Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, September 12, 2009

Kisah Maharani part 22

~Kehilangan~


Maharani duduk menongkat dagunya.Memandang kosong televisyen di depannya.Selama nie, kalau drama Korea yang disiarkan, dia tak pernah buang peluang untuk menatapnya.Hari nie dia tiada mood untuk berbuat apa saja.Kakinya disilakan atas sofa.

‘Sayang kenapa nie?’

Puan Zulintina bertanya melihat anak gadisnya yang jelas kelihatan murung.Laptop di atas meja nya terpasang tanpa diusik.Terpampang yahoo messenger di situ.Tapi list-list yang online bukan yang dinantinya.Semalaman dia menanti dan menjadi penunggu kalau-kalau Apiz ada muncul.

‘Takde apa-apa, ma.’

Lemah saja nada suara Maharani menjawab.

‘Are you sure, my dear?’

Puan Zulintina meramas mesra rambut lurus Maharani.Dikucup ubun-ubun Maharani penuh kasih sayang.Air mata Maharani bertamu di tubir matanya, namun ditahan.

‘I’m okay, ma.’

Sendu di hati ditahan sekuat mungkin.Salam kedengaran di luar rumah mereka.

‘Owh..mungkin Naddy dan Zaty tue, biar mama yang bukakannya.’

Maharani hanya menganggukkan kepalanya.

‘Wany…’

Serentak Izzatie melabuhkan duduk, mengapit Maharani yang jelas sugul.

‘Wany, tadi Sham mesej aku…’

‘A’ah..Fik pun ada mesej aku..’

Maharani pandang Izzatie dan Nadzirah pelik.

'Sejak bila....'

‘Hehe..adalah..’

Nadizrah tersengih sumbang..Izzatie memuncung.

‘Wany, aku harap kau sabar mendengar apa yang akan aku katakan.’

Izzatie memeluk bahu Maharani untuk memberi semangat mungkin.

‘Apa dia?’

Maharani bertanya perlahan.Pelik melihat tingkah laku Izzatie dan Nadzirah.

‘Luqman Hafizi kemalangan semalam.Bertembung dengan lori besar.Khabarnya kereta dia meletup di tempat kejadian.Mayatnya rentung....’

Nadzirah hela nafanya selepas menyampaikan berita tersebut.Maharani pula tergamam.Tiada respon apa-apa daripadanya.

‘Wany kau dengar tak?’

Izzatie goncang perlahan Maharani yang jelas bingung.Air matanya mula menuruni pipi.Lesu.Mukanya pucat.Matanya sembap sedari semalam menangis.Hanya mampu mengucap di dalam hati mendengar apa yang disampaikan oleh Nadzirah.

‘Wany…kalau kau nak menangis..menangislah….’

‘Isk..isk….ak..u tak tah..u….’

Maharani teresak-esak dalam pelukan Izzatie.Mengongoi lemah.Luqman Hafizi yang mula rapat dengannya akhirnya pergi begitu saja.Yang punya banyak persamaan dengannya.Kenapa bila mereka mula okay, dia pula.....isk..isk...

‘Sabar…’

Nadzirah turut sama memeluk Maharani yang menangis lemah.

‘A..ku sa..yangkan di..a dan Api..zz….juga..isk..isk…’

Dalam sendu Maharani meluah kata.Izzatie dan Nadzirah saling berpandangan.Tak faham.

‘Siapa Apiz?’

Izzatie bertanya perlahan.Maharani tersedu-sedu.Air matanya makin meluncur laju menuruni pipi.

‘Ka..wan du..nia ma..ya a..ku..isk..isk…semalam nak jum..pa..ta..pi dia tak da..tang..isk..isk..aku ke..cewa…ham..pa…isk..isk..’

Makin kuat tangisan Maharani, Izzatie mengusap perlahan belakang Maharani.

‘Semalam korang nak jumpa tapi dia tak datang?Pelik juga..’

Nadzirah mencuba mengaitkan apa yang berlaku.

‘Apiz?Hafizi?Luqman Hafizi?Kau rasa bukan orang sama ker?’

Izzatie pula menyambung ayat Nadzirah.Maharani masih dengan tangisan.Diambil tisu untuk mengelap air matanya.

‘A..ku tak ta..hu…tapi A..piz sangat memahami a..ku…’

‘Kalau mereka orang yang sama..sebab aku pernah terdengar Sham pernah kata mama Man tue panggil dia Apiz…’

Nadzirah masih cuba mengaitkan Apiz dan Luqman Hafizi.

‘Ka..lau mere..ka o..rang yang sa..ma..a..ku telah kehilangannya…aku..isk..isk…sayangkan dia….Zaty…..aku..sa..yangkan dia..’

Makin tersedu-sedu Maharani menangis.Kalau Luqman Hafizi dan Apiz orang yang sama, bermakna dia telah kehilangan orang yang dia sayangi dalam diam..Kalau mereka bukan orang yang sama, tak mungkin Apiz mungkir janji.Air matanya tak mahu berhenti malah terus mengalir lesu.

‘Kau tak nak hadiri….’

Nadzirah tak menghabiskan ayatnya kerana dia faham perasaan Maharani.

‘Tak..aku takut aku tak berdaya..kalau Apiz dan Luqman Hafizi merupakan orang yang sama..Aku takut menerima hakikat itu…Aku tak tabah untuk berhadapan dengan kenyataan itu..’

Matanya sembap dengan air matanya.Izzatie makin memeluk Maharani, mencuba memberikan semangat melalui pelukannya.Nadzirah pula mengusap lembut tangan Maharani.Berharap Maharani akan tabah..

**

Nurhakim menangis kuat di sofa rumahnya.Berita yang dikhabarkan Taufik padanya seakan menyentap jantungnya.

‘Kenapa ni sayang?’

Khairy terkejut melihat isterinya yang mengongoi menangis.

‘Man…Man….’

‘Man kenapa?’

Khairy yang memahami kisah mereka bertanya lembut.

‘Dia…isk..isk…dah tiada… kemalangan semalam..lepas jumpa Nur….Abang Nur bersalah…’

Nurhakim menyalahkan dirinya.Kalau dia tak berjumpa Luqman Hafizi semalam, mungkin Luqman Hafizi takkan kemalangan dan…argh..

‘Syh..syh…abang faham….menangisla..abang tetap ada di sisi Nur..’

Dipeluk Nurhakim yang terusan menangis..meratapi pemergian Luqman Hafizi, insane yang dicintainya.

‘Dah..sayang..tak elok menangisi pemergian dia…sedekahkan al-fatihah sebaiknya..’

Nasihat Khairy pada Nurhakim yang masih menangisi pemergian Luqman Hafizi.Menyalahkan dirinya.Diusap lembut belakang Nurhakim.Man, maafkan Nur..




6 comments:

  1. jgn la bg apiz mati.. waaargghhhh

    ReplyDelete
  2. mesti raja fadly tu apiz kan ..
    teka je .
    tensen plak . awat mati ..

    ReplyDelete
  3. taknak taknak!
    apiz tak mati...!

    *emotional la plak. ahahaha

    ReplyDelete
  4. same2.
    tak nak tak nak apiz pergi.
    mgkn yg rentung tu bukan mayat apiz?
    mnta-mntalah.
    -na'dz

    ReplyDelete
  5. hukhukhuk...baru je baca kisah nie..
    sedey...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!