Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, September 14, 2009

Kisah Maharani part 29

~Pelik~

Sedar-sedar kandungannya Izzatie dah masuk bulan ke-9.Taufik sentiasa memastikan isterinya tidak melakukan kerja-kerja berat, malah dilayan bak puteri.Siapa tak sayang bini oii!Hehe..

‘Dear..kan abang dah pesan tak payah nak rajinkan.You just sit down, okay.’

Diambil pinggan yang sedang dicuci oleh Izzatie.

‘Abang..bukan berat pun cuci pinggan nie.’

Rengek Izzatie manja. Lagipun dia kebosanan disuruh duduk saja.

‘Dear, Mak Mah kan ada.Dia boleh lakukan semua.Jangan degil.Dengar cakap abang.’

Taufik mencuba berdiplomasi dengan Izzatie yang mula memuncungkan bibirnya.

‘Zaty bosanlah abang.’

‘Zaty kan suka novel, kan masih banyak novel baru yang beli tapi Zaty belum baca kan?Vcd drama korea pun banyak kan?’

Izzatie angguk kepalanya.

‘Naa apa kata dear tengok tv atau baca novel?’

Sambung Taufik lagi.Tersenyum melihat kedegilan isterinya itu.Ditarik lembut jemari Izzatie dan diiring ke ruang tamu mereka.Izzatie menurut dalam paksa.

‘Abang ni pula terlebih risau.Zaty ok jer.’

Rungut Izzatie perlahan setelah dia didudukkan atas sofa, berhadapan dengan tv.

‘Nak tengok cerita apa dear?’

Hujung minggu memang Taufik akan menemani Izzatie di rumah saja.Mama dan papanya pula akan sekali sekala melawat mereka sejak mereka berpindah dua minggu yang lepas.

‘Emm…Princess Hours.’

Balas Izzatie seraya melentokkan kepalanya di bahu suaminya.Tangannya mengelus-elus jemari Taufik.

‘Zaty sayangkan abang.Selamanya.’

Dicium lama tangan Taufik.Taufik memandang hairan kelakuan isterinya. Selalunya Izzatie tak akan begitu, dia tak seperti dirinya yang senang memperlihatkan kasih sayang di depan orang lain.

‘Zaty cintakan abang.Thanks for loving me, dear.’

Sekali lagi Izzatie mengungkap kata cintanya.Taufik berkerut dahi.

‘Kenapa dear pelik semacam jer?Anything you hide from me?’

Izzatie tersenyum mendengar pertanyaan Taufik.

‘Nope. Zaty hanya nak abang tahu, Zaty akan selamanya sayang dan cintakan abang.Ingat tue. Dan Zaty loves our baby, too.’

Dipegang perutnya yang membesar.Tersenyum bahagia.Taufik turut sama memegang perut Izzatie.

‘I love you both, dear.Thanks a lot.’

Dikucup dahi Izzatie yang tetap tersenyum memandangnya.Lama.

‘Abang…’

‘Yes dear?’

Pelukan di badan Izzatie dieratkan.Izzatie merelakan.

‘Kalau Zaty tak ada, abang jaga baby kita baik-baik tau.Abang jaga diri abang juga.Zaty sayang abang dan baby..’

Ditutup mulut Izzatie yang masih ingin berkata-kata.

‘Apa yang dear merepek nie?Dear nak pergi mana pula?’

Taufik tenung mata Izzatie dalam, cuba mencerna maksud isterinya.

‘Tak pergi mana-mana.Zaty loves you dear.’

Dibalas pelukan suaminya.Dia senang di dalam pelukan itu.Kalau boleh, dia tak ingin masa berlalu.Biarlah dia selamanya di pelukan Taufik.Bahagia.

**

‘Assalamualaikum mak buyung.’

Ceria suara Maharani di hujung talian menjawab panggilan Izzatie.Salam Maharani dijawab seceria mungkin.

‘Apa mimpi called aku nie?Mana hubby kau?’

‘Aku mimpi kaulah semalam.Hubby aku dah keluar sekejap.’

Izzatie tersenyum sambil tangannya bermain dengan hujung bajunya.

‘Wah, bangga aku masuk mimpi bakal mama nie..Kau sihat?’

‘Yup sihat..Wany…aku sayangkan kau..aku sayangkan Naddy juga..mama..papa..’

Izzatie menyuarakan apa di hatinya.

‘Kitorang pun sayangkan kau la Zaty..apahal emo semacam nie?Kau ada problem ker?’

Maharani bertanya dengan nada sama.

‘Takdelah..aku nak sebut macam tue..aku sebut la sementara boleh sebut kan..kau sayang aku kan Wany?’

‘Mestilah Zaty..sayang sangat-sangat.’

Izzatie tergelak dengan jawapan Maharani.

‘Kalau kau sayang aku..kau tolong tengok-tengokkan sekaligus jagalah baby aku nanti.Boleh kan?’

Izzatie bertanya dalam nada mengharap.

‘Habis, kau pula goyang kaki?’

‘Biasalah mem besar..boleh ya Wany?’

‘Zaty..kau nie..okaylah aku tengok dan jagalah nanti..macam-macamlah kau nie.’

‘Wany..I love you..mmwahz.’

Izzatie ketawa bahagia.Maharani tergelak sama walaupun pelik dengan tingkahlaku Izzatie. Pelik kerana Izzatie tak pernah merepek-repek macam tue.Berkerut dahinya berfikir mendengar kata-kata Izzatie.Pelik sungguh!Kenapalah dia dikelilingi oleh golongan yang pelik.Raja Fadly salah satu dari manusia pelik yang selalu menganggu hidupnya.Kata Encik Cool Blooded tapi selalu menggedik dengannya tapi sekarang nie takkan la Izzatie terkena virus kepelikan Raja Fadly pula??

7 comments:

  1. zaty da nk 'pergi' ea?
    sianny kt fik nnt..
    yg si raja 2 ble nk igt?
    huhuhuhuhu..
    newey thanx..
    cpt smbg eyh..
    chaiyok3x!!

    ReplyDelete
  2. jgn fik jatuh cinta kat wany sudah....jgn lah zaty pegi

    ReplyDelete
  3. woaa.
    ini sgt surius.
    adehh, jgn la zaty pergii ;(

    ReplyDelete
  4. uuuiikkss..
    kak hanna..pe jd??pe jd??muehehhee..

    *aku tak pegi mana wany..aku pegi skola je td..ekekekee..

    ReplyDelete
  5. klu nak bg zaty pegi ..wat je lah dia koma kejap ke
    sedey lah
    mcm nie....

    ReplyDelete
  6. xnkla matikan watak zati tu...cian kat fik...br nk rs kebahgiaan jd papa...hohohohohoh

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!