Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, September 13, 2009

Kisah Maharani part 26

~Permulaan~


‘Lamanya dah tak berkumpul bersama macam ni kan?’

Nadzirah peluk mesra bahu Izzatie yang dari tadi mengunyah jer kerjanya.Semua buah-buahan yang dibawa oleh Nadzirah dan Shamsul dimakannya satu persatu.

‘A’ah.’

Izzatie mengiyakan dengan mulut yang penuh.

‘Eee…gelojoh betul kau nie..makan perlahan-lahan la Zaty.’

Nadzirah tegur Izzatie yang hanya tersenyum sumbing padanya.Kedengaran salam diberikan dari luar rumah.Izzatie teruja, mseti Maharani tue.

‘Nah, Zaty buah yang kau pesan.’

Maharani sua bakul buah-buahan yang dibawanya.Izzatie sambut dengan mata bercahaya.

‘Buah ceri ada kan?’

Dia bertanya lagi.Entah kenapa dia sangat mengidamkan buah ceri, yang peliknya dia nak Maharani membeli untuk dirinya.

‘Ada..Dah banyak kali kau called dan sms suruh aku beli la mak buyung.Mestilah aku ingat..’

Izzatie muka comelnya.Maharani menggelengkan kepalanya.

‘Zaty..Zaty..dah nak jadi mama pun masih macam budak-budak.Harap-harap baby kau nanti tak macam mamanya, kalau tak sure Fik pening..’

Usik Maharani seraya menyalami Nadzirah.Dilayang senyuman pada Shamsul yang duduk bersebelahan isterinya itu.

‘Mana uncle dan aunt?’

Maharani bertanya.Nadzirah turut sama memandang Izzatie yang mula menggigit buah epal pula.

‘Diorang pergi menziarahi saudara belah utara nun.’

‘Wany..kau nak tau satu kisah tak?’

Nadzirah dah senyum memanjang bila Izzatie dan Maharani sama-sama memandangnya.Shamsul hanya menjadi pendengar setiap isteri dan kawan-kawannya membuat persidangan macam begini.

‘Apa dia Naddy?’

Maharani bertanya ingin tahu.Izzatie jungkit bahu, dia tak ingin tahu.

‘Dulu ada seorang kita nie bukan main ego lagi, dah bertahun-tahun kena kejar lelaki yang sama.Kau bukan tak tahu kan, dia kan snow queen masa tue, mana sedar perasaan sendiri.Nak kata ya masa kena lamar pun tak tahu nak jawab macam mana.’

Izzatie yang mula memahami cerita Nadzirah cuma mencebik geram.

‘Jadi, kawan kita tue buat macam mana untuk mewakili perkataan ya?’

Maharani segelanggang sama hendak mengusik Izzatie yang berselera benar melayan buah-buahan.

‘Dia bagi epal yang ditulis ‘I Love you’…’

‘Really?’

Anggukan Izzatie sendiri membuatkan Maharani kagum.

‘Weyh, gile sweet tuh.Mana kau culik idea tue Zaty.Tak sangka kreatif kau yer?’

‘Tengok kakilah..’

Nadzirah pura-pura nak membelek kaki Izzatie.Maharani dan Shamsul tergelak.

‘Kau pula Naddy, macam mana lamaran Sham?’

Maharani beralih tanya, seperti polis pencen lagaknya.

‘Suami aku tak romantic, ikut adat jer la.’

Nadzirah sengaja berkata begitu hendak mengenakan Shamsul.Shamsul berdehem kecil.

‘Ayang…siapa pula yang hampir tertelan ring dalam aiskrim dulu?’

Shamsul pura-pura bertanya.Nadzirah memerah mukanya bila mengingatkan dia hampir tertelan ring yang disimpan oleh suaminya dalam asikrim.

‘Wow…salute aku.Sham romantic jugak kau eh.’

Usik Maharani.Izzatie ketawa bila melihat Nadzirah terkebil-kebil menahan malu.

‘Hai dear..baby tak meragam hari nie?’

Sapa Taufik yang baru menghampiri kelompok isteri dan kawan-kawannya.Dikucup ubun-ubun Izzatie.Taufik memang begitu, senang memperlihatkan kasih sayangnya pada isterinya walaupun di depan keluarga dan kawan-kawannya.

‘Baby okay jer..ish abang nie tak malu ker?’

Izzatie mencemikkan mukanya.Nadzirah dan Shamsul Maharani tersenyum.

‘Buat apa nak malu, dah itu tandanya dear sayangkan wife.’

Taufik tergelak bila jemari Izzatie hinggap di pinggangnya.Seketika mata Maharani menangkap kelibat Raja Fadly yang duduk sama sofa dengannya.Tangannya selamba jer mengambil buah ceri dan dimasukkan ke mulutnya.

‘Kenapa? Ada apa-apa cacat kat muka aku nie?’

Bisiknya kasar di tepi telinga Maharani.

‘Makan tue minta izin, boleh tak?’

Marah Maharani sama nada dengan Raja Fadly.

‘Ada nama sesiapa ker kat buah ceri nie?Takde pun, kan?’

Sebiji lagi buah ceri diambilnya dan mahu dimasukkan ke mulutnya, malangnya ditarik oleh Maharani.Raja Fadly mencerlung marah.

‘Kau kena minta izin dulu sebab aku yang beli.’

Nah ambik kau Encik cool blooded! Desis hati Maharani sambil buah ceri diletakkan di sebelah kanannya.

‘Kau ni kenapa?’

Marah Raja Fadly kasar.

‘Suka hati aku la.Huh!’

Balas Maharani sambil memandang ke dalam anak mata Raja Fadly.Kenapa rasanya macam kenal?Wait…dia suka buah ceri kan??Tak mungkin…

‘Bak sini tue.’

Ugut Raja Fadly.Maharani tayang muka kayunya.

‘Kalau aku tak nak?’

Balas Maharani berani.Mata bertentang mata.Tanpa disedari oleh Maharani dan Raja Fadly, ada 4 pasang mata yang memerhati gelagat mereka berdua.Blur, terkejut,macam-macam ada riak di situ.

‘Dear..agak-agaknya cool hearted vs cool blooded, siapa yang menang?’

‘Tak tahulah dear…Zaty pun pening..Dah lama tak lihat Wany hot macam tue lepas kejadian dulu.’

Izzatie menjawab pertanyaan suaminya.

‘Ayang, agak-agaknya siapa yang tekan punat marah siapa nie?’

Shamsul menanya Nadzirah yang jelas bersemangat melihat pertelingkahan depan mata.

‘Dua-dua saling menekan punat marah each others la bang.’

Nadzirah tersengih memandang suaminya sebelum melihat ke arah Maharani dan Raja Fadly yang masih beradu pandangan mata.

‘Aku nak buah ceri tue?’

Raja Fadly cuba berdiplomasi.Maharani tetap pamer muka poyo.

‘Say that word dulu.’

‘Please.’

‘Not that one.’

Maharani menahan gelak evilnya dalam hati.

‘I’m sorry.’

Dihulur bakul buah-buahan pada Raja Fadly.

‘Dasar kedekut.’

Spontan ingin ditarik semula bakul buah-buahan namun pandangan mata Raja Fadly membuatkan Maharani menarik tangannya semula.Kenapa pandangan mata itu mengingatkan aku pada dia?Kenapa?Maharani angkat punggung dan ingin berlalu.

‘Aku balik.’

Selepas itu, Maharani terus keluar, masuk kereta dan meluncur laju.Sebak yang bertamu dilepaskan dalam kereta.Kenapa mesti Encik cool blooded tue serupa perangai dengan arwah?Kenapa? Manakala Raja Fadly pula sibuk memakan buah ceri, tiada reaksi apa-apa.

4 pasang mata lagi pula saling berpandangan.Tak tahu nak kata apa!Bingung mungkin kerana Raja Fadly dan Maharani sama jenis dari kutub utara, berdarah sejuk dan dingin, tapi bila berjumpa pula hot semacam.Pertembungan apakah itu?cold hearted vs cool blooded, maybe! Permulaan yang baik dan juga mungkin tak baik..


**

Special Appearance : Shamsul ( e-novel CKK)

6 comments:

  1. yeaahhh...
    segan lak aku ttbe taufik wat cmtuh..hah...

    satu permulaan bg raja n wany...
    eeiii..ske2...
    smbung2 agy..

    ReplyDelete
  2. zaty nieh...adehh ada-ada jer arr...
    nak agy ker??akk dah lelah nak naip..nak kembangkan draf arr...ngeh3...

    ReplyDelete
  3. ekekeeekk..mesty la nk lagi kak hanna..hehe..tak kasi duet raya,,kasi n3 bebyk pon oke larh..hihi..

    ReplyDelete
  4. hailo..duit raya..tunggu akak dah kwen k..hahaha....tp lom jumpa lagi..huahaha...

    ReplyDelete
  5. haha.
    dah jd mcm dulu aa.
    bestnyerrr.

    ReplyDelete
  6. sukesuke
    ahaaa.wany nangis
    die teringat dekat arwah
    raja cepatlah igt.
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!