsetnya terjatuh ke bawah.Hatinya berdegup kencang. Segera dicapai, tangannya sebelah lagi memegang dada.

‘Perasaan apakah ini?Ya Allah, janganlah Apiz terjadi apa-apa….’

Maharani berdoa dalam hati, mengharapkan Apiz tiada berlaku apa-apa dan akan muncul di depannya.Sehingga petang Maharani duduk di situ, tapi baying Apiz tidak muncul juga.Perlahan dia membawa diri dengan langkah longlai.Hampa.Kecewa.Sebu.Semuanya menjadi satu.

‘Apizz…….dimanakah kau?’

Air mata Maharani mengiringi kepulangan.Hujan turut sama membasahi bumi, seakan mengerti kekecewaan di hatinya.Driver teksi berkerut dahi melihat penumpangnya yang jelas memerah mukanya dek kerana menangis.Mungkin kehilangan orang tersayang…

4 comments:

Any comments really appreciated!